Anda di halaman 1dari 26

Topik X Komponen

Wajib
Kesusasteraaan
Melayu dalam
Bahasa Melayu
(KOMSAS)

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menerangkan hubungan bahasa dengan Kesusasteraan Melayu;

2.

Menghuraikan konsep Komponen Wajib Kesusasteraan Melayu


dalam Bahasa Melayu (KOMSAS);

3.

Menjelaskan objektif pengajaran dan pembelajaran KOMSAS;

4.

Mengenal pasti genre dalam KOMSAS; dan

5.

Menghuraikan bagaimana KOMSAS dilaksanakan di dalam bilik


darjah.

182 X TOPIK 8 KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

X PENGENALAN
Kita telah pun mempelajari pelbagai perkara yang bersangkut paut dengan
Kesusasteraan Melayu daripada Topik 1 hingga Topik 7. Hakikatnya, terdapat
satu lagi aspek penting yang perlu anda ketahui secara mendalam iaitu
Komponen Wajib Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu (KOMSAS).
Kita akan mempelajari tentang KOMSAS dengan lebih lanjut dari aspek
hubungan bahasa dengan Kesusasteraan Melayu, konsep, objektif pengajaran
dan pembelajarannya, genre dan bagaimana ia dilaksanakan di dalam bilik
darjah. Ayuh mari kita teruskan!

AKTIVITI 8.1
Sejauh manakah pengetahuan anda tentang KOMSAS? Pernahkah anda
membaca mana-mana karya dalam KOMSAS?

8.1

HUBUNGAN BAHASA DENGAN


KESUSASTERAAN MELAYU

Apabila kita berbincang tentang hubungan kesusasteraan dengan bahasa dalam


konteks Alam Melayu, kita tidak boleh mengenepikan peranan agama Islam. Ini
adalah kerana agama Islam sangat besar peranannya dalam sejarah
perkembangan bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu.
Sebelum melangkah lebih jauh, ada baiknya kita melihat sejarah penggunaan
tulisan di Alam Melayu terlebih dahulu. Hakikatnya, hanya tulisan yang mampu
membolehkan manusia membaca. Tanpa tulisan, manusia hanya mampu
berhubung melalui lisan.
Sebelum Islam, pendeta di istana atau pusat pengajian agama Hindu-Buddha
bersama-sama dengan pelajar golongan atasan sahaja yang boleh menulis dan
membaca. Mereka menggunakan tulisan rencong, kawi (huruf Jawa kuno),
nagari dan pallava. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Jawa kuno, bahasa
Melayu kuno dan bahasa Sanskrit.

TOPIK 8

KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

183

Kedatangan Islam telah menganugerahkan tulisan Jawi yang berasaskan huruf


Arab. Tulisan itu telah ditambah dengan huruf khas bagi melambangkan bunyi
yang hanya terdapat dalam bahasa Melayu. Maka, perbendaharaan kata bahasa
Melayu pun semakin bertambah dengan pesatnya. Hal ini berlaku kerana
terdapat percampuran antara bahasa Melayu yang asal, bahasa Sanskrit dan
bahasa Arab.
Oleh itu, bermulalah sejarah baru bagi bahasa Melayu dan seterusnya menjadi
bahasa dalam erti yang sebenarnya. Kita boleh menganggap bahawa agama
Islamlah yang menjadi pendorong kepada perubahan itu; bahasa yang kaku
pada mulanya telah diberi nafas baru sebagai bahasa pengantar dalam
penyebaran agama Islam. Selain itu, bahasa Arab turut menjadi bahasa asing
yang terpenting dalam perkembangan bahasa Melayu. Tulisan Jawi yang
bersistem pada Batu Bersurat Terengganu membuktikan bahawa huruf Arab
telah digunakan dalam bahasa Melayu sebelum tahun 1303 Masihi atau 1387
Masihi.
Sebelum bahasa Melayu berkembang pesat, bahasa Jawa sudah mula bertapak di
Kepulauan Melayu. Dengan kata lain, ketika itu bahasa Melayu masih berada
dalam keadaan suci murni. Ini bermakna, bahasa itu belum dipengaruhi oleh
sebarang unsur secara keseluruhan. Keadaan yang sama juga turut berlaku
dalam bahasa Arab pada Zaman Jahiliah iaitu ia juga belum dicemari.
Sebagaimana bahasa Arab dipilih menjadi bahasa agama, begitu jugalah keadaan
yang berlaku kepada pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa agama di rantau
ini. Oleh itu, bahasa Melayu dipilih menjadi bahasa agama lantaran
kemurniannya. Bahasa Jawa yang jauh lebih sempurna terlalu pekat dengan
pengaruh kehinduan. Oleh itu, penerimaan bahasa Jawa tentu akan
mengelirukan kefahaman orang ramai tentang Islam.
Selain itu, penerimaan bahasa Melayu juga dapat mengelakkan berlakunya
kekeliruan dalam agama dan dapat menjamin Islam yang santri. Dengan
wujudnya sistem tulisan itu, bermulalah tradisi tulisan di Alam Melayu.
Bahan-bahan bertulis yang awal dihasilkan ialah kitab bercorak agama yang
membicarakan tentang fikah, mentafsirkan al-Quran dan sebagainya. Setelah itu,
muncullah penulisan dalam bidang kesusasteraan. Bidang ini bermula dengan
kemunculan Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi
Wafat dan lain-lain lagi.

184 X TOPIK 8 KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

Khazanah Kesusasteraan Melayu semakin bertambah dan terus berkembang


sejak itu dengan kemasukan cerita mengenai pahlawan Islam yang berbentuk
legenda daripada bahasa Parsi. Antaranya ialah Hikayat Muhammad Hanafiah
dan Hikayat Amir Hamzah. Selain hasil kesusasteraan Arab-Parsi, turut ditulis
ialah sastera istana dalam bahasa Sanskrit yang telah dialihbahasakan. Ini
membolehkan kita mempelajari tentang Hikayat Ahmad Muhammad, Hikayat
Seri Rama, Hikayat Pandawa Lima dan sebagainya.
Perbendaharaan kata bahasa Melayu terus bertambah apabila Melaka muncul
sebagai pusat perdagangan pada kurun ke-14 Masihi. Kehadiran pedagang dari
China dan India menyebabkan perkataan daripada bahasa mereka meresap ke
dalam bahasa Melayu. Perkataan daripada bahasa Portugis juga turut meresap
ke dalam bahasa Melayu apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun
1511.
Begitu juga sepanjang pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu; ada beberapa
perkataan daripada bahasa Inggeris meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses
peresapan atau penyerapan ini tidak terhad kepada bahasa sahaja, malahan turut
memperkenalkan satu sistem tulisan baru iaitu tulisan Rumi dan percetakan.
Tulisan Rumi dan percetakan ini telah memberikan dimensi baru terhadap
Kesusasteraan Melayu. Bahan bercetak menjadi satu daripada ciri yang
menandakan kemodenan dalam kesusasteraan Melayu. Selaras dengan itu
lahirlah Kesusasteraan Melayu Moden yang diasaskan oleh Abdullah Munsyi.
Kini, kita boleh mengkategorikan hasil Kesusasteraan Melayu kepada dua
kategori, iaitu Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu
Moden. Kedua-duanya menggunakan bahasa Melayu, tidak kira sama ada
ditulis dalam tulisan Jawi mahupun tulisan Rumi. Demikianlah hubungan
kesusasteraan dengan bahasa.

SEMAK KENDIRI 8.1


1.

Nyatakan jenis tulisan yang digunakan di Alam Melayu sebelum


tulisan Jawi.

2.

Bincangkan bagaimana tulisan Jawi dan tulisan Rumi masuk ke


Alam Melayu.

TOPIK 8

8.2

KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

185

KONSEP KOMPONEN WAJIB


KESUSASTERAAN MELAYU DALAM
BAHASA MELAYU (KOMSAS)

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa Komponen Wajib


Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) dilaksanakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar berikut:
(a)

Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2000;

(b)

Tingkatan 2 dan 5 pada tahun 2001; dan

(c)

Tingkatan 3 pada tahun 2002.

Ini bermakna, KOMSAS mula dinilai pada tahun 2001 di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan tahun 2002 di peringkat Penilaian Menengah Rendah
(PMR).
Sehubungan itu, semua pelajar sekolah menengah (aliran sastera, sains, teknik,
agama dan vokasional) diwajibkan membaca dan mendalami teks KOMSAS
yang dikhaskan untuk setiap tingkatan. Oleh sebab itu, penggunaan unsur atau
bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dimansuhkan dan digantikan
dengan KOMSAS.
Setiap tingkatan diperuntukkan sebuah novel dan sebuah kumpulan karya.
Kumpulan karya ini mengandungi:
(a)

Enam buah Puisi Melayu Tradisional;

(b)

Enam buah sajak;

(c)

Enam buah Prosa Melayu Tradisional;

(d)

Enam buah cerpen; dan

(e)

Tiga buah drama.

Harus diingat bahawa sekolah menengah di Malaysia dibahagikan kepada


empat zon. Setiap zon diperuntukkan lima buah novel, sebuah novel untuk
setiap tingkatan (1, 2, 3, 4 dan 5). Semua zon ini diperuntukkan novel yang
berbeza. Ini bermakna, dalam peperiksaan PMR dan SPM, soalan yang diberikan
adalah sama untuk kumpulan karya. Soalan novel yang diberikan juga sama,
tetapi calon diminta untuk memberi jawapan berdasarkan novel yang dikaji
mengikut zon yang telah dinyatakan tadi.

