Anda di halaman 1dari 3

CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Takrif
Terdapat dua cara untuk melaporkan atau menyatakan secara lisan atau bertulis tentang apa-apa yang
diucapkan oleh seseorang iaitu melalui penggunaan cakap ajuk dan cakap pindah.

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.
Contoh: Saya sudah membuat kerja itu.
Hasnita berkata, “Saya sudah membuat kerja itu.”
 Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda kutip bagi menunjukkan
ujaran.

2. Dalam cakap pindah, kita melaporkan apa-apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan
seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan
ujaran tersebut.
Contoh: “Apa khabar Zahid?” tanya Masri.
Masri bertanya tentang keadaan Zahid atau Masri ingin mengetahui keadaan diri Zahid.
 Apabila melaporkan perbualan secara lisan, gunakan ungkapan seperti:
a) memberitahu, menyatakan, berkata, menerangkan, menjelaskan dan sebagainya (untuk ayat
penyata)
b) bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin mendapatkan kepastian, menyoal dan sebagainya (untuk
ayat tanya)
c) meminta, menyuruh, mengajak, mempelawa, melarang, mengharapkan dan sebagainya (untuk ayat
suruhan)
d) terkejut, hairan, kagum, terperanjat, mengeluh, mengaduh

3. Ganti nama diri kedua awak, anda, kau, kamu, awak sekalian menjadi saya, dia, -nya, kami,
mereka.
Contoh: Kata Encik Nordin, “Kamu semua mesti menyiapkan latihan itu.”
Encik Nordin memberitahu mereka semua perlu menyiapkan latihan itu.

Hajar berkata kepada Ropidah, “Tolong pinjamkan saya buku ini.”

Hajar meminta pertolongan Ropidah supaya meminjamkannya / dia buku itu.

4. Ganti nama diri ketiga dia, beliau, mereka menjadi dia, beliau, mereka.
Contoh: Daud memberitahu, “Saya ingin menjadi jurutera.”
Daud memberitahu dia ingin menjadi jurutera.
“Kami suka membantu guru,” kata mereka.
Mereka berkata mereka suka membantu / menolong guru.
5. Ganti nama tunjuk ini menjadi itu.
Contoh: “Ini kakak saya,” kata Muaz kepad Hanif.
Muaz berkata kepada Hanif itu kakaknya.

6. Keterangan tentang masa seperti malam itu, semalam, hari ini, esok, sekarang, tadi menjadi malam
yang lepas, hari itu / kelmarin/ semalamnya, hari itu, esoknya, masa itu, ketika itu.
Contoh: “Adawiah datang malam tadi,” kata Aishah.
Aishah memberitahu bahawa Adawiah mengunjunginya malam itu.

“Hari ini saya tidak hadir ke sekolah,” kata Ahmad.

Kata Ahmad hari itu dia tidak hadir ke sekolah.

“Subanthi akan ke Taiping esok,” kata Nora kepada Ng

Kata Nora kepada Ng bahawa esoknya Subanthi akan ke Taiping.

7. Kata keterangan begini menjadi begitu.

Contoh: “Awak perlu buat begini,” suruh bapa Kamal.
Bapa Kamal berkata dia perlu melakukannya begitu

Latihan 1
Tukarkan perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah tanpa
mengubah maksud asal
Puan Faridah : Maznah, bertuah kamu kerana mendapat pembantu rumah yang pandai memasak.
Semua masakannya sedap belaka.
Puan Maznah : Terima kasih. Sebenarnya dia pandai memasak kerana sebelum bekerja di rumah
saya, dia bekerja di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Puan Faridah : Oh, padanlah dapur kamu bersih dan kemas! Dia sudah biasa akan keadaan di ruang
kerja itu.
Puan Maznah : Pembantu rumah saya itu bukan hanya pandai memasak malahan rajin membuat kerja
rumah.
Latihan 2
Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.

Husni menyapa Shahir lalu menepuk bahunya. Shahir terus memalingkan mukanya ke arah Husni sambil
menyatakan bahawa dia menyangkakan Yazid yang menepuk bahunya tadi. Husni memberikan cadangan
agar mereka berlatih berenang untuk mengisi masa lapang dan berharap agar mereka dipilih untuk
mewakili sekolah dalam Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Negeri Melaka tahun itu. Shahir menyatakan
bahawa cadangan Husni itu baik dan seterusnya meminta Husni menunggunya di Stadium Hang jebat pada
pukul 3.30 petang itu.

Anda mungkin juga menyukai