Anda di halaman 1dari 14

18 95

Pengarah Pendidikan
Semua Jabatan Pendidikan Negeri
(u.p.: Ketua Penolong Pengarah Kanan/
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan)

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

PENGURUSAN CALON PERSENDIRIAN


UJIAN AKHIR TINGKATAN TIGA TAHUN 2022

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Ujian Akhir Tingkatan Tiga bagi Calon Persendirian Tahun 2022
akan dilaksanakan bermula 23 Januari 2023. Pendaftaran calon persendirian akan dibuka pada
11 Januari 2022.

3. Sehubungan dengan itu Lembaga Peperiksaan (LP) memohon agar pegawai di bawah
pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/tuan/puan dari Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP) untuk
menguruskan Ujian Akhir Tingkatan Tiga bagi calon persendirian di negeri masing-masing.

4. LP telah menyediakan templat dalam format Excel untuk SPP menguruskan pendaftaran
calon persendirian secara di luar talian (offline). Syarat-syarat pendaftaran dan pengurusan calon
persendirian boleh dirujuk pada Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah
dimuat naik pada portal rasmi LP.

...5. Bersama-sama ini disertakan dokumen berkaitan untuk perhatian dan tindakan pihak
YBhg. Datuk/Dato’/tuan/puan.

5.1 Lampiran A: Borang dan Panduan Pendaftaran Ujian Akhir Tingkatan Tiga
Calon Persendirian Tahun 2022.

5.2 Lampiran B: Template Pendaftaran dan Pengisian Skor Calon Persendirian


(soft copy akan die-melkan kepada pegawai meja SPP)

5.3 Lampiran C: Jadual Kerja Pengurusan Ujian Akhir Tingkatan Tiga Tahun 2022
Calon Persendirian

..2/-
KPM.600-7/1/1 Jld.18( 95 )

5.4 Lampiran D: Kadar Bayaran Ikhtisas dan Pemeriksaan Skrip Jawapan Calon
Persendirian (Ketua Pentaksir Negeri dan Ketua Pentaksir
Kawasan)
5.5 Lampiran E: Jadual Kerja Penyemakan Semula Keputusan Ujian Akhir
Tingkatan Tiga Tahun 2022 Calon Persendirian
5.6 Lampiran F: Panduan Penyemakan Semula Keputusan Ujian Akhir Tingkatan
Tiga Calon Persendirian

6. Calon persendirian yang ingin membuat Penyemakan Semula Keputusan Ujian Akhir
Tingkatan Tiga, boleh berbuat demikian dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pengeluaran
pernyataan keputusan.

7. LP telah menyediakan Jadual Kerja Pengurusan Penyemakan Semula Keputusan Ujian


Akhir Tingkatan Tiga Tahun 2022 pada Lampiran E dan Panduan Pengurusan Penyemakan
Semula Keputusan Ujian Akhir Tingkatan Tiga pada Lampiran F.

8. Pihak YBhg. Datuk/Dato’/tuan/puan dimohon untuk memaklumkan mengenai perkara ini


kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah.

9. YBhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan boleh menghubungi Ketua Penolong Pengarah,


Unit Menengah Rendah, Puan Nik Masliza binti Nik Muhammad di talian 03-8884 3267 untuk
sebarang pertanyaan yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(DR. MOHD AZAM BIN AHMAD)


Pengarah Peperiksaan

-2-
Lampiran A

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Tahun
Ujan BORANG PENDAFTARAN

UJIAN AKHIR TINGKATAN TIGA CALON PERSENDIRIAN

Untuk Tandakan √ selepas data disemak Nama


NEGERI
Kegunaan dan dimasukkan ke dalam Sistem Pusat
Pejabat Pendaftaran Dalam Talian

2. Nama Calon

3. No. Kad 4. Lain-lain Nombor


5. Tarikh Lahir - -
Pengenalan Pengenalan Diri

6. Jantina 7. Keturunan 8. Agama

9. Jenis (Diisi oleh calon bukan


10. Warganegara
Kecacatan warganegara Malaysia)

Nombor Kad
OKU

11. Alamat 12. Poskod

16.
13. Bandar 14. Negeri 15. No. Telefon ...Alamat.
..E-mel

17. Pendaftaran Mata Pelajaran.

Bil. Kod Nama Mata Pelajaran Bil. Kod Nama Mata Pelajaran

1. 6.

