Anda di halaman 1dari 11

http://74.125.153.132/search?

q=cache:fEVVOD2hM-
wJ:www.mnrb.com.my/media/annual_reports/2007bm/mnrb_24-
29.pdf+tanggungjawab+sosial+korporat+laporan+kewangan&cd=6&hl=en&ct=clnk&gl=my

http://www.heitech.com.my/05_dload/Annual_Report_2006.pdf

This is the html version of the file


http://www.mnrb.com.my/media/annual_reports/2007bm/mnrb_24-29.pdf.
Google automatically generates html versions of documents as we crawl the web.

Page 1
MNRB
24
LAPORAN TAHUNAN ‘07 MNRB HOLDINGS BERHAD (13487-A)
Kumpulan MNRB menyedari komitmennya kepada semua pemegang
kepentingan dan akan terus beroperasi secara beretika, bukan sahaja
dari segi kewangan, malahan juga dari segi tanggungjawab sosial. Dalam
mengejar peluang yang ada, kami akan turut mengambil kira obligasi
sosial kami.
Kami melihat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai satu
pelaburan dalam aset strategik jangka panjang dan lantaran itu, akan
berusaha untuk menggunakan pendekatan yang seimbang. Kumpulan
komited untuk memberi balik kepada komuniti dan pada masa yang sama
mencapai objektif perniagaan kami.
Dalam hal ini, Kumpulan telah merumuskan satu Dasar CSR yang
sejajar dengan objektif perniagaan kami dan harapan semua pemegang
kepentingan, terutamanya kakitangan, pelanggan, pelabur serta komuniti
amnya. Program CSR ini akan dikembangkan dengan penyertaan aktif
kakitangan yang benar-benar yakin dengan falsafah seumpama ini.
Aktiviti CSR Kumpulan memberi tumpuan kepada tiga bidang teras, iaitu
Tempat Kerja, Pasaran dan Komuniti & Alam Sekitar, dengan tumpuan
utama diberi ke atas pembangunan modal insan.
Dalam usaha untuk mencapai objektif CSR ini, Kumpulan akan
menerapkan satu rangkaian prinsip sebagai panduan, bagi setiap bidang
teras.
Tempat Kerja
• Kami akan menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat
untuk pekerja kami.
• Kami akan membangunkan kakitangan kami agar mencapai potensi
maksimum menerusi inisiatif pembangunan modal insan yang
berterusan.
• Kami akan memupuk komunikasi terbuka dan semangat kerja
berpasukan, dan berusaha untuk mempromosi keseimbangan
kerja-kehidupan, demi meningkatkan produktiviti kakitangan kami.
• Kami akan menilai dan mengganjarkan kakitangan kami secara
saksama.
Pasaran
• Kami akan memastikan yang perniagaan kami dikendalikan mengikut
tahap etika, profesional dan standard undang-undang yang tertinggi.
• Kami akan berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif
perniagaan kami serta memenuhi jangkaan dan harapan pemegang
kepentingan kami menerusi Tadbir Urus Korporat yang baik.
• Kami akan berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan kami
melalui kualiti dan integriti perkhidmatan yang cemerlang.
Tanggungjawab Sosial Korporat
• Kami akan berusaha untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan kami
selaras dengan standard kualiti ISO yang telah kami wujudkan.
• Kami akan bekerjasama dengan rakan perniagaan dan pembekal
yang berkongsi tahap etika perniagaan yang sama demi kepentingan
bersama.
• Kami akan berusaha untuk mengekalkan perhubungan jangka
panjang dengan rakan perniagaan dan pembekal kami.
• Kami akan berusaha untuk menyokong aspirasi Kerajaan, para
Penguat Kuasa dan persatuan industri insurans/takaful tempatan.
Komuniti & Alam Sekitar
Sumbangan Kumpulan kami terhadap program komuniti dan alam sekitar
adalah tertumpu dalam bidang pendidikan atau pembangunann modal
insan dalam konteks yang lebih luas.
