Anda di halaman 1dari 14

HADIS NABI Subject: #1: Mengambil uang orang lain (1102-R.S.A.) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

: Nabi Saw. pernah bersabda, "Siapapun yang mengambil uang orang lain dengan niat membayarnya kembali, Allah akan membayarnya atas namanya. Dan siapapun yang mengambil uang orang lain dengan niat merusaknya, Allah akan merusaknya." [3:572-S.A.]

Hadis Ali r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu cuba mendustakan aku kerana sesungguhnya orang yang mendustakan aku akan dimasukkan ke dalam api Neraka

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya penggembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu

kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka Hadis Talhah bin Ubaidillah r.a katanya: Seorang penduduk Najd telah datang menghadap Rasulullah s.a.w dengan keadaan rambutnya yang kusut. Kami mendengar nada suaranya tetapi tidak memahami katakatanya. Setelah hampir kepada Rasulullah s.a.w dia terus bertanya mengenai Islam. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia adalah sembahyang lima waktu sehari semalam. Lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah sembahyang lain yang diwajibkan kepada ku? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu sembahyang sunat. Seterusnya kamu hendaklah berpuasa pada bulan Ramadan. Lalu lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah puasa lain yang diwajibkan kepada ku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu puasa sunat. Rasulullah s.a.w meneruskan sabdanya: Keluarkanlah zakat. Kemudian lelaki tersebut bertanya: Adakah terdapat zakat lain yang diwajibkan kepadaku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin mengeluarkannya secara sukarela iaitu sedekah. Kemudian lelaki itu beredar sambil berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambah dan menguranginya. Rasulullah s.a.w bersabda: Dia amat beruntung sekiranya membenarkan iaitu menepati apa yang telah diucapkannya Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Kami dilarang bertanya sesuatu kepada Rasulullah s.a.w. Maka kami merasa amat bertuah apabila seorang kampung yang cukup bijak datang menghadap Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepada baginda di mana kami dapat mendengar perbualannya. Kemudian datang pula seorang lelaki dari daerah pendalaman lalu bertanya baginda: Wahai Muhammad! Utusanmu telah datang kepada kami dan menyatakan kepada kami bahawa engkau telah diutuskan oleh Allah. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Memang benar. Lelaki tersebut bertanya lagi: Sekiranya benar, siapakah yang menciptakan langit? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Allah. Lelaki tersebut bertanya lagi: Siapakah yang menciptakan bumi? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Allah. Kemudian lelaki tersebut bertanya: Siapakah yang menegakkan gunung-ganang dan menjadikannya sebagaimana sekarang? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Allah. Lelaki tersebut terus bertanya: Demi Pencipta langit dan bumi serta menegakkan gunung-ganang, adakah Allah yang telah mengutuskanmu? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan bersabda: Ya. Lelaki itu bertanya lagi: Utusanmu mendakwa bahawa kami wajib mendirikan sembahyang sebanyak lima waktu sehari semalam. Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Memang benar. Lelaki tersebut bertanya lagi: Demi Allah yang mengutusmu, adakah Dia yang mewajibkan perkara ini kepadamu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Ya. Lelaki tersebut bertanya: Utusanmu mendakwa bahawa kami wajib mengeluarkan zakat dari harta kami. Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Memang benar. Lelaki tersebut bertanya lagi: Demi Allah yang mengutusmu, adakah Dia yang mewajibkan perkara ini kepadamu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Ya. Lelaki tersebut berkata lagi: Utusanmu juga mendakwa bahawa kami diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan setiap tahun. Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Memang benar. Lelaki tersebut bertanya lagi: Demi Allah yang mengutusmu, adakah Dia yang mewajibkan perkara ini kepadamu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Ya. Lelaki tersebut berkata lagi: Utusanmu mendakwa bahawa kami wajib mengerjakan Haji di Baitullah, sekiranya berkemampuan. Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Memang benar. Kemudian lelaki tersebut