2.

3.

4. Jumlah Mata Pelajaran yang didaftar

5.

19. Pusat
Keterangan Bayaran Calon Persendirian Ujian Akhir Nama Pusat Peperiksaan
Peperiksaan
18. RM SEN
Tingkatan Tiga. Pilihan (Calon
Persendirian)
Calon Persendirian Ujian Akhir
RM 100.00
Tingkatan Tiga 24. Pengakuan Calon
a. Saya mengaku telah membaca dan memahami semua peraturan dan arahan
Bayaran Calon Lewat Daftar RM150.00
peperiksaan ini.
Jumlah Bayaran b. Sekiranya saya membuat pembetulan maklumat calon/mata pelajaran dalam
No Kiriman Wang tempoh dengan bayaran, saya akan dikenakan bayaran RM 30.00 bagi setiap
pembetulan. Saya tidak dibenarkan membuat sebarang pembetulan
maklumat mata pelajaran selepas tamat tempoh bayaran.
Tarikh dikeluarkan c. Saya telah memastikan mata pelajaran yang didaftarkan adalah mata pelajaran
yang saya ingin duduki untuk ujian ini. Saya juga akan memastikan mata
pelajaran yang dicetak pada Pernyataan Pendaftaran Ujian adalah sama
dengan mata pelajaran yang telah saya nyatakan pada borang pendaftaran.
Sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar, pendaftaran ini akan terbatal
d. dengan sendirinya.
Sekiranya dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, permohonan ini tidak
e. akan diproses.

Tandatangan Calon Tarikh


PANDUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN
UJIAN AKHIR TINGKATAN TIGA CALON PERSENDIRIAN

SENARAI MATA PELAJARAN DITAWARKAN


Bil Mata Pelajaran (MP) Kod MP Bil Mata Pelajaran (MP) Kod MP
1 Bahasa Melayu 02/01 3 Sejarah 21
02/02 4 *Pendidikan Islam 45
2 Bahasa Inggeris 12/1 5 Matematik 50
12/2 6 Sains 55
*calon beragama Islam sahaja

Calon hendaklah membaca semua arahan dengan teliti sebelum mengisi Borang Pendaftaran Pentaksiran.
Borang hendaklah diisi dengan tulisan tangan calon sendiri menggunakan pena mata bola sahaja.
Bil. Medan Penerangan
– Tulis tahun semasa calon menduduki UJIAN AKHIR TINGKATAN TIGA
1 Tahun
CALON PERSENDIRIAN.
– Tulis nama calon dengan HURUF BESAR seperti yang tercatat dalam kad
2 Nama Calon
pengenalan / dokumen pengenalan diri (dokumen dilampirkan).
Nombor Kad – Tulis nombor kad pengenalan MyKad, MyPR, MyKAS / nombor tentera /
3
Pengenalan nombor Polis.
– Tulis nombor pasport / nombor sijil kelahiran / nombor pendaftaran
Nombor-nombor Lain
4 pengangkatan / nombor permit belajar dan lain-lain bagi calon yang tiada
Pengenalan Diri
nombor kad pengenalan.
– Tulis tarikh lahir calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan. Gunakan
5 Tarikh Lahir satu petak bagi setiap satu angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah
kiri nombor jika nombor bagi hari atau bulan lahir calon satu digit.
6 Jantina – Pilih dan tulis kod seperti berikut: 1 – Lelaki 2 – Perempuan

7 Keturunan – Tulis keturunan calon.

8 Agama – Tulis agama calon.


– Pilih dan tulis kod seperti berikut: (dokumen dilampirkan)
A – Masalah Pembelajaran B – Kurang Upaya Penglihatan (Buta)
9 Jenis Kecacatan
C – Kurang Upaya Pelbagai D – Kurang Upaya Pertuturan
F – Kurang Upaya Fizikal P – Kurang Upaya Pendengaran

10 Warganegara – Tuliskan warganegara calon bagi calon bukan warganegara Malaysia.


– Tulis alamat dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman / kampung,
11 Alamat
poskod, bandar dan negeri.
15 Nombor Telefon – Tulis nombor telefon
16 Alamat E-mel – Tulis alamat e-mel.
Pendaftaran Mata (Rujuk SENARAI MATA PELAJARAN DITAWARKAN di atas)
17
Pelajaran – Isikan kod dan nama mata pelajaran.
– Tulis maklumat bayaran iaitu maklumat tentang Kiriman Wang atas nama
18 Keterangan Bayaran Akauntan Negara Malaysia untuk bayaran tersebut. Bayaran Asas RM100.00.
Tuliskan jumlah bayaran.