186 X TOPIK 8 KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

Berikut adalah senarai kesemua kumpulan karya KOMSAS untuk setiap


tingkatan mengikut zon pada tahun 2012.
(a)

Tingkatan 1
Jadual 8.1 berikut menyenaraikan tajuk novel bagi Tingkatan 1 mengikut
zon.
Jadual 8.1: Tajuk Novel bagi Tingkatan 1 Mengikut Zon
Tajuk Novel

Zon

Negeri

Hikmah

Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

Sukar Membawa Tuah

Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Bukan Duniaku

Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan

Istana Menanti

Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan


Labuan

Antologi KOMSAS bagi Tingkatan 1 ialah Kasut Kelopak Jantung oleh


Ghazali Lateh. Jadual 8.2 berikut menyenaraikan genre KOMSAS dalam
antologi tersebut.
Jadual 8.2: Genre KOMSAS bagi Tingkatan 1 dalam
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Genre
Puisi Tradisional

Tajuk
x Pantun dua kerat (Nasihat)
x Pantun empat kerat (Agama)
x Pantun empat kerat (Berjimat-cermat)
x Pantun empat kerat (Teka-teki)
x Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
x Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman

Sajak

x Kian Kita Lupa - Zulfazlan Jumrah


x Lebah dan Madu  Siti Zaleha M. Hashim
x Hari Akhir Persekolahan  Ahmad Bakhtiar Abdul
Mutalib
x Jangan  Sulastri Abadi
x Diari Lama  S. Mahadzir
x Asap  Maya Iza Azizan

TOPIK 8

KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

Prosa Tradisional

187

x Tajul Muluk
x Hikayat Marakarma
x Budi Seorang Bapa Angkat
x Kasut Kelopak Jantung  Ghazali Lateh

Cerpen

x Tempang  Pitteriah Abdullah


x Tukang Lama  Hasan Ali
x Yuran  Omar Mamat
x Trauma Embah  Haryati Abu Nasir
x Sepucuk Surat daripada Kawan  Kamalkhalid
Kamarludin

x Surat Untuk Ina  Amiruddin Ali

Drama

x Arah ke Mana  Johan Jaaffar


x Mendung Hitam Beralih Jua  Aripin Said
(b)

Tingkatan 2
Jadual 8.3 berikut menyenaraikan tajuk novel mengikut zon bagi pelajar
Tingkatan 2.
Jadual 8.3: Tajuk Novel bagi Tingkatan 2 Mengikut Zon
Tajuk Novel

Zon

Negeri

Erti Sebuah
Pengorbanan

Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

Wira Pesona Avatari

Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Lestari Bukit
Menghijau

Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan

Di Sebalik Wajah

Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan


Labuan

188 X TOPIK 8 KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

Antologi KOMSAS bagi Tingkatan 2 adalah bertajuk Gema Sepi Gadis


Genius. Jadual 8.4 berikut menyenaraikan genre KOMSAS bagi antologi
tersebut.
Jadual 8.4: Genre KOMSAS bagi Tingkatan 2 dalam Antologi

Gema Sepi Gadis Genius


Genre
Puisi Tradisional

Tajuk
x Pantun dua kerat (Nasihat)
x Pantun empat kerat (Muhibah dan perpaduan)
x Pantun empat kerat (Agama)
x Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
x Syair Perang Saudara di Pahang
x Syair Mendapat Gemala Naga

Sajak

x Persahabatan
x Hari Guru
x Burung-burung Pagi
x Ketenangan
x Sajak Laut
x Warkah kepada Generasi

Prosa Tradisional

x Raja Muda
x Hikayat Opu Daeng Menambun
x Hikayat Inderaputera
x Hikayat Anggun Cik Tunggal

Cerpen

x Anak Penggunting Rambut


x Capa Rengat
x Dendam
x Maaf Kupinta
x Gema Sepi Gadis Genius
x Warkah daripada Ibu

Drama

x Hemodialisis
x Inflakasta
x Di Sini Bakti Bersemadi

TOPIK 8

(c)

KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

189

Tingkatan 3
Jadual 8.5 berikut menyenaraikan tiga tajuk novel mengikut zon bagi
silibus pelajar Tingkatan 3.
Jadual 8.5: Tajuk Novel bagi Tingkatan 3 Mengikut Zon
Tajuk Novel

Zon

Negeri

6:20 oleh Siti Jasmina


Ibrahim

Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu


dan Kelantan

Merenang Gelora oleh

Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,
Melaka dan Pahang

Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan


Labuan

Ruslan Ngah

Cempaka Putih
Untukmu oleh Rohani
Deraman

Antologi KOMSAS bagi Tingkatan 3 ialah Harga Sebuah Lukisan. Genre


yang terdapat dalam antologi tersebut disenaraikan dalam Jadual 8.6.
Jadual 8.6: Genre KOMSAS bagi Tingkatan 3 dalam Antologi

Harga Sebuah Lukisan


Genre
Puisi Tradisional

Tajuk
x Pantun Berkait (Bekerja)
x Pantun Empat Kerat (Muafakat)
x Pantun Nasihat Syair li-Attar Gaib
x Syair Berbuat Jasa
x Syair Panduan untuk Para Remaja