Komuniti
Kumpulan akan:
• Mewujudkan perhubungan kerja yang boleh dimanfaatkan bersama
dengan komuniti dan organisasi sukarela;
• Menyokong kakitangan kami dalam usaha mereka untuk menawarkan
perkhidmatan sukarela dan menyertai program amal; dan
• Menyokong individu dan komuniti terutamanya dalam bidang
pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan kualiti kehidupan bagi mereka
yang kurang bernasib baik.
Alam Sekitar
Kumpulan akan berusaha mengurangkan kesan aktiviti perniagaan kami
ke atas persekitaran dengan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan
kitaran semula. Di samping itu usaha akan dibuat untuk menerapkan
amalan yang meminimumkan penggunaan sumber alam semula jadi dan
pembaziran bahan setakat yang boleh diamalkan dari segi ekonomi.
Inisiatif Kumpulan dalam menyokong CSR adalah satu komitmen
berterusan, dan pada tahun 2006/07, Kumpulan telah memberi
sumbangan dalam aktiviti-aktiviti berikut:
Tempat Kerja
10 April & 6 November 2006
Peraduan ‘News Hunt’
Peraduan ‘News Hunt’ merupakan aktiviti dua kali setahun yang
diperkenalkan pada bulan April 2006 kepada semua kakitangan MNRB
dan Malaysian Re. Objektif peraduan ini adalah untuk memupuk tabiat
suka membaca di kalangan kakitangan dan memastikan mereka
mendapat maklumat terkini tentang isu-isu semasa.

Page 2
25
LAPORAN TAHUNAN ‘07 MNRB HOLDINGS BERHAD (13487-A)
31 Mei 2006
Perhimpunan Tahunan
Perhimpunan Tahunan telah menerima maklum balas yang positif
daripada kakitangan kedua-dua syarikat. Objektif utama perjumpaan ini
adalah untuk mempertingkatkan perhubungan harmonis yang sedia ada
antara kakitangan MNRB, Malaysian Re dan Labuan Re. Di samping itu, ia
turut menjadi satu platform bagi pihak pengurusan untuk menyampaikan
maklumat terkini kepada kakitangan tentang prestasi dan rancangan
setiap syarikat.
29 Jun 2006
Ceramah Kesihatan
Seperti yang dipetik daripada ungkapan ‘mencegah lebih baik daripada
merawat’, MNRB dengan kerjasama CCM Pharmaceuticals Sdn.
Bhd. telah menganjurkan satu ‘ceramah kesedaran tentang kesihatan’
untuk semua kakitangan MNRB, Malaysian Re dan Takaful IKHLAS di
Auditorium, Bangunan Malaysian Re. Objektif acara ini adalah untuk
mewujudkan kesedaran dan sikap bertanggungjawab terhadap kesihatan
masing-masing.
21 – 23 Julai 2006
Percutian Keluarga Tahunan
Percutian Keluarga Tahunan 2006 Malaysian Re telah diadakan di
Guoman Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, bertemakan
‘Kampung Habisss’ . Acara 3 hari 2 malam yang penuh riang ria ini telah
berjaya mengeratkan lagi silaturrahim antara kakitangan yang telah dibina
dan dipupuk sejak beberapa tahun yang lalu. Penyertaan seramai 700
kakitangan dan ahli keluarga masing-masing merupakan jumlah teramai
yang pernah dicapai bagi acara seperti ini. Mereka telah dihiburkan
dengan persembahan daripada beberapa kumpulan yang terdiri daripada
kakitangan sendiri. Kumpulan Kampung Semerah Padi muncul sebagai
juara keseluruhan. Yang paling tidak dapat dilupakan adalah hidangan
pelbagai jenis makanan yang lazat dan pertandingan memasak rendang
untuk kakitangan lelaki yang begitu menghiburkan. Para kakitangan
begitu berpuas hati dengan kunjungan singkat ke PD ini. Masing-masing
membawa pulang kenangan manis dan berpeluang memperbaharui
semangat untuk menghadapi tugas pada hari-hari yang akan datang.
