Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Calon hendaklah membaca semua arahan dengan teliti sebelum mengisi Borang Pendaftaran Peperiksaan SPM.
Borang hendaklah diisi dengan tulisan tangan calon sendiri menggunakan pena mata bola berdakwat hitam
sahaja
1. Tahun
Tulis tahun calon menduduki peperiksaan SPM semasa.

2. Nama Calon
Tulis nama calon dengan HURUF BE SAR seperti yang tercatat dalam kad pengenalan. Gunakan satu petak
bagi setiap satu abjad. Kosongkan petak di antara dua perkataan. Gunakan singkatan yang boleh difahami
jika petak tidak mencukupi seperti:-
BIN menjadi B
BINTI menjadi BT
ANAK LELAKI menjadi A/L
ANAK PEREMPUAN menjadi A/P
“Alias” menjadi @ atau /
ANAK menjadi AK
Contoh : MOHD KAMAL @ KAMARUL BIN MOHAMAD SHAFI’E
MO H D K A M A L / K A M A R U L B MO H D S H A F I ‘ E

3. Nombor Kad Pengenalan


Tulis nombor kad pengenalan calon. Gunakan satu petak bagi setiap satu angka kad pengenalan. Tulis dari
petak pertama sebelah kiri. Tuliskan L dalam petak pertama jika calon tiada kad pengenalan.
Contoh 1 : No. KP baru - 930907-10-5423
9 3 0 9 0 7 - 1 0 - 5 4 2 3

Contoh 2 : No. KP lama - A1274542


A 1 2 7 4 5 4 2
Contoh 3 : Tiada KP
L

4. Tarikh Lahir
Tulis tarikh lahir calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan. Gunakan satu petak bagi setiap satu
angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah kiri nombor jika nombor bagi hari atau bulan lahir calon
satu digit.
Contoh : 6.5.1993
0 6 - 0 5 - 1 9 9 3

5. Jantina
Pilih dan tulis kod seperti berikut:-
Kod Jantina
1 Lelaki
2 Perempuan
6. Keturunan
Pilih dan tulis kod seperti berikut:-
Kod Keturunan
1 Melayu/Bumiputra
2 Cina
3 India
4 Lain-lain
5 Warganegara asing

7. Agama
Pilih dan tulis kod seperti berikut:-
Kod Agama
1 Islam
2 Lain-lain

8. Kod Peperiksaan Dahulu


Pilih dan tulis kod seperti berikut:-
Kod Peperiksaan Dahulu
0 Murid Tingkatan Lima Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah di bawah agensi
kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia, Sekolah Menengah Agama Rakyat .
1 Mereka yang mempunyai sijil mana-mana peperiksaan SPM/SPM (V)/SPVM/ MCE/SC/FMC
3 Mereka yang pernah menduduki SPM/SPM (V)/SPVM/MCE/SC/FMC atau hanya mempunyai sijil
SAP/GCE/ Pernyataan Keputusan SPM.
5 Mereka yang telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari dalam tahun semasa peperiksaan
SPM atau mendapat kelulusan khas daripada Pengarah Peperiksaan

9. Jenis Kemasukan
Pilih dan tulis kod seperti berikut:-
Kod Jenis Kemasukan
8 Calon baru
9 Calon mengulang
10. Jenis Kecacatan
Pilih dan tulis kod seperti berikut:-
Kod Jenis Kecacatan
A Terencat Akal
B Buta
C Pelbagai Kecacatan/Ketidakupayaan Lain
Disleksia/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/Attention Deficit Disorder (ADD)/
Autisme/ Learning Disabilities (LD)
D Bisu
P Pekak
R Rabun
S Spastik/Cerebral Palsy

11. Tahun Peperiksaan SPM Dahulu


12. Angka Giliran SPM Dahulu
13. No. Kad Pengenalan yang digunakan dalam Peperiksaan Dahulu
Jika calon menggunakan Kod Jenis Kemasukan 9, tulis tahun, angka giliran dan nombor kad pengenalan yang
calon gunakan dalam peperiksaan peperiksaan SPM dahulu.
14. Alamat
15. Poskod
16. Bandar
17. Negeri
Tulis alamat surat menyurat calon dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman/kampung, poskod, bandar
dan negeri.
18. Nombor Telefon
Tulis nombor telefon calon yang boleh dihubungi.
20. Pendaftaran Mata Pelajaran (Rujuk draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM)
20.1 Satu turus petak yang bersambung menunjukkan mata pelajaran yang bertembung. Pilih satu mata
pelajaran sahaja dari turus petak tersebut.
20.2 Tandakan ‘X’ dalam petak bersebelahan kod mata pelajaran yang calon pilih.
20.3 Ruangan Mata Pelajaran Tambahan
Bagi calon yang mendaftar lebih daripada 10 mata pelajaran, calon wajib menyatakan kertas tambahan
(mata pelajaran ke 11 dan ke 12 jika ada).
Sila masukan Bilangan, Kod Kertas, Nama Kertas dan Harga

21. Jumlah Mata Pelajaran yang Didaftarkan


Tulis jumlah mata pelajaran yang calon daftar.
21.1 Jumlah Mata pelajaran Teras
21.2 Jumlah Mata pelajaran Elektif
21.3 Jumlah Mata pelajaran Tambahan ( mata pelajaran yang ke 11 dan ke 12 )
22. Keterangan Bayaran
Tulis maklumat bayaran bagi mata pelajaran yang calon daftar. Tulis juga maklumat tentang Kiriman
Wang/Wang Pos atas nama Pengarah Peperiksaan untuk bayaran tersebut.

Bayaran Asas RM 20.00


Bayaran mata pelajaran 1119 Bahasa Inggeris RM 20.50
mata pelajaran tanpa PBS x RM10.50 RM
mata pelajaran dengan PBS x RM12.00 RM
Jumlah Bayaran RM

23. Keterangan Kelayakan


Sila kemukakan surat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan sekiranya ada.

24. Pengakuan Calon


Calon hendaklah membaca pernyataan pengakuan calon.Calon dinasihat menyemak butiran maklumat diri,
maklumat mata pelajaran dan bayaran (untuk sekolah swasta dan persendirian). Setelah itu turunkan tanda
tangan calon dan tarikh.

Anda mungkin juga menyukai