Anda di halaman 1dari 6

WATAK GURU IDAMAN

• Intelek
- Menanamkan sifat ingin tahu
Kebolehan intelek akan kekal di
dalam diri sekiranya setiap guru
menanamkan sikap ingin tahu. Sifat
ingin tahu akan mendorong guru
mempelajari dan menyesuaikan diri
dalam dunia pendidikan yang sering
berubah-ubah, baik dari segi sukatan
kurikulum, mahupun kaedah
mengajar.
• Penampilan
- Mempunyai penampilan dan imej diri yang
baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan
tutur kata.
- Memiliki kesihatan tubuh badan yang
baik agar dapat menjalankan tugas dengan
berkesan.
  - Kemahiran fizikal seperti mahir dalam
sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit
beruniform bertujuan untuk melatih pelajar
melibatkan diri dalam kokurikulum yang
penting untuk pembentukan jati diri pelajar.
Emosi.
Aspek-aspek yang perlu dimiliki
oleh seorang guru dari segi
emosi ialah:
-Sentiasa menghayati nilai-nilai
murni , norma dan Etika
Perkhidmatan.
-Mempunyai pemikiran yang
positif dalam menjalankan
tugasnya iaitu menganggap
pergi ke sekolah sebagai pergi
ke medan jihad dan kerja
mengajar sebagai suatu ibadah
tanpa sebarang alasan.
• Minat suka membaca.
-Kegemaran membaca membolehkan
guru sentiasa menambah pelbagai ilmu
pengetahuan . Pembacaan yang
meluas dalam pelbagai bidang memberi
keyakinan kepada guru untuk
menyampaikan pengajaran dengan
berkesan.
- Di samping itu, sikap suka membaca
dapat membezakan di antara orang
yang berilmu dengan orang yang jahil.
Oleh itu, sifat suka membaca amat
penting untuk meningkatkan kualiti
profesion guru.
Menguasai ICT

- Perkembangan sains dan teknologi


menyebabkan teknologi maklumat mengalami
perubahan dari masa ke semasa. Untuk kekal
sebagai guru berkualiti, setiap guru hendaklah
berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi
IT dalam pengajaran dan pembelajaran .

- Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa


mengemaskini kemahiran menggunakan
komputer dengan menghadiri kursus- kursus IT
dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-
mana rakan guru yang lebih mahir dalam
bidang ini. Kebolehan ini membolehkan kita
mengajar menggunakan teknologi terkini dan
akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Amalan pedagogi terkini
Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap
-

profesionalisme guru kerana mengajar merupakan “core


business” guru terhadap pelajar.
- Oleh itu, kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-
teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori
pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori
Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori
Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis.
- Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang
untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dijangkakan. Di antara model-model pengajaran yang perlu
diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository,
Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran
Inkuiri , Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri.
Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil
yang sangat memuaskan.
 

Anda mungkin juga menyukai