Anda di halaman 1dari 13

M5: AKTIVITI 3

Sejarah Fotografi

*Kamera Mammoth - 1900


Senifoto ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya senifoto tidak boleh berfungsi. Istilah Photography
diperkenalkan pada tahun 1839. Ketika teknologi senifoto terus berkembang bersama dengan tamadun manusia, ilmu
amat penting bagi menjana mutu kerja pengamal senifoto. Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara
sekali apabila senifoto telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merobah dunia
senifoto.
Senifoto tradisional masih dibenarkan berkembang bersama dengan perkembangan ledakan teknologi ICT. Senifoto
tidak dapat dipisahkan dengan tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah dapat diterima dengan meluas namun
senifoto menggunakan filem masih ada tempat dikalangan pengamal senifoto.
Kamera mula diperkenalkan ketika para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potrek sekitar abad 17
dan 18.Justeru itu mereka telah mencipta kamera Abscura untuk kemudahan merakam imej. 
Tahun 1900 seorang Jurugambar telah mencipta kamera Mammoth (lihat gambar diatas). Kamera ini amat besar
ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lens seberat 500 pound. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga
manusia seramai 15 orang diperlukan!. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia
sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya.
Abscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888. yang lebih kecil.
Pada zaman ini wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah kamera digital.

Kamera jenama Kodak


Diawal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan profesional. Ini kerana kamera
digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an, masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital waktu
itu kecil, ringan dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional. Namun begitu sekitar awal 2000 kamera
digital direka dengan mengambil kira selera profesional. Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format
SLR (Single Lens Reflex). Walaubagaimanapun harganya mesih mahal dan tidak semua orang mampu memilikinya
namun terdapat kamera digital yang menyerupai SLR boleh dibeli dengan harga agak murah.

Kamera digital jenis kompak Kamera digital SLR


 

Kamera dan Alat Tambahan


Kamera SLR dan Lens

Untuk menghasilkan kerja-kerja senifoto yang baik, peralatan berikut diperlukan.

1. Kamera dan peralatan tambahan


2. Cahaya
3. Bakat

Pada peringkat awal perkembangan kamera, jenis-jenis berikut telah diperkenalkan.

i. Ukuran Separuh
ii. Ukuran Leica
iii.Ukuran 6x6

i. Ukuran Separuh:

Kamera jenis ini boleh merakam gambar sebanyak dua kali ganda dari jumlah filem. Setiap
exposer filem hanya separuh digunakan. Jika filem yang digunakan 36 exposer anda akan
perolehi sebanyak 72 exposer. Kamera jenis ini tiada lagi di pasaran.

ii. Ukuran Leica:

Kamera jenis ini boleh diperolehi dalam bentuk negatif 24x56 mm. Shutter kamera jenis ini
dibentuk dalam dua jenis; Shutter Lens dan Shutter Focal Plane.

Terdapat dalam kumpulan ini Kamera Single Lens Reflex (SLR)

iii. Ukuran 6x6:

Ukuran jenis ini boleh diperolehi dalam format View Kamera. Terdapat dalam jenis Rengfinder
Shutter Lens , Single Lens Reflex. Dalam kamera seumpama ini yang menggunakan jenis Twin
Lens Reflex (TLR). Terdapat dalam kumpulan-kumpulan ini ialah kamera Twin Lens Reflex (TLR)
dan Single Lens Reflex (SLR).
i). TLR ialah kamera dua lens yang mempunyai peranan masing-masing. Lens yang dibawah
berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem. Manakala lens di atas berfungsi membawa
cahaya ke Viewfinder. 

ii). SLR ialah kamera yang berfungsi dengan satu Lens dan satu cermin pembalikan. Hasilnya apa
yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem.
Alat tambahan kamera bertujuan memudahkan kerja-kerja senifoto yang berat. Kebanyakan
kamera SLR dan kamera View disediakan alat tambahan.

Alat tambahan kamera bertujuan memudahkan kerja-kerja senifoto yang berat. Kebanyakan
kamera SLR dan kamera View disediakan alat tambahan.

Berikut ialah sebahagian alat tambahan pada sebuah kamera.

i. Lens
ii. Exposer Meter
iii. Flash
iv. Filter
v Tripod

i. Lens:

Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu
penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.

Jenis - Jenis Lens:

Berikut ialah jenis-jenis lens.

a. Wide Angle Lens


b. Standard Lens
c. Telephoto Lens
d. Zoom Lens

a. Wide Angle Lens - Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut
yang luas. Dalam ketogeri ini, Wide Angle terbahagi pula kepada Super Wide. 
Berikut ialah jenis Lens Wide Angle.