– Calon hendaklah membaca pernyataan Pengakuan Calon. Calon dinasihat


19 Pengakuan Calon menyemak butiran maklumat diri, maklumat mata pelajaran dan bayaran.
Setelah itu turunkan tandatangan calon dan tarikh.
Lampiran B

TEMPLAT PENDAFTARAN UJIAN AKHIR TINGKATAN TIGA CALON PERSENDIRIAN TAHUN 2022
(3)
(8) (9) (C) (D)
(1) (2) No. Lain (4) (5) (6) (7) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (A) (B) Status Daftar Status Daftar Status Daftar Status Daftar Status Daftar Status Daftar Bilangan
Bil. Jenis No. Kad No. Wang Pos/ No Slip
Nama No. K/P Pengenalan Tarikh lahir Jantina Keturunan Agama Warganegara Alamat Bandar Poskod Negeri No. Telefon Emel PPD Pusat Ujian Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Pendidikan Islam Matematik Sains subjek daftar
Kecacatan OKU Bank Draf Pendaftaran
Diri 02/01 12/01 21 45 50 55
Lampiran C

JADUAL KERJA
PENGURUSAN UJIAN AKHIR TINGKATAN TIGA
CALON PERSENDIRIAN TAHUN 2022

BIL. PERKARA TARIKH TINDAKAN

1. Melaksana prapendaftaran calon persendirian


menggunakan borang pendaftaran yang disediakan LP

2. Mendaftar calon persendirian pada templat yang 11 – 27 Januari


disediakan LP 2023

3. Melantik KPN/KPKw sebagai pemeriksa Skrip


Jawapan Calon (SJC) Persendirian SPP
JPN/PPD
4. Memuat turun instrumen Ujian Akhir Tingkatan Tiga
pada Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan
Instrumen (APPI) pada pautan
https://appimr.moe.gov.my

5. Mentadbir Ujian Akhir Tingkatan Tiga Calon 23 Januari –


Persendirian 3 Februari 2023

6. Melaksanakan:
i. mesyuarat penyelarasan penskoran;
ii. penskoran SJC;
iii. moderasi penskoran SJC. KPN/KPKw

7. Perekodan skor calon persendirian secara manual


pada templat yang disediakan oleh LP
3 – 17 Februari
2023
8. Proses penetapan standard (Tahap Penguasaan) LP

9. Pengeluaran Pernyataan Keputusan Ujian Akhir 17 Februari


LP/SPP JPN
Tingkatan Tiga Tahun 2022 2023

10. Penyemakan Semula Keputusan Ujian Akhir Tingkatan 17 Februari – 17


SPP JPN
3 Calon Persendirian Mac 2023
Lampiran D

KADAR BAYARAN IKHTISAS (IKH) DAN PENSKORAN SKRIP JAWAPAN


UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK CALON PERSENDIRIAN KETUA PENTAKSIR NEGERI (KPN)
DAN KETUA PENTAKSIR KAWASAN (KPKw) TAHUN 2022

Merujuk kepada kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan dan
Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuat kuasa:

Bil Perkara Kadar Bayaran

1. IKH KPN RM100.00

2. IKH KPKw RM75.00

3. Penskoran SJC Persendirian RM2.50 per skrip

4. Moderasi Penskoran SJC Persendirian RM2.00 per skrip

Rujukan ;

i. Surat Kementerian Kewangan Malaysia KK/BP10/441/79(1/2007)(23):


