Anda di halaman 1dari 40

Modul

Pengenalan
Linux
(Berasaskan OshiriX Linux Desktop )

Hasil Kolaborasi

http://mambang.org.my dan Bestari.comm


Modul Pengenalan Linux Versi 1.01

Muka Taip Bitstream Vera Sans


Saiz 12
Penyunting Teks Openoffice.org 3.2
Penulis Http://hardyw3b.wordpress.com

Modul ini dibangunkan hasil kolaborasi dari Komuniti


http://www.mambang.org.my dan Bestari.comm [kelolaan UPMN
Terengganu]. Nota: Kepada Pengurus Bestari.com, nota ini berasaskan
OshiriX Squeeze Patch 7, sila sesuaikan diri dalam pengajaran dan
pembelajaran yang bakal diadakan terutama aplikasi-aplikasi yang tiada
dalam OshiriX Squeeze versi lama.

LESEN

Anda adalah bebas:

• untuk membuat salinan, mengedar, mempamer, atau


mempersembahkan karya tersebut

Di bawah syarat-syarat berikut:

• Pengiktirafan — Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara


yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam
sebarang cara yang mencadangkan yang mereka telah memberi
sokongan kepada anda dan penggunaan anda karya tersebut).
• Bukan komersial — Anda tidak dibenarkan menggunakan karya
tersebut untuk tujuan komersial.
• Bukan Karya Terbitan — Anda tidak dibenarkan mengganti, mengubah
bentuk ataupun membina atas karya tersebut.

http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/2.5/my/
Isi Kandungan
Sejarah.............................................................................................................1
Pengenalan.......................................................................................................2
Login & Logout ................................................................................................3
OshiriX Desktop................................................................................................4
Menu ............................................................................................................5
Panel.............................................................................................................6
Setting Resolusi Monitor ..............................................................................7
pcMan File Manager......................................................................................8
Menukar Default Program...........................................................................11
Appearance Setting....................................................................................12
Tukar Wallpaper..........................................................................................13
Control Center............................................................................................14
Konfigurasi Audio........................................................................................15
Berkenalan Dengan Aplikasi Linux.................................................................17
Perisian Pejabat..........................................................................................18
Openoffice.org .......................................................................................18
Abiword...................................................................................................18
Gnumeric................................................................................................19
Utiliti...........................................................................................................19
Shutter....................................................................................................19
Image Viewer..........................................................................................20
Xarchiver ................................................................................................21
Leafpad...................................................................................................21
Multimedia..................................................................................................21
Audio / Video...........................................................................................21
Perisian Burn CD.....................................................................................23
Openshot................................................................................................24
Grafik .........................................................................................................25
Internet.......................................................................................................26
OshiriX-Tools...............................................................................................28
Perisian Islamic ..........................................................................................28
Penggunaan OshiriX Secara Asas...................................................................29
Bekerja Dengan Filemanager pcmanFM.....................................................29
Latihan 1.................................................................................................29
Tayangan Filem dan Mendengar Muzik.......................................................33
Latihan 2.................................................................................................33
Modul Pengenalan Linux

Sejarah

S
istem Pengoperasian Gnu/Linux, mungkin 10-15 tahun dahulu,
perkataan ini amat asing bagi rakyat Malaysia amnya dan rakyat
Terengganu khususnya. Dulu, ia digunakan oleh orang-orang IT sahaja
untuk membina infrastruktur network di Jabatan-jabatan kerajaan, institusi
pendidikan dan syarikat swasta. Bermula dari tahun 2000 hingga sekarang,
inovasi Linux terus unggul dan memasuki fasa Pengguna Desktop.

Apa itu Linux ?

Ia merupakan kernel seakan UNIX yang dicipta oleh seorang pelajar yang
bernama Linus Trovalds sebagai hobinya pada tahun 1991 di Universiti Of
Helsenki Finlandi berasaskan Sistem Pengoperasian Minix yang menjadi
model pengajaran Sistem Pengoperasian oleh seorang profesor Universiti
yang bernama Andrew Tanenbaum. dan kod sumber kernel tersebut
dilepaskan ke Internet. Maka bermula daripada itulah, kod sumber tersebut
ditingkatupaya oleh seluruh komuniti Internet dan dikawal selia oleh Linus
sendiri. Kernel tersebut kemudiannya dipanggil Linux.

Apa itu Gnu ?

GNU is Not Unix, Rekusif kepada GNU, adalah merupakan hasil idea dan
usaha seorang bekas researcher Reacher Stallman di MIT kerana kecewa
dengan sistem pengoperasian UNIX yang lebih tertumpu kepada perniagaan
dan kod sumber yang tertutup. Beliau menubuhkan Free Software
Foundation, Gnu adalah salah satu projek di bawah FSF yang dimulakan pada
tahun 1984. Beratus-ratus aplikasi UNIX telah ditulis semula oleh para
pengaturcara di bawah projek GNU ini. Aplikasi di bawah projek GNU ini
percuma dan boleh dimuat turun serta ditambah baik oleh para
pengaturcara. Lama kelamaan perisian di bawah projek GNU ini ditukar
daripada terma percuma kepada Opensourceii.

Dan pada tahun 1991, Trovalds berjaya melengkapkan aplikasi yang


dihasilkan oleh projek GNU dengan kernel Linux. Walau bagaimana pun,
Stallman masih berharap agar dapat melengkapkan Sistem Pengoperasian
GNU dengan kernel yang ditulis sendiri oleh FSF yang dipanggil HURD.

Apa itu Distro ?

Distribution merupakan panggilan kepada pakej lengkap Linux seperti Red


Hat, Fedora, Slackware, Debian, Suse dan Mandriva. Maksud pakej lengkap
adalah kemudahan yang disediakan oleh suatu komuniti untuk proses
instalasi,aplikasi terkini, konfigurasi, manual, bantuan dan sebagainya.

1
Bestari.comm

Apa itu Livecd /Livedvd / Liveusb?

Sekeping cd atau dvd atau pendrive yang mengandungi Sistem


Pengoperasian Linux yang boleh di but tanpa perlu install terlebih dahulu ke
dalam hard disk. Ia siap sedia untuk beroperasi sepertimana sistem
pengoperasian yang diinstall ke dalam hard disk.

Pengenalan

Buku ini akan menerangkan serba sedikit tentang cara penggunaan Sistem
Pengoperasian Linux yang bernama OshiriX yang berasaskan distro Debian.
OshiriX merupakan Linux Livecd/dvd yang dibangunkan oleh seorang anak
Malaysia dengan bantuan sebuah komuniti Linux yang digelar sebagai
komuniti http://mambang.org.my.

Kami membina OshiriX sebagai Sistem Pengoperasian untuk pengguna


Desktop bagi menjalankan aktiviti harian seperti menaip surat tanpa perlu
takut ancaman virus, melayari Internet sepantas kilat, melihat video di
Youtube tanpa gangguan tersekat-sekat melainkan ISP yang anda langgani
memang kaki auta, mendengar muzik kegemaran anda, melihat movie yang
di muat turun dari Internet.

2
Bab 1 : Desktop

Login & Logout

Login
1. Hidupkan Komputer
2. Log masuk [ Dapatkan username dan password daripada pengurus
Bescom]

Logout

1. Klik pada menu pilih item Logout

3
Bestari.comm

2. Satu menu akan keluar seperti di bawah. Anda boleh pilih sama ada
Shutdown, reboot atau logout.

OshiriX Desktop

Saya pasti di Bestari.comm telah pun dipasang dengan OshiriX Linux. Dalam
OshiriX Squeeze, kami menggunakan LXDE sebagai persekitaran Desktop
kerana ianya lebih ringan dan pantas serta menjimatkan penggunaan
memori.

4
Bab 1 : Desktop

Gambar 1

Menu
Dalam Persekitaran
Desktop LXDE,
menu yang
digunakan sangat
ringkas, hampir
sama dengan Menu
Windows
95/Windows 98.

5
Bestari.comm

Panel
Anda boleh membuang atau menambah aplikasi dalam panel, anda juga
boleh mengubah kedudukan panel.

6
Bab 1 : Desktop

Paparkan kalendar, anda boleh melihat tarikh dalam kalendar dengan


menekan Jam dalam tray.

Dalam Linux, anda boleh bekerja dalam beberapa Virtual Desktop, jadi anda
boleh buka beberapa aplikasi dalam satu masa dalam dekstop 1 dan desktop
2.

Setting Resolusi Monitor

1. Pilih ikon Monitor Setting

7
Bestari.comm

2. Ubah resolusi yang dikehendaki

pcMan File Manager


Pcmanfm merupakan filemanager bagi LXDE, walaupun masih baru dalam
arena Persekitaran Desktop, pcmanFM boleh dikategorikan sebagai file
manager yang mesra dan mempunyai pelbagai fungsi tambahan. Antara
fungsi tambahan dalam pcmanFM adalah tab, anda boleh membuka
seberapa banyak tab dalam satu masa tanpa perlu membuka pcmanfm
secara berasingan dan fungsi bookmark, anda boleh bookmark suatu folder
untuk di akses secara cepat .

Anda boleh mengakses kepada pcmanfm dengan klik pada folder My


Documents atau klik pada ikon pcmanfm pada launchbar seperti di dalam
gambar di muka surat sebelah atau menggunakan kekunci Windows + E.

* Dalam Linux, Kekunci Windows dipanggil Power.

8
Bab 1 : Desktop

Gambar

Gambar

Anda boleh menggunakan kaedah copy & paste dengan cara klik kanan pada
file atau beberapa file, copy dan paste pada destinasi yang anda inginkan.

9
Bestari.comm

Anda juga boleh drag & drop file atau beberapa file dari satu destinasi ke
satu destinasi yang lain.

10
Bab 1 : Desktop

Menukar Default Program


Kadang kala program default yang dibekalkan dalam Livedvd OshiriX tidak
mengikut kehendak anda. Anda boleh menukar program yang ingin
digunakan ke atas suatu fail . Contohnya, anda mahu membuka file pdf
dengan pdf viewer tetapi sistem membuka file tersebut dengan program
GIMP.

Klik kanan pada suatu file → Open with another program

1. Pilih program yang dikehendaki


2. Buat default program
3. Tekan OK

11
Bestari.comm

Appearance Setting

Anda boleh menukar window style dan ikon dalam


Menu → Preferences → Appearance Setting

12
Bab 1 : Desktop

Tukar Wallpaper
Rightclick pada Dekstop hadapan.

Cari gambar yang anda ingin jadikan sebagai wallpaper dengan menekan
folder seperti dalam gambar.

13
Bestari.comm

Control Center
Jika dalam Windows, anda mungkin biasa dengan Control Panel . Dalam
OshiriX, kami memasukkan program Control Center . Anda boleh membuat
pelbagai konfigurasi dalam Control Center. * ada konfigurasi yang
memerlukan password admin.

14
Bab 1 : Desktop

Konfigurasi Audio

1. Menu → Preferences → Control Center, pilih sound

2. Anda boleh laraskan volume audio atau bisu kan [ mute ]

15
Bestari.comm

Nota Tambahan:

1. Anda boleh menggunakan fungsi Menu → Run untuk menjalankan


aplikasi secara cepat tanpa perlu mencari dalam Menu.
I. Taipkan nama program yang ingin dijalankan.
II. Klik Ok.

2. Anda tidak perlu klik dua kali pada suatu ikon program untuk
menjalankan suatu program, cukup sekadar satu klik sahaja. Sila
tunggu program tersebut dibuka terutama program-program besar
seperti Inkscape, GIMP, Opera dan Openoffice.

16
Bab 2: Aplikasi

Berkenalan Dengan Aplikasi Linux


Dalam Oshirix, kami bekalkan aplikasi-aplikasi yang hampir lengkap, cukup
untuk melakukan pelbagai aktiviti harian.
Jadual perbandingan aplikasi yang setara dengan Windows, yang wujud
dalam OshiriX.
Windows XP / 7 Gnu/Linux OshiriX
Ms Office Openoffice, Abiword, Gnumeric
Acrobat Reader Document Viewer
Window Imager Viewer GpicView
Winamp Music Player, Smplayer, Audacious2,
Adobe Photoshop GIMP
Adobe Ilustrator Inkscape
Page Maker / Publisher Scribus
AVIRA ClamAV
Internet Explorer Iceweasel(firefox), Opera
Acer Camera Software Cheese
Dreamweaver Kompozer
Window Movie Maker Kino, Openshot Video Editor
Nero Besero, Gnome Baker
MIRC Xchat, Lost IRC
YM, MSN, Pidgin Internet Messenger, CenterIM. empathy
ws_ftp GFTP
Notepad Leafpad, Gedit

17
Bestari.comm

Mari kita lihat perisian perisian yang disebutkan di atas satu persatu.