beredar sambil berkata: Demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran, aku tidak akan menambah atau mengurangi apa yang telah engkau jelaskan. Setelah mendengar kata-kata lelaki tersebut, baginda pun bersabda: Sekiranya dia membenarkan sebagaimana yang diucapkannya nescaya dia akan masuk Syurga Hadis Abu Ayub Al-Ansariy r.a: Seorang lelaki kampung yang dalam keadaan musafir telah menghadap Rasulullah s.a.w, lalu dia memegang tali unta baginda. Kemudian lelaki tersebut berkata: Wahai Muhammad! Ceritakanlah kepadaku perkara yang boleh mendekatkanku kepada Syurga dan menjauhkanku dari Neraka. Rasulullah s.a.w tidak segera menjawab, sebaliknya baginda memandang ke arah para sahabat sambil bersabda: Sesungguhnya dia adalah orang yang telah mendapat petunjuk. Kemudian baginda bertanya kepada lelaki tersebut: Apakah perkara yang engkau tanyakan tadi? Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat dan pulihkanlah hubungan kekeluargaan. Sekarang lepaskanlah unta ini Hadis Abu Hurairah r.a: Seorang lelaki kampung telah datang menghadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku memasuki Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang difardukan dan keluarkanlah zakat yang diwajibkan serta berpuasa pada bulan Ramadan. Lalu orang itu berkata: Demi Allah yang berkuasa ke atas diriku, aku tidak akan menambah atau menguranginya sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku. Setelah orang itu beredar Rasulullah s.a.w pun bersabda: Sesiapa yang ingin melihat ahli Syurga maka lihatlah kepada lelaki ini Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu mengesakan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Rombongan Abdul Qais telah datang berjumpa Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Kami berasal dari perkampungan Rabi'ah. Hubungan kami dan engkau terhalang oleh orang-orang kafir Bani Mudhar. Oleh itu kami tidak dapat datang menemuimu kecuali pada bulan Haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Oleh yang demikian, perintahkanlah kami dengan sesuatu yang mampu kami lakukan dan kami sampaikan kepada orang lain. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Aku memerintahkan kamu empat perkara dan melarang kamu empat perkara. Iaitu beriman kepada Allah. Kemudian baginda menjelaskannya kepada mereka. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Mengucap Dua Kalimah Syahadat iaitu: mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mengeluarkan satu perlima dari harta rampasan perang. Manakala aku melarang kamu agar tidak membuat arak di dalam bekas yang diperbuat dari labu, bekas yang diperbuat dari campuran tanah, rambut dan darah, bekas yang diperbuat secara melubangkan batang pokok atau bekas yang dilumurkan dengan tar

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya; Sesungguhnya Al-Aqrak bin Haabis pernah melihat Nabi s.a.w memeluk Hasan. Al-Aqrak lalu berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya barangsiapa yang tidak menyayangi, nescaya beliau tidak akan disayangi. Bersabda Rasululullah s.a.w."janganlah bercakap melebihi dari zikrullah, sesungguhnya banyak cakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dari Allah." Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya; "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur" ( Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib ) Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya. Dari Aishah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang yang mengerjakan sembahyang pada waktu malam lalu digagahi sehingga tertidur, melainkan dituliskan baginya pahala sembahyang dan tidurnya itu adalah sedekah." - Riwayat Bukhari & Muslim.. Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia beradadi dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Sabda Rasulullah : "Lakukanlah ketaatan kepada Allah SWT dan takutilah daripada melakukan maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu melakukan suruhanNya dan yang demikian itu akan memelihara anak-anak kamu dan kamu daripada api neraka" Diriwayatkan daripada Samurah bin Jundub r.a katanya: Dahulu, setiap kali Nabi s.a.w selesai mengerjakan sembahyang Subuh, baginda mengarahkan wajahnya kepada para Sahabat seraya bertanya: Apakah semalam ada salah seorang di antara kamu yang bermimpi?