Sajak

x Fragmen Sebuah Kehidupan


x Kata-Kata Keusangan
x Budaya Pesan Buat Anak-Anak
x Merdeka
x Rumput
x Seorang Insan Istimewa

Prosa Tradisional

x Kuda Janggi Gerdana


x Hikayat Marakarama
x Hikayat Patani

x Hikayat Seri Kelantan

190 X TOPIK 8 KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

x Budi Semangkuk Daging

Cerpen

x Harga Sebuah Lukisan


x Mencari Nafas Baru
x Mutiara Bonda
x Segala yang Tercinta Ada di Sini
x Cabaran

Drama

x Sebuah Perjuangan

(d)

Tingkatan 4
Terdapat empat novel yang diperuntukkan untuk pelajar Tingkatan 4
mengikut zon seperti yang disenaraikan dalam Jadual 8.7.
Jadual 8.7: Tajuk Novel bagi Tingkatan 4 Mengikut Zon
Tajuk Novel

Zon

Negeri

Asfa Hanani

Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

Papa ... (Akhirnya Kau


Tewas Jua)

Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Renyah

Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan

Melunas Rindu

Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan


Labuan

Antologi bagi Tingkatan 4 pula bertajuk Harga Remaja. Dalam antologi ini,
terdapat beberapa tajuk lain bagi lima genre seperti yang disenaraikan
dalam Jadual 8.8.

TOPIK 8

KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

191

Jadual 8.8: Genre KOMSAS bagi Tingkatan 4 dalam Antologi Harga Remaja
Genre
Puisi Tradisional

Tajuk
x Pantun Empat Kerat (Budi)
x Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)
x Syair Definisi Orang Berakal
x Syair Siti Sianah
x Gurindam 12 Fasal yang Keenam
x Seloka Emak Si Randang

Sajak

x Harga Remaja
x Mengintai Ruang Insaf
x Adat Sezaman
x Di Perpustakaan
x Mahsuri
x Tiba Waktunya

Prosa Tradisional

x Pelayaran yang Penuh Peristiwa


x Merah Silu
x Khoja Maimum
x Hikayat Indera Nata

Cerpen

x Ibu dan Ceper


x Israk
x Memori Seorang Tua
x Pemain Catur
x Mellisa Biarkan
x Samudera

Drama

x Gelanggang Tok Wali


x Forum Remaja 2020
x Cempaka Berdarah

192 X TOPIK 8 KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

(e)

Tingkatan 5
Akhir sekali, mari kita lihat empat tajuk novel bagi Tingkatan 5 mengikut
zon (Jadual 8.9).
Jadual 8.9: Tajuk Novel bagi Tingkatan 5 Mengikut Zon
Tajuk Novel

Zon

Negeri

Kembara Amira

Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

Konserto Terakhir

Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Sutera dalam Lukisan

Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan

Kabus di Perbukitan

Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan


Labuan

Bagi antologi KOMSAS Tingkatan 5, ia bertajuk Dirgahayu Bahasaku.


Jadual 8.10 menyenaraikan lima genre dalam antologi tersebut berserta
tajuknya.
Jadual 8.10: Genre KOMSAS bagi Tingkatan 5 dalam Antologi Harga Remaja
Genre
Puisi Tradisional

Tajuk
x Pantun empat kerat
x Pantun lapan kerat
x Syair Makna Riak
x Syair Pemberontakan Patani
x Gurindam Tonggak Dua Belas
x Seloka Si Lunchai

Sajak

x Dirgahayu Bahasaku
x Kecek (V)
x Bangkitlah
x Pasar Perasaan
x Di Bawah Langit yang Sama
x Arkitek Kota

TOPIK 8

KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

Prosa Tradisional

193

x Hikayat Langlang Buana


x Hikayat Siak
x Dua Geliga Hikmat
x Hikayat Daeng Upu Menambun

Cerpen

x Pahlawan Buntung
x Pungut Alias, Zahara Alias Yap Siew Hong
x Idola
x Penanggungan
x Hutan Rimba
x Tanggar Amanat

Drama

x Tiang Cengal Dinding Sayung


x 1400
x Dato Onn

SEMAK KENDIRI 8.2


1.

Senaraikan nama penyair dan novelis wanita yang karyanya


dimasukkan ke dalam kumpulan karya untuk Tingkatan 1 dan 3.

2.

Berapakah jumlah genre yang dipilih untuk membolehkan pelajar


Tingkatan 4 dan 5 mempelajari KOMSAS?

8.2.1

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS

Menurut Zahirah Aziz dan Kamaruzzaman Abdul (dalam Sharifah Maimunah


Syed Zin, 2005), objektif pengajaran dan pembelajaran KOMSAS di sekolah
menengah adalah untuk membolehkan pelajar:
(a)

Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera


seperti novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi
tradisional;

(b)

Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan,


watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, serta
nilai murni dan pengajaran;

194 X TOPIK 8 KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

(c)

Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan


kemahiran bertutur, membaca dan menulis;

(d)

Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti


sasterawan negara;

(e)

Mendapat nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca;
dan

(f)

Menghasilkan karya kreatif seperti novel, cerpen dan drama yang bermutu
tinggi serta boleh dibanggakan.