26 Ogos 2006
‘Staff Breakaway’
Amber Stone Eco Resort, Ulu Yam telah dipilih sebagai lokasi untuk acara
‘Staff Breakaway Malaysian Re’ buat kali yang ke 3. Objektif program
ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan dan menggalakkan kerja
berpasukan dan mengeratkan lagi hubungan baik kakitangan antara
pihak pengurusan dan bukan pengurusan. Program ini juga diharap
dapat menjadi platform bagi membolehkan para pekerja bekerja bukan
sahaja sebagai satu pasukan yang penuh berdaya saing, bahkan menjadi
pencetus semangat untuk mencapai tahap yang cemerlang dari segi
peribadi dan di peringkat pasukan.
6 & 7 September 2006
Latihan untuk Pengarah-Pengarah – Gambaran Keseluruhan
Lloyd’s, Takaful & Takaful Semula.
MNRB dalam usahanya untuk membangunkan modal insan tidak
mengabaikan keperluan Lembaga Pengarah untuk melengkapkan diri
dengan pengetahuan terutamanya dalam bidang yang akan membantu
para Pengarah menyempurnakan tugas mereka.
Program Pendidikan Berterusan (CEP) telah dimansuhkan berkuat
kuasa pada 1 Januari, 2005 dan untuk memastikan latihan berterusan
diberi kepada para Pengarah, MNRB telah mengambil inisiatif untuk
menganjurkan latihan seperti yang dinyatakan di atas, di Hotel Equatorial,
Melaka.
25 September 2006
Pengedaran ‘Bubur Lambuk’ untuk Warga IKHLAS
Ini merupakan acara tahunan bagi menandakan masuknya hari
pertama bulan Ramadhan. Pada hari ini, Syarikat akan mengedarkan
‘bubur lambuk’ yang dimasak khas di Masjid Kg Bharu kepada semua
kakitangan.
21 November 2006
Syawal Nan Ceria
Untuk merayakan bulan Syawal, Malaysian Re telah menganjurkan
rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diberi nama ‘Syawal Nan Ceria’
untuk semua kakitangannya di Tingkat 3, Bangunan Malaysian Re.
Ini merupakan kali pertama program seperti ini diperkenalkan. Acara
dimeriahkan lagi dengan permainan seperti pertandingan menganyam
ketupat, ‘fear factor’ dan cabutan bertuah. Tetamu juga telah dihiburkan
dengan persembahan daripada seorang artis kanak-kanak berusia 6
tahun yang berbakat besar, Nurriyana Jamhari, juga dikenali sebagai Adik
Yana. Tidak lupa juga persembahan oleh kakitangan kami sendiri, Zairul,
yang menyanyikan lagu popular berjudul “Biar Bulan Bicara.” Program
ini merupakan satu lagi acara yang telah membawa kenangan manis
dalam kalendar Malaysian Re kerana ia berjaya mengumpulkan semua
kakitangan pada bulan Syawal yang mulia.
Percutian Keluarga Tahunan
‘Staff Breakaway’
Syawal Nan Ceria

Page 3
MNRB
26
LAPORAN TAHUNAN ‘07 MNRB HOLDINGS BERHAD (13487-A)
Hari Keluarga Takaful IKHLAS 2006 @ Summerset Rompin, Pahang
Hari Keluarga Tahunan telah diadakan di Summerset Rompin, Pahang
sebagai satu usaha Syarikat untuk mengekalkan perhubungan antara
warga IKHLAS. Percutian kakitangan selama 3 hari telah dipenuhi dengan
aktiviti kekeluargaan seperti pelbagai permainan yang menyeronokkan,
cabutan bertuah untuk kakitangan, makan malam dan penyampaian
anugerah. Hari Keluarga Tahunan amat penting dalam menggalakkan
dan memupuk semangat muhibah di kalangan kakitangan dan pihak
pengurusan.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Takaful IKHLAS
Acara ini diadakan untuk kakitangan dan ejen pada 15 November 2006
di Bangunan Takaful IKHLAS sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Para tetamu disajikan dengan perbagai juadah tempatan sambil memberi
peluang kepada semua yang hadir menikmati kegembiraan pada Hari
Raya yang mulia.
