Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak kongsi dengan anda semua hadis-hadis pilihan untuk sama-sama kita
fahami dan mengamalkan. Diharapkan dengan membaca hadis-hadis ini kehidupan kita
akan diberkati. Dan apa yang penting sekali ilmua yang baik ini perlu dikongsi bersama
dengan ahli keluarga supaya kita dapat membina satu institusi keluarga yang harmoni,
beriman dan diberkati oleh Allah. Akhir sekali saya berharap anda yang sedang membaca
hadis pilihan ini dapat menyebarkan hadis-hadis pilihan ini kepada rakan-rakan anda
kerana Allah menciptakan kita dimuka bumi ini sebagai khalifah untuk menyampaikan
perkara-perkara yang baik. Semoga apa yang anda lakukan ini akan diberkati. Amin. 

Diriwayatkan daripada Huzaifah R.A katanya:

Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:Tidak masuk Syurga


orang yang suka menabur fitnah.
 
~H.R Bukhari & Muslim

Daripada Abdullah Bin Abbas R.A:

Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: Muda sebelum engkau tua,
sihat sebelum engkau sakit, kaya sebelum engkau miskin, kelapangan
sebelum engkau sibuk, hidup sebelum engkau mati.
 
~Al-Hakim

Nabi S.A.W bersabda:

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah
dia berbuat baik kepada jiran tetangganya.Sesiapa yang beriman kepada
Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para
tetamunya.Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka
hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.
 
~H.R Bukhari & Muslim

Diriwayatkan dairpada Zaid Bin Thabit R.A:

Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu
ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain.
Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang
yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu
kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya.
 
~Abu Daud dan Al-Tirmizi

Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a katanya

Nabi S.A.W pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda


bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibubapa,
membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu.
 
~H.R Bukhari & Muslim

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a

Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Apakah sifat yang


paling baik dalam Islam?Rasulullah S.A.W bersabda:Memberikan
makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali
atau pun tidak.
 
~H.R Bukhari & Muslim

Rasulullah S.A.W bersabda

Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara
itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai
Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang
hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah
menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka
dicampakkan ke dalam Neraka.
 
~H.R Bukhari & Muslim

Rasulullah S.A.W bersabda


Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin
diibaratkan sebaigai orang yang berperang dijalan Allah, orang yang
bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa
tanpa berhenti.
 
~H.R Bukhari & Muslim

Rasulullah S.A.W bersabda


 
Tiga perkara yang akan mengikut mayat dan dua daripadanya akan
pulang. Perkara tersebut ialah; kaum kerabat, harta benda dan
amalannya.
 
Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang
kekal bersamanya ialah amalamnya.
 
~H.R Bukhari & Muslim

Daripada Saidatina Aisyah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda


 
Pada hari kiamat manusia akan dibangkitkan dalam keadaan telanjang
dan belum berkhatan.Aku bertanya;wahai Rasulullah adakah kaum lelaki
dan wanita akan melihat diantara satu sama lain? Baginda bersabda;
wahai Aisyah urusan ketika itu lebih penting dari memandang kepada
orang lain. 
 
~H.R Bukhari & Muslim

Rasulullah S.A.W bersabda


 
Inginkah kamu beritahu tentang ahli syurga? para sahabat menjawab "Ya"
 
Rasulullah s.a.w. bersabda; mereka semua adalah orang yang lemah dan
merendah diri, seandainya mereka bersumpah kerana Allah Nescaya Allah
Akan memperkenankannya...
 
Kemudian baginda bersabda lagi; inginkah kamu aku beritahu tentang ahli
neraka? Mereka menjawab "Ya"
 
Baginda bersabda; mereka semua adalah orang yang selalu diagung-
agungkan dan bermegah-megah serta sombong.
 
~H.R Bukhari & Muslim

Rasulullah S.A.W bersabda


 
Tiada seorangpun yang lebih suka kepada pujian selain daripada Allah
S.W.T, kerana itulah Dia memuji ZatNya sendiri. Begitu juga tiada
seorangpun yang lebih marah daripada Allah S.W.T itulah sebabnya Dia
mengharamkan perbuatan keji.
 
~H.R Bukhari & Muslim

Sebaik sahaja Allah S.W.T menciptakan makhlukNya. Dia terus menulis


dalam kitab yang berada di sisiNya di atas Arasy: Sesungguhnya rahmatKu
mengatasi kemurkaanKu.
 
~H.R Bukhari & Muslim

Rasulullah S.A.W bersabda


 
Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru sehingga
menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.
 
~H.R Bukhari & Muslim

Nabi S.A.W bersabda


 
Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu
dengannya.Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya
Allah juga tidak suka bertemu dengannya.
 
~H.R Bukhari & Muslim
 

Baginda S.A.W bersabda


 
Janganlah kamu berhajat cepat mati kerana ditimpa sesuatu kesulitan.
Sekiranya keadaan yang mengharuskan berbuat demikian, bolehlah kamu
berkata: Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku.
Akan tetapi sekiranya mati itu lebih baik bagiku, matikanlah aku.
 
~H.R Bukhari & Muslim

Nabi S.A.W bersabda,

Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang mampu


menghafalnya, nescaya dia akan masuk Syurga. Sesunggahnya Allah itu
ganjil (esa pada zat, sifat danperbuatanNya serta tiada sekutu bagiNya) dan
Dia menyukai pada yang ganjil
 
~H.R. Bukhari & Muslim

Anda mungkin juga menyukai