Anda di halaman 1dari 1

MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

SK GELANG PATAH

28 FEBUARI HINGGA 5 MAC 2011

PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK (TAHUN 4)

Syarat penyertaan:

1) Murid dikehendaki menghafal sajak dan mendeklamasikannya di hadapan Tn. Hj. Saiful
Lizan b. Suparman sekurang-kurangnya sebelum atau pada 4 Mac 2011 (Jumaat).
2) Penyampaian akan dinilai melalui; kelantangan suara, gaya dan kelancaran.

SEGENGGAM RESOLUSI

Anak - anak membesar dalam alam persekolahan


Di sana budi tersemai ilmu tercanai
Di sana benteng dibina menghindar segala bencana
Guru, murid dan ibu bapa menjadi pendokong bersama
Mengintegrasikan pendidikan pencegahan dalam pengajian dan penyerapan nilai mulia
Akan lahirlah generasi pewaris gah dan perkasa
Warga berilmu membina keutuhan bangsa
Penggerak wadah pembangunan negara
Bebaskan Sekolah dari angkara dadah yang berbahaya

Antara parah dan pasrah


Dadah membawa parah
Racun berbisa yang mengoyak susila bangsa
Mari kita bina sebuah komuniti teguh dan perkasa
Mantapkan kesetiakawanan dan pengakraban barisan
Kita adalah bangsa yang bermaruah dan penuh jati diri
Bebaskan! Bebaskan! Dadah dalam komuniti

Kita tolak dadah!


Bebaskan dadah dalam keluarga
Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah dalam sekolah
Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah di tempat kerja
Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah dalam komuniti
Kita tolak dadah!
Dadah tidak lagi dimana-mana
Bebaskan dadah dalam negara kami
Itulah janji kami dalam segengam resolus

Anda mungkin juga menyukai