Anda di halaman 1dari 8

Siri Pendekar Sufi : Muhammad Bin Imam Rasu @ Mat kilau

Tajuk : Siri Pendekar Sufi : Muhammad Bin Imam Rasu @ Mat kilau
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Tentunya ramai yang sudah melupai diri pendekar sufi negeri Pahang yang
terbilang ini, iaitu Mat Kilau atau nama sebenarnya iaitu Muhammad bin Imam
Rasu.Dilahirkan pada tahun 1847.Beliau berjuang menentang penjajahan Inggeris
di Negeri Pahang bersama ayahnya iaitu Imam Rasu atau digelar Tok Gajah atau
Orang Kaya Imam Indera Gajah Pahang dan gurunya Datuk Bahaman Orang Kaya
Semantan.
Mat Kilau dilahirkan di Pulau Tawar.Sejak dari kecil lagi beliau diajar ilmu agama
dan silat oleh ayahnya sendiri Tok Gajah yang merupakan Pahlawan Pahang yang
terbilang dan menjadi kesayangan Sultan Ahmad.Beliau juga dihantar oleh
ayahnya untuk belajar mengaji dan ilmu agama kepada seorang alim bernama
Daud.Selepas itu beliau dihantar lagi menuntut ilmu agama dan kebatinan
dengan Haji Osman atau dikenali sebagai Haji Muntuk iaitu Mufti negeri Pahang
yang berasal dari Kelantan .
Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman memulakan pemberontakan mereka
menentang penjajah sekitar tahun 1891 hingga 1895.
Sebelum kelahirannya, ibunya telah mendapat mimpi langit telah mengeluarkan
cahaya berkilau-kilauan.Mimpi tersebut diceritakan kepada Mak Utih iaitu
seorang bidan kampung .Mak Utih menasihatkan supaya ibunya Teh Mahada
supaya jangan bimbang kerana mengikut tafsirannya mimpi itu membawa berita
gembira dan anak yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi seorang yang hebat
dan terkenal.Mat Kilau dilahirkan pada waktu subuh lalu diazankan oleh ayahnya
sendiri Imam Rasu yang juga merupakan Imam Masjid Pulau Tawar Itu.Selepas itu
Mat Kilau terus dibelah mulutnya dengan garam , madu dan air zam zam.
Sejak kecil lagi Mat Kilau mempunyai beberapa tanda ganjil di badannya.Bulu
roma dibelakangnya berpusar ke arah kiri dan bulu roma di dadanya berpusar ke
kanan.Tangan kanan dan kirinya sama kuat begitu juga kaki kanan dan kirinya.
Ada tahi lalat besar di pipi kanannya dan satu lagi tahi lalat panjang di bahunya.
Dicelah jari kelenkeng kirinya ada buntat embun. Bila umurnya meningkat 7