Pelbagai Aktiviti Kelab Sukan Malaysian Re
Kelab Sukan Malaysian Re (MRSC) telah menganjurkan pelbagai
aktiviti sukan dan bukan sukan untuk kakitangan dengan tujuan untuk
menggalakkan gaya hidup sihat. Ia turut memainkan peranan yang besar
dalam menjaga kebajikan para kakitangan. Sepanjang tahun ini, MRSC
telah menaja dan menguruskan penyertaan kakitangan dalam aktiviti
antara syarikat; terutamanya acara yang dianjurkan oleh PNB dan MII
serta pertandingan terpilih yang dianjurkan oleh syarikat lain.
Dalam syarikat, MRSC telah menganjurkan pelbagai Kejohanan Malaysian
Re seperti sukan boling, permainan komputer, congkak, pingpong, karom,
badminton dan pertandingan kitar semula. Selain daripada bertanding
secara mesra dan sihat, kakitangan dibahagikan kepada 6 pasukan,
bertujuan untuk meningkatkan interaksi antara peserta dan memupuk
semangat berpasukan di kalangan ahli masing-masing.
Pada bulan Januari 2007, MRSC telah mengambil bahagian dalam
Program Khas Mangsa Banjir di Kota Tinggi, Johor, yang dianjurkan
oleh Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan
Masyarakat. Dalam program ini, 18 sukarelawan daripada Malaysian Re
telah menyumbangkan tenaga mereka.
Latihan Kakitangan
Dalam mengejar pendidikan dan peningkatan pengetahuan kakitangan
secara berterusan, pelbagai program insurans serta program kemahiran
dikendalikan bagi melengkapkan kecekapan kakitangan.
Antara program utama yang dikendalikan adalah:
Kelas Bahasa Arab
Sekumpulan kakitangan Malaysian Re telah menggunakan waktu lepas
pejabat pada setiap hari Selasa dan Khamis untuk belajar Bahasa Arab
di bawah tunjuk ajar Ustaz Rahimi Md Saad dari Universiti Malaya. Kelas
yang bermula pada bulan Ogos 2006 ini, ditawarkan kepada mereka yang
ingin memahami atau menimba pengetahuan mengenai Bahasa Arab.
Pelajaran yang disampaikan berasaskan frasa Arab praktikal yang mana
ia amat berguna bila seseorang melangkah masuk ke dalam dunia Arab
yang sebenar.
Perkhidmatan Pelanggan
Bagi tahun 2007, ‘Perkhidmatan Pelanggan’ adalah tema berhubungan
khidmat yang telah dipilih. Dengan yang demikian, para kakitangan
diberi ulang kaji mengenai gambaran keseluruhan amalan perkhidmatan
pelanggan yang sedang diamalkan sekarang. Encik Bujang Hussin dari
Dale Carnegie mengendalikan sesi “Cara Menggunakan Perkhidmatan
Pelanggan untuk Mengubah Urus Niaga menjadi Perhubungan”
manakala Encik Heera Singh dari Heera Management Consultancy
pula mengendalikan beberapa sesi mengenai “Peraturan Perkhidmatan
Pelanggan yang Unggul”. Kakitangan berpakaian seragam pula
menghadiri sesi berkaitan “Perkhidmatan Pelanggan” yang dikendalikan
oleh Puan Aspa Abdullah dari MEF Academy.
Pasaran
Program Latihan Pasaran
MNRB menyedari komitmennya kepada semua pemegang kepentingannya,
khususnya industri insurans. Dalam usaha gigihnya untuk memupuk nilai
profesionalisme yang lebih tinggi dalam industri dengan membangunkan
asetnya yang terunggul – modal insan – MNRB akan mengenal pasti,
menganjurkan dan menawarkan latihan kepada industri.
Setiap tahun MNRB menaja persatuan terpilih, yang menyediakan
khidmat latihan kepada industri. Selain daripada penajaan, MNRB
turut menganjurkan latihan untuk industri setiap tahun. Lebih daripada
sepuluh (10) latihan pasaran telah dianjurkan pada tahun 2006.
23 – 26 Jun 2006
Seminar Pasaran untuk kakitangan syarikat insurans tempatan
Malaysian Re telah berjaya mengendalikan Seminar Pasaran Tahunan
untuk peserta daripada industri insurans tempatan. Acara ini telah
dikendalikan di sebuah hotel ternama di Jakarta, Indonesia. Topik
perbincangan dalam seminar ini adalah “Perkhidmatan Pengurusan
Pengetahuan ISM” - Menggunakan Statistik untuk Membina Kadar dalam
Pasaran Tanpa Tarif yang disampaikan oleh Carl Rajendran dari Insurance
Services Malaysia Berhad (ISM).
