Anda di halaman 1dari 13

KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA (KOMSAS)

Latar Belakang
KOMSAS atau Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia telah
diperkenalkan pada tahun 1999. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan teks yang
wajib dipelajari dan diuji dalam peperiksaan awam. Pelaksanaan KOMSAS di sekolah
dijalankan secara berperingkat mulai Mac, 2000 bagi murid tingkatan satu dan empat, tahun
2001 bagi tingkatan dua dan lima, serta tahun 2002 bagi tingkatan lima. Dengan terlaksananya
dasar ini maka semua murid daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima telah mendapat
pendedahan asas mengenai sastera Melayu. Secara tidak langsung. Mulai 2010, teks KOMSAS
yang sedia ada telah ditukar kepada teks yang baharu bermula dengan Tingkatan 1 dan 4,
2011 Tingkatan 2 dan 5, dan 2012 Tingkatan 3. Penukaran teks KOMSAS yang baharu ini
menekankan 3 dimensi penting iaitu :
i. dimensi bahan teks yang dipilih itu berkualiti, terbaik, sesuai dan menepati
kurikulum kebangsaan.

ii. dimensi guru teks boleh dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran, menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.

iii. dimensi murid teks mudah difahami, dekat dengan kehidupan murid, boleh
menarik minat murid, mencetus kreativiti dan teks itu boleh dihayati oleh murid.
Teks yang dipilih bagi kesemua genre merangkumi atau mencakupi pelbagai tema.
Antara tema yang dipilih adalah seperti patriotisme/ sejarah, ICT/ sains dan teknologi, jati diri/
kerohanian/ moral, kemanusiaan/ keamanan sejagat, perpaduan/ kemasyarakatan/
kewarganegaraan, setiakawan/ persahabatan/ kekeluargaan, alam sekitar/ pembangunan,
sukan/ gaya hidup sihat/ kesihatan, budaya ilmu/ budaya saing, cinta dan kasih sayang,
perniagaan dan keusahawanan, dunia remaja, wawasan negara, kebebasan/ hak asasi,
kesenian/ adat/ warisan, keselamatan selaras dengan perubahan pendidikan negara.

Pertimbangan juga melibatkan aspek-aspek intrinsik teks misalnya tema dan persoalan,
plot, teknik penceritaan, watak dan perwatakan, latar (latar masa, latar tempat dan latar
masyarakat), nilai dan pengajaran, gaya bahasa dan sudut pandangan dalam teks serta boleh
dianalisis oleh guru dan murid. Pertimbangan turut mengambil kira aras kesukaran untuk setiap
teks agar murid yang mempelajari KOMSAS boleh mengikuti pengajaran guru dengan
berkesan.

Jenis dan bilangan teks KOMSAS masih dikekalkan selaras dengan kehendak Sukatan
Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Enam waktu seminggu telah
diperuntukkan kepada murid bagi mengikuti mata pelajaran Bahasa Malaysia dengan nisbah
empat waktu untuk Bahasa Malaysia dan dua waktu untuk KOMSAS. Berdasarkan Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu semakan 2002 yang telah diterbitkan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia, KOMSAS tergolong dalam
bidang estetik. Bidang ini memberikan fokus pada keupayaan murid untuk menguasai aspek



kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Selain itu, ia juga menekankan kepada
penghayatan penghasilan dan persembahan sesebuah teks yang dikaji itu.

Objektif
Hasrat memasukkan komponen sastera (KOMSAS) dalam kurikulum Bahasa Melayu adalah
untuk membolehkan murid:
Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera iaitu novel,
cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden (sajak), dan puisi tradisional
Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis
Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan
perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai dan pengajaran
Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang
Sasterawan Negara dan penulis terkenal
Menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca
Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti menghasilkan novel, cerpen, sajak dan
drama yang bermutu tinggi dan boleh dibanggakan
Oleh itu pendedahan komponen sastera bertujuan membolehkan murid menikmati dan
mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas, mengenal penulis dan
sejarah perkembangan tanah air berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan
kemahiran berbahasa murid. Melalui pembacaan karya-karya ini, secara tidak langsung murid
dapat memupuk tabiat minat membaca.