tahun dia sudah tidak meninggalkan sembahyang fardu dan berpuasa.Bila dia
bermain atau bergaduh , pasti dia akan menjadi pemenangnya. Pernah pada
suatu hari Tok Gajah memberitahu Mat kilau yang Pahlawan Hang Tuah juga
mempunyai buntat embun di celah jari kelenkeng kiri!
Genap umurnya 10 tahun , Mat Kilau sudah cekap bersilat dan bermain
senjata.Imam Rasu menetapkan syarat hanya selepas berkahwin barulah diajar
ilmu kebatinan silat dan biasanya mereka yang ingin mengamalkan ilmu
kebatinan pahlawan melayu ini perlu bertapa di Gua Kota Gelanggi.Menurut ayah
Mat Kilau, Tok Gajah, orang pertama yang datang bertapa di Gua itu ialah kawan
kepada moyang mereka yang bernama Malim Yunus.
Tahun 1857, adalah tahun permulaan kepada sengketa atau perang saudara di
Pahang setelah Bendahara Tun Ali yang memerintah negeri Pahang
mangkat.Perebutan kuasa terjadi antara Tun Mutahir dan Tun Ahmad yang
merupakan anak Bendahara Tun Ali dari ibu yang berlainan walaupun sebelum
mangkat tugas untuk menggantikannya telah diwasiatkan dihadapan Tok Gajah
kepada Tun Ahmad. Tun Mutahir iaitu kakanda kepada Tun Ahmad telah
membatalkan surat wasiat ayahandanya dan melantik dirinya sebagai Bendahara
atau pemerintah Pahang dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja Pahang..Ini
menimbulkan kemarahan adiknya Tun Ahmad.Perbalahan adik beradik merebut
kuasa inilah sebenarnya punca atau titik bermulanya campur tangan Inggeris di
Pahang.Tun Ahmad mendapat sokongan dari Sultan Trengganu dan Raja siam
manakala Tun Mutahir mendapat sokongan Inggeris dan Johor.Pada akhir tahun
1857 Tun Ahmad dengan bantuan Tok Gajah berjaya merampas kuasa dari Tun
Mutahir.
Ketika belajar dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau diajar juga ilmu untuk
menundukkan Gajah dan harimau.ketika remaja Mat Kilau mempunyai 4 orang
sahabat baik seperguruannya iaitu Mat kelubi, Mat Tahir, Mat Ali dan Mat Awang.
Selepas Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik anak imam Daud barulah
ayahnya Imam Rasu mengajarkan ilmu kebatinan pahlawan melayu kepadanya!
Selepas itu dia dihantar oleh ayahnya menuntut ilmu silat dengan Pendekar Arif
pula sehingga selepas itu dikatakan Mat kilau semakin mahir menggunakan
segala jenis senjata dan mampu ghaib pula!Ada cerita yang mengatakan bahawa
Pendekar Arif mampu mengelak tikaman orang walaupun badannya digulung
dengan tikar!
Mat kilau pertama kali terjun ke medan perang pada tahun 1868 dalam Perang
Saga iaitu melawan angkatan Tun Mutahir yang dibantu oleh Temenggung
Johor.Pihak Mat Kilau dan ayahnya Tok gajah menang dengan cemerlang.Oleh
kerana khidmatnya yang cemerlang itu, Mat Kilau dilantik oleh Sultan Ahmad
menjadi Orang kaya Budu.
Kedatangan beliau ke Budu menjadikan seorang pendekar di Budu yang bergelar
Andak sakit hati.Secara diam-diam dia ingin menguji kehebatan ilmu persilatan
Mat Kilau.Pada suatu hari, seperti biasa selepas subuh Mat Kilau masuk kedalam
belukar di belakang rumahnya untuk mandi embun, yang sudah menjadi amalan

diri hariannya sejak bergelar seorang pahlawan.Andak secara tiba-tiba


melemparkan sebilah lembing kearah belakang Mat Kilau dari tempat
persembunyiannya, namun dia sangat terkejut kerana mata lembingnya yang
tajam itu, yang mampu menumbangkan beberapa ekor kijang sebelum itu tidak
mampu menembusi kulit Mat Kilau.Mat Kilau menoleh kearah Andak lalu berkata :
Bukan pahlawan melayu namanya jika menikam orang dari belakang
Lalu diajaknya Andak berlawan dengannya sekadar latihan silat saja lalu
disambut oleh Andak.Hanya dengan sekelip mata saja dan mudah Mat kilau
dapat menjatuhkan Andak.Selepas itu Andak mengaku kalah lalu terus menjadi
sahabat yang setia kepada Mat Kilau pula.
Wan Da dan Wan Aman , anak kepada Tun Mutahir telah membantu Raja Mahadi
mengalahkan Tengku Kudin di Selangor, jadi sebagai balasannya Wan Da
mendesak supaya Raja Mahadi membantunya pula menyerang dan merampas
kuasa di pahang pula.Serangan kali kedua dapat dipatahkan dengan jayanya oleh
pahlawan Pahang termasuk Mat Kilau, Imam Rasu dan Datuk Bahaman.Kekalahan
puak Raja Mahadi juga amat memalukan mereka , lalu Raja mahadi pun
memutuskan untuk tidak lagimenyebelahi Wan Da. Wan Da dan Wan Aman mat
marah lalu berpaling tadah menyebelahi Tengku Kudin pula untuk mengalahkan
Raja Mahadi! Wan Da diutus oleh Tengku Kudin ke Pahang sebagai tanda
persahabatan dan meminta Bendahara Ahmad membantu mereka menentang
Raja Mahadi di Kelang.
Bendahara Ahmad bersetuju menghantar tenteranya termasuk pahlawan Pahang
seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman menyertai pasukan Tengku
Kudin dengan alas an Raja Mahadi pernah melanggar Pahang dan Tengku Kudin
juga sanggup menghadiahkan sedikit wang sebagai balasannya! Perang berlaku
dan sekali lagi pahlawan pahang berjaya membantu Tengku Kudin mengalahkan
Raja Mahadi.Hubungan baik antara Tengku Kudin dengan Bendahara Ahmad
menimbulkan rasa tidak senang hati pihak Inggeris lalu mereka mengambil
kesempatan untuk bertapak di Pahang pula setelah mereka berjaya bertapak di
Perak ,Selangor,Singapura, Negeri Sembilan, Melaka dan pulau Pinang dengan
menghantar wakil Inggeris atau seorang Residen .
Oleh kerana Pahang telah campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor, maka
Gabenor Inggeris di Singapura meminta Bendahara Ahmad bersetuju menerima
kunjungan wakil Inggeris kononnya untuk melawat dan menjalinkan
persahabatan dengan Pahang pula.Taktik Inggeris mula menjadi setelah
Bendahara Ahmad bersetuju walaupun hasrat Inggeris itu mula dicurigai oleh
beberapa pahlawan Pahang seperti Datuk Bahaman dan Mat Kilau.
Kehadiran Gabenor negeri-negeri selat Sir Andrew Clarke ke Pahang bersama 4
buah kapal yang dilengkapi meriam dan senjata perang dan beratus-ratus askar
Inggeris yang siap memegang senapang disaksikan oleh seluruh rakyat Pahang
ditebing sungai Pahang.Mereka disambut oleh Bendahara Ahmad yang sudah
termakan umpan Inggeris dengan kenduri dan seekor kerbau ditumbangkan!

