Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Dari pemahaman saya tugasan ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu
menyediakan satu tajuk dari Huraian Sukatan Pelajaran bagi sekolah rendah bagi mata
pelajaran pengkhususan (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan). Kemudian dengan
berpandukan model ASSURE, sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
lengkap untuk selama 30 minit. Manakala tugasan kedua ialah menyediakan satu
persembahan elektronik (Microsoft Powerpoint) dengan mengintergrasikan elemen teks,
audio, video, grafik dan animasi.

Langkah awal yang saya ambil ialah mengumpul bahan – bahan yang berkaitan
dengan tajuk yang dipilih terutama untuk persembahan elektronik. Banyak bahan – bahan
yang diambil dari internet contohnya gambar, logo, poster, dan video.

Saya menghadapi sedikit kesukaran untuk menggunakan tayangan video yang


dipetik dari internet. Ini kerana bahan video dari laman web www. Youtube.com
berformat flv (flash). Format ini tidak dapat digunakan dalam Microsoft Powerpoint.
Bagi menyelesaikan masalah itu saya telah menggunakan kamera digital dan merakam
semula video klip menjadikan video tersebut berformat movie. Selepas itu terlebih dahulu
saya telah membuat suntingan video tersebut menggunakan aplikasi Movie Maker.
Alhamdulilah usaha saya berhasil. Walau bagaimanapun video yang dihasilkan semula
itu agak kurang bermutu. Namun saya percaya video klip yang dihasilkan semula ini
masih memenuhi criteria yang diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai