Anda di halaman 1dari 2

Surat Tidak Rasmi

Kamu dan keluarga telah berpindah ke tempat lain.Tuliskan surat kepada kawan kamu untuk menceritakan keadaan di
tempat baharu itu.

(alamat pengirim surat)

8 Mei 2011.

Menemui saudari ( ) yang kini berada di Seremban.Saya berharap agar saudari


sentiasa berada dalam keadaan yang sihat walafiat.

Saudari,

Apa khabar saudari di sana sekarang ? Saya dan keluarga di sini semuanya berada dalam
keadaan yang sihat.Diharapkan saudari begitu juga.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudari bahawa saya telah
berpindah ke tempat baharu.Kami sekeluarga telah berpindah ke Puchong pada bulan Februari
yang lepas.Rumah baru kami ialah rumah banglo dua tingkat.

Kami sekeluarga terpaksa berpindah kerana ayah saya telah bertukar tempat kerja setelah
dinaikkan pangkat sebagai pengurus cawangan.Pada mulanya ,agak sukar untuk saya
menyesuaikan diri dengan keadaan tempat baru.

Jiran-jiran baru saya di sini terdiri daripada berbilang bangsa.Mereka sangat baik hati dan
mesra dengan kami.Mereka juga saling menghormati dan bertolak ansur.Saya berasa bersyukur
kerana mempunyai jiran yang sebegini.

Sekarang saya berada di sekolah yang baru.Saya berkenalan dengan banyak rakan baru di
sini. Mereka sangat peramah dan ringan tulang. Mereka sudi membantu saya dalam pelajaran
saya.Namun itu, saya tidak akan melupakan kawan-kawan lama di sana.

Sekian sahaja coretan daripada saya pada kali ini.Semoga kami akan berjumpa lagi dalam
lembaran yang akan datang.Sekian terima kasih.

Yang benar,

Anda mungkin juga menyukai