Anda di halaman 1dari 4

AKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN

 Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor


pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
 Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan
hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
 Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
 Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN

 Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani


yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.
 Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang
sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk
dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk
memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar
hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain,
sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
 Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi
seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu,
pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.

TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN 
 

Suasana / Tempat Belajar

 Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan


sebagainya

Memilih Masa Yang Sesuai


 Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan
fikiran pada pelajaran.
 Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk
menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-
kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah
memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi
dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua
individu)
 Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual
tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
 Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan
dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau
informal haruslah dielakkan.

Pembelajaran Di Sekolah
 Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang
paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan
segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut
berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.

Membaca, Memahami dan Menghafal


 Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi
pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan.
Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau
ringkas.
 Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu.
Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama
apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman
yang kukuh adalah sia-sia).
 Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-

Mengandungi semua
maklumat penting
Bersih dan mudah dibaca
Terkumpul (di dalam
fail/Buku Khas)
Ringkas dan padat
 

Kesungguhan Belajar

 Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika


membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah
yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang
selepasnya.
 Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan
usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.
 Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin
hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk
belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
 Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara
berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh
anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan
sebaliknya.
 Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan
anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.

LUPAAN DAN INGATAN

Apakah sebabnya kita sering lupa ?

Kerana Gangguan 
Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal
peperiksaan luput dari ingatan.

Tumpuan Perhatian 
Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara
tersebut tidak dapat kekal lama.

Faktor Masa 
Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah
dipelajari. 
  
 

INGATAN

Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-

Minat 
Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.

Pilihan 
Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.
Ulangan 
Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara
berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.

Assasiasi 
Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.

Tubi Belajar 
Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :- 
1. Mendengar untuk pertama kali 
2. Memahami 
3. Menggunakannya 
4. Mencipta yang baru

Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati
di dalam satu jangkamasa yang lama.

Anda mungkin juga menyukai