Perisian Pejabat

Openoffice.org
Perisian Pejabat ini lengkap menyerupai MS Office, dan boleh bekerja sama
seperti MS Office. Anda boleh membuka perisian ini dalam Menu → Office →
Openoffice.org atau memilih mana-mana aplikasi Openoffice.org secara
berasingan seperti Openoffice.org Writer.

Abiword
Perisian ini merupakan perisian pemproses perkataan yang lebih ringan
berbanding dengan Openoffice.org Writer. Ia adalah sebahagian dari projek

18
Bab 2: Aplikasi

gnome. Menu → Office → Abiword

Gnumeric
Perisian Hamparan alternatif. Menu → Office → Gnumeric

Utiliti
Terdapat banyak perisian utiliti yang dimuatkan dalam Oshirix baik dalam
bentuk GUI ataupun command line. Antaranya :-

Shutter
Perisian untuk membuat cekupan skrin. Menu → Accesories → Shutter

19
Bestari.comm

Image Viewer
Salah satu perisian untuk memaparkan gambar.

20
Bab 2: Aplikasi

Xarchiver
Perisian pemampat

Leafpad
Teks editor yang ringan.

Multimedia

Audio / Video
Kami menyediakan beberapa perisian pemain audio dan video seperti
Mplayer, smplayer, gnome-mplayer, vlc dan Audacious.

21
Bestari.comm

Audacious2
Kepada pengguna Winamp yang beru berhijrah ke sistem pengoperasian
Linux, tak kisahlah guna Linux versi apa pun, anda boleh gunakan
Audacious2.

Mplayer
Merupakan pemain audio dan video untuk Linux. Anda boleh memainkan file
audio secara command line. Namun begitu, terdapat antara muka yang
telah dipermudahkan untuk anda seperti

Smplayer
Antaramuka bagi mplayer yang padat dan banyak fungsi yang beleh ditala di
dalamnya.

Gnome-mplayer

22
Bab 2: Aplikasi

Antara muka bagi mplayer yang paling ringan setakat ini, sangat ringkas dan
kurang penggunaan memori.

Vlc
Pemain audio multiplatform.

Lxmuzik
Pemain muzik sahaja, yang dikeluarkan oleh LXDE.

Perisian Burn CD
Anda biasa guna nero ? Cuba guna GnomeBaker.

23
Bestari.comm

Openshot
Anda biasa guna Window Movie Maker, cuba guna Openshot yang kami
sediakan.

24
Bab 2: Aplikasi

Grafik
Gimp

Anda biasa dengan Photoshop, kami ada GIMP.. Agak asing bukan, tetapi ini
lah perisian paling powerful yang tidak memerlukan RAM yang tinggi serta
cpu yang hi end untuk membuat suntingan pada image.
Inkscape

Apa yang kurang dalam GIMP seperti tidak boleh buat arrow line, dibantu
oleh Inkscape. Perisian vektor percuma. Serlahkan kreativiti anda dengan
Inksape.

25
Bestari.comm

Internet
Dua browser yang perlu anda kenal. Tiada lagi logo E biru. Selamat tinggal
Logo E biru.
Opera

Iceweasel- [ Firefox ]

26
Bab 2: Aplikasi

Nota: Jika anda ingin menggunakan Google Chrome, anda boleh install ke
dalam hard disk. Ia tidak diinstall secara default kerana terdapat masalah
apabila ia di run dalam Livedvd.
Dua MultiMessenger yang ada dalam OshiriX. Anda tidak perlu install
beberapa aplikasi mesengger secara berasingan kerana perisian Empathy
dan Pidgin merupakan aplikasi multi messenger, anda boleh memasukkan
akaun Yahoo, ICQ, google talk dan lain lain dalam satu masa.
Empthy

