Anda di halaman 1dari 8

Matematik Gunaan 2 (SPA 304 )

MENGGUNAKAN KEBARANGKALIAN (BAB 9) Pengenalan Kebarangkalian ialah ukuran kadaran sesuatu peristiwa tertentu berbanding dengan kesemua kemungkinan sesustu peristiwa itu boleh berlaku. Nilai kebarangkalian borada antara 0 hingga 1 Nilai kebarangkalian 0 bermakna sesuatu peristiwa itu tidak mungkin berlaku Nilai kebarangkalian 1 bermakna sesuatu peristiwa itu pasti berlaku. Set semua kesudahan yang mungkin bagi sesuatu ujikaji dinamakan ruang sampel.

Kebarangkalian

Contoh : 1. Dengan menggunakan tatanda set, tulis ruang sampel, s, bagi setiap ujikaji yang berikut dan nyatakan bilangan kesudahannya. (a) melambung sebiji dadu s = {1, 2, 3, 4, 5, 6} n(s) = 6 (b) melambung sekeping duit syiling s = {kepala, bunga} n(s) = 2 (c) memilih satu huruf dari huruf-huruf vokal s = {a, e, i, o, u} n(s) = 5 (d) memilih sekeping kad dari sebuah kotak yang mengandungi kad-kad bernombor 0 hingga 9

KKKT/Unit Pengajian Am/ nadiana binti ariffin

Matematik Gunaan 2 (SPA 304 )

s= {0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9} n(s) = 10 (e) mengambil sebiji bola dari sebuah bekas yang terdiri daripada 1 biji bola kuning, 1 biji bola merah, 1 biji bola hitam dan 1 biji bola putih s= {merah, kuning, hitam, putih} n(s) = 4

2.

Tulis ruang sampel bagi setiap ujikaji berikut dan nyatakan bilangan kesudahannya.

(a) melambung 2 keping duit syiling s = {(gambar, gambar), (gambar, bunga), (bunga, gambar), (bunga, bunga)} n(s) = 4 (b) melambung 2 biji dadu s= {(1,1), (1,2), (1,3), (1,4), (1,5), (1,6), (2,1), (2,2), (2,3), (2,4), (2,5), (2,6), (3,1), (3,2), (3,3), (3,4), (3,5), (3,6), (4,1), (4,2), (4,3), (4,4), (4,5), (4,6), (5,1), (5,2), (5,3), (5,4), (5,5), (5,6), (6,1), (6,2), (6,3), (6,4), (6,5), (6,6)} n(s) = 36 (c) mencabut 2 keping kad dari sebuah kotak yang mengandungi huruf vokal s = {(a, e), (a, i), (a, o), (a, u), (e, a), (e, i), (e, o), (e, u), (i, a), (i, e), (i, o), (i, u) (o, a), (o, e), (o, i), (o, u) (u, a), (u, e), (u, i), (u, o)} n(s) = 20 (d) mencabut sekeping kad dari kotak Q yang mengandungi kad berhuruf A, B, C, D dan sekeping kad dari kotak R yang mengandungi kad bernombor 0, 1, 2, 3. s = {(A, 0), (A, 1), (A, 2), (A, 3) (B, 0), (B, 1), (B, 2), (B, 3), (C, 0), (C, 1), (C, 2), (C, 3), (D, 0), (D, 1), (D, 2), (D, 3)}

KKKT/Unit Pengajian Am/ nadiana binti ariffin

Matematik Gunaan 2 (SPA 304 )

Pengiraan kebarangkalian ialah; P(A) = n(A) n(S) P(A) = Kebarangkalian peristiwa A berlaku n(A) = Bilangan unsur A n(S) = Bilangan Unsur dalam ruang sampel contoh1: Sebiji dadu yang adil dilambung sekali dalam suatu permainan. Cari kebarangkalian bagi peristiwa mendapat. a) Nombor genap b) Nombor lebih besar daripada 2 c) Nombor selain 6 d) Nombor 7 Penyelesaian S = {1,2,3,4,5,6} n(S) = 6

a) Peristiwa nombor genap , A = { 2,4,6}, n (A) = 3 P(A) = n(A) = 3 = 1 n (S) 6 2

b) Peristiwa nombor lebih besar daripada 2, B = {3,4,5,6} , n(B) = 4 P(B) = n(B) = 4 = 2 n(S) 6 3 c) Peristiwa bagi nombor selain 6, C = { 1,2,3,4,5}, n(C) = 5 P(C) = n(C) = 5 n(S) 6 d) peristiwa nombor 7 D = { }, n(D) = 0 P(D) = 0/ 6 = 0

KKKT/Unit Pengajian Am/ nadiana binti ariffin

Matematik Gunaan 2 (SPA 304 )

Contoh 2: Sebiji bola pingpong dikeluarkan dari sebuah beg yang mengandungi 5 biji bola pingpong bernombor bulat 1-5. cari kebarangkalian bagi mengeluarkan: a) Sebiji bola pingpong bernombor genap. A = {no. genap} = { 2,4}, n(A) = 2 P (A) = 2 /5 b) Sebiji bila pingpong bernombor ganjil. B = {no. ganjil} = {1,3,4} n(B) = 3 P(B) = 3/5 Nota tambahan:

KKKT/Unit Pengajian Am/ nadiana binti ariffin

Matematik Gunaan 2 (SPA 304 )

Contoh 3: 1. Beg A mengandungi 2 biji bola merah, sebiji bola putih dan 3 biji bola biru. Beg B mengandungi 2 biji bola putih dan 6 biji bola biru. a) Sebiji bola dikeluarkan secara rawak dari beg A. Hitungkan kebarangkalian bola yang dikeluarkan berwarna merah.

b)

Dua biji bola dikeluarkan secara rawak dari beg B tanpa pengembalian. Hitungkan kebarangkalian kedua-dua bola itu berwarna putih.

c)

Sebiji bola dikeluarkan dari beg A dan beg B secara rawak. Hitungkan kebarangkalian kedua-dua bola itu berwarna biru.

