Anda di halaman 1dari 15

KANDUNGAN

 PENDAHULUAN

- TAJUK-TAJUK PAKEJ PEMBELAJARAN


- TUJUAN BUKU PANDUAN PENGAJARAN
- KAEDAH PENGGUNAAN BUKU PANDUAN PENGAJARAN

 CARTA ALIRAN PEKERJAAN, CARTA ALIRAN LATIHAN DAN NOSS


MATRIKS

- Carta Aliran Kerja (Job Profile Chart)


- Carta Aliran Latihan (Training Pathway)
- NOSS Matriks (NOSS Matrix))

 KANDUNGAN KURSUS PEMBELAJARAN (COURSE OF STUDY)

- Sinopsis Kursus (Course Synopsis)


- Objektif Kursus (Course Objective)
- Kandungan Kursus (Course Content)
- Sumber Rujukan dan Alat Bantuan Mengajar
- Keperluan Peralatan dan Kelengkapan

 HELAIAN MAKLUMAT (INFORMATION SHEET)

 HELAIAN KERJA (PRACTICAL SHEET)

 PENILAIAN PENGETAHUAN ( KNOWLEDGE ASSESSMENT)

 PENILAIAN PRESTASI (PERFORMANCE ASSESSMENT)


GAMBAR

PRAKATA GAMBAR

“Course of Study“ ini disediakan sebagai satu pakej untuk membolehkan pengajar memberi latihan
kemahiran kepada pelatih-pelatih melalui Sistem Latihan Berasaskan Keterampilan. Kemahiran ini akan
membolehkan mereka untuk melaksana kerja-kerja yang berkaitan di Industri Pembinaan dengan baik
dan sempurna serta mematuhi amalan-amalan keselamatan yang diperlukan.

Sistem Latihan Berasaskan Keterampilan adalah perlu dilaksanakan di Sektor Pembinaan terutama
dalam pengeluaran tenaga kerja mahir , iaitu supaya dapat memenuhi aspek-aspek kualiti kerja, tahap
kemahiran yang perlu dimiliki dan kesempurnaan serta kualiti produk yang dihasilkan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak dan
khususnya kepada Jawatankuasa Pembangunan “ Course of Study “ diatas sumbangan dan perkongsian
kepakaran sehingga terhasilnya dokumen ini. Dengan penghasilan dokumen ini maka Institusi Latihan
Kemahiran yang berhasrat menjalankan Program CIDB, adalah perlu mengikuti kaedah perlaksanaan
pakej-pakej pembelajaran dan memenuhi keperluan program yang terlibat.

Sekian. Terima kasih.

Datuk Ir. Hamzah Hasan


Ketua Eksekutif
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
SENARAI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL
BAGI BIDANG
AIR CONDITIONING AND MECHANICAL VENTILATION (ACMV)

NAMA ORGANISASI

1. EN. RICKY YAW CHAN CHOY - KEJURUTERAAN JAYATECH SDN BHD

2. EN. ZULRAMLY BIN BAHARUDDIN - ISOMETRIC INNOVATIONS SDN.BHD.

3. EN. FAISH AZIM YAHAYA BIN HJ. ISHAK - ISOMETRIC INNOVATIONS SDN.BHD

4. EN. AHMAD HARIS LEE BIN ABDULLAH - A.M.S ENGINEERING SDN. BHD.

5. EN. CHEW CHIN POH - PRESTASI BARU SDN. BHD

6. EN. OOI KOK JOO - PRESTASI BARU SDN. BHD

7. EN. PETER TAN CHIN WAH - ORION PROJECT MANAGEMENT SDN. BHD.

8. EN. GOH TOK ENG - CARRIER MALAYSIA SDN.BHD.

9. EN. AHMAD SUHAIMI BIN CHE DIN - MARA

10. EN. ABD. WALID BIN ABD. HAMID - KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA

11. EN. KOH CHU EYAM - IKRAM LATIHAN SDN. BHD.

12. EN. NG WEN BIN - UNIVERSITI KUALA LUMPUR - MFI

13. EN. MOHD. ZAKI BIN MOHAMED - UNIVERSITI KUALA LUMPUR - MFI

14. EN. ZULKARNAINI BIN ABDULLAH - UNIVERSITI KUALA LUMPUR - MFI

15. EN. KAMARUL BAHAR BIN ABDUL RAHIM - PERHEBAT

16. EN. AHMAD TAJUDDIN BIN SHAHARUDDIN - PERHEBAT

17. EN. RAZALI BIN ABD. HADI - INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN

18. EN. RADHIR SHAM BIN MOHAMAD - UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

19. EN. M. SALLEH BIN RAHMAT - ABM WILAYAH SELATAN

20. EN. ABDUL LATIF BIN ABDUL RAHMAN - KOLEJ TEKNOLOGI YAYASAN ALOR GAJAH

21. EN. ZAKARIA BIN BASIRON - KOLEJ TEKNOLOGI YAYASAN ALOR GAJAH
Fasilitator : En. Mohd. Salleh Hj. Buyong

Co- Fasilitator : En. Rahlan bin Ali

Seketeriat : En. Mohd. Qurairah bin Roslin


Pn. Fatimah binti Ghazali
Cik Rohayani binti Surif
Cik Siti Faridah binti Md. Jelani
(INTRODUCTION)
PENGENALAN
TAJUK / PAKEJ PEMBELAJARAN

Panduan Pengajaran ini mengandungi 6 Pakej Pembelajaran hasil daripada analisis terhadap ‘Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan’ (NOSS) Tahap 1 Air Conditioning & Mechanical Ventilation
(ACMV) oleh Jawatankuasa Pembangunan “Course Of Study”.

