Anda di halaman 1dari 6

5.

0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Kajian tentang perkembangan kanak-kanak memberikan implikasi terhadap


proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kanak-kanak dalam peringkat
umur 7-12 tahun ini telah mengalami perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata
dan tangan dan kanak-kanak dalam lingkungan umur ini juga kelihatan lebih kuat,
cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang
diberikan kepada mereka.

Pada usia lingkungan 7-12 tahun ini, kanak-kanak boleh diajar bermain alat
muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis dan mewarna kerana mereka sudah pun
mengalami perkembangan otot-otot halus. Perkembangan otot-otot halus ini
membantu mereka untuk menggenggam sesuatu dengan kemas dan kuat.

Selain itu, ibu bapa dan pendidik boleh melibatkan kanak-kanak ini dalam
aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang dan gimnastik kerana aktiviti
seperti ini mampu menguatkan otot, daya tahan otot dan membina pergerakan yang
lebih cekap. Pendidik boleh menyediakan aktiviti lasak untuk kanak-kanak lelaki
seperti bermain bola sepak, ragbi dan hoki kerana kanak-kanak lelaki cenderung
untuk melakukan aktiviti lasak. Manakala pendidik juga perlu menyediakan
permainan yang bersesuaian untuk kanak-kanak perempuan seperti bola jaring dan
bola baling.

Selain menyediakan aktiviti fizikal, kanak-kanak juga perlu disajikan dengan


makanan yang seimbang dan bersesuaian dengan tahap umur mereka. Dalam
lingkungan umur ini mereka perlu disajikan dengan makanan yang mampu
memberikan tenaga kepada mereka kerana kanak-kanak di antara 7-12 tahun ini
sangat aktif bergerak dan bermain. Jadi, mereka memerlukan tenaga yang banyak
untuk mejalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

Menurut Gorbin dan Lindsey ( 1994 ), kecergasan fizikal boleh dibahagikan


kepada dua bahagian, iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan
psikomotor. Pada tahap usia ini kemahiran psikomotor halus menjadi lebih baik dan
cekap.
Kebiasaannya, dalam usia kanak-kanak ini, perbezaan saiz, berat badan
dengan rakan sebaya boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian
diri seseorang individu. Jika diperhatikan, dalam sebuah kelas akan terdapat
perbezaan yang ketara dari segi ketinggian, berat dan bentuk badan pelajar.
Terdapat murid yang gemuk dan kurus serta murid yang tinggi dan rendah.
Kebiasaanya, sebuah kelas akan mengandungi pelbagai etnik pelajar yang berbeza
dari aspek bentuk fizikal. Jika diperhatikan, kaum cina mempunyai kulit yang cerah,
bermata sepet manakala kaum melayu mempunyai kulit yang sedikit gelap
berbanding kaum cina dan kaum india mempunyai kulit yang gelap. Namun
perbezaan fizikal mengikut kaum merupakan ciri-ciri universal dan diterima umum.
Kanak-kanak tidak merasakan perbezaan kaum menggangu kehidupan mereka
seharian. Sebaliknya, perbezaan fizikal dari segi saiz badan seperti kanak-kanak
yang mempunyai saiz badan yang besar, gemuk, pendek dan sebagainya.
6.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK

Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun


mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit
kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada
kepada pengalaman baru, dan daripada kasar kepada halus mengikut
perkembangan fizikal individu.

Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), pembelajaran merupakan


perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah
menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar
mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana
proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah
menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif:


konstruktivisme) dalam buku Mok Soon Sang(2009) menyarankan dan mengaturkan
langkah-langkah pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif
Piaget.

Langkah pertama yang perlu dilakuakn oleh guru berdasarkan kajian mereka
ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar.
Langkah kedua ialah menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar, dan
sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya.
Langkah seterusnya ialah dengan memberi kerja tugas yang berkaitan bagi
pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang diajar
kedalam penyelesaian masalah. Langkah terakhir ialah dengan membentuk
kumpulan yang mengandungi pelajar yang hampir sama peringkat perkembangan
kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat perkembangan
kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan kognitif yang rendah.

Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru
boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih
kompleks. Penggunaan bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman pelajar itu
memberi peluang pelajar bersedia ke arah pembelajaran yang lebih komples.
Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif dalam
menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, dalam
kelas Pendidikan Seni Visual guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk
menghasilkan catan dengan menggunakan teknik yang difikir sendiri oleh murid.

Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada fakta-
fakta dengan cara membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu sendiri.
Sebagai contoh, murid-murid boleh berfikir mengapa terjadinya siang dan malam.
Melalui cara ini, sistem pembelajaran akan lebih menarik dan pasti menghiburkan
para pelajar.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari


dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran
dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.
7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

7.1.1 RUMUSAN

Selepas mengkaji dan memahami pelbagai teori serta pandangan ahli-ahli


psikologi terkenal, saya dapat merumuskan bahawa perkembangan individu adalah
bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah
laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan melalui peredaran masa menerusi
peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan
membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta dijangkakan.

Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu faktor baka


dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran
akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum.
Perkembangan adalah satu pertalian saling berhubung dengan bahagian yang lain
iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental.
Corak perkembangan berbeza-beza dimana semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut
peringkat iaitu peringkat sebelum lahir(prenatal), bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa
dan seterusnya.

Tambahan pula, pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi


selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu
-satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan
Walaupun kerajaan telah menyediakan program - program bagi mengawasi
perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran
pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan
tumbesaran anak mereka.

Oleh hal yang demikian, setiap pihak perlulah memberi kerjasama dalam kita
mendidik anak bangsa kita yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara kita. Jika
dari kecil lagi anak-anak sudah terbiar, sama-sama kita fikir dan renungkan apakah
nasib yang akan menimpa mereka kelak.
7.1.2 CADANGAN

Anda mungkin juga menyukai