Kedatangan mereka ini membuatkan hati pahlawan pahang terutamanya Mat


Kilau mendidih dan membuak-buak.Ditambah dengan muncung meriam yang
sengaja dihalakan kedepan, nampak sangat mereka sengaja hendak menunjuknunjuk!
Kata Mat Kilau kepada Bendahara Ahmad : Datuk Bendahara, Alangkah baiknya
sekiranya kedatangan tuan gabenor ini kita sambut dengan tembakan meriam
rentaka sebanyak tujuh kali sebagai tanda penghormatan . Kita terlupa pula
untuk berbuat begitu kata Bendahara Ahmad sambil tersenyum seolah-olah
faham maksud tersirat Mat Kilau itu.
Gabenor Inggeris itu amat terkejut lalu bertanya adakah kamu sudah
mempunyai meriam seperti kami? tanyanya dengan penuh kehairanan!
Orang Pahang sudah ada meriam sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi,
tetapi ketika Melaka di serang Portugis, kami tidak sempat menolong Melaka
jawab Mat Kilau bangga. bolehkah kami melihatnya kata Gabenor itu lagi.
Tidak boleh, kita menyimpannya di tempat yang selamat, hanya sewaktu
perang saja kita akan mengeluarkannya kata Mat kilau lagi.
Kepulangan Gabenor Sir Andrew Clarke ke England digantikan pula oleh Gabenor
yang baru iaitu Sir William Jervois. Gabenor yang baru ini telah membaca semua
laporan tentang negeri Pahang lalu menghantar seorang pegawai penyelidiknya
yang bernama William Cameron ke pahang kononnya untuk menyelidik dan
melihat keindahan alam! Padahal ingin mengkaji dan menyelidik dimanakah
terdapatnya bijih dan emas yang banyak kerana Pahang memang terkenal kaya
dengan hasil bijih dan emasnya, lagipun Pahang sebuah negeri terbesar di
Semenanjung Malaysia.
Pada pendapat saya, persetujuan Bendahara Ahmad inilah yang menjadi
penyebab berlakunya malapetaka dan bencana di pahang serta pencetus kepada
kebangkitan semangat penentangan penjajah oleh Pahlawan pahang seperti Mat
Kilau , Tok Gajah dan Datuk Bahaman.
Nantikan siri berikutnya kisah Pahlawan sufi yang hebat ini dalam artikel saya
yang akan datang!