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasik dan memerangi mereka adalah kafir. Diriwayatkan daripada Jarir r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda kepadaku sewaktu Haji Wida' supaya menyuruh orang ramai diam. Setelah orang ramai diam, baginda bersabda: Janganlah kamu kembali menjadi orang-orang kafir setelah peninggalan kudengan memukul-mukul leher di antara satu sama lain di kalangan kamu. Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debudebunya. (Maksud Hadis) Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi. (Maksud Hadis) Apabila amanat dipersia-siakan maka tunggulah saat kebinasaan , tanya perawi hadis ini "Ya Rasulullah, bagaimana dipersia-siakan amanah itu? Jawab Baginda, apabila sesuatu urusan yang penting itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaannya. (Maksud Hadis) Apabila umatku membesar-besarkan dunia nescaya kehebatan Islam akan dihapuskan dari mereka, dan apabila umatku mengabaikan amal-makruf dan nahi-mungkar nescaya mereka akan diharamkan dari keberkatan wahyu. (Maksud Hadis) Tidak masuk syurga kamu sehingga kamu beriman, dan tidak dinamakan beriman kamu, sehingga saling cinta-menyintai.Tidakkah kamu suka kalau aku menunjukkan sesuatuyang jika dilakukannya, tentu kamu semua akan saling cinta-menyintai? Iaitu ratakanlah salam sesama semua. (Maksud Hadis) Orang yang banyak berkata, akan banyak silap, dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya. (Maksud Hadis) Lidah orang mukmin menurut hatinya, bila dia hendak berbicara difikirkannyadahulu sebelum disalurkan ke lidahnya. (Maksud Hadis)

Berikanlah sedekah walaupun dengan sebiji tamar ataupun sebuku roti, atau sebuah senyuman yang manis. (Maksud Hadis) Orang yang buruk dari kalangan umatku ialah yang selalu makan mewah, berpakaian aneka ragam dan suka bercakap besar. (Maksud Hadis) Budi pekerti yang baik ialah jika engkau menyambungkan silaturrahim kepada orang yangmemutuskan persahabatan denganmu. (Maksud Hadis) Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur. (Maksud Hadis) Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati (Maksud Hadis)

Asmaul Husna -99 Nama Allah bersama maksudnya untuk ulangkaji dan semuga lahir keinsafan apabila kita mengingati kebesaran Allah. 01- Ar-Rahman Yang Maha Pemurah. 02- Ar-Rahim Yang Maha Mengasihi. 03- Al-Malik Yang Maha Menguasai. 04- Al-Quddus Yang Maha Suci. 05- Al- Sallam Yang Maha Selamat Sejahtera. 06- Al-Mu'min Yang Maha Melimpahkan Keamanan. 07- AlMuhaimin Yang Maha Pengawal serta Pengawas 08- Al-Aziz Yang Maha Berkuasa. 09Al-Jabbar Yang Maha Kuat. 10- Al-Mutakabir Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya. 11- Al-Khaliq Yang Maha Pencipta. 12- Al-Bari Yang Maha Menjadikan. 13- Al-Musawwir Yang Maha Pembentuk. 14- Al-Ghaffar Yang Maha Pengampun. 15- Al-Qahhar Yang Maha Perkasa. 16- Al-Wahhab Yang Maha Penganugerah. 17- Al-Razzaq Yang Maha Pemberi Rezeki. 18- Al-Fattah Yang Maha Pembuka. 19- Al-'Alim Yang Maha Mengetahui. 20- Al-Qabidh Yang Maha Pengekang. 21- Al-Basit Yang Maha Melimpah Nikmat. 22- Al-Khafidh Yang Maha Perendah (Pengurang) 23- Ar-Rafi' Yang Maha Peninggi. 24- Al-Mu'izz Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan). 25- AlMuzill Yang Maha Menghina. 26- As-Sami' Yang Maha Mendengar. 27- Al-Basir Yang Maha Melihat. 28- Al-Hakam Yang Maha Mengadili. 29- Al-'Adl Yang Maha 'Adil. 30- AlLatif Yang Maha Lembut serta Halus. 31- Al-Khabir Yang Maha Mengetahui. 32- AlHalim Yang Maha Penyabar. 33- Al-'Azim Yang Maha Agung. 34- Al-Ghafur Yang Maha Pengampun 35- Asy-Syakur Yang Maha Bersyukur. 36- Al-'Aliy Yang Maha Tinggi serta Mulia. 37- Al-Kabir Yang Maha Besar. 38- Al-Hafiz Yang Maha Memelihara. 39- Al-Muqit Yang Maha Menjaga. 40- Al-Hasib Yang Maha Penghitung. 41- Al-Jalil Yang Maha Besar serta Mulia. 42- Al-Karim Yang Maha Pemurah. 43- Ar-Raqib Yang Maha Waspada. 44Al-Mujib Yang Maha Pengkabul. 45- Al-Wasi' Yang Maha Luas. 46- Al-Hakim Yang Maha Bijaksana. 47- Al-Wadud Yang Maha Penyayang. 48- Al-Majid Yang Maha Mulia. 49- AlBa'ith Yang Maha Membangkitkan Semula. 50- Asy-Syahid Yang Maha Menyaksi. 51- Al-