KKKT/Unit Pengajian Am/ nadiana binti ariffin

Matematik Gunaan 2 (SPA 304 )

Kaedah Gambarajah Pokok Kaedah ini digunakan apabila ujikaji atau peristiwa hendak dilakukan lebih dari sekali (terdapat ulangan). Contoh 1: 1) Sekeping duit 50 sen dilambung sebanyak 3 kali, cari kebarangkalian ; a) tepat 1 kali gambar yang muncul b) tepat 2 kali nombor yang muncul c) sekurang-kurangnya satu kali gambar yang muncul

3 2

KEPUTUSAN

NNN

N N G N G

NNG NGN

G N N G G

NGG GNN

GNG GGN

N G

S = { NNN,NNG,NGN,NGG,GNN,GNG,GGN,GGG } , n (S) = 8 a) A = { NNG,NGN,GNN } n (A) = 3 P (A) = 3 / 8

GGG

KKKT/Unit Pengajian Am/ nadiana binti ariffin

Matematik Gunaan 2 (SPA 304 )

b)

B = { NNG,NGN,GNN } n (B) = 3 P (B) = 3 / 8

c) C = { NGG,NGN,NGG,GNN,GNG,GGN,GGG} n (C) = 7 P (C) = 7 / 8 Kaedah Carta Kaedah ini digunakan apabila ujikaji atau peristiwa hendak dijalankan secara serentak. Contoh 1: Sebiji dadu merah dan sebiji dadu hitam dilambung serentak. Hasilnya dicatat. Seperti dibawah;

Merah hitam 1 2 3 4 5 6

1 1,1 2,1 3,1 4,1 5,1 6,1

2 1,2 2,2 3,2 4,2 5,2 6,2

3 1,3 2,3 3,3 4,3 5,3 6,3

4 1,4 2,4 3,4 4,4 5,4 6,4

5 1,5 2,5 3,5 4,5 5,5 6,5

6 1,6 2,6 3,6 4,6 5,6 6,6

n (S) = 36 Kira kebarangkalian: a) Mendapat hasil tambah hasil darab nombor yang muncul adalah 12 b) Hasil tambah nombor yang muncul adalah 10 c) Kedua-dua nombor yang muncul berbeza sebanyak 4 Penyelesaian a) A = { (2,6),(3,4),(4,3),(6,2) } n (A) = 4 p(A) = 4 / 36 = 1/9 b) A = { (4,6), (5,5), (6,4) } n(A) = 3 P(A) = 3/36 = 1/12

KKKT/Unit Pengajian Am/ nadiana binti ariffin

Matematik Gunaan 2 (SPA 304 )

c) A = { (1,5), (2,6), (5,1), (6,2) } n(A) = 4 P(A) = 4/36 = 1/9 Latihan 1 1) Dua biji dadu dilambung serentak. Cari kebarangkalian bahawa a) hasil tambah nombor yang muncul adalah 10 b) hasil tambah nombor yang muncul adalah 8 c) kedua-dua nombor yang muncul berbeza sebanyak 2 2) Sekeping duit syiling yang adil dilambungkan sebanyak 3 kali. Cari kebarangkalian a) tepat 2 ekor yang muncul b) tepat 2 kepala yang muncul c) sekurang-kurangnya satu ekor yang muncul d) selebih-lebihnya 2 ekor yang muncul 3) Sebiji bola dipilih secara rawak daripada sebuah kotak mengandungi 6 biji bola hitam, 5 biji bola putih dan 4 biji bola biru. Cari kebarangkalian a) bola putih terpilih b) bola hitam atau bola biru terpilih c) bukan bola biru terpilih 4) Sekeping duit syiling dan sebuah dadu dilambungkan bersama. Cari kebarangkalian a) mendapatkan nombor lebih daripada 3 b) mendapatkan kepala dan nombor lebih daripada 3 c) mendapatkan kepala atau nombor lebih daripada 3 d) mendapatkan ekor atau nombor lebih daripada 3 5) Atan, Ahmad, Abu, Karim dan Husin memohon jawatan pensyarah di KKKT. Cuma terdapat satu kekosongan jawatan sahaja. Cari kebarangkalian a) Atan akan berjaya b) Atan atau Abu akan berjaya c) Bukan Atan atau Ahmad akan berjaya 6) Dalam sebuah beg ada terdapat 4 biji bola biru, 5 biji bola hitam dan 6 biji bola putih. Sebiji bola dipilih secara rawak. Cari kebarangkalian a) bola putih dipilih b) bola biru atau bola hitam dipilih 7) Siti melambung 2 biji dadu. Satu dadu dinomborkan 1 hingga 6 manakala satu lagi dinomborkan 1,2,3,5,7,9. Cari kebarangkalian a) kedua-dua dadu menunjukkan nombor ganjil b) hasil tambah kedua-dua dadu itu lebih daripada 9 c) hasil tambah kedua-dua dadu itu adalah genap d) hasil tambah kedua-dua dadu itu adalah ganjil

KKKT/Unit Pengajian Am/ nadiana binti ariffin

Anda mungkin juga menyukai