Anda di halaman 1dari 9

Pemeriksaan Bahagian Luaran

Adakah terdapat kesan benjolan, retak, calar atau terkupil yang aneh pada kereta?
Adakah semua kedudukan lampu sama rata [tidak senget] dan dalam keadaan yang baik?
Adakah terdapat kesan gores, retak, pecah pada tingkap ataupun pada cermin depan dan belakang?
Adakah pintu boleh dibuka tanpa berbunyi dan boleh pula ditutup dengan lancar tanpa perlu dihempas?
Adakah ekzos dalam keadaan elok dan tidak kemek? 
Adakah semua rim dari jenis rim standard dan rim yang sama untuk keempat-empatnya?
Adakah rim dalam keadaan elok, tidak bengkok atau calar-balar?
Adakah semua tayar dari jenama dan jenis yang sama atau bercampur-campur?
Adakah di hujung tayar terdapat kesan botak?
Adakah kesemua tayar haus sama rata?
Adakah terdapat apa komponen yang tergantung ataupun loose di bahagian bawah kereta?
Adakah terdapat kesan bocor ataupun karat?
Adakah keadaan bumper depan dan belakang, bonet dan juga boot, dalam keadaan lurus [tidak senget]?
Adakah pemegang pintu dalam keadaan baik?
Adakah cermin sisi berkabus?

Kuasa Elektrik
Adakah starter berfungsi?
Adakah semua lampu berfungsi?
Adakah central lock berfungsi?
Adakah power window naik dan turun dengan lancar?
Adakah setiap butang berfungsi sepatutnya?
Adakah Air-Cond berfungsi?
Adakah wiper berfungsi?
Adakah hon berfungsi?
Adakah hazard signal berfungsi?
Adakah radio dan speaker berfungsi?
Semak frekuensi radio, takut dapat frekuensi Japan spec.
Adakah reverse sensor berfungsi?

Pemeriksaan Bahagian Dalaman


Adakah terdapat kesan koyak, kotoran atau pudar pada bahagian di dalam kereta?
Adakah terdapat mana-mana kedudukan kerusi yang longgar atau bergetar?
Adakah tali pinggang keselamatan boleh digunakan dan tetap bertahan ketika ditarik kuat?
Adakah kerusi pemandu, stering dan pedal kaki nampak lebih usang dari anggaran mileage di
dashboard?
Adakah terdapat apa-apa lubang atau trim pada dashboard kesan daripada modifikasi penggunaan meter
tambahan?
Adakah kereta berbau rokok atau busuk?
Adakah kunci yang diberikan boleh digunakan untuk membuka semua lubang kunci, atau perlu banyak
kunci untuk membuka lubang-lubang kunci tersebut?
Adakah karpet kereta basah, mungkin kerana pintu atau bumbung bocor?
Ketika tayar depan dalam keadaan lurus, adakah stering juga lurus?
Adakah power stering, berfungsi dengan baik?
Adakah jek tayar dan tayar simpanan dalam keadaan baik?
Adakah speaker dalam keadaan baik dan tidak pecah?
Pemeriksaan Aspek Mekanikal
Adakah enjin senang dihidupkan, kemudian idle di RPM yang statik dan ketika di'rem' RPM naik sekata?
Adakah terdapat bunyi pelik atau pun kebocoran dari enjin?
Adakah sukatan air berada pada tahap yang betul dan adakah minyak enjin bersih atau adakah terdapat
kotoran atau karat, yang boleh menunjukkan pencemaran air?
Adakah pedal berfungsi lancar dan gear dengan mudah ditukar?
Adakah clutch berfungsi baik dan tidak slip?
Adakah brek cengkam dengan kuat, atau mereka menarik kereta ke satu sisi?
Adakah terdapat bunyi pelik dari suspensi, gearbox atau clutch?
Adakah suspensi berfungsi dengan baik? Tidak terlampau lembut atau keras?
Adakah kereta membelok dengan baik atau terlalu banyak ketika di selekoh tajam?
Adakah ekzos tetap atau adakah ia bergetar dan adakah ada asap keluar dari ekzos?