Tanggungjawab Sosial Korporat
Hari Keluarga Takaful IKHLAS 2006 @
Summerset Rompin, Pahang
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
Takaful IKHLAS
Seminar Pasaran untuk kakitangan
syarikat insurans tempatan

Page 4
27
LAPORAN TAHUNAN ‘07 MNRB HOLDINGS BERHAD (13487-A)
8 Ogos 2006
Perjumpaan Minum Petang – Pertandingan Perang Korporat
Malaysian Re telah sekian lama menganjurkan program luar (outdoor)
untuk industri, iaitu sejak tahun 1991. Lebih kurang 10 hari sebelum
program ini dilangsungkan, para peserta akan berkumpul untuk
perjumpaan minum petang, di mana mereka diberi peluang untuk
mengenali satu sama lain dan mendengar taklimat mengenai susunan
program.
14 – 16 Ogos 2006,
5,6,12,13,19-21 September 2006
Program Pembangunan Eksekutif Insurans
Program untuk Pembangunan Eksekutif Insurans (PIED) adalah acara
tahunan yang dianjurkan oleh Malaysian Re sejak 1993. Malaysian
Re menaja sepenuhnya program ini, yang meliputi 4 kelas Insurans
– Kejuruteraan, Kebakaran, Liabiliti dan Marin. Setiap kelas dikendalikan
secara berasingan dalam sesi berbeza selama 2 hingga 3 hari. Objektif
program ini adalah seperti berikut: -
• Untuk menyediakan forum di kalangan para peserta dan ahli-ahli
fakulti bagi bertukar-tukar pendapat dan
• Untuk membolehkan para peserta dimaklumkan mengenai
perkembangan terkini
16 – 19 Ogos 2006
Pertandingan Perang Korporat
Malaysian Re sentiasa menghargai hubungan erat di kalangan kakitangan
dalam industri dan salah satu cara untuk mencapai matlamat ini ialah
melalui program luar (outdoor) yang telah dianjurkan oleh Malaysian Re
sejak tahun 1991 lagi. Program luar ini bersifat interaktif dan memerlukan
penyertaan aktif dimana para peserta dikehendaki untuk bermalam
dan ianya diadakan di luar kawasan Kuala Lumpur. Kesemua kos
yang berkaitan dengan program ini ditanggung oleh Malaysian Re.
Pertandingan perang korporat bagi bulan Ogos 2006 telah diadakan di
Jeram Besu, Pahang.
29 Ogos, 22 September 2006 dan 20 & 21 Mac 2007
Latihan SILSR bagi kakitangan syarikat insurans tempatan
Objektif Skim Insurans Risiko Besar dan Khusus (SILSR) adalah untuk
membina kepakaran teknikal demi membolehkan penginsurans menjadi
pengunderait aktif bagi risiko besar dan khusus. Selaras dengan objektif
ini, SILSR menganjurkan latihan bagi kakitangan syarikat insurans
untuk memupuk tahap profesionalisme yang lebih tinggi dalam industri.
Komuniti & Alam Sekitar
20 – 29 April 2006
Kemenangan Manis di MSAM 2006
MNRB sekali lagi menyertai Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM)
anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang telah diadakan di
Padang Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu. Ia merupakan
pameran pendidikan pelaburan bersepadu tahunan yang amat berkesan
dalam usaha mendidik masyarakat umum di Malaysia untuk membuat
pelaburan bijak dan perancangan kewangan berhemah. Di samping
mendidik masyarakat umum mengenai pelaburan bijak, acara sebesar
ini memberi MNRB peluang hebat untuk mempromosi produk dan
perkhidmatannya kepada masyarakat dan memperkasakan jenamanya.
