Anda di halaman 1dari 2

DOA PERKHEMAHAN (1)


Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah
mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri
perkhemahan pada kali ini .
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi
menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di
samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk
generasi yang berguna pada masa hadapan .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah
kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami
dengan cahaya dan hidayah-Mu.
Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati
serta mengamalkannya.

Anda mungkin juga menyukai