Senarai Judul Teks Baharu

Berikut adalah judul teks yang telah ditetapkan bagi Tingkatan 1 :
BIL NOVEL ZON
1 Hikmah
(Mohd Faris Ikmal)
Zon 1
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
2 Sukar Membawa Tuah
(M.Z. Erlysha)
Zon 2
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
Negeri Sembilan
3 Bukan Duniaku
(Aida Shahira)
Zon 3
Melaka
Pahang
Terengganu
Kelantan
4 Istana Menanti
(Abd. Latip Talib)
Zon 4
Johor
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan Labuan

























ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
(KOMSAS) TINGKATAN 1 (KASUT KELOPAK JANTUNG)

GENRE JUDUL
Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Pantun Empat Kerat (Agama)
Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)
Pantun Empat Kerat (Teka-teki)
Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman
Sajak Kian Kita Lupa
Lebah dan Madu
Hari Akhir Persekolahan
Jangan
Diari Lama
Asap
Prosa Tradisional Tajul Muluk
Hikayat Marakarma
Budi Seorang Bapa Angkat
Cerpen Kasut Kelopak Jantung
Tempang
Tukang Lama
Yuran
Trauma Embah
Sepucuk Surat daripada Kawan
Drama Surat untuk Ina
Arah ke Mana
Mendung Hitam Beralih Jua













TINGKATAN 2

BIL NOVEL ZON
1 Erti Sebuah Pengorbanan Zon 1
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
2 Wira Pesona Avatari Zon 2
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
Negeri Sembilan
3 Lestari Bukit Menghijau Zon 3
Melaka
Pahang
Terengganu
Kelantan
4 Di Sebalik Wajah Zon 4
Johor
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan Labuan















ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
(KOMSAS) (GEMA SEPI GADIS GENIUS)

GENRE JUDUL
Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan)
Pantun Agama
Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
Perang Saudara di Pahang
Syair Mendapat Gemala Naga
Sajak Persahabatan
Hari Guru
Burung-burung Pagi
Ketenangan
Sajak Laut
Warkah Kepada Generasi
Prosa Tradisional Raja Muda
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Inderaputera
Hikayat Anggun Cik Tunggal
Cerpen Anak Penggunting Rambut
Cepa Rengat
Dendam
Maafku Pinta
Gema Sepi Gadis Genius
Warkah Daripada Ibu
Drama Hemodialisis
Inflakasta
Di Sini Bakti Bersemadi













TINGKATAN 4
BIL NOVEL ZON
1 Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd
Hanafiah)
Zon 1
Perlis
Kedah,
Pulau Pinang
Perak
2 Papa ... Akhirnya Kau
Tewas Jua
(Deana Yusof)
Zon 2
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
Negeri Sembilan
3 Renyah
(Gunawan Mohamad)
Zon 3
Melaka
Pahang
Terengganu
Kelantan
4 Melunas Rindu
(Hartini Hamzah)
Zon 4
Johor
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan Labuan


























ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
(KOMSAS) TINGKATAN 4 (HARGA REMAJA)

GENRE JUDUL
Puisi Tradisional Pantun Empat Kerat (Budi)
Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)
Syair Definsi Orang Berakal
Syair Siti Sianah
Gurindam 12 Fasal Yang Keenam
Seloka Emak Si Randang
Sajak Harga Remaja
Di Perpustakaan
Mengintai Ruang Insaf
Mahsuri
Adat Sezaman
Tiba Waktunya
Prosa Tradisional Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
Merah Silu
Hikayat Indera Nata
Hikayat Khoja Maimun
Cerpen Ibu dan Ceper
Memori Seorang Tua
Israk
Pemain Catur
Mellisa
Biarkan Samudera
Drama Gelanggang Tuk Wali
Forum Remaja 2020
Cempaka Berdarah












TINGKATAN 5
BIL NOVEL ZON
1 Kembara Amira Zon 1
Perlis
Kedah,
Pulau Pinang
Perak
2 Interlok Zon 2
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Negeri Sembilan
3 Sutera Dalam Lukisan Zon 3
Melaka
Pahang
Terengganu
Kelantan
4 Kabus Di Perbukitan Zon 4
Johor
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan Labuan



























ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
(KOMSAS) (DIRGAHAYU BAHASAKU)

GENRE JUDUL
Puisi Tradisional Pantun Empat Kerat
Pantun Lapan Kerat
Syair Makna Riak
Syair Pemberontakan Patani
Gurindam Tonggak Dua Belas
Seloka Si Lunchai
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Kecek (V)
Bangkitlah
Pasar Perasaan
Di Bawah Langit Yang Sama
Arkitek Kota
Prosa Tradisional Hikayat Langlang Buana
Hikayat Siak
Dua Geliga Hikmat
Hikayat Daeng Upu Menambun
Cerpen Pahlawan Buntung
Pungut Alias, Zahara Alias Yap Siew Hong
Idola
Penanggungan
Hutan Rimba
Tanggar Amanat
Drama Tiang Cengal Dinding Sayung
1400
Dato Onn













ASPEK-ASPEK SASTERA
i) Tema
Tema ialah idea utama atau persoalan yang mengawal sesebuah karya sama ada
disampaikan secara langsung atau tidak langsung. Idea ialah fikiran atau sesuatu
yang menjadi persoalan bagi pengarang dan persoalan itu merupakan tunjang
kepada sesebuah karya. Tema yang ditulis akan menjadi panduan untuk memilih
bahan dalam cerita, menyusun dan memantapkan cerita. Tema dalam sesebuah
karya tidak dapat dikesan sehingga selesai cerita itu dibaca. Apa yang terkandung di
sebalik sesebuah karya itu merupakan pokok persoalan atau tema. Tema itu lahir
melalui pengalaman, imaginasi dan konflik.

ii) Persoalan
Persoalan ialah perkara sampingan yang ada hubungan dengan tema yang hendak
diungkapkan oleh pengarang bagi menguatkan sesuatu tema dalam sesebuah
karya.

iii) Plot
Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sesebuah karya
yang pertaliannya dengan gerak laku fizikal dan rohani pelaku atau watak. Setiap
peristiwa dan gerak laku yang berlaku adalah berdasarkan kepada hukum sebab
dan akibat. Plot memaparkan tentang aksi dan mengapakah aksi itu terjadi. Aksi
yang ditunjukkan oleh watak akan berkembang dan berhubungan antara satu sama
lain. Kemungkinan besar plot yang disusun secara kronologi atau tidak kronologi.
Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu peristiwa yang berlaku
dahulu akan didahulukan dan kemudian akan dikemudiankan. Sementara plot tidak
kronologi ialah peristiwa yang berlaku kemudian didahulukan sementara peristiwa
yang berlaku dahulu dikemudiankan.

iv) Watak dan Perwatakan
Watak ialah pelaku atau pelakon dalam sesebuah karya. Watak tidak semestinya
manusia, tetapi boleh juga terdiri daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan unsur
alam. Perwatakan pula ialah sifat-sifat luaran dan sifat-sifat dalaman yang positif dan
negatif secara menyeluruh yang disorot melalui perasaan, tindakan, pemikiran dan
fizikal seseorang watak itu. Gambaran watak boleh disampaikan oleh pengarang
secara langsung dan tidak langsung melalui tutur kata, aksi atau cara berfikir watak.
Watak terbahagi kepada dua iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama
ialah watak yang memainkan peranan penting dan menggerakkan sesebuah cerita.
Sementara watak sampingan ialah watak yang menyokong watak utama untuk
melengkapkan cerita. Peranan watak sampingan lebih kecil daripada watak utama.



v) Latar
Latar ialah latar belakang bagi sesebuah cerita. Latar terbahagi kepada tiga iaitu
latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Latar masa ialah waktu atau tempoh
masa sesuatu peristiwa itu berlaku. Contohnya pagi, tengah hari, senja, malam,
zaman pendudukan Jepun, zaman moden dan sebagainya.
latar tempat ialah di mana sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya dalam rumah, di
Ipoh, dalam hutan dan sebagainya. Latar masyarakat ialah keadaan atau gambaran
masyarakat di tempat sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya masyarakat kampung,
masyarat bandar dan sebagainya.
vi) Nilai