Pakej – Pekej Pembelajaran tersebut adalah seperti berikut :-

Bilangan Tajuk / Pakej Kod / Nombor TG

01 PENETRATION PREPARATION WORKS C-010-1 (LP 1)

02 REFRIGERATION PIPING INSTALLATION WORKS C-010-1 (LP 2)

03 ACMV EQUIPMENT INSTALLATION C-010-1 (LP 3)

04 ELECTRICAL INSTALLATION WORKS C-010-1 (LP 4)

05 FINISHING WORK C-010-1 (LP 5)

06 SERVICING ACTIVITIES C-010-1 (LP 6)


TUJUAN BUKU PANDUAN PENGAJARAN

Tujuan utama Buku Panduan Pengajaran ini didokumenkan adalah untuk pengajar membuat rujukan
dalam memberi latihan kepada pelatih-pelatih supaya mereka mendapat kemahiran secukupnya
mengikut tahap keupayaan masing-masing. Buku Panduan Pengajaran ini memberi kefahaman kepada
pengajar dalam skop seperti berikut:

a) Proses Pembentukan Pakej dari NOSS (National Occupational Skill Standard)

1. Carta Profil Pekerjaan

- Menyenaraikan tugas-tugas yang terdapat dalam ‘Standard Kemahiran Pekerjaan


Kebangsaan’ (NOSS) Tahap 1 Air Conditioning & Mechanical Ventilation (ACMV).

2. Proses Clustering

- Pengumpulan tugas-tugas (Task) dalam Carta Profil Pekerjaan (JPC) untuk


membentuk pakej- pakej pembelajaran dan diberikan tajuk yang sesuai ke atasnya.

3. Carta Aliran Latihan dan Susuan Pembelajaran

- Mengatur tajuk – tajuk pembelajaran mengikut turutan pengajaran dan pembelajaran

4. NOSS Matriks

- Semakan terhadap tajuk-tajuk pakej Pengajaran adalah meliputi semua tugas –tugas
(Task) yang terdapat dalam NOSS berkenaan.

b) Sukatan Pengajaran Bagi Setiap Pakej

1. Pemurnian (Review and Refine)

- Penyemakan isi kandungan aktiviti- aktiviti pekerjaan dalam ‘Standard Kemahiran


Pekerjaan Kebangsaan’ (NOSS) Tahap 1 Air Conditioning & Mechanical Ventilation
(ACMV) untuk disusun menjadi sukatan pelajaran.

2. Kandungan Kursus Pembelajaran (Course of Study)

i. Sinopsis Kursus (Course Synopsis)


ii. Objektif Kursus (Course Objektive)
iii. Kandungan Kursus (Course Content)
iv. Sumber Rujukan dan Alat Bantuan Mengajar
v. Keperluan Peralatan dan Kelengkapan
KAEDAH MENGGUNAKAN BUKU PANDUAN PENGAJARAN

1. Pengajar hendaklah memberikan latihan kemahiran kepada pelatih-pelatih mengikut Susunan


Pembelajaran dan Carta Aliran Latihan yang ditetapkan.

2. Pengajar mestilah memastikan pelatih-pelatih dapat mengikuti pembelajaran dalam setiap pakej
dengan sempurna sebelum meneruskan ke pakej berikutnya.

3. Bagi menentukan pelatih-pelatih boleh meneruskan pembelajaran ke pakej pembelajaran berikutnya,


pengajar hendaklah memberi Penilaian Pengetahuan dan Penilaian Prestasi, di mana mereka mesti
lulus 100% pada penilaian pengetahuan dan memenuhi kesemua keperluan kriteria pada penilaian
prestasi.

4. Jika terdapat pelatih-pelatih yang gagal sebarang penilaiana yang diadakan, maka pengajar
hendaklah mengadakan ujian ulangan yang setara dengannya.

5. Pengajar hendaklah menyimpan segala dokumen penilaian pelatih beserta keputusannya sebagai
bahan bukti keterampilan mereka.
(JOB PROFILE CHART, TRAINING PATHWAY & NOSS MATRIX)
(COURSE OF STUDY)
(INFORMATION SHEET)
(PRACTICAL SHEET)
(KNOWLEDGE ASSESSMENT)
(PERFORMANCE ASSESSMENT)

Anda mungkin juga menyukai