Anda di halaman 1dari 2

WARKAH UNTUK BONDA

Assalamu’alaikum bondaku…

Kehadapan bondaku yang tercinta.

Anakandamu ini ingin meminta maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan sama ada
secara sengaja mahupun tidak segaja. Bonda, halalkan segala ilmu yang dicurahkan, segala
bentuk makanan mahupun miniuman.. Hanya Allah S.W.T jua lah yang mampu membalasnya.

Di kesempatan ini juga, anakanda ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kerana bonda sudi dan rela memberikan kasih sayang dan keperihatian yang tidak berbelah
bahagi bagi mendidikku menjadi seorang yang dewasa dan berani menghadapi cabaran dalam
dunia pendidikan. Terima kasih atas segalanya bondaku…

Diakhir warkah, anakanda ada menyelitkan puisi untuk tatapan bonda tercinta.

Bonda,
Dalam hati pernah bercerita.
Berkata tentang kita.
Tentang susah senang hidup kita.
Tentang pahit getir perjalanan kita.

Bonda,
Jika dahulu aku buntu.
Jika dahulu aku runsing.
Dan jika dahulu aku buta.
Doa mu masih tak jemu menyusurku.

Bonda,
Biar merpati beralih arah.
Mendung timbul di celahan kaca.
Hujan turun di kutub utara.
Kau insan terindah figura dunia.

- NAZA MD NOOR –

Ikhlas dari anakmu.. (^ ^)


WARKAH UNTUK SAHABAT

Assalamu’alaikum sahabatku sekalian…

Kehadapan sahabatku…

Pertama kalinya aku menulis warkah ini aku hampir menitiskan air mata kerana terlalu banyak
kenangan telah kita lalui bersama. Terlalu banyak suka, duka, manis, pahit dan bermacam-
macam lagi yang kita lalui bersama. Akan aku simpan segala memori terindah jauh di sudut
sanubariku.

Dikesempatan ini, aku ingin meminta maaf atas segala kesalahan aku sama ada dari segi
percakapan mahupun perbuatan. Terima kasih menerima aku, dan terima kasih juga kerana
percayakan aku menjadi Bendahari Sepanjang Zaman. Minta dihalalkan segala ilmu yang
dikongsi, makanan mahupun minuman.

Diakhir warkah, aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kamu semua. Semoga kamu
semua diberkati-NYA dan sentiasa di bawah pemeliharan-NYA. Hidup mesti enjoy dan yang
penting walau mana pun kamu semua akan dipostingkan, walau ceruk mana kamu semua akan
dihantar, ingatlah kita pernah menjadi sahabat terbaik dalam matematik 2!! Hidup Matematik
2!!!haha…

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Sekian, Terima kasih atas segalanya..

Anda mungkin juga menyukai