Anda di halaman 1dari 27

(1)Novel Restu oleh Ismail Kassan merupakan sebuah novel yang berbentuk idealistik. Jelaskan.

Pembukaan:
Idealistik disini membawa maksud sesuatu pemikiran atau perkara yang lebih menjurus kepada harapan kita untuk menjadikan sesuatu sesempurna mungkin. Dalam erti kata yang lain,idealistik bertentangan dengan realistik. Ini kerana realistik merupakan perkara yang lebih tertumpu kepada kenyataan yang terjadi. Pemikiran inilah yang telah penulis Ismail Kassan bentukkan di dalam novel Restu ini agar pembaca tidak merasa bosan dan lebih berimaginatif.

Antara persoalan-persoalan yang dianggap bersifat idealistik ialah semasa Ikram dicabar bersilat di majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.(hlmn 192). Pada permulaan novel ini sudah dinyatakan bahawa hampir 10 tahun yang lalu Ikram mempelajari ilmu persilatan dan dia juga ada mempelajari beberapa jenis persilatan lain sesama keluar merantau. Namun begitu,Ikram tidak punya kesempatan untuk berlatih di gelanggang kerana sibuk bekerja. Orang yang mencabarnya juga bukan calang-calang lawan iaitu Rozali Anak Daeng Rahman,anak guru silat yang terkenal. Oleh yang demikian, secara logiknya sudah tentu Ikram akan kalah. Sebaliknya Ikram berjaya menumpaskan lawannya walaupun sudah sekian lama tidak berlatih. Inilah antara babak yang dianggap idealistik kerana penulis sendiri yang memenangkan watak Ikram.

Selain itu, cerita perjalanan Ikram ke hospital juga dianggap bersifat idealistik. Ikram memasang tekad. Dia mesti pergi ke hospital. (hlmn 130). Perjalanan Ikram ke hospital yang diceritakan oleh penulis sungguh terkesan. Dalam keadaan sakit,Ikram tetap juga berjalan kaki kerana tidak mempunyai wang tambang yang cukup. Setibanya dia di hospital,Ikram pengsan. Setelah berada di dalam wad,Ikram terkenang adiknya,Kamal yang keseorangan di rumah. Tentu Kamal sedang kehilangan punca,takut,bingung dan risau sendirian. Tentu Kamal sedang kelaparan sekarang. (hlmn 134). Akibatnya,Ikram melarikan diri dari hospital dan menumpang sebuah lori untuk pulang ke rumah. Secara logik,sudah tentu Ikram akan tertangkap oleh pengawal-pengawal hospital atau mungkin Ikram akan pengsan lagi di tengah jalan kerana dia belum mendapatkan rawatan sepenuhnya. Namun penulis tetap menceritakan bahawa Ikram dapat tiba di rumah dengan selamat. Dengan ini dapatlah penulis mencerminkan sikap berani dan tanggungjawab seorang abang terhadap adik. Oleh itu,babak ini juga dianggap berbentuk idealistik.

Akhir sekali,satu lagi persoalan yang bersifat idealistik ialah semasa Ibu Ikram memberitahu Ikram tentang wanita pilihannya,Zaleha(hlmn 245). Ibu Ikram memberitahu Ikram bahawa dia sangat berkenan dengan wanita yang membantunya di Mekkah. Harapan Ibu Ikram tinggi menggunung agar Ikram tidak menolak pilihannya kali ini. Ikram pula tersepit antara cintanya terhadap Hasnah dan menunaikan harapan Ibunya. Ingin sahaja diberitahu kepada Ibunya tentang Hasnah,namun Ibunya pernah memberitahu Ikram agar tidak memperisterikan sesiapa dari keluarga Tok Leman. Disini penulis telah mengakhiri sebuah novel dengan berbentuk idealistik, kerana Zaleha pilihan si Ibu adalah Hasnah,kekasih Ikram. Walaupun ianya secara kebetulan, namun ia merupakan penutup yang idealistik bagi pembaca.