Pemeriksaan Dokumen dan Rekod Servis


Adakah semua dokumen kereta ditunjukkan?
Adakah rekod servis yang lengkap disediakan?
Adakah jumlah mileage yang dinyatakan disokong oleh dokumen dan rekod servis?
Adakah nama pemilik terdahulu sama dengan nama pada rekod servis itu?
Adakah alamat yang dicatit sama dengan yang ada di dalam rekod servis itu?
Adakah segala kerja yang dilakukan ke atas kereta disokong dengan resit?
Adakah kapasiti enjin, jenis bahan api dan warna sama dengan dalam geran?
Adakah road tax dan cukai jalan masih hidup?
Adakah no chasis sama dengan di dalam dokumen kereta?

Kepada semua, sila ambil nota bahawa senarai semak ini selain tujuannya untuk mengelakkan anda
daripada ditipu. Senarai semak ini juga boleh digunakan sebagai senjata ketika urusan tawar-menawar.
Silap haribulan, kalau anda pandai menggoreng, 30% diskaun sudah dalam tangan!~
Tips dan Panduan - Pemeriksaan Enjin Kereta Terpakai

Langkah-Langkah yang harus diikuti untuk membuat pemeriksaan enjin:-

1) Buka Radiator Cap - Pastikan air didalam radiator bewarna hijau cantek punya. Selepas itu jangan
ditutup radiator cap tersebut. Biarkan sahaja ia terbuka, tapi pastikan juga kandungan air di dalam tangki
spare mencukupi.

2) Periksa Minyak Enjin - Buka Oil Cap dan lihat keadaan di dalam enjin sama ada berkarat atau pun
kekuningan. Kalau berkarat, bermakna enjin sudah lama tidak dihidupkan. Andai kata kalau ia berwarna
kekuningan, bermakna oklah keadaan enjin itu. Tapi, kalau berdepan dengan kesan hangus atau bau
minyak hangus. [Lebih baik batalkan sahaja niat murni untuk membeli kereta itu]

3) Periksa Deep Stick - Cuba lap satu kali, tengok sama ada ada kesan minyak atau tidak?
Kebiasaannya kalau ada kesan minyak deep stick akan jadi berbelang atau bertompok-tompok.
Sekiranya ada kesan belang yang dimaksudkan itu, bermakna enjin sudah lama tidak dihiidupkan
ataupun minyak enjin sudah lama tidak ditukar/kotor. 

4) Enjin Turbo - Cuba lihat pula disekeliling Turbo, terutamanya pada bahagian ekzos. Sama ada
terdapat kebocoran atau tidak. Andai kata, terdapat kebocoran, tidak perlu beli kereta itu. 

5) Periksa Ekzos - Menggunakan tangan, "colek" sedikit pada bahagian dalam ekzos it, lihat sama ada
ada kesan minyak atau tidak. Sekiranya ada kesan minyak, itu bermakna valve seal sudah bocor.

6) Periksa Mileage - Logiknya, anda sepatutnya tidak boleh percaya 100% dengan meter yang
ditunjukkan, sebab sekarang ini, meter pun sudah boleh diadjust.

7) Periksa  Head dan Rocker Cover - Kebiasaanya dekat kawasan ini terdapat banyak habuk yang
melekat, dan kemudian akan menjadi kotoran hitam. Tidak mengapa, kerana ini masih boleh dicuci.
Walau bagaimanapun, sekiranya ia dibasahi dengan minyak, sekali lagi - tak perlu beli.

8) Hidupkan Enjin - Apabila anda sudah betul-betul berpuas hati dengan semua pemeriksaan di atas,
barulah anda boleh suruh si penjual hidupkan enjin. Dengar betul-betul dia punya autochoke, sama ada
jalan atau tidak. RPM kebiasaannya akan menjadi tinggi semasa autochoke ini berjalan. 

9) Periksa Air - Berbalik semula ke Point No 1, ingat tak, saya ada berpesan supaya jangan ditutup
radiator cap enjin ini. Untuk pengetahuan, semasa enjin baru hendak dihidupkan banyak rahsia tentang
keadaan dan kondisi sesebuah enjin itu dapat dirungkai. 
Lihat sama ada air di dalam radiator itu melompat keluar atau tidak. Andai kata air dalam radiator itu
melompat je keluar, adalah lebih afdal anda suruh si penjual matikan sahaja enjin kereta, simpan balik -
tidak perlu beli kereta itu. Confirm banyak problem enjin kereta ini. Kalau ok, anda boleh perhatikan pula
jumlah air di dalam radiator itu pula, sama ada berkurangan atau tidak. 

