Anda di halaman 1dari 19

Hacked by rRm3n Hacked by rRm3n

Hacked by rRm3n Hacked by rRm3n

USERNAME
LMK 2033
PASSWORD
********
BAGUS
ENTER
Loading...
Di tepi sebuah sungai, ada seekor semut
yang rajin bekerja. Setiap hari semut itu
akan pergi ke pinggir hutan untuk mencari
makanan.
Pada suatu hari, semut berasa sungguh
penat lalu dia pun berehat sebentar di
atas batu di tepi sungai itu.
Tidak lama selepas itu, semut
ternampak seekor kura-kura sedang
merangkak perlahan-lahan. Kemudian
semut berfikir mengapakah kura-kura
berjalan sangat perlahan.
Kura-kura juga ternampak semut
sedang berehat. Dia pun merangkak
menuju ke arah semut itu.
“Apa khabar semut?” tanya kura-kura
tetapi semut tidak menjawab
pertanyaan itu. Semut seolah-olah
tidak menyedari kehadiran Kura-kura
di situ.
Tiba-tiba semut melompat ke tanah
dan bertanya, “ kenapa kamu bergerak
terlampau perlahan sedangkan kamu
lebih besar daripada saya?” tanya
semut kepada kura-kura.
“Saya boleh bergerak dengan pantas
dan boleh membuat kerja dengan cepat,”
ucap semut lagi.
Kura-kura tidak tahu untuk berkata apa-
apa. Dia berasa sungguh sedih kerana
tidak dapat bergerak sepantas semut. Dia
pun pulang ke rumah.
Setibanya di rumah, dia bercerita kepada
bapanya tentang semut. “Kita mesti
bersyukur dengan anugerah tuhan kepada
kita,” pujuk bapanya.
Selepas itu, kura-kura berasa gembira
semula kerana percaya bahawa tuhan
telah menjadikan makhluk di bumi ini
berbeza-beza dan mempunyai kelebihan
yang tersendiri.
Pada suatu hari semut sedang sibuk
bekerja membawa makanan di tepi
sungai.
Tiba-tiba dia tergelincir lalu terjatuh ke
dalam sungai yang sedang mengalir laju.
“Tolong! Tolong!” jerit semut sekuat
hatinya.
Aku tidak pandai berenang! Tolong!” jerit
semut lagi sekuat hatinya. Kura-kura yang
kebetulan lalu di situ terdengar jeritan
semut.
Tanpa membuang masa kura-kura
segera terjun ke dalam sungai dan
menyelamatkan semut daripada hanyut
di bawa arus yang deras itu.
Terima kasih kura-kura kerana telah
menyelamatkan nyawa aku”. Ucap
semut. “Aku juga memohon maaf
kerana bersikap angkuh terhadap kamu
dahulu. Ucap semut lagi.

Anda mungkin juga menyukai