Anda di halaman 1dari 2

KEISTIMEWAAN PENULISAN BERITA MENGGUNAKAN

PIRAMID SONGSANG
Teknik menulis berita berbeza daripada teknik menulis rencana, esei, ulasan ataupun

laporan. Kebiasaannya, penulis perlu mengetahui anatomi berita terlebih dahulu sebelum

membuat tajuk besar atau headline.

Kebanyakan wartawan menggunakan teknik piramid terbalik atau piramid songsang dalam

penulisan berita mereka. Teknik ini yang penting telah diutamakan dan ditempatkan di bahagian

awal. Biasanya di bahagian pendahuluan, fakta oleh maklumat paling penting dimuatkan dan ini

diikuti oleh maklumat lain yang penting, cukup penting, kurang penting dan tidak begitu penting.

Semakin ke bawah, semakin kurang penting fakta yang lain dikemukakan.

Tujuan pyramid songsang ini diperkenalkan adalah untuk menyampaikan berita secara

cepat dan bagi menarik perhatian pembaca atau penonton. Teknik pyramid terbalik mempunyai

dua fungsi Pertama, memudahkan pembaca dan seterusnya adalah untuk memudahkan editor

menjalankan tugas semasa menyunting, memberikan tajuk dan menyusun ruangan akhbarselain

memudahkan wartawan menulis mengikut teknik standard dalam memenuhi batas waktu.
Teknik ini berbeza daripada teknk novel atau cerpen yang meletakkan kemuncak cerita di

akhir. Berita meletakkan kemuncak cerita di awal sekali iaitu mesej atau maklumat disampaikan

secara deduktif. Kesimpulan disampaikan terlebih dahulu di bahagian pendahuluan, disusuli

dengan penjelasan dan huraian yang lebih terperinci pada perenggan yang berikutnya.

Perenggan akhir biasanya mengandungi fakta yang kurang penting sekiranya dibandingkan

dengan perenggan terdahulu. Bagaimanapun dalam teknik ini, wartawan sentiasa menambahkan

fakta tambahan seperti nama, petikan, penjelasan, pendapat, kutipan dan sebagainya dalam tubuh

berita. Pada umumnya, tubuh berita mempunyai fungsi bagi menambahkan

Anda mungkin juga menyukai