Anda di halaman 1dari 2

Rasulullah s.a.w.

bersabda “Sedekah akan menutup tujuh puluh pintu


keburukan“ (HR.Thabrani ). Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw
bersabda,  “Sedekah dapat menolak 70 macam bencana, yang paling
ringan diantara bencana itu adalah penyakit kusta dan supak“ 
(HR.Thabrani ).

Abu Laits Al-Laits Samarqandi yang menulis kitab Tanbihul Ghafilin


menceritakan tentang Nabi Isa a.s. yang memasukki sebuah kampung
yang di dalam kampung itu ada seorang tukang dobi yang tugasnya
membasuh pakaian. Lalu berkatalah penduduk kampung itu "Wahai
Isa, tukang dobi itu mencarik-carikkan kain kami dan tidak
mengembalikan kain kami. Berdoalah kepada Allah agar dia tidak
dapat kembali ke rumahnya kerana dia tidak mengembalikan kain
kami. Maka Nabi Isa a.s. berdoalah kepada Allah s.w.t.

Suatu hari tukang dobi itu pergi ke tempat membasuh pakaian dan
dia membawa bekal sebanyak tiga keping roti. Kemudian datang
seorang abid (lebai) yang sedang beribadah di bukit dan memberi
salam kepada tukang dobi itu lalu berkata "Adakah kamu mempunyai
makanan, berikan sedikit makanan kepadaku kerana aku sudah
beberapa hari tidak makan. Lalu diberikan roti dan lebai itu dan
berdoa " Semoga Allah mengampuni dosamu dan membersihkan
hatimu". Kemudian diberikan sekeping roti lagi dan berkata lebai itu
"Semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan
datang. Lalu diberikan sekeping roti lagi dan lebai itu berkata
"Semoga Allah membina mahligai untukmu di syurga".

Setelah petang, tukang dobi itu kembali ke rumahnya. Maka berkata


penduduk kampungnya "Wahai Isa, tukang dobi itu telah kembali.
Lalu Nabi Isa berkata "Panggil dia berjumpa denganku" Setelah
datang tukang dobi itu, Nabi Isa berkata "Wahai tukang dobi,
ceritakan kepadaku apa yang telah engkau lakukan pada hari ni".

Kata tukang dobi “Seorang pengembara telah berjalan dari bukit dan
datang kepadaku meminta sedikit makanan, lalu aku memberikannya
tiga keping roti dan dia mendoakan aku untuk setiap keping roti yang
aku berikan itu. Tukang dobi itu juga membawa satu bungkusan
pakaian. Maka bersabda Nabi Isa a.s. “Serahkan bungkusan itu
kepadaku” Lalu diserahkan bungkusan itu dan dibukanya, tiba-tiba di
dalamnya terdapat seekor ular hitam yang dibelenggu oleh rantai
besi.

“Wahai ular, bukankah engkau telah ditugaskan menyerang lelaki ini”.


Katanya “Benar, tetapi ketika datang pengembara dari bukit meminta
sedikit makanan dan diberikan makanan, setiap keping roti yang
diberikan didoakan baginya dan malaikat mengaminkan doanya. Maka
Allah s.w.t menyuruh malaikat membelenggu aku dengan rantai besi.
Lalu bersabda Nabi Isa a.s. “ Hai tukang dobi, perbaikilah amalan
kamu, sesungguhnya Allah telah mengampunkan kamu berkat
sedekahmu itu”

Anda mungkin juga menyukai