Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PENGKALAN BALAK, MASJID TANAH, MELAKA Kod Sekolah: MBA0009

1. Nama Guru
HAZWANI BT MOHD DAH
HAJI MUDA – Tips-Tips Menjadi
2. Judul 3. Bidang: Motivasi
Tetamu Allah
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini ialah sebuah travelog tentang menyahut seruan haji pada umur yang begitu muda.
Penulis menerima panggilan Haji tanpa persediaan yang cukup. Apatah lagi apabila, menunaikan
Haji; rukun Iman kelima ini tidak pernah menjadi sasaran penulis untuk ditunaikan pada usia yang
muda.

Bahagian buku ini dipecahkan kepada empat bahagian iaitu,

i) Sebelum Berangkat ke Tanah Suci


ii) Madinah Al-Munawwarah
iii) Cabaran di Mekah, Arafah dan Mina
iv) Pasca Haji; Cabaran dan panduan

Semua bab disusun dengan begitu santai, disulami dengan hadis dan ayat al-Quran bagi
memperkukuh hujah-hujah penulis. Oleh kerana ia adalah sebuah travelog, maka menelusuri
pembacaan buku ini, ia membuatkan saya terbawa-bawa perasaan dalam setiap penceritaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Terdapat dua nilai utama yang amat mengesani saya selepas membaca buku ini;

i) Mungubah pemikiran bahawa Haji bukan hanya eksklusif untuk orang tua : pemikiran sempit ini
perlu diletak jauh daripada kita. Menunaikan haji di usia tua begitu mencabar kerana ibadah ini
menuntut kecergasan fizikal yang tinggi. Tambahan pula, di waktu usia masih muda dan
bertenaga, penghayatan ibadah haji lebih memaknai kerana jemaah boleh memfokuskan semata-
mata kepada pelaksannan ibadah.

ii) Meyakini bahawa seruan Haji sentiasa bergema untuk hambaNya : kerap kali kita mendengar
alasan ‘belum sampai seru’ apabila orang-orang muda diajak menunaikan haji. Yang sebenarnya,
panggilan Haji sentiasa ada untuk semua hambaNya. Cuma sejauh mana kita berusaha untuk
menjawab seruan Allah.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Perkara yang paling mengesani saya dalam pembacaan ini untuk diaplikasikan dalam organisasi
ialah;

i) Sasaran – semua perkara sama ada daripada yang paling kecil hingga ke sebesar-besar
perkara; perlu dipetakan dengan sasaran. Tanpa sasaran, matlamat kita tidak jelas dan kita tidak
mampu melakar dan melaksana usaha-usaha untuk mencapai sasaran – sama ada dalam pdpc,
panitia dan kokurikulum.

ii) Pengurusan – pengurusan diri adalah perkara yang paling penting ke arah kejayaan. Apa
sahaja bermula dengan diri kita dan ia cerminan hasil kerja kita. Untuk menjadi guru yang hebat
menguruskan anak-anak muridnya, seorang guru harus menguruskan dirinya terlebih dahulu di
tahap yangpaling baik.

Semoga Allah membimbing kita semua

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(HAZWANI BT MOHD DAH ) ( )

Anda mungkin juga menyukai