Sebagai ‘Rakan’ MSAM bagi tahun kedua, MNRB mengambil 6 gerai,
yang digunakan oleh Malaysian Re dan Takaful IKHLAS. Pelbagai aktiviti
dikendalikan di gerai Malaysian Re dan Takaful IKHLAS untuk menarik
pengunjung sepanjang 10 hari pameran itu. MNRB juga berbangga
kerana muncul sebagai pemenang tempat ke-2 dalam pemilihan ‘Gerai
Pameran Terbaik’. Beberapa Orang Kenamaan telah mengunjungi gerai
kami. Antaranya termasuk DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-
Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu dan
DYMM Permaisuri Nur Zahirah turut mencemar duli. Kumpulan MNRB
amat berbesar hati dan berbangga kerana terlibat dalam usaha murni ini,
dan akan terus menyokong usaha untuk menjayakannya dimasa akan
datang.
5 Mei 2006
Majlis Menandatangani Biasiswa MNRB
Majlis Menandatangani Biasiswa 2006 diadakan untuk penganugerahan
biasiswa kepada empat belas (14) pelajar cemerlang yang sedang
mengikuti kursus dalam bidang Perakaunan, Sains Aktuari, Ekonomi,
Teknologi Maklumat, Insurans dan Undang-Undang di universiti atau
kolej awam/swasta tempatan. Anugerah biasiswa di bawah Tabung
Biasiswa MNRB , adalah antara projek komuniti yang dikendalikan oleh
MNRB sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk menjadi warga
korporat bertanggungjawab dan penyayang.
24 Jun 2006
Lawatan Pengetahuan di Perpustakaan Negara
Anak-anak yatim dari Tara Bhavan, PDK Selayang dan Agathians Shelter
menikmati detik yang tidak dapat mereka lupakan apabila mereka diberi
peluang meneroka Perpustakaan Negara bersama-sama kakitangan
MNRB dan Malaysian Re. Seramai 64 orang anak-anak yatim telah diberi
Pertandingan Perang Korporat
Kemenangan Manis di MSAM 2006
Majlis Menandatangani Biasiswa MNRB

Page 5
MNRB
28
LAPORAN TAHUNAN ‘07 MNRB HOLDINGS BERHAD (13487-A)
peluang untuk menggunakan “Virtual System”, satu sistem carian inovatif
yang membolehkan mereka mencari mana-mana buku atau maklumat
yang diperlukan di Perpustakaan Negara. Mereka juga turut dihiburkan
dengan Pertunjukan Boneka oleh kakitangan Perpustakaan Negara
dan juga sesi kuiz yang dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat
Malaysian Re. Lebih lima puluh (50) orang wargakerja dari MNRB dan
Malaysian Re menawarkan diri untuk menyertai aktiviti ini.
29 Julai 2006
“Sudahkah Anda Bersedia?”
MNRB mengadakan ceramah motivasi untuk anak-anak kakitangan
MNRB & Malaysian Re serta kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari
Rumah Ilham – Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr Ismail,
Rumah Kebajikan Anbu Illam dan PDK Selayang yang bakal menduduki
peperiksaan PMR dan SPM. Program ini bertujuan untuk membakar
semangat kanak-kanak ini dan berfungsi sebagai platform untuk
menyediakan mereka dari segi mental dan fizikal bagi menduduki kedua-
dua peperiksaan utama ini. MNRB akan selalu komited terhadap usaha
pembangunan negara dan menyokong perkembangan pendidikan.
5 Ogos 2006
Detik Teknologi bersama Adik-Adik dari Rumah Tunas Harapan
Tengku Ampuan Rahimah
Masa berlalu begitu pantas, demikianlah juga dengan perkembangan
teknologi. Dengan objektif untuk berkongsi inovasi terkini, kakitangan
MNRB dan Malaysian Re bersama adik-adik dari Rumah Tunas Harapan
Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Selangor telah bersama-sama
meluangkan masa di Berjaya Times Square. Lebih kurang tiga puluh lima
(35) orang anak-anak yatim hadir di Taman Tema Dunia Cosmo untuk
merasai secara peribadi taman tema dalam bangunan dan mempelajari
teknologi 3D di Panggung Imax. Wayang 3 dimensi yang bertajuk
“Walking on the Moon” telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak ini
untuk menjadi angkasawan Malaysia yang seterusnya.