Haqq Yang Maha Benar. 52- Al-Wakil Yang Maha Pentadbir. 53- Al-Qawiy Yang Maha Kuat. 54- Al-Matin Yang Maha Teguh. 55- Al-Waliy Yang Maha Melindungi. 56- Al-Hamid Yang Maha Terpuji. 57- Al-Muhsi Yang Maha Penghitung. 58- Al-Mubdi Yang Maha Pencipta dari Asal. 59- Al-Mu'id Yang Maha Mengembali serta Memulihkan. 60- AlMuhyi Yang Maha Menghidupkan. 61- Al-Mumit Yang Mematikan. 62- Al-Hayy Yang Senantiasa Hidup. 63- Al-Qayyum Yang Hidup serta Berdiri Sendiri. 64- Al-Wajid Yang Maha Penemu. 65- Al-Majid Yang Maha Mulia. 66- Al-Wahid Yang Maha Esa. 67- Al-Ahad Yang Tunggal. 68- As-Samad Yang Menjadi Tumpuan. 69- Al-Qadir Yang Maha Berupaya. 70- Al-Muqtadir Yang Maha Berkuasa. 71- Al-Muqaddim Yang Maha Menyegera. 72- Al-Mu'akhkhir Yang Maha Penangguh. 73- Al-Awwal Yang Pertama. 74Al-Akhir Yang Akhir. 75- Az-Zahir Yang Zahir 76- Al-Batin Yang Batin. 77- Al-Wali Yang Wali / Yang Memerintah. 78- Al-Muta'ali Yang Maha Tinggi serta Mulia. 79- Al-Barr Yang banyak membuat kebajikan. 80- At-Tawwab Yang Menerima Taubat. 81- Al-Muntaqim Yang Menghukum (mereka yang bersalah). 82- Al-'Afuw Yang Maha Pengampun. 83Ar-Ra'uf Yang Maha Pengasih serta Penyayang. 84- Malik-ul-Mulk Pemilik Kedaulatan Yang Kekal. 85- Dzul-Jalal-Wal-Ikram Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan 86Al-Muqsit Yang Maha Saksama. 87- Al-Jami' Yang Maha Pengumpul. 88- Al-Ghaniy Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap. 89- Al-Mughni Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan. 90- Al-Mani' Yang Maha Pencegah. 91- Al-Darr Yang Mendatangkan Mudharat. 92- Al-Nafi' Yang Memberi Manfaat. 93- Al-Nur Yang bercahaya. 94- Al-Hadi Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk. 95- Al-Badi' Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya. 96- Al-Baqi Yang Maha Kekal. 97- Al-Warith Yang Maha Mewarisi. 98Ar-Rasyid Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran). 99- As-Sabur Yang Maha Penyabar. Dosa-Dosa Besar -Senarai 70 Dosa-dosa besar mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair". 01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan 02 - Bersaksi palsu 03 - Berjudi 04 Bersumpah palsu dan bohong 05 - Berbohong 06 - Bergambar di baju (bila sembahyang) 07 - Perempuan pelacur 08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah 09 Berdebat dan memusuhi 10 - Bersifat dayus 11 - Bercakap kasar dengan orang tua 12 Dusta nama Allah dan rasulnya 13 - Derhaka pada suami 14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya 15 - Hakim derhaka 16 - Homosek (seagama/sejenis) 17 Mengurangi timbangan 18 - Lari seorang hamba dari tuannya 19 - Lelaki menyerupai wanita 20 - Lari dari medan perang di jalan Allah 21 - Membunuh manusia 22 Membunuh diri sendiri 23 - Mengamalkan sihir 24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu 25 - Meninggalkan sembahyang jumaat 26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa 27 - Memutuskan hubungan silaturrahim 28 - Melakukan zina 29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul 30 - Makan dari kekayaan haram 31 - Memberi dan menerima rasuah 32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong 33 - Makan riba 34 - Minum arak 35 - Mencuri 36 - Merompak 37 - Melakukan kezaliman 38 - Melakukan pengkhianatan 39 - Menyebut-nyebut pemberian 40 - Mengingkari janji 41 - Memfitnah 42 - Mengutuk orang islam 43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah 44 - Menipu harta rampasan 45 - Melampaui batas 46 - Menuduh zina terhadap orang baik 47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki) 48 - Mempercayai nujum dan sihir 49 - Menjadi bapa sanggup 50 - Mencari kesalahan orang lain 51 - Menganggu orang lain 52 - Menganggu tetangga 53 - Menyakiti dan memaki orang islam 54 - Mengintip dan membuka rahsia orang 55 - Mencaci sahabat Nabi 56 - Mengurangi wasiat 57 - Mengingkari takdir 58 Putus asa dari rahmat Allah 59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat 60 - Riak dan mempamerkan diri 61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain 62 - Sombong serta angkuh 63 - Sembelih untuk selain Allah 64 - Tidak mengeluarkan zakat 65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan 66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu 67 - Tidak

