Anda di halaman 1dari 2

SAJAK : BUMIKU INDAH

Dulunya,
Aku merasa,
Hijaunya tumbuhan flora dan fauna,
Yang dihiasi dengan langit biru nan cerah,
Teratak usang di sudut kampung terpencil,
Sawah padi menghijau mencuci mata,

Kini,
Anak muda menjual hasil bumi,
Menyara hidup yang hanya sementara,
Aku sedar,
Tiap waktu bumiku semakin tua,
Bumiku kian goyah
Bumiku yang menunjukkan hidup penghuninya..

Namun, aky bersyukur,

Kerana bumiku indah

CINTA AKAN ALAM SEKITAR


Aku cinta padamu
wahai laut yang bergelora
kerana aku bisa belajar
menjadi seorang pemimpin
yang tabah menerima cabaran
walau apa saja ynag dihadapi

Aku cinta padamu


wahai langit biru yang luas
kerana aku bisa terbang bebas
menjelajah dunia saujana
antara batas dan tradisi

Aku cinta padamu


wahai gunung yang tinggi
kerana aku bisa menjadi
seorang pendaki gagah
yang tidak cepat menyerah kalah

Aku cinta padamu


wahai tasik yang indah
kerana tumbuh di dalam hakikatku
menjadi ruang dan bersatu di dalamnya
menjadi detik yang selalu hidup di hatiku.

Anda mungkin juga menyukai