12 Oktober 2006
Berkongsi Semangat Ramadhan
Ramadhan Al Mubarak tidak akan sempurna tanpa aktiviti-aktiviti
kebajikan anjuran MNRB. Sekali lagi, MNRB bekerjasama dengan Pusat
Zakat Selangor untuk mengadakan “Majlis Berbuka Puasa” bersama-
sama anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih. Sebagai tanda
terima kasih, Kumpulan Mawardah, telah dijemput khas oleh Rumah Amal
Limpahan Kasih untuk memberikan persembahan yang amat menarik
dan sukar dilupakan kepada kakitangan MNRB dan Malaysian Re yang
hadir pada hari itu. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka apabila
setiap seorang menerima “duit raya” dan hamper pada akhir acara. Selain
daripada itu, kanak-kanak ini turut menerima sumbangan peribadi dalam
bentuk makanan, wang dan pakaian daripada kakitangan Malaysian Re.
18 Oktober 2006
Kemeriahan Perayaan Cahaya
Jadual kerja yang ketat tidak pernah menghalang kakitangan MNRB dan
Malaysian Re untuk memeriahkan perayaan Deepavali baru-baru ini. Kali
ini kakitangan MNRB dan Malaysian Re mengunjungi Rumah Tara Bhavan
di Kampung Kasipillay, Kuala Lumpur, sebuah rumah untuk kanak-kanak
beragama Hindu yang kurang bernasib baik dan terbiar. Kegembiraan
jelas terpancar di wajah tiga puluh dua (32) orang kanak-kanak yang
berusia antara 2 hingga 15 tahun ini apabila masing-masing mendapat
dua pasang kasut baru di samping hamper dan sumbangan wang tunai.
Rumah ini juga menerima peralatan elektrik seperti penyejuk beku, cerek,
seterika, pengisar dan dapur. Selain daripada itu, kakitangan MNRB
dan Malaysian Re juga turut bermurah hati untuk memberi sumbangan
peribadi kepada kanak-kanak dan Rumah ini.
8 – 9 November 2006
Hari Q Kumpulan PNB
Malaysian Re memulakan sambutan Hari-Q PNB 2006 dengan Forum-
Q, yang telah diadakan pada 10 Oktober 2006 di Bangunan Malaysian
Re. Ini diikuti dengan Simposium dua hari yang diadakan di Pusat
Konvensyen Sime Darby dari 8 hingga 9 November 2006. Y.Bhg. Tan Sri
Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi PNB, merasmikan pembukaan
Hari-Q PNB pada 8 November 2006. Semasa majlis makan malam yang
diadakan pada 9 November 2006 bersempena majlis penutup, Malaysian
Re telah menerima sijil penghargaan daripada Y.Bhg. Tan Sri Ahmad Sarji
bin Abdul Hamid kerana telah menerima Anugerah Sumbangan Industri
Insurans di Anugerah Industri Insurans Asia ke 10 di Brunei Darussalam.
22 Disember 2006
Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru
Kami mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2006 yang penuh
dengan kenangan terindah bersama kanak-kanak kurang bernasib
baik dari Rumah Compassion, Subang Jaya. Sambutan Krismas amat
bermakna kepada kanak-kanak ini apabila tenaga kerja MNRB dan
Tanggungjawab Sosial Korporat
“Sudahkah Anda Bersedia?”
Berkongsi Semangat Ramadhan
Kemeriahan Perayaan Cahaya

Page 6
29
LAPORAN TAHUNAN ‘07 MNRB HOLDINGS BERHAD (13487-A)
Malaysian Re mengunjungi mereka dan mengadakan beberapa aktiviti
yang menyeronokkan. Suasana semakin meriah dengan ketibaan badut
dan karakter terkenal “Mr. Incredible”. Di samping menyanyi, menari dan
pertunjukan silap mata, kanak-kanak ini turut dihiburkan dengan beberapa
permainan yang menarik dan menyeronokkan.
Untuk menyempurnakan sambutan Krismas ini, MNRB juga mengagihkan
hadiah-hadiah Krismas kepada kanak-kanak dan pemberian beberapa
peralatan elektrik seperti pemain CD dan kaset, kipas angin, pengisar
dan seterika kepada Rumah ini. Adalah diharapkan agar pemberian
daripada MNRB ini akan menceriakan kehidupan di Rumah ini terutama
semasa musim perayaan seperti ini.