10) Periksa Asap, dalam masa yang sama, lihat juga keadaan dan kondisi ekzos. Sepatutnya ada sedikit
asap bewarna putih/hitam akan keluar. Ini adalah normal, sebab pembakaran masih belum lengkap -
tambah pula enjin masih dalam keadaan sejuk. Sedikit air juga akan meleleh atau pun merecik keluar.
Sekiranya ada, ini bermakna enjin berada dalam keadaan tip-top. 

11) Periksa Idling Enjin - PENTING sekali semasa memeriksa enjin, biarkan enjin hidup sehingga kipas
automatik berjalan dengan sendiri. Jangan cuba dibuka air-condnya dulu. Biarkan enjinnya running dulu.
Tidak kisahlah sama ada petrol mencukupi atau tidak. Suruh sahaja si penjual top-up minyak itu, cakap
kita hendak membeli - pasti dia akan layan ada. Periksa idling enjin, elok atau tidak. Stabil atau tidak.

12) Periksa Enjin Semput atau tidak - Apabila kipas sudah berpusing [seeloknya tunggu sampai kipar
berhenti pula] Periksa sama ada enjin semput atau tidak. Minta si penjual kurangkan harga, mungkin plug
sudah tidak elok. [Nasihat : Sekiranya sudah sampai di tahap ini, tapi anda tidak jadi membeli - peratusan
untuk anda dicarut amat tinggi]

13) Periksa fungsi setiap controller - Aircond, Lampu Hujan, Lampu Depan, Highbeam, Signal, Lampu
pada meter, Penting : Temperature, jangan lebih separuh [Kalau lebih daripada separuh, otak anda pasti
jam] Seandainya ada mana-mana controller tidak berfungsi dengan baik, adalah dinasihatkan untuk minta
turun harga sebanyak yang mungkin. 

14) Tambahan : Pastikan anda mendapat semua aksesori sekiranya anda membeli kereta yang sudah
dimodifikasi. Contohnya ; lengkap dengan disk brake belakang, absorber, floor mat dan lain-lain. Andai
kata, tidak ada, minta turunkan harga lagi.

15) Terakhir. Pastikan selepas enjin dihidupkan, biarkan enjin running sekurang-kurangnya 5 minit.
Kemudian cuba tekan clutch, andai kata RPM jatuh, itu bermakna main bearing sudah tidak sesuai untuk
digunakan lagi.
Tips dan Panduan - Pandu Uji Kereta Terpakai

Kaedah untuk Memandu Uji Kereta Terpakai [Test Drive]

1) Jalan Lurus yang Lengang


* Pandu kereta itu sehingga kelajuannya mencecah hingga 60 km/j. 
* Pastikan transmisi bertukar tanpa sebarang bunyi dan juga tidak tersentak-sentak.
* Perlahankan kereta sehingga 10 km/j, kemudian brek perlahan-lahan. 
* Pastikan tidak ada sebarang bunyi, dan kereta juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus,
tanpa bergerak ke arah kanan atau kiri.
* Tekan pedal dan tingkatkan kelajuan sehingga 30 km/j kemudian tekan brek secara mengejut pula.
* Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing.

2) Ruang Tempat Letak Kereta


* Tukar kepada gear undur dan undur kereta pada kelajuan 6 km/j. 
* Kemudian tekan brek sehingga kereta berhenti, dan tukar pula kepada gear 1. 
* Ulang langkah ini empat atau lima kali untuk menguji transmisi. 
* Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.
* Pandu kereta dalam corak membentuk nombor 8 untuk menguji power stereng. 
* Jika stereng agak keras, mungkin berpunca daripada kebocoran power stereng atau kerosakan sistem
suspensi hadapan.
* Gerakkan kereta sehingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stereng selama 3 saat. 
* Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. 
* Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. 
* Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. 

3) Jalan yang tidak rata


* Gerakkan dalam kelajuan 60 km/j. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-
lambung. 
* Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan
yang rosak. 

4) Jalan yang berbukit


* Cuba naik bukit dengan kelajuan kira-kira 60 km/j. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. 
* Jika tersangkut-sangkut maknanya kereta itu mempunyai masalah transmisi.
* Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas, kemudian tarik brek tangan. 
* Kereta mestilah tidak bergerak apabila anda melepaskan brek kaki.

5) Jalan Lurus Yang Lengang


* Dari keadaan statik, gerakkan kereta sehingga kelajuan mencecah 80 km/j. 
* Perhatikan juga keadaan di belakang kereta. 
* Pastikan tiada asap keluar dari belakang dan peningkatan kelajuan kereta mestilah lancar. 
* Pastikan juga tidak mendengar sebarang bunyi pelik. 
* Jika pecutan mengambil masa lebih 15 saat, maknanya enjin tidak begitu baik

6) Ruang Tempat Letak Kereta


* Biarkan enjin selama beberapa minit. 
* Perhatikan keadaan dibawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. 
* Buka bonet dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. 
* Suruh si penjual pandu kereta tersebut di kawasan tempat letak kereta dan kemudian patah semula
kepada anda. 
* Perhatikan tiada sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, baik bunyinya ataupun
kawalannya. 
Antara tips dan panduan membeli kereta terpakai adalah :

1. Lakukan dahulu Survey tentang Harga Kereta 

Semak dahulu pasal harga kereta yang hendak dibeli. Pastikan anda tahu betul tentang harga yang
ditawarkan, jangan nanti hari ini harganya lain, esok harganya lain pula. Cuba minta kurang/diskaun
sebanyak yang boleh. Sekiranya boleh lakukan dahulu survey di dua atau tiga kedai yang berlainan
[Empat kedai lebih bagus]. Lakukan sekali survey di internet - Mudah.my, MotorTrader adalah contoh
termudah. Seelok-eloknya anda fahami dan belajar juga tentang harga pasaran.
Ketika melalukan survey, perkara dibawah boleh dijadikan rujukan :
* Berapa banyak kos yang anda mampu
* Jenama kereta apa yang hendak anda cari
* Tawaran yang terbaik
* Semakan di internet
* Lawatan ke kedai
* Pinjaman, Insurans dan Road Tax - Siapa Uruskan
* Tarikh penghantaran kereta
* Waranti - Ada tak
* Hadiah Bonus - Tinted, Minyak Hitam, Petrol Penuh
Sekiranya anda belum berpuas hati dengan pencarian kereta anda, seeloknya tidak perlulah anda ke
proses yang seterusnya. Teruskan dahulu pencarian anda sehingga anda bertemu dengan yang
berkenan di hati.
Sekiranya anda sudah punya jawapan dan berpuas hati dengan harga dan survey tersebut, barulah anda
boleh telefon si penjual untuk proses seterusnya iaitu proses soal selidik kereta. 

Ketika membuat soal selidik tentang kereta yang hendak dibeli :

2. Semak Keadaan Cuaca : 


Perkara yang paling utama dan mustahak semasa memeriksa kereta terpakai ialah pastikan keadaan
cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu
gelap/malam. (^_^) Logiknya, tentu susah untuk anda melihat kebocoran/kecacatan yang ada kalau anda
membuat pemeriksaan di dalam gelap. Lagi afdal kalau anda bawa seorang rakan mekanik pada hari
tersebut.

3. Semak Status Kereta :


Pastikan tahun kereta itu dikeluarkan, kenapa kereta tu hendak dijual dan juga status kereta. Penting
untuk kita tahu tahun kereta itu dikeluarkan. Ini adalah atas 2 faktor penting. Pertama, untuk urusan
pinjaman bank dan kedua, supaya kita boleh menganggarkan keadaan/status kereta itu. 

Untuk makluman, kereta yang melebihi 10 tahun usianya, tidak lagi boleh memohon pinjaman dengan
bank. Hendak tak nak, terpaksalah buat pinjaman dengan 'Credit' atau pemberi pinjaman kenderaan
berlesen seperti Aeon. Walau bagaimanapun maksimum cuma boleh ikat 5 tahun dan kena bayar 10%
deposit mengikut harga kereta sekiranya anda buat loan dengan 'Credit'. Berbeza dengan bank,
maksimum anda boleh ikat pinjaman sehingga 7-9 tahun bergantung kepada usia kenderaan. Untuk
deposit, sesetengah kedai kereta terpakai bijak menguruskan hal ini, dan jika anda bernasib baik,
kemungkinan besar anda tidak perlu membayar apa-apa deposit untuk kereta tersebut. 