Nilai Kemanusiaan

Nilai kemanusiaan ialah nilai-nilai yang baik atau nilai positif yang terdapat dalam
sesebuah karya cereka. Nilai-nilai baik seharusnya dimiliki, dihayati dan diamalkan
oleh manusia. Antara nilai-nilai baik itu ialah:

1. Nilai keadilan 2. Nilai kebijaksanaan
3. Nilai amanah 4. Nilai keberanian
5. Nilai bertanggungjawab 6. Nilai berbudi bahasa
7. Nilai berdikari 8. Nilai merendah diri
9. Nilai ketabahan 10. Nilai merendah diri
11. Nilai keinsafan 12. Nilai nasihat-menasihati
13. Nilai kejujuran 14. Nilai patriotik
15. Nilai kesederhanaan 16. Nilai kerajinan
17. Nilai mengenang budi 18. Nilai kesabaran
19. Nilai bertolak ansur 20. Nilai simpati/belas kasihan
21. Nilai hormat-menghormati 22. Nilai bekerjasama/tolong-menolong
23. Nilai ketaatan 24. Nilai keyakinan

Nilai Kemasyarakatan
Nilai kemasyarakatan ialah nilai yang baik (positif) dan nilai buruk (negatif) yang
terdapat dalam sesebuah masyarakat. Nilai positif dan nilai negatif ini dimiliki,
dihayati dan diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat. Nilai kemasyarakatan
merangkumi nilai yang tersenarai di atas. Sementara nilai-nilai negatif misalnya
masyarakat yang suka menyebarkan fitnah, masyarakat yang tidak taat kepada
perintah Allah dan sebagainya.





vii) Pengajaran

Pengajaran ialah amanat yang hendak disampaikan oleh pengarang melalui
karyanya, terutama dari segi moral dan pendidikan untuk menghayati konsep yang
baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Pengajaran juga dikenali
sebagai mesej, amanat dan nilai moral. Dalam hal ini pengarang mempunyai
tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Karya yang baik seharusnya
menyampaikan pengajaran, mesej dan amanat kepada pembaca.

viii) Gaya Bahasa
Gaya bahasa dilihat daripada dua aspek iaitu unsur bahasa dan unsur bunyi. Unsur
bahasa dalam sesebuah karya tercipta daripada beberapa unsur contohnya gaya
bahasa perbandingan, gaya bahasa perulangan, penggunaan diksi, struktur ayat
dan gaya bahasa yang mengandungi nilai estetika atau keindahan yang mampu
menarik minat pembaca. Gaya bahasa perbandingan adalah seperti simile,
personifikasi, metafora, peribahasa, simpulan bahasa dan hiperbola. Gaya bahasa
simile bermaksud perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan
menggunakan perkataan-perkataan seperti bak, bagai, umpama, ibarat, dan seperti.
Contohnya bagai ranting kering. Gaya bahasa personifikasi bermaksud memberikan
maksud manusia atau unsur perorangan kepada sesuatu objek atau perkara.
Contoh, daun kelapa melambai-lambai di tiup angin. Metafora merupakan sejenis
gaya bahasa perbandingan yang menggabungkan unsur konkrit dan abstrak
misalnya laut kasih. Gaya bahasa hiperbola pula bermaksud membandingkan
sesuatu secara berlebih-lebihan. Misalnya marahnya berapi-api bila panggilan tidak
dipedulikan.
Unsur bunyi ialah aliterasi dan asonansi. Aliterasi ialah pengulangan huruf
konsonan, iaitu huruf-huruf selain huruf-huruf vokal. Contohnya puisi Pasar
Perasaan tulisan T. Alias Taib: yang diriuhkan kekosongan pengulangan
konsonan n. Asonansi ialah pengulangan huruf-huruf vokal a, e, i, o dan u.
Contohnya, berdasarkan puisi Pasar Perasaan tulisan T. Alias Taib: bagai ranting
kering pengulangan vokal i

Anda mungkin juga menyukai