Anda di halaman 1dari 1

MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

SK GELANG PATAH

28 FEBUARI HINGGA 5 MAC 2011

PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK (TAHUN 4)

Syarat penyertaan:

1) Murid dikehendaki menghafal sajak dan mendeklamasikannya di hadapan Cik Hazwani


bt Mohd Dah sekurang-kurangnya sebelum atau pada 4 Mac 2011 (Jumaat).
2) Penyampaian akan dinilai melalui; kelantangan suara, gaya dan kelancaran.

PINCANGNYA SEBUAH MARUAH

Lorong gelap kian bercahaya


Dek sinar berbalam lilin-lilin hina
Menyokong hidup bangkai bernyawa
Longlai meredah malam gelita
Menyusuri ruang-ruang hitam
Bagaikan syurga mereka
Di suatu sudut dunia

Debu itu pilihan mereka


Ringgit dikorban bukan halangan
Mereka tega demi kepuasan
Segala dilakukan penuhi keinginan
Rapuhnya!

Apakah hilang warasnya fikiran?


Hingga nyawa terus diperjudikan
Manakah perginya walau secubit keinsafan ?
Apakah mati ditelan zaman?
Manakah hilangnya slogan takkan melayu hilang di dunia

Ayuh!.sedarlah bangsaku
Segera bangkit dari mimpi duniamu
Ayuh..kita cantas, kita tepis, kita lempar segala kegelapan yang menyulubungi diri
Kita kembali ke landasan Illahi Rabbul Izzati
Agar pentas dunia ini menjadi saksi
Bahawa kita mampu mencorak sebuah masyarakat madani

1Malaysia membanteras dadah!

Anda mungkin juga menyukai