Kesimpulannya, novel Restu sememangnya sebuah novel yang berbentuk idealistik. Ini kerana terdapat beberapa perkara yang sukar untuk kita lalui secara realitinya. Oleh itu,melalui pendekatan buku ini, penulis menyelitkan unsur-unsur idealistik agar jalan cerita novel ini nampak menarik dan mudah diikuti. Disamping itu, penggunaan bahasa dan plot juga dapat memancing emosi pembaca untuk merealitikan jalan cerita novel ini.

(2) Di sebalik tembok penghalang itulah Has berlegar sekian tahun, tanpa berita atau sebarang pesana dari Ikram. Pun begitu Has masih terus berada di situ berbekalkan sisa-sisa harapan dan berlindungkan takdir. Unsur kesetiaan, harapan, dan takdir telah menyatukan Hasnah dengan Ikram. Huraikan pandangan ini dengan buktibukti yang jelas.

Perasaan cinta Ikram dan Hasnah yang dipendamkan buat sekian lamanya serta kesetiaan, harapan dan takdir telah menyatukan mereka. Ini dapat dibuktikan melalui pendirian Hasnah dan Ikram tentang perhubungan mereka walaupun mereka telah lama terpisah.

Unsur kesetiaan yang dipaparkan dalam watak Ikram dan Hasnah menunjukkan betapa mereka sayang antara satu sama lain walaupun tidak pernah diluahkan ungkapan itu. Sebagai contoh, Hasnah tetap menjadi pilihan Ikram untuk dijadikan teman hidupnya walaupun ibunya tidak mahu Ikram berhubungan lagi dengan keluarga Tok Leman. Hasnah adalah satu-satunya wanita yang dicintai selama ini. Ruang dalam hati ini cuma satu dan ruang itu sudah pun diisi oleh Has sejak sekian lama Kesetiaan Ikram dalam mencintai Hasnah membuahkan hasil akhirnya apabila pilihan ibu ikram juga adalah Hasnah.

Begitu juga dengan kesetiaan Hasnah terhadap Ikram dimana dia tetap menunggu Ikram untuk membalas cintanya dan kerana kesetiaan itu juga Hasnah tidak mampu mencintai lelaki lain selain Ikram. Kesetiaan Ikram dan juga kesetiaan Hasnah jelas membuktikan bahawa mereka masih menanti-nantikan orang yang disayangi untuk mengisi hati mereka.

Selain itu, unsur harapan juga memainkan peranan dalam menyatukan Hasnah dengan Ikram. Meletakkan harapan pada sesuatu/seseorang yang belum pasti menjadi milik kita tentu hanya menambah sakit dihati. Apatah lagi menanti sesuatu yang tidak pasti. Merujuk kepada novel Restu, Ikram dan Hasnah masih tetap memegang harapan bahawa satu hari nanti mereka akan bertemu kembali setelah 10 tahun berpisah. Ikram juga pernah berharap bahawa Hasnah belum lagi berumahtangga.

Akhir sekali, takdir lah yang menyatukan Ikram dengan Hasnah. Kedua-duanya tetap berpegang pada takdir yang mungkin dapat menyatukan mereka. Merujuk kepada novel Restu, Ikram dan Hasnah hanya berserah kepada takdir untuk dipertemukan kembali. Sebagai contoh, setelah 10 tahun Ikram dan Hasnah terpisah, akhirnya Ikram dipertemukan kembali dengan Hasnah dalam satu majlis yang dihadirinya di Penarik Hilir. Pertemuan pertama itu disusuli pula dengan pertemuan yang kedua iaitu pada majlis penutupan kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah dimana Hasnah merupakan diantara peserta yang menerima sijil penyertaan.

Takdir juga telah menemukan Hasnah(Zaleha) dengan ibu Ikram apabila ibunya sakit ketika menunaikan haji di Mekkah. Dengan pertemuan ini, Ibu Ikram sangat berharap Ikram menerima pilihannya iaitu Zaleha. Tanpa disedari, Zaleha itu sebenarnya adalah Hasnah, anak Tok Leman. Kesimpulannya, penyatuan Hasnah dengan Ikram terjadi kerana adanya usur kesetiaan, harapan dan takdir serta restu ibu Ikram.

(3) Pertengkaran yang berlaku antara penulis dengan Yaakob dalam cerpen Sahabat merupakan kemuncak cerpen tersebut. Bincangkan.

Kemuncak ialah klimaks dalam sesebuah

cerita. Ia merupakan satu tahap di mana cerita tersebut berada dalam lingkungan yang paling menarik.Di dalam cerpen Sahabat, perselisihan yang berlaku di anatara Yaakob dan penulis lahir daripada perbezaan perpektif.

Pertengkaran tersebut berlaku apabila Yaakob tidak ingin menyetujui permintaan penulis, Anwar, untuk memanjangkan tempoh penetapannya bersama rakannya Ismail serta isterinya Nuriah di NewYork. Pencetus pertengkaran tersebut juga berpunca daripada sikap Ismail yang tidak menguruskan penyewaan rumah dengan sempurna dengan surat rasmi tetapi dia hanya mengikat janji secara lisan.

Pertengkaran antara mereka berdua kemungkinan tidak akan menjadi puncak cerita jika bukan kerana faktor-faktor berikut. Pada awal cerita sekali, Anwar telah memendamkan perasaan tidak puas hatinya terhadap layanan kurang mesra Yaakob terhadapnya walaupun mereka merupakan jiran sekampung suatu ketika dahulu(hlm 88). Selain daripada itu, Yaakob pernah mengancam untuk mengusir mereka apabila Anwar dan rakannya gagal untuk melunaskan bayaran sewa pada masa yang ditentukan kerana mereka masih belum menerima wang daripada Malaysian Students Department. Yaakob turut merendah-rendahkannya dengan menggelarnya anak kampung (hlm 90&91).

Faktor utama yang mencetuskan pertengkaran disebabkan sikap Yaakob tidak menghiraukan keadaan Nuriah yang sedang sarat dan bertindak mengusir mereka apabila tempoh sewa mereka telah tamat. Anwar amat marah apabila Yaakob teguh dengan pendiriannya untuk meneruskan perjanjian dengan seorang penyewa baru dairpada Hongkong walaupun dia menawarkan untuk meninggikan bayaran sewanya. Ekoran peristiwa tersebut maka pertengkaran antara mereka menjadi klimaks cerpen tersebut.

Watak Yaakob lebih menyerlah sebagai watak antagonis cerpen ini kerana dia digambarkan sebagai seorang yang lupa daratan sebagai orang Melayu serta tidak mempunyai sikap tolak ansur. Maka itu, dia dipaparkan sebagai watak yang mencetuskan konflik. Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, Yaakob tidak patut dilihat sebagai pihak yang bersalah. Apabila pengiriman wang daripada MSD ditundakan sehingga Anwar dan rakannya tidak dapat melunaskan bayaran, Yaakob memberikan mereka peluang untuk terus tinggal di bilik sewa dengan menawarkan pekerjaan untuk mendapatkan wang. Sebelum itu, dia juga memanjangkan tempoh bayaran selama empat hari. Hakikatnya beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang usahawan yang serius.

Pertengkaran ini mungkin dapat dielakkan jika kedua-dua pihak saling memahami. Anwar sepatutnya memahami daripada awal pertemuan mereka lagi bahawa Yaakob seorang yang benar-benar mengamalkan sikap yang tegas dalam pengusahaannya. Sikapnya yang menawarkan bayaran yang tinggi agar Yaakob membatalkan perjanjian dengan penyewa dari Hongkong itu seolah-olah mencabar prinsipnya. Dalam pada itu, Yaakob sebagai pemilik bilik sewa tersebut sepatutnya bersikap lebih fleksibel terhadap penyewa-penyewanya kerana mereka tidak melambatkan bayaran dengan sengaja. Selain itu, dia boleh melonggarkan syarat-syaratnya dalam situasi tertentu.

Diri, bincangkan sejauh mana Nor Aini Muhammad berjaya menggunakan tubuh badan manusia untuk menggambarkan implikasi kerohanian.

(4)Dengan merujuk kepada sajak

Sajak Diri bertemakan mengenai introspeksi diri. Dalam sajak tersebut, Nor Aini Muhammad menggunakan beberapa tubuh badan dan kelakuan manusia untuk menyampaikan pemikirannya. Namun, penyajak kurang berjaya dalam menggunakan tubuh badan manusia untuk menggambarkan implikasi kerohanian. Terdapat hanya satu elemen dalam sajak tersebut yang menerangkan kesan kerohanian melalui penggunaan tubuh badan. Ia dapat dibuktikan melalui rangkap yang pertama.

Dalam rangkap pertama, penyajak menggunakan kekata 'tegak' dan 'bongkok' yang merupakan pergerakan tubuh badan manusia. Kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud bahawa manusia mempunyai dua sifat yang bertentangan, iaitu menyombong atau merendah diri. Penyajak menggunakan pergerakan tubuh badan manusia sebagai gambaran terhadap sifat dalaman manusia. Hal tersebut membuktikan bahawa penyajak telah berjaya menggunakan tubuh badan manusia untuk menggambarkan implikasi kerohanian.

Namun, selebihnya dalam sajak tersebut, penyajak tidak lagi menggunakan tubuh badan manusia untuk menggambarkan implikasi kerohanian. Penyajak telah menggunakan tubuh badan manusia tanpa menerangkan kaitannya dengan kerohanian. Sebagai contoh, dalam rangkap kedua, penyajak menggunakan kekata 'tulang-temulang' dan 'dedaging pejal'. Dalam baris seterusnya pula, penyajak hanya menerangkan bahawa 'yang berkerja di dalamnya(Rangkap 2 Baris 3) bermacam alat (R2B4). Ini membuktikan bahawa penggunaan tubuh badan manusia dalam sajak tersebut tidak memberi sebarang gambaran terhadap implikasi kerohanian.

Penyajak juga tidak menggunakan tubuh badan manusia untuk menggambarkan implikasi kerohanian, sebaliknya menggunakan imejan alam semula jadi. Dalam sajak Diri, penyajak telah menggunakan imejan dan bukannya tubuh badan untuk menerangkan kesan kerohanian. Ini dapat dibuktikan dalam rangkap kelima di mana penyajak menggunakan frasa 'debudebu kuning'(R5B4) dan 'tanah-tanah berbaja'(R5B6) untuk menerangkan keadaan manusia setelah meninggal dunia.

Seterusnya, penyajak juga melahirkan pandangannya tentang aspek kerohanian dengan tidak menggunakan tubuh badan manusia untuk menerangkan. Ini dapat dibuktikan melalui rangkap ketiga, di mana penyajak berpendapat bahawa 'Dalam diri inilah(R3B1)menghuni hidupan seni bernama:(R3B2)hati(R3B3)jiwa(R3b4)nafsu(R3B5)fi kiran(R3b6)iman.(R3B7)' . Berdasarkan rangkap tersebut, ia jelas menunjukkan bahawa penyajak tidak menggunakan tubuh badan manusia untuk menggambarkan impliksi kerohanian, sebaliknya menyenaraikan kehidupan seni, iaitu aspek kerohanian dalam diri manusia seperti hati, jiwa, nafsu, fikiran dan iman.

Kesimpulannya, Nor Aini Muhammad kurang berjaya dalam menggunakan tubuh badan manusia untuk menggambarkan implikasi kerohanian dalam sajak Diri.

Anda mungkin juga menyukai