Pidgin

27
Bestari.comm

OshiriX-Tools
Bagi memudahkan pengguna OshiriX, terdapat beberapa perisian yang
dibangunkan sendiri oleh Oshiri seperti di bawah [ Menu → OshiriX Tools ]

• Easy Samba
• Easy Multigateway
• Easy Webfilter
• Oshiri-Liveusbcreator

Perisian Islamic
Perisian lain yang turut dimuatkan dalam OshiriX adalah seperti berikut boleh
didapati dalam menu Islamic :
• Waktu Solat
• Zekr ( software Quran dengan streaming Qari secara Online)
• Minbar Prayer Time
• Katoob . Editor bahasa Arab

28
Bab 3: Latihan Amali

Penggunaan OshiriX Secara Asas

Bekerja Dengan Filemanager pcmanFM

Latihan 1

Buat folder/file baru

1. Buka pcmanFM, klik kanan dan pilih New → Folder


2. Berikan nama yang sesuai untuk folder anda.
3. Untuk memudahkan anda, jika nama folder atau file tersebut panjang,
atau lebih dari satu perkataan , boleh gunakan dash . Eg: Foo_bar

29
Bestari.comm

Copy & Paste Folder/file

1. anda boleh gunakan klik kanan untuk copy sebarang file atau folder
dan paste di mana mana destinasi yang anda suka.
2. Anda juga boleh drag & drop file / folder tersebut.

Delete folder

1. Anda boleh menekan kekunci delete untuk membuang suatu file/folder


atau sebilangan file/folder.
2. Atau rightclick pada file/folder dan pilih Delete

30u
Bab 3: Latihan Amali

Kosongkan Bakul Sampah

1. Klik kanan pada bakul sampah, pilih empty trash.


2. Anda boleh restore kembali file yang anda buang dalam folder Trash
dengan klik file tersebut dan pilih restore.

Cucuk pendrive , eject


pendrive

1. Cucuk pendrive pada usb


port
2. Anda akan dipaparkan
dengan dialogbox seperti
di sebelah
3. Klik Ok

31
Bestari.comm

4. Anda akan dipaparkan terus kepada isi kandungan pendrive anda


melalui pcmanfm

5. Untuk unmount pendrive / externel hard disk , anda boleh klik pada
ikon pendrive/ hard disk tersebut. Dan kemudian, cabut pendrive.

32u
Bab 3: Latihan Amali

Tayangan Filem dan Mendengar Muzik

Latihan 2

Kita ambil contoh penggunaan salah satu perisian Audio Video yang
dinyatakan dalam bab 2, Gnome-mplayer.

1. Buka Gnome-mplayer Menu → Sound and Video → Gnome-mplayer

2. Kita akan buat latihan mencari file movie dan juga file lagu dari dalam
drive D Windows. Terdapat pelbagai cara untuk mencari file-file
tersebut.

File → Open . Cari lagu dalam drive D anda, pilih lagu, dan klik butang
open.

33
Bestari.comm

3. Anda juga boleh drag and drop file. Pada gnome-mplayer pilih View →
Playlist. Buka folder lagu dari drive anda. Drag and drop lagu pilihan.

34u
Bab 3: Latihan Amali

Kekunci Shortcut :

Ctrl+ Esc = Menu LXDE


Power + R = Run
Alt + F2 = Run
Ctrl + Alt + Left = TUkar dektop 1, 2, 3,4
Ctrl + Alt + Right
Power + F1
Power + F2
Shift + ALt + left = hantar program ke desktop 2, 3, atau 4
Shift + ALt + Right =
Power + E = Buka FIle Manager
Alt + Tab = Tukar program

Nota Tambahan :

Latihan lain seperti cara menggunakan Openoffice.org dan penggunaan


Internet akan di ajar dalam sesi Pengenalan kepada Internet dan Kelas
Openoffice.org.

Walau bagaimana pun, anda bolehlah mencuba perisian-perisian yang


dinyatakan di dalam modul ini secara sepintas lalu bagi menyesuaikan diri
dalam persekitaran Linux.

35
i Debian Gnu/Linux Bible Steve Hunger -M/S 5
ii Linux Bible 2005

Anda mungkin juga menyukai