Anda di halaman 1dari 3

CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Takrif

Terdapat dua cara untuk melaporkan atau menyatakan secara lisan atau
bertulis tentang apa yang diucapkan oleh seseorang iaitu melalui
penggunaan cakap ajuk dan cakap pindah.

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan


sebenar penutur.
Contoh: Saya sudah membuat kerja itu.
Hasnita berkata, “Saya sudah membuat kerja itu.”

Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan


tanda kutip bagi menunjukkan ujaran.

2. Dalam cakap pindah, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak


semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur,
tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut.
Contoh: “Apa khabar Zahid?” tanya Masri.
Masri bertanya tentang keadaan Zahid atau Masri ingin
mengetahui keadaan diri Zahid.

Apabila melaporkan perbualan secara lisan, gunakan ungkapan seperti:


a) memberitahu, menyatakan, berkata, menerangkan, menjelaskan
dan sebagainya (untuk ayat penyata)
b) bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin mendapatkan kepastian,
menyoal dan sebagainya (untuk ayat tanya)
c) meminta, menyuruh, mengajak, mempelawa, melarang,
mengharapkan dan sebagainya (untuk ayat suruhan)
d) terkejut, hairan, kagum, terperanjat, mengeluh, mengaduh,
mengelamun dan sebagainya (untuk ayat seru)
3. Seterusnya, diperlihatkan satu contoh dialog dengan cakap pindah:

Cakap Ajuk : “Kalau aku mati, kau mesti jaga kubur aku,” kata Pak
Mat.
Cakap Pindah : Pak Mat mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika
dia meninggal dunia.
Cakap Ajuk : “Eh...mengapa cakap begitu?” balas Mak Kiah.
Cakap Pindah : Mak Kiah ingin tahu sebab Pak Mat berkata demikian.
Cakap Ajuk : “Kerana aku sudah lama sakit, katalah aku akan mati
dulu,” balas Pak Mat.
Cakap Pindah : Pak Mat mengingatkan bahawa dia telah lama sakit dan
dia mungkin akan meninggal dunia terlebih dahulu.

Pertukaran Ganti Nama, Kata Sifat dan Adverba

1. Ganti nama tunjuk di sni bertukar menjadi di situ, ini menjadi itu.

2. Ganti nama orang pertama bertukar kepada orang ketiga.


Contoh: “Saya hendak ke sana.”
Dia berkata bahawa dia akan ke situ.
Kecuali apabila penutur sendiri melaporkan ucapannya.
Contoh: Saya berkata, “Saya kehilangan wang.”
Saya memberitahu saya kehilangan wang.

3. Seterusnya, apabila kita menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah,


beberapa perubahan seperti pada ganti nama dan masa mesti dilakukan.

a) Dalam cakap ajuk, ganti nama diri pertama aku, saya, kami, beta,
patik menjadi dia, mereka, baginda dalam cakap pindah.
Contoh: “Kami membeli buku ini.” kata Abu.
Abu berkata merekalah yang membeli buku itu.

“Saya akan membaca buku,” beritahu Aziz.


Aziz memberitahu dia akan membaca buku.

b) Ganti nama diri kedua awak, anda, kau, kamu, awak sekalian
menjadi saya, dia, -nya, kami, mereka.
Contoh: Kata Encik Nordin, “Kamu semua mesti menyiapkan
latihan itu.”
Encik Nordin memberitahu mereka semua perlu
menyiapkan latihan itu.

Hajar berkata kepada Ropidah, “Tolong pinjamkan


saya buku ini.”
Hajar meminta pertolongan Ropidah supaya
meminjamkannya / dia buku itu.

c) Ganti nama diri ketiga dia, beliau, mereka menjadi dia, beliau,
mereka.
Contoh: Daud memberitahu, “Saya ingin menjadi jurutera.”
Daud memberitahu dia ingin menjadi jurutera.

“Kami suka membantu guru,” kata mereka.


Mereka berkata mereka suka membantu / menolong
guru.

d) Ganti nama tunjuk ini menjadi itu.


Contoh: “Ini kakak saya,” kata Muaz kepad Hanif.
Muaz berkata kepada Hanif itu kakaknya.

e) Keterangan tentang masa seperti malam itu, semalam, hari ini,


esok, sekarang, tadi menjadi malam yang lepas, hari itu / kelmarin
/ semalamnya, hari itu, esoknya, masa itu, ketika itu.
Contoh: “Adawiah datang malam tadi,” kata Aishah.
Aishah memberitahu bahawa Adawiah
mengunjunginya malam itu.

“Hari ini saya tidak hadir ke sekolah,” kata Ahmad.


Kata Ahmad hari itu dia tidak hadir ke sekolah.

“Subanthi akan ke Taiping esok,” kata Nora kepada


Ng.
Kata Nora kepada Ng bahawa esoknya Subanthi akan
ke Taiping.

f) Kata keterangan begini menjadi begitu.


Contoh: “Awak perlu buat begini,” suruh bapa Kamal.
Bapa Kamal berkata dia perlu melakukannya begitu.

Anda mungkin juga menyukai