istinjak selepas kencing 68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa 69 - Tipu daya 70 Wanita menyerupai lelaki

Solat Tasbih -Mengungkap kelebihan solat tasbih dan cara-cara mengerjakannya. Solat Tasbih Memuji Allah Solat sunat tasbih, ertinya solat memuji Allah swt yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada sahabatnya Saidina Abbas Abdul Mutalib. Dinamakan solat sunat tasbih kerana dalam solatnya dibaca tasbih sebanyak 300 kali. Ucapan tasbih yang diterjemahkan ialah: "Maha suci Allah, dan segala puji hanya untuk Allah, dan tiada tuhan selain Allah, dan Allah itu Maha Besar. Dan tiada upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan bantuan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung" Solat sunat tasbih ini, jika mampu boleh dilakukan setiap malam atau sekurangkurangnya seminggu sekali. Kalau masih tidak mampu juga, setahun sekali. Kalau tidak sanggup juga setahun sekali, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Cara mengerjakan solat sunat tasbih ada dua: Kalau dikerjakan disiang hari, hendaklah dikerjakan 4 rakaat dengan satu kali salam sahaja. Kalau dikerjakan diwaktu malam, hendaklah dikerjakan 4 rakaat dengan 2 salam. Cara Mengerjakannya: 1-Berdiri lurus, menghadap kiblat. 2-Berniat:"sahaja aku solat sunat tasbih, dua rakaat kerana Allah Taala. Kalau siang tukarlah 2 rakaat kepada 4 rakaat. 3-Takbiratul ikhram, terus membaca doa iftitah, al-fatehah dan surah pendek.Sesudah membaca surah itu bacalah tasbihnya sebagaimana dinyatakan diatas, sebanyak 15 kali. 4-I'tidal. Sesudah membacam tahmid i'tidal, Bacalah tasbihnya sebanyak 10 kali. 5-Sujud,Setelah membaca tasbih sujud, bacalah tasbihnya 10 kali. 6-Duduk diantara 2 sujud, sesudah membaca doa duduk, bacalah tasbihnya sebanyak 10 kali. 7-Sujud kedua, setelah membaca tasbih sujud, bacalah tasbihnya sebanyak 10 kali. 8-Sesudah sujud, sebelum berdiri untuk mengerjakan rakaat kedua, hendaklah duduk berehat sekejab, waktu itu bacalah tasbihnya sebanyak 10 kali. Dengan demikian, pada rakaat pertama saja, kita telah membaca tasbih sebanyak 75 kali. Empat rakaat, bererti kita telah membaca sebanyak 300 kali.Ketika duduk membaca tahiyat akhir, tasbih itu hendaklah dibaca sebelum membaca tahiyat akhir. sesudah tahiyat, sudahi dengan memberi salam kekanan dan kiri.

