Anda di halaman 1dari 2

Jelaskan masalah-masalah yang bahasa yang biasa dijumpai dalam kalangan kanak-kanak yang

bermasalah emosi dan tingkah laku. Bincangkan cabaran-cabaran dalam atasi masalah bahasa
kanak-kanak tersebut.

Masalah-masalah bahasa yang biasa dijumpai dalam kalangan kanak-kanak yang bermasalah emosi
dan tingkah laku.

1) Masalah bahasa dalaman


 Tahap pertama dalam proses pembelajaran berbahasa ( bahasa dalaman ) iaitu
keupayaan menyerap pengalaman tanpa kata berlaku.
 Sekiranya berlaku gangguan di peringkat ini seseorang kanak-kanak itu tidak akan
dapat mengasimilasikan pengalaman-pengalamannya.
 Misalnya : - dia tidak dapat mengaitkan bunyi kucing dengan kucing @ tidak dapat
menyusunkan @ mengklasifikasikan benda-benda mengikut keluarganya
2) Masalah bahasa penerimaan auditori
 Proses memahami lambang-lambang bahasa pertuturan.
 Disebut sebagai “ receptive aphasia”
 Berpunca daripada masalah diskriminasi pendengaran, lemah daya ingatan dan sukar
mengaitkan makna perkataan.
 Akibat : individu tersebut sukar untuk mengikut arahan, bertindak balas, memahami
perkataan, membentuk konsep, memahami jenaka dan sukar mengikuti pelajaran
lisan.
3) Masalah bahasa pelahiran auditori
 Proses menghasilkan pertuturan ( menyebut )
 Dikenali sebagai “ expressive Aphasia”
 Martin & Miller 1986
- “ Dysnomia atau Anomia” ialah kesukaran mengingat dan menyebut perkataan atau
nama-nama objek. “Apraxia” pula ialah kesukaran menghasilkan bunyi perkataan
kerana gangguan saraf dan alat artikulasi. Individu yang mengalami masalah ini tidak
dapat menggunakan perkataan dalam pertuturan, menyebut perkataan, serta
menyusun perkataan untuk membentuk ayat.
Cara-cara untuk mengurangi atau mengatasi masalah bahasa

Bagi mengatasi masalah Aiman ini, program intervensi boleh dilakukan terhadapnya. Antara cara
yang boleh dilakukan ialah dengan menghantar Aiman ke terapi pertuturan yang dikendalikan oleh mana-
mana pihak kerajaan ataupun NGO.
Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian
untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untk membantu memulihkan atau mengurangkan
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa
kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah
menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-
kanak tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak
mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:
i. Ajar bahasa di dalam situasi
Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi
pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di
kebun.
ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal
Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat
umur mereka.
iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru
Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah
pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.
iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan
Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah
merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka
sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.
v. Terangkan apa yang orang lain lakukan
Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang
dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-
kanak masalah pembelajaran.
vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus
Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru
kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru
menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca
berita.
vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam
lingkungan konteksnya

Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk
menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian
pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.

Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah
pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai