Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: Hikayat Panji Semirang Tarikh:

(Sinopsis)

Sinopsis

Galuh Ajeng merupakan adik kepada Galuh Cendera Kirana (berlainan ibu). Dia merasa sakit
hati terhadap Galuh Cendera Kirana kerana telah dipinang oleh Raden Inu kertapati. Berita ini
sampai ke telinga Paduka Liku, iaitu ibu kepada Galuh Ajeng lalu Paduka Liku pun turut merasa
marah. Suatu hari, Paduka Liku telah membuat tapai yang dibubuhnya racun lalu diberi kepada
Permaisuri. Tujuannya adalah untuk membunuh Permaisuri dan Paduka Liku berniat untuk
menggantikan tempat Permaisuri dan sekaligus mempunyai niat agar anaknya menjadi tunangan
kepada Raden Inu kertapati. Paduka Liku telah mengarahkan menteri mendapatkan ubat guna-
guna agar dia tidak dibenci oleh suaminya Sang Nata, jika mengetahui perbuatan membunuh itu
adalah angkaranya.

Permaisuri yang memakan tapai itu muntah lalu mati. Galuh Cendera Kirana telah berdukacita
dan pengsan beberapa kali. Sang Nata merasa marah kepada Paduka Liku setelah dia
mengetahui angkara itu dibuat oleh isteri ketiganya. Dia pun terus mendapatkan Paduka Liku
untuk dibunuhnya. Oleh sebab ubat guna-guna yang dipakai oleh Paduka Liku, Sang Nata
menjadi lemah dan terpikat kepada Paduka Liku. Sang Nata telah lupa akan kematian
Permaisuri.

Pada Suatu hari Raja Kuripan berkirim dua patung yang berbungkus kain kasar dan di dalamnya
patung emas dan satu lagi berbungkus sutera halus yang berisi patung perak untuk permainan
kedua-dua puteri itu. Galuh Ajeng memilih patung yang berbungkus sutera halus dan terkena
patung perak. Manakala Galuh Cendera Kirana terkena patung emas. Galuh Ajeng meminta
patung emas itu namun Galuh Cendera Kirana enggan memberinya. Raja turut campur akan hal
ini, lalu Sang Nata memotong rambut Galuh Cendera Kirana. Oleh kerana Galuh Cendera Kirana
berasa sedih atas tindakan ayahnya yang tidak memuaskan itu dan lebih-lebih lagi atas kematian
ibunya (Permaisuri), dia pun melarikan diri dari negeri Daha bersama Mahadewi (isteri kedua
kepada Sang Nata), Kenbayan, Ken Sanggit dan dayang-dayang serta menteri-menteri.

Sifa Yeo [07B0253] 1


Mereka telah berkhemah di antara negeri Daha dan Kuripan. Galuh Cendera Kirana menyamar
sebagai seorang lelaki dan dikenali dengan nama Panji Semirang Asmarantaka. Mereka telah
hidup sebagai penyamun dalam rimba untuk menyamun utusan Kuripan. Raden Inu Kertapati
keluar untuk menentang penyamun-penyamun ini namun mereka tidak jadi berperang sebaliknya
berdamai pula dan menjadi sahabat.

Panji Semirang menyuruh Raden Inu pergi ke Daha. Radin Inu telah berkahwin dengan Galuh
Ajeng kerana Galuh Cendera Kirana sudah melarikan diri. Namun yang demikian, Raden Inu
Kertapati tidak menghiraukan Galuh Ajeng lalu melarikan diri dan pergi ke kota Panji Semirang
yang diketahuinya adalah tunangannya. Akan tetapi, Panji Semirang sudah melarikan diri.
Sesudah banyak halangan yang ditempuhinya, akhirnya Raden Inu kertapati bertemu semula
dengan tunangnya yang menyamar sebagai penari dan setelah itu mereka pun berkahwin. Galuh
ajeng pula dikahwinkan dengan anak Ratu Gegelang yang Dungu manakala Paduka Liku mati
kerana berdukacita.

Sifa Yeo [07B0253] 2

Anda mungkin juga menyukai