16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm,

Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu
diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.

b. Standard Lens - Ialah lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata
manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm,
70mm.
c. Telephoto Lens - Ialah lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk
mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping
gambar.

Contoh Lens: 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm

d. Micro Lens - Ialah lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan
gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens
Standard dan Telephoto.

Contoh: 55mm, 105mm, 200mm

Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh
merakam gambar mikro pada jarak jauh.

e. Zoom Lens - Ialah lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai diatas. Ini
bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens.

Contoh: 25mm - 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm.

Pada sebuah lens terdapat fungsi-fungsi berikut.

a. Focusing Ring
b. Aperture

a. Focusing Ring - Peranan Focusing Ring ialah untuk mencari jarak yang tepat agar gambar
tidak kabur.

b. Aperture - Ialah alat bukaan lens yang juga dikenali sebagai f/stop. Tanpa f/stop gambar tidak
terhasil dengan baik. f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke filem. Lobang f/stop yang
besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang besar.

Contoh Aperture analog:

f32,f22,f16,f11 - lobang kecil


f8,f5.6,f4 - lobang sedarhana
f3,f3.5,f2,f2.8 - lobang besar

Setelah wujudnya kamera digital, Aperture telah berubah dan bertambah jumlah bacaannya.

Contoh tambahan yang berlaku:

f32,f30,f22,f20,f16,f12,f11 - lobang kecil


f10,f8,f5,f5.6,f4 - lobang sedarhana
f3,f3.5,f2,f2.8 - lobang besar

Angka Aperture yang berwarna merah merupakan tambahan pada kamera digital.

 
Aperture 16 Aperture 5.6 Aperture 4

Depth Of Field

i. Aperture berfungsi untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Untuk mendapatkan gambar
yang tajam (Sharp), gunakan Aperture yang kecil agar Depth Of Field menjadi tajam.

Depth Of Field ialah keadaan gambar Out Focus atau In Focus 

Jika mahukan gambar yang kabur dibahagian latarbelakang, gunakan Aperture yang sederhana.
Keadaan gambar akan menimbulkan kabur dibahagian latarbelakang. Namun penggunaan jenis
lens juga akan memberi kesan yang baik untuk teknik ini. Contoh Lens yang dimaksudkan ialah
Micro, atau Telephoto.

Penggunaan Aperture juga boleh mempengaruhi keadan gambar menjadi Soft atau High
Contras.

Ketika menggunakan flash sila pastikan penggunaan Aperture yang betul agar gambar yang
anda rakam tidak over atau under exposes.

Shutter Speed:

Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan Lens. Shutter Speed ditanda dengan angka. Contoh
Shutter Speed ialah:

1/B - Shutter Speed paling perlahan


1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30 - Shutter Speed perlahan
1/60,1/125,1/250 - Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju

Jika pada kamera digital terdapat perbezaan Shutter Speed seperti yang ditandakan pada warna
merah.

1/B - Shutter Speed paling perlahan


1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30,1/40- Shutter Speed perlahan
1/60,1/80,1/125,1/250,1/300- Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju

1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna
1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan Shutter Speed paling
laju. Namun terdapat satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda
mahu, iaitu Shutter Speed 1/B
Shutter Speed

Penggunaan Shutter Speed yang tepat dengan Aperture akan menentukan penghasilan gambar
yang baik. Jika tidak gambar akan under atau over expose.

Fungsi Aperture Dan Shutter Speed -

ii. Shutter Speed digunakan untuk rakaman gambar yang bergerak. Contohnya merakam sebuah
kereta yang sedang bergerak gunakan Shutter Speed yang laju (1/250) oleh itu kereta yang
dirakamkan akan terhenti di dalam gambar. Teknik Panning boleh digunakan dengan
menggerakkan kamera mengikuti pergerakan kereta hasilnya latarbelakang gambar akan kabur.
Latar belakang yang kabur itu disebabkan oleh pergerakan kamera.

Dua contoh gambar yang menggunakan Shutter Speed

ii. Exposer Meter:

Exposer Meter untuk bacaan di luar


kamera. Cahaya studio dan cahaya
matahari

 
Exposer Meter merupakan alat tambahan yang membantu bagi mendapatkan gambar yang baik.
Jika sebelum wujud Exposer Meter penggiat senifoto perlu mahir memahami keupayaan cahaya.
Exposer Meter boleh mengukur cahaya dengan tepat dan pantas.