Makluman Kadar Bayaran Petugas Pentaksiran Kendalian Lembaga
Peperiksaan Bagi Pentaksiran Tingkatan 3 Yang Menggantikan Penilaian
Menengah Rendah bertarikh 8 Julai 2014
ii. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan KP.LP.005.08.04.09 (37): Kadar Bayaran
Pemeriksaan dan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan Calon Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2015 bertarikh 26 Ogos 2015
Lampiran E

JADUAL KERJA PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN


UJIAN AKHIR TINGKATAN TIGA CALON PERSENDIRIAN TAHUN 2022

BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN

1. Penerimaan permohonan penyemakan semula


17 Februari – 17
keputusan Ujian Akhir Tingkatan Tiga Calon
Mac 2023
Persendirian Tahun 2022

2. Penskoran semula Skrip Jawapan Calon


SPP, JPN
17 – 27
Mac 2023
3. Kemasukan skor baharu penyemakan semula

27 – 31 Mac 2023 LP
4. Proses penetapan standard (Tahap Penguasaan)

Makluman keputusan penyemakan semula


5.
keputusan Ujian Akhir Tingkatan Tiga
3 – 7 April 2023 SPP, JPN
Percetakan dan penyerahan Pernyataan
6.
Keputusan Ujian Akhir Tingkatan Tiga baharu
Lampiran F

PANDUAN PENGURUSAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN


UJIAN AKHIR TINGKATAN TIGA CALON PERSENDIRIAN

Takrifan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan

Teknikal
▪ Penyemakan semula keputusan peperiksaan secara teknikal dilakukan seperti berikut:
- Skor calon pada Skrip Jawapan Calon (SJC) dibandingkan dengan skor calon pada
template skor
- Sekiranya terdapat perbezaan skor setelah semakan teknikal maka skor baharu akan
direkodkan
Penskoran Semula
▪ Penyemakan semula keputusan peperiksaan yang melibatkan Pemeriksaan Semula
dilakukan seperti berikut:
- Sekiranya terdapat perbezaan skor selepas pemeriksaan semula maka skor baharu akan
direkodkan
Penskoran Skrip Jawapan Calon
▪ JPN melantik KPN / KPKw sebagai Pentaksir Penyemakan Semula Skrip Jawapan Calon
▪ KPN/ KPKw memeriksa skrip jawapan calon persendirian
Keputusan Penyemakan Semula
▪ Keputusan dikeluarkan dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan calon

Peranan dan Tanggungjawab

Jawatan Personel

i. Penasihat: ▪ Melantik dan menandatangani surat pelantikan


Pengarah Pendidikan Pentaksir Penyemakan Semula Keputusan
Negeri ▪ Menurunkan tandatangan pada surat keputusan
KEKAL/ BERUBAH
ii. Ketua Penyelaras Operasi: ▪ Memantau pelaksanaan Penyemakan Semula
Ketua Penolong Pengarah Keputusan
Kanan (KPPK) , SPP, JPN ▪ Menentusahkan keputusan BERUBAH calon
persendirian sebelum surat dihantar kepada Pengarah
Pendidikan Negeri
iii. Ketua Unit Kewangan/
▪ Mengesahkan dan merekod penerimaan Wang Pos/
Akauntan JPN Kiriman Wang/ Bank Draf pada sistem e-Terimaan
Pegawai Penyelaras: ▪ Menyemak permohonan Penyemakan Semula
iv. Keputusan yang diterima daripada calon persendirian
Pegawai Meja Menengah
Rendah JPN ▪ Menyediakan surat pelantikan Pentaksir Penyemakan
Semula Keputusan
▪ Mengagihkan SJC yang diterima bagi pemeriksaan
semula kepada pentaksir yang telah dilantik
▪ Menyediakan laporan keputusan KEKAL, BERUBAH
SKOR, dan BERUBAH GRED bagi tujuan analisis di
peringkat JPN.