Sebagai ringkasannya saya sertakan sedikit isi artikel yang akan


datang! ( kalau saya rajin ler!!!)
*Bermulanya era penjajahan Inggeris di Pahang.
*Mat Kilau ditembak . Tetapi peluru biasa tidak mampu menembusi kulitnya.
Hanya peluru emas sahaja yang boleh merobek sedikit kulitnya tetapi tidak pada
daging dan tulangnya!
*Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang juga Kebal dari segala macam senjata
tajam dan tidak lut peluru! Pernah belajar ilmu kebatinan di Siam! Beliau amat
berdendam dan memusuhi Mat Kilau.

*Mat Kilau boleh ghaib dalam sekelip mata ada orang kata, kebolehannya itu
berkait rapat dengan amalan beliau yang amat meminati dan istiqamah
mengamalkan zikir Ya Latif
*Bendahara Ahmad masuk dalam perangkap Inggeris menjadi raja boneka
Pahang.
*Mat Kilau diisytiharkan penderhaka dan pemberontak, hadiah wang ditawarkan
untuk menangkapnya.
*Mat Kilau mengalahkan Panglima terhebat dari Perak Datuk Awang Kelana yang
dipinjamkan oleh Hugh Clifford untuk mengalahkan Mat Kilau.
*Pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat
Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu
Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.
*Kata Mat Kilau Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa mayat saya
dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan.Sultan boleh memaklumkan
kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!
*Kata Mat Kilau lagi : Itu mudah saja,kerana saya boleh buat ramuan untuk
diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari.keadaan
saya bagaikan orang mati.kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan tetapi ada
syarat dan jaminannya
Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh
melihat dari jauh sahaja.Apabila sampai di tanah perkuburan,mayat saya boleh
digantikan dengan batang pisang kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban
hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat
seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya
sendiri !
Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat
saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan
mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati
Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati , diusung
ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan mansur pun
menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan
terbunuh ketika bertempur.Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada
Inggeris.Sewaktu hendak menanamkan mayat itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh
anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!
Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam
dan Inggeris sangat marah.Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi
bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang
mempertahankan Kelantan Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang
Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan , Mat Kilau pun berpindah ke
Kg Pasir Nering

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap
dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu
menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya
belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya
lut dengan peluru emas sahaja! Rupa-rupanya benar , selepas diperiksa peluru
itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh
inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin
membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!
Mat Kilau dalam pelarian dan mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu
, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah
yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah
kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu
Muhammad!
Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata
siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut
Payung Kelantan.Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu
menyuruh Mat Kilau melarikan diri!
Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh
ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan
Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.Mat Kilau juga agak mahir
dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun
Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih
tetap digunakan khususnya pencari gaharu.
Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan "Ketua
Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada
bulan Oktober,1895 manakala The Free Press pula menyatakan bahawa "Mat
Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di
muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah
mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak
darah".
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22
Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang
pejuang terbilang ini , akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui
orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang
Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan
beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka
terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu
tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.
Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali
dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan
menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan

diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan
dirinya yang sebenar.
26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat Mat Kilau membuat
Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama
menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum
Sultan Abdullah.
*Mat Kilau diusung dan di arak sebagai pejuang selepas Pengisytiharan dirinya!
Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan
itu . Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan Ahli
Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang.
Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan
disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri
Yahya Mohd She, Oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak
kepada Imam Rasu atau Tok Gajah , Pendekar Pahang yang terbilang itu!
Akhirnya , pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi
terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah
perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas
wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam
pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.
Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya lebih kurang 40 tahun
yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam iaitu penjajah
Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah
kepada beliau!
Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :
Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati
di tali gantung mereka !
Pada pendapat saya , Mat Kilau, Tok Gajah , Datuk Bahaman dan pasukannya
mampu berlawan dan boleh menang dengan Inggeris di Pahang, tetapi
SEBENARNYA mereka tidak mahu bertempur dengan Bendahara Ahmad dan
pasukannya yang terdiri dari orang-orang melayu yang sebangsa dan seagama
dengan mereka.Mereka juga tahu Bendahara Ahmad telah dipaksa oleh Inggeris
untuk menghapuskan mereka!Mereka rela mengambil keputusan untuk melarikan
diri , bukan kerana takut tetapi demi menjaga kepentingan Raja dan Rakyat
Pahang agar mereka tidak terkorban secara sia-sia akibat tipu muslihat licik
penjajah!

Anda mungkin juga menyukai