Terdapat dua jenis Exposer Meter di pasaran

a. Exposere Meter Binaan Dalam


b. Exposere Meter Bebas Guna.

a. Exposere Meter Binaan Dalam- Exposer Meter jenis ini mudah digunakan. Komponennya
dibina didalam kamera. Namun anda perlu mahir menggunakannya jika tidak gambar akan under
expose. Contoh jika mengambil gambar di kawasan berlatar belakangkan cahaya yang kuat.
Cahaya yang dimaksudkan seperti di pantai bilamana latar belakangnya adalah langit dan air laut
pada waktu siang. Objek yang berada di sekitarnya akan hitam jika pengiraan tidak tepat. 

Kamera sekarang semuanya disediakan dengan Exposere Meter


jenis ini.

b. Exposere Meter Bebas Guna - Exposer jenis ini direka berasingan dengan Kamera. Cahaya
yang diukur dengan menggunakan exposer jenis ini lebih tepat kerana ia boleh diukur pada
keadaan cahaya yang sebenar. Kerja-kerja mengambil gambar yang berbentuk pengiklanan lebih
mudah dilakukan termasuk juga kerja-kerja Close-up, Modeling.

Exposer meter Bebas Guna terdapat dalam dua ketogeri.

i. Exposer Meter Daylight: Hanya mengira cahaya Matahari atau


cahaya buatan seperti cahaya lampu. 
ii. Exposer Meter Elektronik: Untuk mengira cahaya dari lampu
flash studio.

iii. Flash:

Flash membantu kerja-kerja senifoto jika keadaan di lokasi kurang atau ketiadaan cahaya. Flash
dapat membantu menghilangkan bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman dilakukan
di bawah cahaya matahari

Pembinaan flash adalah di luar sebuah kamera. Namun sudah ada flash yang dibina pada
kamera. Umpamanya kamera astamatik telah sedia dibina flash. Namun flash ini tidak boleh
memberi kepuasan pada senifoto kreatif.
Flash dibina untuk penggunaan yang begitu maksimum. Jika pada peringkat awal wujudnya
flash, ia hanya disediakan bagi penggunaan manual. Flash jenis ini hanya boleh berfungsi
dengan mengeluarkan cahaya paling maksimum walaupun gambar yang dirakam itu dekat.
Sedangkan flash moden telah dibina dengan fungsi automatik. Dengan fungsi ini flash boleh
diubah suai mengikut keadaan objek yang hendak dirakamkan.

Disamping fungsi automatik fungsi manual masih disediakan. Namun dengan adanya fungsi
automatik penggunaan bateri pada flash menjimatkan. Pada fungsi automatik beberapa faktor
perlu diambil perhatian. Beberapa butang control hendaklah diletakkan pada tempatnya.

Contoh; ada butang yang mengawal kedudukan Aperture, Shutter Speed, ASA. Jika kedudukan
butang ASA tidak diletakkan pada kedudukan yang betul, maka kiraan f/stop, Shutter Speed akan
menjadi tidak tepat. ASA 100 akan memberikan f/stop 8 untuk jarak tiga kaki ke bawah. Tetapi
pada ASA 400 kiraannya ialah f/stop 11. pada kebanyakan kamera era sekarang Shutter Speed
untuk penggunaan flash ialah 1/60 dan 1/125.

iv. Filter:

Filter

Filter dibuat dari plastik tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada juga yang dibuat dari kaca yang
bermutu.

Filter berfungsi; menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan
lens rosak. Filter juga berfungsi untuk memberi kesan sampingan pada gambar warna dan
memberi kesan High Contras dan Low Contras pada filem hitam putih.

Filter ultra voilet (UV) membantu mencegah Lens agar tidak tercalar. Sementara Filter yang
membantu membuat pembetulan ialah Filter Biru, Merah, Kuning, Polarizing. Star Filter, Multi
Filter. Filter-Filter ini juga membantu untuk kesan sampingan (Special Effec)
FILEM

Filem berperanan merakamkan objek yang diperlukan. Filem yang dibuat dari Geletin dan
dilapiskan dengan Bromide Perak (Silver Bromide) menjadi terlalu sensitif dengan cahaya. Filem
tidak boleh didedahkan pada cahaya, ia akan exposer jika didedahkan.

Filem dikeluarkan dalam beberapa ukuran. Antaranya 16mm, 35mm, 6x6. Filem keping. Namun
yang popular di pasaran ialah 35mm yang dikenali sebagai 135mm. Namun filem 6x6 yang
dikenali 120mm masih digunakan di studio-studio professional.