Hari Asyura -Menerangkan tentang hari asyura dan amalan- amalan yang dituntut pada hari tersebut. Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura: Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi. Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala. Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat. Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam. Allah menjadikan Siti Hawa. Allah menjadikan Syurga. Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga. Taubat Nabi Adam diterima Allah. Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan. Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah. Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam. Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun. Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar. Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan. Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura: Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid. Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati. Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan. Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap merekaDiangkat oleh Allah darjatnya kesyurga. Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim. Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanyaPahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar. Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit. Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedeksh satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali-Doanya dimakbulkan Allah.

Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat. Sunat menginai dan mengerat kuku. Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selamalamanya. Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian. Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya. Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.(Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir)

Hari Kebesaran -Menerangkan mengenai hari kebesaran dalam Islam. Peristiwa dan sejarahnya. 10 Muharam Keistimewaan 10 Muharam diterangkan dalam hadis RA Abu Hurairah, bahwa Allah SWT telah mewajibkan Bani Israil berpuasa sehari dalam satu tahun, iaitu pada hari Asyura. Oleh sebab itu Nabi Muhammad SAW menganjurkan umatnya dan melapangkan keluarganya pada hari itu. Orang yang melapangkan keluarganya pada hari itu akan dilapangkan oleh Allah kehidupannya sepanjang tahun. Nabi juga bersabda, "Hari Asyura adalah hari puasa bagi orang Quraisy di zaman jahiliah, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari tersebut.. Ketika tiba di Madinah, beliau berpuasa dan menyuruh pengikutnya berpuasa bersama-sama." (H.R. Aisyah). 10 Muharram dianggap hari besar Islam kerana pada hari ini banyak terjadi peristiwa penting, dan hari kemenangan para pejuang penegak kebenaran. Pada hari itu Allah SWT menjadikan 'Arasy,Malaikat Jibril AS, Lauh Mahfuzh, Hari Pertama Allah SWT menciptakan Alam, menurunkan rahmat, menurunkan hujan dari langit, Nabi Adam AS bertaubat kepada Allah SWT, dan taubatnya diterima sehingga ia bersih dari dosa, Nabi Idris AS diangkat oleh Allah SWT ke tempat yang lebih tinggi, Nabi Nuh AS di selamatkan oleh Allah SWT ketika banjir merendam umatnya yang zalim dan Nabi Ibrahim AS di selamatkan oleh Allah SWT dari pembakaran Raja Namrud Pada hari tersebut juga, Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa AS, Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara Mesir, setelah meringkuk beberapa tahun akibat