9 Februari 2007
Perayaan Tahun Baru Cina
Musim berkongsi dan memberi muncul lagi. Kakitangan MNRB dan
Malaysian Re tidak pernah melupakan warga emas dan mereka yang
kurang bernasib baik semasa setiap musim perayaan. Sempena
Perayaan Tahun Baru Cina ini, para penghuni Rumah The Salvation
Army Joyhaven diberi layanan istimewa oleh para kakitangan MNRB dan
Malaysian Re apabila mereka membuat kunjungan kebajikan ke Rumah
ini. Kegembiraan benar-benar terpancar pada wajah penghuni yang
berusia sekitar 60 hingga 90 tahun di sini, apabila syarikat menghadiahkan
peralatan elektrik seperti mesin basuh, termo pemanas, dapur dan
hamper makanan serta barangan keperluan harian mereka.
7 Mac 2007
Kempen Derma Darah
MNRB sekali lagi bekerjasama dengan Pusat Darah Negara (NBC) untuk
menganjurkan Kempen Derma Darah bagi kesemua kakitangan dan
penyewa Bangunan Malaysian Re. Acara ini diadakan bagi menyokong
usaha NBC untuk menambah bekalan darah bagi membantu para pesakit
yang kurang bernasib baik seperti mereka yang menghidapi penyakit
anemia, leukemia, hemofilia dan sebagainya. Seramai seratus (100) orang
telah tampil untuk menyertai acara ini dan NBC berjaya memungut 76 pain
darah.
Sumbangan ‘Aidilfitri’ oleh Takaful IKHLAS @ Rumah Penyayang
Nur Iman
Semasa bulan Ramadhan, Takaful IKHLAS mengambil inisiatif untuk
menderma sejumlah bantuan kewangan dan barangan kepada Rumah
Penyayang Nur Iman yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Adalah
diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban kanak-kanak yang
menghuni Rumah Penyayang Nur Iman semasa mereka menyambut
musim perayaan yang bakal tiba. Antara barangan yang didermakan
oleh Warga IKHLAS adalah pakaian, barangan dapur, dan lain-lain.
Kegembiraan benar-benar terpancar pada wajah kanak-kanak yatim ini
semasa mereka menerima hadiah istimewa sempena musim perayaan ini.
Sumbangan IKHLAS untuk Tabung Yogjakarta
Dengan malapetaka gempa bumi yang telah mengorbankan banyak
nyawa dan memusnahkan harta benda penduduk Yogjakarta, Takaful
IKHLAS telah menubuhkan satu dana khas untuk menggalakkan warga
IKHLAS menderma bagi meringankan beban mangsa. Sumbangan yang
diberikan termasuklah sumbangan wang tunai, makanan dan pakaian.
Skim Pelatih Graduan
MNRB di bawah Tabung Biasiswa MNRB terus menyediakan biasiswa
kepada individu yang berkelayakan. Sebagai sebahagian daripada
komitmennya untuk membangunkan modal insan agar mencapai potensi
paling maksimum, satu program untuk menyediakan latihan amali
kepada bekas penerima biasiswa melalui peluang pekerjaan di salah satu
subsidiarinya. Program ini juga sebagai menyahut seruan Kerajaan untuk
membantu graduan yang menganggur.
Pada tahun 2006, dua puluh satu (21) orang bekas penerima biasiswa,
yang telah tamat pengajian mereka, ditawarkan bekerja dengan kontrak
selama dua tahun. Dalam tempoh dua tahun ini, mereka ditempatkan di
pelbagai jabatan untuk tempoh minimum 3 bulan, bagi setiap jabatan.
Kemajuan mereka akan dipantau dan mereka yang memenuhi kelayakan
yang ditetapkan telah pun ditawarkan jawatan tetap dalam Syarikat.
Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru
Kempen Derma Darah
Sumbangan ‘Aidilfitri’ oleh Takaful IKHLAS
@ Rumah Penyayang Nur Iman

Anda mungkin juga menyukai