Jenis-jenis Filem-

Filem dibahagikan kepada tiga.

Panchromatic, Othochromatic, Infrared.

 Panchromatic - Sensitif pada semua warna/cahaya.


Filem ini ialah filem yang digunakan secara meluas. Filem ini dipecahkan kepada dua
pula iaitu filem Daylight dan Tungsten.Filem Daylight - Ialah filem warna (print dan slaid)
yang hanya sesuai untuk cahaya matahari.

 Filem Tungsten- Filem yang digunakan untuk cahaya tungsten sahaja (Filem Slaid).
Filem Panchromatic dikeluarkan dalam dua kegunaan. Ada filem untuk dijadikan
Photoprint dan sejenis lagi ialah Filem Slaid.

Dalam perkembangan teknologi yang pesat ini, filem berkembang dengan cepat sekali
dimana dengan mengeluarkan filem proses tanpa bilik gelap yang dinamakan Instant
Foto dari Jenama Polaroid.

 Othochromatic - Tidak sensitif pada semua cahaya. Filem ini tidak sensitif dengan
cahaya merah dan biru. Filem ini digunakan dalam kerja-kerja grafik, percetakan. Filem
ini hanya mengeluarkan kesan contrast dan bila dicetak boleh menghasilkan imej
garisan.

 Infrared- Sensitif pada semua cahaya walaupun cahayanya rendah. Filem ini adalah
filem istimewa yang tidak dipasarkan secara meluas atas kepentingan keselamatan. Ia
boleh diperolehi hanya dengan memohon permit untuk kegunaan penyelidikan saintifik
dan kerja-kerja keselamatan negara.

Ukuran Filem:

 Filem 16mm banyak digunakan untuk tayangan di pawagam


 Filem 35mm digunakan juga di pawagam. Tapi lebih banyak digunakan oleh amatur
photographer/professional. Ia lebih sesuai dengan kamera SLR
 Filem 4x5, 6x6, 6x7, 6x8, 8x10, (120/220 mm) merupakan filem yang luas
penggunaannya dalam fotografi perdagangan yang sering digunakan juga dalam kerja-
kerja Studio. Perbezaan ukuran frame filem tertakluk format kotak filem pada Kamera
View
 Filem keping digunakan dalam proses percetakan, kerja-kerja grafik, X Ray

 ISO (International Standard Organization):


ISO/ASA ialah tanda berdaftar tentang kuasa filem. Emulsion filem ditentukan dengan tanda
pengenalan ISO pada filem yang dibeli.

ISO ditandakan dengan angka-angka: ISO 25,64,100,200,400. Lebih tinggi angkanya bermakna
lebih pantas sensitif filem dengan cahaya.

Contoh: Jika menggunakan ISO 100 anda menggunakan sepuluh mentol, tetapi jika anda
menggunakan ISO 200 hanya lima mentol sahaja diperlukan. Jika perbandingan untuk Aperture,
ialah: menggunakan ISO 100 f8 tetapi jika anda menggunakan ISO 200 f11 sahaja. Mutu gambar
akan dipengaruhi oleh perbezaan ISO. Gambar yang menggunakan filem ISO 100 lebih lembut
kesan grainnya sedang ISO 200 kesan kontrasnya akan ketara.

ISO pada sebuah kamera digital terletak pada pengawalan kamera. Justeru penggunaan ISO
boleh dilaras setiap masa untuk penggunaan memori kad yang sama.

Tarikh Luput (Expired Date):

Pastikan tarikh luput yang terdapat di kotak filem agar tidak melepasi tarikh yang telah
ditetapkan.
Keselamatan Filem:

1. Jangan letak berhampiran air, panas.


2. Jangan bersepah, kerana akan ditarik keluar oleh kanak-kanak terutamanya.
3. Tandakan pemilik, tarikh, tempat dimana gambar dirakamkan.
4. Jika membeli jumlah yang banyak, simpan di dalam peti sejuk.
5. Proses segera.

Jenama Filem:

Jenama filem ialah: Agfa, Fuji, Konica, Kodak, Mitshubishi, Neopon


Jika pada hujung nama filem terdapat perkataan Chrome ia adalah pengenalan untuk jenis slaid.