Pentaksir: ▪ Memberikan skor berdasarkan respon calon dengan


v. berpandukan panduan penskoran
▪ Ketua Pentaksir Negeri
(KPN) ▪ Menyerahkan skor terkini calon kepada Ketua
▪ Ketua Pentaksir Kawasan Penyelaras Data
(KPKw)
Peraturan Permohonan

▪ Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan
diumumkan
▪ Fi penyemakan semula keputusan ujian akhir Tingkatan 3 adalah RM50.00 bagi setiap mata
pelajaran
▪ Fi hendaklah dalam bentuk Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf atas nama AKAUNTAN
NEGARA MALAYSIA. Cek persendirian tidak diterima.
▪ Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Ujian Akhir Tingkatan Tiga hendaklah dibuat
dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Ujian Akhir
Tingkatan Tiga.
▪ Borang boleh didapati dari Sektor/ Unit Pentaksiran dan Peperiksaan, JPN
▪ Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Ujian Akhir Tingkatan Tiga perlu disertakan
dengan satu salinan Pernyataan Keputusan Ujian Akhir Tingkatan Tiga
▪ Dokumen-dokumen berikut hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran
32cm x 23cm dan ditulis perkataan “PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UJIAN AKHIR
TINGKATAN TIGA CALON PERSENDIRIAN” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut;
- Satu salinan pernyataan keputusan Ujian Akhir Tingkatan Tiga
- Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf ditulis atas nama Akauntan Negara Malaysia
▪ Dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan
Pendidikan Negeri
▪ Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh keputusan tidak akan diproses
▪ Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari
tarikh permohonan diterima
▪ Setiap fail permohonan akan dilengkapkan dengan dokumen berikut:
- Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Ujian Akhir Tingkatan Tiga yang
lengkap
- Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf ditulis atas nama Akauntan Negara Malaysia. Resit
Bayaran akan dikeluarkan oleh JPN selepas direkodkan pada e-Terimaan
- Salinan Pernyataan Keputusan yang telah disahkan
- Skrip Jawapan Calon (SJC)
- Resit Pembayaran
- Borang Laporan Pemeriksaan Semula Skrip Jawapan Calon
- Borang Keputusan Calon
BORANG PERMOHONAN
PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UJIAN AKHIR TINGKATAN TIGA
CALON PERSENDIRIAN TAHUN …….

1. Nama Penuh Calon (Dengan Huruf Besar)

2. Nombor Kad Pengenalan

3. Alamat Surat Menyurat

Poskod: Bandar:
Negeri:

4. Nombor Telefon
Telefon Rumah Telefon
Bimbit

5. Alamat Pusat Peperiksaan

Poskod: Bandar:
Negeri:

6. Mata pelajaran yang hendak dibuat Penyemakan Semula Keputusan


Kod Mata Pelajaran TP Kegunaan Pejabat
Kertas

7. Bayaran Penyemakan Semula Keputusan


Setiap Mata Bilangan Mata Pelajaran Jumlah Kegunaan Pejabat
Pelajaran
RM 50.00
Amaun dengan perkataan:Ringgit Malaysia:

Nombor Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
BORANG LAPORAN PEMERIKSAAN SEMULA SKRIP JAWAPAN CALON
PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UJIAN AKHIR TINGKATAN TIGA TAHUN ….…….

NOMBOR KAD PENGENALAN

NAMA MATA PELAJARAN

KOD KERTAS

SKOR
LAPORAN PENTAKSIR
NOMBOR SKOR PENYEMAKAN BEZA
(Sila berikan ulasan yang terperinci bagi
SOALAN ASAL SEMULA (+) (-)
setiap perubahan skor)
KEPUTUSAN

JUMLAH SKOR

NAMA DAN TANDATANGAN


PENTAKSIR

TARIKH
BORANG KEPUTUSAN CALON

PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UJIAN AKHIR TINGKATAN TIGA

CALON PERSENDIRIAN TAHUN ……….


NAMA CALON

NOMBOR KAD PENGENALAN

NAMA MATA PELAJARAN

KOD KERTAS

GRED MATA PELAJARAN

SKOR CALON

i. SKOR ASAL

ii. SKOR PEMERIKSAAN SEMULA

iii. SKOR KES TEKNIKAL

iv. SKOR AKHIR

SKOR AKHIR PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UJIAN AKHIR TINGKATAN TIGA

KATEGORI BERUBAH TIDAK BERUBAH

TEKNIKAL

PEMERIKSAAN SEMULA

Nama, Tandatangan dan Cap Nama, Tandatangan dan Cap


Pentaksir Penyemakan Semula Pegawai JPN

Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai