Anda di halaman 1dari 13

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

BAHASA MALAYSIA (SET 1)


Kertas 1
Masa : Lima puluh minit

Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau
empat pilihan jawapa n A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan
sahaja yang betul. Pilih jawapan itu,

Soalan 1 hingga Soalan 17


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “ Bagaimana keadaan adik _____________ yang sakit itu, Sarah?


Saya harap ____________ akan cepat sembuh, ” kata Cikgu Asri.

A. kita…kamu
B. kami…kalian
C. kamu…dia
D. mereka…beliau

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Kami diminta oleh Cikgu Zainal _________________ tangan semasa


latihan senaman itu.

A. menjulurkan
B. mengangkat
C. mendepakan
D. menghulurkan
Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 1
3. Puan Lian ________________ berbual dengan jirannya sehingga tidak
sedar bahawa anak kecilnya sedang menangis.

A. lancar
B. petah
C. hebat
D. rancak

4. Suasana di tapak pesta itu amat __________________ dengan


kehadiran para pengunjung.

A. sesat
B. sesak
C. semak
D. sendat

5. _________________ minggu lalu, saya sekeluarga bercuti _____________


Pulau Langkawi selama tiga hari.

A. Di…dari
B. Sejak…ke
C. Pada…di
D. Dari…hingga

6. Mak Siti memerah pakaian yang basah itu _______________


menyidainya di ampaian.

A. lalu
B. sambil
C. kerana
D. malahan

7. _____________________ kejadian itu, hubungan Adi dan Radzi semakin


renggang.

A. Sambil
B. Semenjak
C. Sekiranya
D. Sementara

Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 2
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Puan Siti Haida berasa cemas apabila menyedari bahawa ada


seorang lelaki sedang ____________________nya.

A. menjejaki
B. mengekori
C. mengiringi
D. menyaingi

9. Kita _________________ berhati-hati semasa berada di jalan raya


____________________ mengelakkan kemalangan.

A. perlu…untuk
B. harus…nescaya
C. boleh…semoga
D. dapat…supaya

Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 3
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Budak itu __________________ apabila kehendaknya tidak dituruti oleh


ibunya.

A. seragam
B. beragam
C. meragam
D. meragamkan

11. Encik Musa dinasihati oleh ketuanya supaya tidak


____________________ antara urusan pejabat dengan masalah
peribadinya.

A. mengemaskinikan
B. menyatupadukan
C. mencampuradukkan
D. menggabungjalinkan

12. Puan Saida membeli senaskhah majalah Wanita _______________


bulan Ogos.

A. keluar
B. keluaran
C. terkeluar
D. pengeluaran

Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 4
13. Sebelum majlis bermula, keadaan di dalam dewan itu ______________
dengan suara para peserta yang berbual sesama sendiri.

A. kacau-bilau
B. kucar-kacir
C. hiruk-pikuk
D. huru-hara

14. Hazmi ___________________ membuka pintu rumah apabila terdengar


namanya dipanggil orang.

A. terikut-ikut
B. tergesa-gesa
C. terbawa-bawa
D. terpinga-pinga

15. Kejayaan anak Pak Mail dalam pertandingan pidato peringkat


kebangsaan menjadi _________________ penduduk kampung.

A. buah mulut
B. berat mulut
C. perang mulut
D. banyak mulut

16. Ibu berpesan kepada ayah supaya membelikannya dua


______________ roti dan se ______________ sayur bayam.

A. buku…ikat
B. biji…batang
C. butir…bentuk
D. keping…helai

17. “Jangan percaya _________________ cakap orang yang lidah


bercabang itu,” kata Ayu kepada adiknya.

A. awal-awal
B. bulat-bulat
C. cepat-cepat
D. benar-benar

Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 5
18. Penduduk kampung membantah cadangan pembinaan loji
kumbahan najis di kampung itu.
Perkataan seerti bagi membantah ialah

A. menyerang
B. menghalau
C. menentang
D. memberontak

19. Masalah kewangan yang dihadapinya cukup merunsingkan


fikirannya.
Perkataan berlawan bagi merunsingkan ialah

A. meyakinkan
B. menyatakan
C. menerangkan
D. menenangkan

Soalan 20 hingga Soalan 22

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan


betul.

20. I Walaupun budak itu kecil, tetapi akalnya tajam.


II Jalan menuju ke puncak bukit itu sangat tajam.
III Orang buta biasanya mempunyai pendengaran yang tajam.
IV Jari kakak luka kerana terkena mata pisau yang tajam itu.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, III, dan IV sahaja

21. I. Pada minggu lepas, saya mengunjungi pameran buku di


Kuala Lumpur.
II. “ Lepas makan jangan lupa cuci pinggan,” pesan ibu
kepada kakak.
III. Kapal terbang itu sudah lepas ke Pulau Pinang.
IV. Abang saya merupakan graduan lepas Universiti Malaya.

Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 6
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. I, III dan IV sahaja

22. I. Beberapa keping biskut di dalam bekas itu telah hancur.


II. Harapan Said hancur apabila permohonan pinjamannya
ditolak oleh pihak bank.
III. Ibu menumbuk cili itu hingga hancur.
IV. Suara peserta pertandingan nyanyian itu hancur.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. I, III dan IV sahaja

23. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Apakah punca yang menyebabkan projek perumahan itu
terbengkalai?

A. Pihak pemaju akan disaman oleh para pembeli.


B. Para pembeli mengadukan masalah itu kepada pihak berkuasa.
C. Pihak pemaju gagal mengurus projek itu dengan baik.
D. Projek perumahan itu akan disambung oleh pemaju yang lain.

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Persembahan dikir barat diadakan selepas persembahan drama.

A. Apakah acara yang dipersembahkan?


B. Mengapakah persembahan dikir barat diadakan?
C. Bilakah persembahan dikir barat diadakan?
D. Di manakah persembahan dikir barat diadakan?

Soalan 25 dan Soalan 26


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

25. “Wah, besarnya! ” Sabri menjerit apabila melihat seekor ikan


melompat di dalam tasik.

Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 7
A. Sabri melompat kegembiraan apabila ternampak seekor ikan
yang besar di dalam tasik.
B. Sabri gembira apabila ikan besar yang dijeritnya melompat di
dalam tasik.
C. Sabri berteriak kerana berasa kagum apabila melihat seekor
ikan besar melompat di dalam tasik.
D. Sabri terkejut apabila seekor ikan melompat di dalam sebuah
tasik yang besar.

26. Affendi sudah membuat keputusan untuk tidak berharap pada


sesiapa lagi.

A. Affendi berharap agar dia tidak akan membuat keputusan untuk


sesiapa lagi.
B. Affendi telah mengambil keputusan untuk tidak bergantung pada
orang lain.
C. Sesiapa yang telah membuat keputusan perlu berharap pada
Affendi.
D. Keputusan yang dibuat oleh Affendi tidak mengharapkan sesiapa
lagi.

Soalan 27 hingga Soalan 30


Pilih ayat yang betul.

27. A. Setengah orang tidak suka membaca akhbar.


B. Kakak merajuk bila ditegur oleh ibu.
C. Burung itu dikandang di dalam sangkar.
D. Anggota polis sering meronda di kawasan itu.

28. A. Azmi mengambil ayahnya segelas air.


B. Pemburu itu membawa sebatang senapang.
C. Tayar basikal Amin pancit kerana terkena paku.
D. Di waktu malam, kami tidak dibenarkan ke kawasan itu.

29. I Atlet itu telah dipilih sebagai peragawan negara.


II Puan Yusni amat menyayangi anak tunggalnya itu.
III Selimut yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci.
IV Pak Dolah menebang lalang di belakang rumahnya semalam.

Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 8
A. I dan IV sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. II, III, dan IV sahaja

30. I. Acara sukan itu berlangsung selama tiga setengah jam.


II. Masa yang diperuntukkan kepada kami terlalu singkat.
III. Sekolah di kawasan pendalaman itu masih banyak
kekurangannya.
IV. Pesta jualan murah itu diadakan selama sebulan.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. I, IIII, dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

9:00 pagi
Ayah dan atuk masih berada di sisi kawah di belakang rumah. Beberapa
orang penduduk kampung turut berada di situ untuk membantu mereka
memasak rendang. Ibu dan kakak sibuk menyiapkan pelamin di bilik
pengantin. Aku dan Ramli sedang mencuba-cuba mikrofon dan
pembesar suara yang disewa daripada Pak Cik Mahat.

9:45 pagi
Nasi minyak serta lauk-pauk siap dimasak. Lagu “Selamat Pengantin Baru”
mula berkumandang di udara. Ayah masuk ke rumah untuk menyalin
pakaian. Atuk mengarahkan aku dan Ramli mengemaskan kerusi meja di
bangsal tetamu.

10:15 pagi
Sanak saudara terdekat mula tiba. Masing-masing membawa hadiah
untuk Kak Long. Kumpulan Kompang Sinar Bahagia tiba dengan segala
peralatan mereka.

11:30 pagi
Para tetamu memenuhi kedua-dua buah bangsal yang disediakan. Ayah
tidak cukup tangan melayan saudara-mara dan sahabat-handai. Aku,
Ramli dan beberapa orang saudaraku yang lain sibuk menghidangkan
makanan.
Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 9
12:00 tengah hari
Rombongan pengantin tiba. Ketibaan mereka disambut dengan paluan
kompang dan pencak silat.

31. Apakah yang dilakukan oleh ayah dan atuk pada pukul 9:00 pagi?

A. mencuci kawah
B. menghias pelamin
C. memasak lauk-pauk
D. menghidangkan makanan

32. Siapakah yang melangsungkan perkahwinan?

A. “aku”
B. Ramli
C. kakak “aku”
D. Pak Cik Mahat

33. Yang berikut dilakukan oleh “aku” kecuali…

A. menghidangkan makanan.
B. menguji sistem pembesar suara.
C. mengemaskan meja dan kerusi.
D. menyambut rombongan pengantin.