Membuat pilihan filem:Kebanyakan penggemar senifoto memilih filem berkuasa tinggi (ISO). Tapi
kenapa anda tidak memikirkan untuk menggunakan filem yang ISO rendah dan sederhana.
Seperti yang diterangkan, filem bermula dari yang paling rendah hingga yang tinggi. Contoh: ISO
25 hingga ISO 1000. Namun di Malaysia, sudah ada percubaan pengeluar dan pembekal filem
untuk mempromosi filem berkuasa tinggi. Menurut mereka, filem ini boleh memberi kesan ceria
(terang). Namun untuk kamera astamatik memang betul kerana filem ISO rendah sering memberi
kesan underexpose.

Tapi tahukah anda filem berkuasa rendah dan sederhana amat perlu untuk kerja-kerja senifoto
professional. Di bawah ini disenaraikan keperluan untuk filem-filem ISO rendah, sederhana dan
tinggi.
TEKNIK SHUTTER SPEED PERLAHAN

Menggunakan Shutter Speed (SS) perlahan adalah sesuatu yang menarik jika anda telah mahir. . Pada anda yang baru
berjinak dengan kamera SLR penggunaan SS perlahan jarang digunakan. Malahan ada yang takut untuk menyentuh dan
mengubah butang SS. Kalau ada yang menggunakan cuma SS 1/60 sahaja.

Sebenarnya menggunakan SS perlahan bermula dari 1/B hingga 1/60 harus diamalkan oleh karyawan foto. Disini anda akan
menghasilkan gambar untuk memberi kepuasan pada diri anda dalam berkarya. Gambar yang dihasilkan menerusi SS perlahan
begitu menarik bilamana adunan cahaya dan warna akan memberikan kesan yang tajam, kontras.

Suasana bagaimana yang perlu anda gunakan SS perlahan?


Antaranya ialah:

A.Gambar air terjun agar kelihatan seperti kapas.pemandangan malam di bandar, kampung. Sunsite, Sunrise

 Pilih tempat air terjun yang anda minat. Pastikan ianya boleh memberikan kesan ketenangan pada orang yang
menatapnya.
 Paling menarik kawasan air terjun itu disimbahi cahaya yang minimum agar kesan SS boleh diperolehi bawah dari 1/60.
Ini bermakna adalah lebih baik menggunakan SS 1/15 - 1/4.
 Penggunaan Aperture yang kecil amat baik agar kesan sekitar air terjun nampak tajam. Umpamanya batu-batu di
sungai, pokok-pokok atau bunga akan jelas kelihatan. Lagi pun jika menggunakan fstop kecil tone warna akan
memberikan kepuasan pada anda
 Jika menggunakan SS perlahan, alat yang paling mustahak digunakan ialah Tripod agar kamera tidak
bergoyang.Gunakan Cable Reales untuk menekan shutter. Jika tidak, anda boleh menggunakan Self Timer dengan
jarak masa 10 saat.

B. Pemandangan malam ( cahaya perlahan )

Pernahkah anda melihat gambar KLCC, Menara KL di rakam pada waktu malam? Anda juga boleh membuat rakaman
seumpama itu. Caranya dengan menggunakan SS perlahan. Paling mudah jika bangunan yang saya maksudkan itu diterangi
dengan cahaya yang kuat. 

Pilih sudut yang anda fikir menarik, gunakan fstop yang kecil. Cari exposer yang agak perlahan. Hasilnya gambar akan
dihasilkan itu menarik dengan adunan warna, cahaya aslinya. Pada anda yang memiliki filter kesan sampingan seperti star filter,
anda boleh menggunakannya untuk memberi kesan yang lebih baik.

Satu lagi teknik ialah dengan menyimbah cahaya flash ke kawasan yang hendak dirakamkan. Caranya ialah dengan
menggunakan SS 1/B dan fstop 22. Semasa masih belum berhenti, tekan butang pilot lamp untuk mengeluarkan cahaya flash.
Tekan lebih kurang tiga atau empat kali.

Sebagai tambahan jika anda berada pada suasana lain umpamanya merakamkan gambar di dalam dewan, atau persembahan
teater anda boleh juga menggunakan teknik SS perlahan agar kesan cahaya pada persembahan tersebut akan terhasil.
Merakam persembahan teater, penonton tidak dibenar menggunakan flash, kerana pengarahnya tidak mahu suasana
persembahan teater terjejas. Saya mencadangkan anda menggunakan SS 1/30 dan 1/60 sahaja kerana jika lebih perlahan,
gambar anda mungkin memberikan kesan pergerakan pelakon agak berlebihan. Namun dalam suasana begini anda boleh juga
menggunakan ISO tinggi dengan menghasilkan SS agak tinggi.
Merakam situasi yang berbezadengan Shutter Speed perlahan
@RaaiMan 28012001

Anda mungkin juga menyukai