Enam objektif yang dinyatakan tadi adalah selaras dengan kewajaran


mempelajari kesusasteraan. Kesusasteraan mengungkapkan pengalaman dan
perasaan manusia. Oleh sebab itu, pelajar boleh menghargai dan menghayati
nilai estetika yang terdapat dalam sesebuah karya. Melalui karya sastera, pelajar
dapat:
(a)

Menyelami masalah kehidupan dan pengalaman orang lain melalui


sesebuah naratif;

(b)

Mencontohi penyelesaian masalah kemanusiaan dan kemasyarakatan yang


terdapat dalam sesebuah cereka. Penyelesaian masalah secara positif dapat
membantu pelajar berhadapan dengan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan mereka yang sebenar;

(c)

Memikirkan nilai-nilai baik dan murni yang tersirat dalam cerita yang
dibaca;

(d)

Memberi kepuasan dan keseronokan setelah menghayati watak-watak


dalam plot sesebuah cereka; dan

(e)

Menambah perbendaharaan kata dan membantu pelajar menghasilkan


karangan atau karya yang menggunakan pelbagai gaya bahasa yang baik.

Walau bagaimanapun, Sharifah Maimunah Syed Zin (2005) berpendapat objektif


pengajaran dan pembelajaran KOMSAS adalah untuk membolehkan pelajar:
(a)

Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan dan


penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan dan berurus untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

(b)

Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai


sumber yang didengar dan dibaca untuk memperoleh ilmu dan maklumat;

TOPIK 8

KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

195

(c)

Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan


masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam
bentuk lisan dan tulisan;

(d)

Mendengar, membaca, menonton dan memberi respons kepada pelbagai


bahan sastera dan bukan sastera;

(e)

Melahir idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif
dan berkesan; dan

(f)

Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat


patriotik dan perasaan cinta akan negara.

Berdasarkan enam objektif yang dinyatakan tadi, dapatlah kita simpulkan


bahawa secara amnya, pengajaran dan pembelajaran KOMSAS adalah bertujuan
untuk menyuburkan minat membaca, membolehkan pelajar mengenal dan
menggunakan istilah sastera untuk menguasai kemahiran mendengar, membaca,
bertutur dan menulis. Di samping itu, KOMSAS juga membolehkan pelajar
mengetahui sejarah perkembangan sastera Melayu secara ringkas melalui karya
yang dibaca dan mengenal penulis ternama tanah air.
Kedua-dua penyataan tentang objektif pengajaran KOMSAS tadi telah
dikemukakan mengikut perspektif yang berbeza. Oleh sebab itu, ada yang sama
dan ada yang berbeza. Namun demikian, kita dapat menerima semua hasil
pembelajaran yang telah dinyatakan tadi dan menyimpulkan objektif pengajaran
KOMSAS adalah seperti berikut:
(a)

Menggunakan maklumat untuk membuat keputusan dan menyelesaikan


masalah dalam kehidupan seharian;

(b)

Mempraktikkan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat;

(c)

Menimbulkan keseronokan dan kepuasan setelah menghayati karya;

(d)

Menambah perbendaharaan kata;

(e)

Menyemai minat membaca dan menulis;

(f)

Memahami istilah sastera;

(g)

Mengetahui sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu; dan

(h)

Mengenali pengarang-pengarang mapan.

196 X TOPIK 8 KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

SEMAK KENDIRI 8.3


Bincangkan apakah yang
mempelajari KOMSAS.

8.2.2

diharapkan

daripada

pelajar

yang

Genre dalam KOMSAS

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, genre yang dipilih sebagai teks KOMSAS
ialah novel, cerpen, drama, sajak, puisi tradisional dan prosa tradisional. Karya
yang dipilih perlulah dihasilkan oleh:
(a)

Penulis mapan;

(b)

Penulis yang pernah memenangi pelbagai anugerah sastera; dan

(c)

Penulis yang pernah memenangi sayembara sastera.

8.3

PELAKSANAAN KOMSAS

Terdapat tiga aspek yang perlu dipraktikkan dalam pelaksanaan KOMSAS. Tiga
aspek tersebut ialah:
(a)

Pengajaran dan pembelajaran


Kesusasteraan Melayu Elektif;

KOMSAS

yang

berbeza

(b)

Peruntukan waktu dan aspek pembelajaran KOMSAS; dan

(c)

Pengujian KOMSAS.

daripada

Kita pelajari ketiga-tiga aspek ini dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

8.3.1

Perbezaan antara KOMSAS dengan


Kesusasteraan Melayu Elektif

Tahukah anda apabila seseorang guru hendak melaksanakan pengajaran dan


pembelajaran KOMSAS di dalam kelas, dia hendaklah membezakannya dengan
pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran elektif Kesusasteraan
Melayu?

TOPIK 8

KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

197

Sehubungan itu, Zahirah Aziz dan Kamaruzzaman Abdullah (dalam Sharifah


Maimunah Syed Zin, 2005) telah menggariskan perbandingan pengajaran dan
pembelajaran KOMSAS dengan Kesusasteraan Melayu (Elektif) peringkat SPM.
Perbandingan tersebut meletakkan batasan yang jelas antara kedua-dua aspek
itu sebagai panduan. Mari kita lihat Jadual 8.11 berikut untuk mengetahui
perbandingan terhadap hasil pembelajaran bagi plot, gaya bahasa, watak dan
perwatakan antara KOMSAS dengan Kesusasteraan Melayu Elektif.
Jadual 8.11: Perbandingan antara KOMSAS dengan Kesusasteraan Melayu Elektif sebagai
Panduan Pelaksanaan KOMSAS
Perbandingan

Struktur

KOMSAS

Elektif

Plot

Pelajar menceritakan peristiwa


yang mengejutkan pada akhir
sesebuah novel.

Pelajar menghuraikan cara


pengarang membina plot sesebuah
novel.

Gaya
Bahasa

Pelajar menerangkan unsur


personifikasi dan simile yang
terdapat dalam sajak Duhai

Pelajar memberi maksud unsur


personifikasi dan simile serta
menghuraikan tujuan kedua-dua
unsur itu digunakan dalam sajak
Suasana.

Pentafsir.
Watak dan
Perwatakan

8.3.2

Pelajar mengemukakan
keistimewaan watak utama
dalam sesebuah novel.

Pelajar menghuraikan beberapa


kekurangan masyarakat Melayu
yang cuba diatasi menerusi watak
utama dalam sesebuah novel.

Peruntukan Waktu dan Aspek Pembelajaran

Perkara kedua dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS ialah


peruntukan waktu dan aspek pembelajaran yang perlu diajar kepada pelajar.
Mari kita lihat satu contoh iaitu peruntukan waktu dan aspek pembelajaran yang
perlu diajar kepada pelajar Tingkatan 4 bagi semua genre.

198 X TOPIK 8 KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

(a)

Novel
Sebanyak 11 waktu diperuntukkan bagi pembelajaran novel Tingkatan 4.
Aspek yang dipelajari adalah seperti Jadual 8.12 berikut.
Jadual 8.12: Waktu dan Aspek Pembelajaran Novel Tingkatan 4
Waktu
1

Aspek Pembelajaran
Pengenalan
 Ciri novel (mewakili zaman)

Sinopsis

Sinopsis

Tema dan persoalan

Watak dan perwatakan


 Watak statis
 Watak dinamis

Watak dan Perwatakan


 Sifat watak
 Gambaran watak

Plot
 Binaan plot
 Permulaan
 Perkembangan
 Perumitan
 Puncak
 Peleraian

Teknik plot
 Saspens
 Kejutan

Latar
 Tempat
 Masa
 Masyarakat

10

Nilai dan pengajaran

11

Gaya bahasa
 Imejan
 Simbol
 Hiperbola

TOPIK 8

(b)

KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

199

Cerpen
Sebanyak 11 waktu diperuntukkan bagi pembelajaran cerpen Tingkatan 4.
Aspek pembelajarannya adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 8.13
berikut.
Jadual 8.13: Waktu dan Aspek Pembelajaran Cerpen Tingkatan 4
Waktu
1

Aspek Pembelajaran
 Sinopsis
 Watak dan perwatakan (Fokus utama)
 Nilai (Fokus sampingan 1)
 Sudut pandangan (Fokus sampingan 2)

 Sinopsis
 Plot (Fokus utama)
 Latar (Fokus sampingan 1)
 Watak dan perwatakan (Fokus sampingan 2)

 Sinopsis
 Gaya bahasa (Fokus utama)
 Latar (Fokus sampingan 1)
 Tema dan persoalan (Fokus sampingan 2)

 Sinopsis
 Latar (Fokus utama)
 Tema dan persoalan (Fokus sampingan 1)
 Gaya bahasa (Fokus sampingan 2)

 Sinopsis
 Tema dan persoalan (Fokus utama)
 Watak dan perwatakan (Fokus sampingan 1)
 Nilai (Fokus sampingan 2)

 Sinopsis
 Nilai (Fokus utama)
 Pengajaran (Fokus sampingan 1)
 Sudut pandangan (Fokus sampingan 2)

Biodata pengarang

Perbandingan aspek sastera

Perbandingan aspek sastera

10

Mengarang

11

Mengarang

200 X TOPIK 8 KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

(c)

Drama
Sebanyak 11 waktu diperuntukkan bagi pembelajaran drama Tingkatan 4.
Aspek yang diajar adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 8.14
berikut.
Jadual 8.14: Waktu dan Aspek Pembelajaran Drama Tingkatan 4
Waktu
1

Aspek Pembelajaran
Pengenalan
 Ciri drama
 Biodata penulis

Pengenalan
 Struktur
 Teknik
 Sinopsis

Latar masyarakat

Watak
 Utama
 Sampingan

Perwatakan
 Protagonis
 Antagonis

Plot
 Binaan plot

Plot
 Teknik

Persoalan dan pemikiran

Gaya bahasa

10

Nilai
 Nilai murni
 Nilai negatif
 Nilai kemanusiaan

11

Pengajaran
 Suruhan
 Larangan

TOPIK 8

(d)

KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

201

Prosa Tradisional
Sebanyak 11 waktu diperuntukkan bagi pembelajaran prosa tradisional
Tingkatan 4. Aspek yang diajar adalah seperti yang dapat anda lihat dalam
Jadual 8.15 berikut.
Jadual 8.15: Waktu dan Aspek Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 4
Waktu
1

Aspek Pembelajaran
Pengenalan
 Genre
 Ciri genre

(e)

Sinopsis

Watak

Perwatakan

Latar

Plot

Tema

Persoalan

Gaya bahasa

10

Nilai

11

Pengajaran

Sajak
Sebanyak enam waktu diperuntukkan bagi pembelajaran genre sajak
Tingkatan 4. Aspek pembelajaran yang diajar adalah seperti yang
dinyatakan dalam Jadual 8.16 berikut.
Jadual 8.16: Waktu dan Aspek Pembelajaran Sajak Tingkatan 4
Waktu
1

Aspek Pembelajaran
Pengenalan
 Biodata penyair

Maksud sajak

Tema dan persoalan

Unsur bunyi

Gaya bahasa

Nilai dan pengajaran

202 X TOPIK 8 KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

(f)

Puisi Tradisional
Akhir sekali, sebanyak enam waktu diperuntukkan bagi pembelajaran puisi
tradisional Tingkatan 4. Aspek yang diajar adalah seperti yang dinyatakan
dalam Jadual 8.17 berikut.
Jadual 8.17: Waktu dan Aspek Pembelajaran Puisi Tradisional Tingkatan 4
Waktu
1

Aspek Pembelajaran
Pengenalan
 Pantun
 Syair
 Gurindam
 Seloka

8.3.3

Maksud pantun

Maksud syair

Maksud gurindam dan seloka

Gaya bahasa

Nilai dan pengajaran

Pengujian

Perkara ketiga dalam pelaksanaan KOMSAS ialah pengujian. Seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini, KOMSAS wajib dipelajari dan diuji dalam peperiksaan
mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat PMR dan SPM. Jadual 8.18 berikut
meringkaskan bentuk soalan pengujian bagi PMR dan SPM.

TOPIK 8

KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

203

Jadual 8.18: Bentuk Soalan Pengujian bagi PMR dan SPM


Peperiksaan

Kertas 1

Kertas 2

PMR

Soalan Objektif

Soalan Subjektif

Soalan 31 hingga Soalan 35


mengemukakan soalan berkaitan
sama ada satu petikan cerpen atau
petikan drama atau petikan prosa
tradisional. Manakala soalansoalan 33, 34 dan 35 merupakan
soalan KOMSAS.

Soalan Bahagian D akan


mengarahkan calon memberi
jawapan berdasarkan satu atau
dua buah novel yang telah mereka
kaji. Arahan diikuti dengan senarai
12 buah novel berserta nama
novelisnya. Selepas itu diberi satu
soalan yang wajib dijawab oleh
semua calon. Soalan itu sama ada
berkaitan dengan elemen dalaman
atau tema dan persoalan atau nilai
dan pengajaran.

Soalan 36 hingga Soalan 40


mengemukakan soalan, sama ada
melalui sebuah sajak atau sebuah
puisi tradisional. Soalan-soalan 38,
39 dan 40 merupakan soalan
KOMSAS.
SPM

Soalan Subjektif

Soalan Objektif

Soalan 2(b) mengemukakan soalan


berkaitan petikan cerpen atau
drama. Soalan 2(b) iii merupakan
soalan yang berkaitan dengan
KOMSAS, biasanya satu aspek
struktur atau mana-mana satu
antara tema dengan persoalan atau
mana-mana satu antara nilai
dengan pengajaran.

Soalan 5 di Bahagian B merupakan


soalan karangan dikhaskan untuk
pelbagai aspek kesusasteraan.

Soalan 2(c) mengemukakan soalan


mengenai petikan prosa klasik.
Soalan 2(c) i merupakan soalan
yang berkaitan dengan
pemahaman bahasa klasik.
Soalan 2(d) mengemukakan soalan
melalui sajak atau puisi
tradisional. Ada kalanya Soalan
2(d) i merupakan soalan yang
berkaitan dengan maksud rangkai
kata dalam sajak. Walau
bagaimanapun, Soalan 2(d) iii pasti
berkaitan dengan KOMSAS.

Soalan 4 dikhaskan untuk novel.


Arahan yang diberi ialah jawapan
hendaklah berdasarkan novel yang
telah dipelajari oleh calon. Arahan
itu diikuti dengan senarai lapan
buah novel berserta nama
novelisnya. Selepas itu
dikemukakan Soalan 4(a) dan
Soalan 4(b). Soalan 4(a) mungkin
meminta calon menyatakan
pendapat atau mengulas satu
aspek pembelajaran KOMSAS.
Soalan 4(b) sepenuhnya tentang
aspek kesusasteraan.

204 X TOPIK 8 KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

SEMAK KENDIRI 8.4


1.

Nyatakan tiga aspek penting dalam pelaksanaan KOMSAS di


dalam bilik darjah.

2.

Jelaskan perbezaan antara pengajaran dan pembelajaran KOMSAS


dengan Kesusasteraan Melayu Elektif.

Kesusasteraan Melayu mempunyai hubungan yang erat dengan bahasa.

Bahasa Melayu muncul sebagai bahasa yang lengkap setelah menerima


pengaruh Islam.

Pada peringkat awal, bahasa Melayu dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan
bahasa Arab.

Bentuk tulisan sebelum Islam ialah rencong, kawi, nagari dan pallava.

Islam telah menganugerahkan tulisan Jawi terhadap kesusasteraan Melayu.

Tulisan Jawi digunakan untuk menulis kitab agama dan karya kesusasteraan.

KOMSAS ialah singkatan kepada komponen wajib Kesusasteraan Melayu


dalam Bahasa Melayu.

KOMSAS mesti dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah daripada


tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Dalam KOMSAS ada genre novel, cerpen, drama, prosa klasik, sajak dan
puisi tradisional.

TOPIK 8

KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

205

Setiap tingkatan diperuntukkan sebuah kumpulan karya yang berisi cerpen,


drama, prosa klasik, sajak dan puisi tradisional.

Setiap tingkatan juga diperuntukkan sebuah novel untuk dikaji.

Novel KOMSAS dibahagi-bahagikan mengikut zon.

Objektif pengajaran dan pembelajaran KOMSAS adalah untuk meningkatkan


minat membaca, mengenali istilah sastera, menghargai karya sastera,
mengenali pengarang, mempelajari nilai dan pengajaran serta menghasilkan
karya kreatif.

Genre yang dipilih sebagai teks KOMSAS ialah novel, cerpen, drama, sajak,
puisi tradisional dan prosa tradisional. Karya yang dipilih adalah daripada
penulis mapan, penulis yang pernah memenangi pelbagai anugerah sastera
dan penulis yang pernah memenangi sayembara sastera.

Terdapat tiga aspek penting dalam pelaksanaan KOMSAS. Tiga aspek


tersebut ialah aspek pembelajaran KOMSAS tidak sama dengan
Kesusasteraan Melayu (Elektif), peruntukan waktu dan aspek pembelajaran
serta pengujian.

Pelajar yang mempelajari KOMSAS tidak perlu menghurai, mentafsir dan


menilai aspek yang dipelajari.

Di dalam bilik darjah, sebanyak 11 waktu diperuntukkan bagi pembelajaran


novel, cerpen, drama dan prosa tradisional, manakala sebanyak enam waktu
diperuntukkan bagi pembelajaran genre sajak dan puisi tradisional.

Aspek pembelajaran KOMSAS diuji dalam peperiksaan PMR dan SPM.

Soalan KOMSAS dalam peperiksaan PMR berbentuk objektif dan subjektif.

Semua soalan KOMSAS dalam peperiksaan SPM berbentuk subjektif.

206 X TOPIK 8 KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA


MELAYU (KOMSAS)

Arab

Pallava

Cerpen

Pelaksanaan

Drama

Pembelajaran

Elektif

Pengujian

Hubungan

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Istilah sastera

Prosa klasik

Kawi

Puisi tradisional

Komponen Wajib Kesusasteraan Melayu


dalam Bahasa Melayu (KOMSAS)

Sajak

Nagari
Novel

Sasterawan negara
Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
Tulisan Jawi

Objektif pengajaran

Ab. Rahman Ab. Rashid, Harun Jaafar, Talib Samat, Mohd. Rosli Saludin &
Zanariah Muhamad. (2000). Kajian intensif komponen wajib kesusasteraan
Melayu dalam bahasa Melayu, tingkatan 4. Petaling Jaya, Malaysia:
Longman.
Harun Jaafar. (2005). Prosa Melayu klasik dalam kurikulum sekolah: Tumpuan
kepada teks antologi KOMSAS. Di dalam Zaiton Ajamain & Norazian
Ahmad (Penyt), Kesusasteraan tradisional Asia Tenggara: Prosiding
seminar antarabangsa kesusasteraan Asia Tenggara ke-3, (ms. 332-342).
Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sharifah Maimunah Syed Zin. (2005). Kesusasteraan tradisional dalam
kurikulum sekolah. Di dalam Zaiton Ajamain & Norazian Ahmad (Penyt),

Kesusasteraan tradisional Asia Tenggara: Prosiding seminar antarabangsa


kesusasteraan Asia Tenggara ke-3, (ms. 307-331). Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai