Anda di halaman 1dari 3

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya

cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib. Niatnya !aha"a aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana #llah ta$ala% &alam rakaat pertama selepas !urah #l-'atihah baca !urah #l-(a)irun atau apa-apa saha"a surah lain yang terbaik kita boleh baca. &alam rakaat kedua selepas !urah #l-'atihah baca !urah #l*khlas atau apa-apa saha"a surah lain yang terbaik kita boleh baca. !elepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Terjemahan Doa + Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan hajat.. adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. !an kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan hajat.. membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (!ari hadis riwayat "mam #ukhari

Anda mungkin juga menyukai