fitnah Siti Zulaika, Nabi Ya'qub AS disembuhkan oleh Allah SWT dari penyakit yang dideritanya, Nabi Yunus AS dikeluarkan dari perut ikan paus, setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam , Allah SWT mengizinkan Nabi Musa AS membelah Laut Merah untuk menyelamatkan diri dari kejaran Fir'aun dan bala tenteranya, kesalahan Nabi Daud AS diampuni oleh Allah SWT dan Nabi Sulaiman AS dikurnia oleh Allah SWT kerajaan besar. 12 Rabiul Awal Peringatan Hari Maulud Nabi Muhammad SAW pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib. Peringatan itu dijadikan sarana untuk mengobarkan semangat juang dan berkorban, untuk menyelamatkan umat Islam dan akhirnya Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem. 27 Rejab Pada malam tanggal 27 Rejab ketika Nabi Muhammad SAW sedang tidur, datanglah malaikat Jibril dan Mikail. Kedua malaikat itu membawaNabi ke telaga Zam-zam yang tidak jauh dari Baitullah, Ka'bah. Di tempat itulah dada Nabi Muhammad SAW dibedah dan hatinya disucikan dengan air zam-zam. Setelah segala "kotoran" hati ( sifat - sifat buruk seperti :sombong, iri, dengki, rakus dan lain sebagainya) dihilangkan, Jibril mengisinya dengan ilmu, iman, hikmah dan keyakinan. Kemudian jibril membubuhkan cap kenabian pada bahu Nabi Muhammad SAW. Dari telaga zam-zam mereka berangkat ke Masjidil Aqsa dengan menaiki Buraq (menurut riwayat Said bin Musayyit, Buraq itu kenderaan Nabi Ibrahim yang biasa dipakai ke Baitullah - Mekah, sedangkan menurut para ahli tafsir modern Buraq berasal dari kata "Barqun" yang bererti Kilat). Ditengah perjalanan Jibril beberapa kali meminta Nabi turun dan melaksanakan solat. Pertama di Yasrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah. Keduanya di Madyan, ketiganya di Bukit Thursina dan keempatnya di Baitulmuqaddis. Sesampainya di Masjid Aqsa, Nabi Muhammad SAW disambut oleh para nabi terdahulu dan para malaikat. Nabi Muhammad SAW bertindak sebagai Imam. 15 Syaban Kebesaran hari ini diterangkan oleh Rasulullah SAW. " Malaikat Jibril mendatangiku. Bangunlah dan solatlah, angkat kepalamu dan tadahkan tanganmu. Mengapa malam ini, Jibril ? Jibril menjawab Malam ini malam Nisfu dibukakan pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang bermusuhan, orang yang terus-menerus minum kamar(arak atau minuman keras), terus menerus berzina, makan riba, durhaka kepada ibu-bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan silahturahim. Tuhan tidak mengampuni mereka sampai mereka bertaubat dan meninggalkan kejahatan-kejahatan itu." Rasulullah pun keluar, lalu mengerjakan solat (sendirian) dan menangis dalam sujudnya, seraya berdoa, "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab dan siksa-Mu serta dari kemurkaan-Mu. Tiada kubatasi puji-pujian kepada-Mu sebagaimana Engkau telah memuji diri-Mu. Maka bagi-Mulah segala puji-pujian itu hingga Engkau rela " ( H.R. Abu Hurairah). Oleh kerana itu, malam tersebut sangat baik untuk beribadah dan memohon keampunan dari Allah SWT. 17 Ramadhan Pada malam 17 Ramadhan pertama kali diturunkan ayat Al-Qur'an ketika Rasulullah

SAW. menyepi diri di gua Hira Jabal Nur sekitar enam kilometer dari kota Mekah. 1 Syawal Pada hari itu Allah SWT membersihkan segala dosa umat Islam yang telah menunaikan puasa Ramadhan sebulan penuh dan membayar zakat fitrah, sehingga seperti bayi yang baru lahir. 10 Zulhijjah Disebut juga hari raya Qur'ban, kata Dzulhijah berasal dari bahasa Arab, Dzul (punya) dan Hijjah (haji). Artinya "Yang punya haji".

Amalan sebelum Tidur 02/11/2003 AMALAN SEBELUM TIDUR - WASIAT RASULULLAH UNTUK WANITA 02/11/2003 Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah. Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat. Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela. Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak. Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala. Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu. Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup. Begitulah wahai saudariku kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya.

Mengapa kita tidak menirunya? HADIS-HADIS NABI : MENGENALI WANITA Oleh Faza-Miza (Petikan dari Majalah Perkahwinan) Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya. 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. 7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya. 8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun) 10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. 15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab. 16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu. 17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga. 18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Anda mungkin juga menyukai