Anda di halaman 1dari 2

Pemutus litar bocor ke bumi

Pemutus litar bocor ke bumi di Jepun.

Pemutus litar bocor ke bumi (PLBB, PLBK atau ELCB) merupakan sejenis pemutus
litar keselamatan yang dipasang pada sistem pendawaian elektrik dengan galangan
bumi yang tinggi untuk mencegah renjatan elektrik.

Tujuan

Kebanyakan pendawaian elektrik mempunyai galangan bumi yang tinggi disebabkan


penggunaan rod bumi pada sistem pembumian TT ataupun keadaan tanah yang
kering.

Pendawaian sebegini adalah berbahaya dan terdedah kepada risiko keselamatan


jika arus elektrik mengalir akibat kebocoran dari wayar hidup ke wayar bumi. Oleh
kerana galangan bumi adalah tinggi:

1. arus tidak mencukupi untuk memutuskan fius ataupun menjadikan pemutus


litar terpelantik, maka keadaan kerosakan adalah berterusan
2. voltan pada bahagian berlogam yang terdedah tidah dapat diturunkan ke
tahap yang selamat; badan berlogam ini mungkin akan diujakan dengan
voltan menghampiri voltan wayar hidup.

Bahaya sebegini boleh dikurangkan secara drastik melalui penggunaan PLBB


ataupun peranti arus baki (PAB atau RCD). PLBB menjadikan pemasangan
pendawaian lebih selamat dengan memutuskan bekalan kuasa sekiranya keadaan
berbahaya berlaku.

Dalam istilah bukan teknikal, apabila seseorang tersentuh sesuatu, terutamanya


bahagian berlogam bagi peralatan elektrik yang mengalami kerosakan pada voltan
yang berkaitan dengan bumi, arus elektrik akan mengalir melalui tubuh mangsa ke
bumi. Arus yang mengalir adalah terlalu rendah untuk memutuskan fius ataupun
membuatkan pemutus litar kecil terpelantik, tetapi masih mencukupi untuk
membunuh manusia. PLBB mengesan kebocoran arus ke bumi walau sekecil mana
pun dan seterusnya terpelantik bagi memutuskan bekalan elektrik.
Untuk membolehkan PLBB berfungsi, PLBB mestilah disambung pada sambungan
bumi pada pendawaian elektrik. Sistem pembumian yang tidak berfungsi akan
mengakibatkan PLBB gagal berfungsi.

Jenis

Terdapat 2 jenis utama pemutus litar bocor ke bumi yang digunakan:-

 PLBB kendalian voltan


 PLBB kendalian arus

Awalnya, kebanyakan PLBB yang digunakan di Malaysia adalah dari jenis kendalian
voltan, tetapi ia diharamkan pada tahun 1994 melalui Peraturan-peraturan Elektrik
1994. Pengharaman ini berikutan kes-kes kemalangan elektrik yang berkaitan
dengan kegagalan PLBB kendalian voltan untuk berfungsi. Kini, semua jenis PLBB
yang digunakan adalah dari jenis kendalian arus.

Anda mungkin juga menyukai