34. Rangkai kata tidak cukup tangan bermaksud…

A. sangat gembira.
B. sentiasa mesra.
C. terlalu sibuk.
D. ggak malu.

35. Yang berikut benar tentang petikan kecuali…

A. majlis itu dimeriahkan oleh Kumpulan Kompang Sinar Bahagia.


B. rombongan pengantin tiba pada waktu tengah hari.
C. ayah “aku” begitu sibuk melayan para tetamu yang datang.
D. “aku: merupakan anak sulung dalam keluarganya.

Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 10
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pegawai


Pendidikan Daerah, Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG, guru-guru, para
ibu bapa dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Saya
mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan dan ibu bapa yang
dapat hadir pada petang ini. Pertama sekali saya memohon maaf
kerana Majlis Anugerah Cemerlang ini telah ditunda beberapa kali. Hal Ini
disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Walau
bagaimanapun, saya bersyukur kerana akhirnya majlis ini dapat
diadakan.

Para hadirin sekalian,


Sepanjang tahun ini Sekolah Kebangsaan Desa Cemara telah
mencapai banyak kejayaan sama ada dalam bidang akademik
mahupun kokurikulum. Dalam Peperiksaan UPSR 2007, sebanyak 16 orang
murid telah mendapat 5 A. Hal ini merupakan suatu kejayaan yang besar
kerana sejak tiga tahun sebelum itu pencapaian sekolah tidak begitu
memberangsangkan.
Dalam bidang kokurikulum juga, sekolah ini telah mencapai
kejayaan yang membanggakan. Kita telah menyertai empat acara
permainan, iaitu bola sepak, bola jaring, badminton serta bola baling.
Dalam permainan bola jaring dan badminton, pasukan lelaki kita telah
berjaya menjadi johan di peringkat daerah, manakala dalam permainan
bola sepak dan bola baling pula kita telah berjaya mendapat tempat
kedua di peringkat zon. Sementara itu, dalam pertandingan Pidato
Diraja, wakil sekolah kita telah berjaya ke peringkat negeri. Sekolah juga
turut mengambil bahagian dalam pertandingan Kuiz Kesihatan peringkat
daerah dan berjaya menduduki tempat ketiga. Sesungguhnya, kejayaan
yang dicapai itu merupakan hasil usaha dan kesungguhan murid-murid
berlatih di samping tunjuk ajar dan bimbingan guru-guru di sekolah ini.

Para hadirin sekalian,


Seperti mana yang telah kita ketahui, hari ini merupakan hari yang
amat bermakna kepada semua murid yang berjaya dalam peperiksaan
akhir tahun baru-baru ini. Pada hari ini, kecemerlangan mereka dalam
pelajaran akan dihargai. Kepada murid-murid yang tidak berjaya, jangan
berputus asa. Jadikan ini sebagai iktibar pada masa akan datang. Akhir
kata, selamat maju jaya kepada semua.

Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 11
36. Ucapan di atas disampaikan oleh…

A. Guru Besar
B. Ketua Darjah
C. Ketua Pengawas
D. Pegawai Pendidikan Daerah

37. Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk…

A. memberikan anugerah kepada murid yang cemerlang dalam


pelajaran.
B. memberikan penghargaan kepada guru yang banyak berjasa.
C. menyampaikan anugerah kepada murid yang berjaya dalam
acara sukan.
D. memberikan penghargaan kepada wakil Pertandingan Pidato
Diraja.

38. Kali terakhir Sekolah Kebangsaan Desa Cemara mencapai kecemerlangan


dalam UPSR ialah pada tahun…

A. 1998.
B. 2000.
C. 2003.
D. 2006.

39. Perkataan iktibar dalam petikan di atas membawa maksud…

A. ikutan.
B. teladan
C. panduan.
D. pedoman.

40. Pernyataan yang berikut benar tentang kejayaan Sekolah


Kebangsaan Desa Cemara kecuali…

A. wakil Pidato Diraja berjaya ke peringkat negeri.


B. penyertaan pasukan bola sepak hanya di peringkat zon sahaja.
C. pasukan badminton lelaki lebih berjaya daripada pasukan
badminton perempuan.
D. pencapaian murid dalam UPSR 2006 lebih baik daripada
pencapaian murid dalam UPDR 2007.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 12
Jawapan

Kertas 1

1. C 11. C 21. A 31. C


2. C 12. B 22. C 32. C
3. D 13. C 23. C 33. D
4. B 14. B 24. C 34. C
5. C 15. A 25. C 35. D
6. A 16. A 26. B 36. A
7. B 17. B 27. D 37. A
8. B 18. C 28. C 38. C
9. A 19. D 29. B 39. B
10. C 20. D 30. C 40. D

Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 13

Anda mungkin juga menyukai