Bagi menganggar keadaan/status kereta mengikut tahun dikeluarkan pula, purata penggunaan normal
sesebuah kereta untuk setahun adalah 20000km. Jadi kalau kereta yang hendak dibeli baru berusia 2
tahun, tapi mileage yang dicatatkan sudahpun melebihi  100000km, saya nasihatkan carilah sahaja
kereta lain. Alasannya, kereta yang anda hendak beli tu, dah jadi macam teksi - terlampau banyak sangat
berjalan. Risiko kerosakan enjin adalah lebih tinggi.
Ada beberapa teknik dan cara untuk kita boleh kenalpasti tahun kereta tu dikeluarkan. Pertamanya,
daripada geran kereta itu sendiri. Kedua, daripada model/no flat kereta itu pun kita boleh tahu. 
Kemudian tanyakan juga kenapa kereta itu hendak dijual? Apakah sebabnya? Di sini, si penjual mungkin
akan memberi seribu satu alasan. Tidak kiralah sama ada hendak tukar kereta model baru, atau hendak
tukar ke kereta yang lebih besar atau daripada kereta besar ke kereta kecil. Ingat! Apa sahaja alasan
yang diberikan, yang penting, perhatikan keikhlasannya dan keyakinan si penjual memberi jawapan.
Kalau si penjual tampak ragu-ragu, sahihlah kenderaan yang dijual itu punya masalah. Silap-silap pernah
terperangkap dalam banjir besar, siapa tahu kan?

4. Semak Status Si Penjual/Pemilik Terdahulu


Semak sedikit latar belakang si penjual. Tanyakan beberapa soalan umum untuk mengetahui lebih
mendalam tentang cara pemanduan pemilik kereta itu. Contohnya : Apakah pekerjaan si pemilik kereta.
Dimanakah tempat tinggalnya. Lokasi tempat kerja si pemilik kereta. Dimanakah kampungnya. Sudah
bekeluarga atau belum? Jika sudah, berapa orang pula anaknya? 
Mungkin kedengaran seperti remeh atau pun melalut, namun jawapan kepada soalan yang diberikan
boleh memberi lebih banyak info sebelum anda membuat keputusan. 
Contohnya : Dengan mengetahui jarak dari rumah ke tempat kerja si penjual, anda boleh menghitung
anggaran mileage dalam sebulan. Begitu juga dengan jarak dari rumah ke kampung si penjual. Jika si
penjual sudah bekeluarga pula, anda boleh andaikan bahawa kereta itu sudah semestinya tidak dilanyak
sesuka hati jika hendak dibandingkan dengan owner yang bujang.

5. Semak juga rekod kereta


Periksa sama ada kereta yang hendak dibeli sudah disenaraihitam atau punya saman. Penting! Takut kita
pula yang terkena. Periksa rekod kereta dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ataupun Polis Trafik.
Kalau tak ada, baguslah. Kalau ada, minta si penjual uruskan semua tu. Takut semua tu berpindah milik
kepada kita, cari bala namanya!
Periksa juga insurans dan cukai jalan. Kebiasaannya akan diuruskan oleh si penjual, tapi tanyakan siapa
yang akan menanggung kosnya kelak. Penting juga untuk anda tahu nilai insurans dan cukai jalan. Kita
beli kereta ikut kemampuan. Karang beli je mampu, nak bayar cukai jalan dan insuran tak boleh pulak.
Pasal insuran, tengok la juga kereta tu diinsuranskan mengikut harga pasaran ataupun tidak. [Macam
saya! Hahaha!~]
Bab–bab melibatkan insurans dan cukai jalan ini penting, perkara esok lusa kita tak tahu bila hendak jadi,
nasihat saya kenalah berhati–hati. Jangan ambil mudah. 
6. Lakukan Pemeriksaan Fizikal 
Setelah semua tips dan panduan diperiksa dan diikuti, dan muka anda masih lagi boleh tersenyum ceria,
bermakna kereta ini sudah pun 50% kereta yang anda cari-cari selama ini. 
Walau bagaimanapun, jangan terburu-buru membuat keputusan untuk membeli! Ini kerana masih ada
satu lagi tips dan panduan penting yang harus anda lalui iaitu proses pemeriksaan fizikal dan test drive
kereta tersebut.

Anda mungkin juga menyukai