Anda di halaman 1dari 6

Kolaborasi & Kebolehpasaran Graduan Usahawan Politeknik Mencari Pembekal Entrepreneur di Kemboja Dan Vietnam.

Transformasi Politeknik membuka lembaran baru bagi menerobos peluang kerjaya dan menghasilkan usahawanan berjaya di kalangan pelajar Politeknik, satu lawatan ke Negara Kemboja dan Vietnam telah diadakan pada 15 September hingga 19 september 2011.

Penyertaan ini telah melibatkan 7 orang pegawai pengiring dan 24 orang pelajar yang mewakili setiap Politeknik seperti berikut: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu. Politeknik Hulu Terengganu. Politeknik Kota, Kuala Terengganu. Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Politeknik Jeli, Kelantan. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Politeknik Muadzam Shah,Pahang. Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak. Politeknik Sultanah Bahiyyah, Perak. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Politeknik Mukah, Sarawak. Politeknik Kuching, Sarawak.

Peserta delegasi dan pelajar politeknik bergambar di Puchetong Airpot Cambodia

Delegasi Politeknik diketuai oleh Puan Yusma Bt Mohd Yusoff dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang memberi tumpuan terhadap penerokaan bidang keusahawan strategik Politeknik dengan beberapa pihak terutamanya usahawan-usahawan di Kemboja dan Vietnam.

Datuk Pengiran Haji Mohd Hussein Pengiran Haji Mohd Tahir Nasruddin

Semasa rombongan ke kedutaan Malaysia di kemboja satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Duta Besar Malaysia Datuk Pengiran Haji Mohd Hussin Pengiran Haji Mohd Tahir

Nasruddin di bagunan kedutaan Malaysia di pinggir Phnom Penh. Dalam pertemuan itu, pihak delegasi turut mengutarakan bidang keusahawan yang boleh diceburi oleh pelajar politeknik dan memaklumkan kerjasama yang ingin dijalinkan bersama usahawan di Kemboja.

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Datuk Pengiran Haji Mohd Hussein Pengiran Haji Mohd Tahir Nasruddin

Sesi fotografi bersama Duta Besar Malaysia dan wakil delegasi serta pelajar politeknik bagunan Kedutaan

Semasa di bumi Kemboja, pihak Politeknik turut dijemput mengadakan persembahan kebudayaan yang diepersembahkan oleh pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun Terengganu sempena sambutan hari Malaysia. Majlis yang diakan itu telah disertai oleh Timbalan Perdana Menteri Kemboja Hor Namhong, duta-duta besar Negara luar, pelabur asing, usahawan, jemputan VVIP dan pelajar Malaysia di kemboja.

Cenderahati dari Pihak Kedutaan telah disampaikan kepada Ketua rombongan delegasi Puan Yusma Bt Mohd Yusoff

Sesi fotografi bersama Duta Besar Malaysia dan wakil delegasi serta pelajar politeknik di Naga World Hotel

Ucapan ringkas disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Cambodia HOR Namhong

Sementara itu, persembahan kebudayaan oleh para pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin amat bertenaga dan bagi para jemputan persembahan yang telah diadakan amat menghiburkan dan ini membuka ruang untuk pihak politeknik berkejasama dengan para

jemputan dalam mengadakan persembahan kebudayaan bagi membuka ruang komunikasi yang lebih dekat dengan para usahawan dan pelabur, seterusnya membuka peluang kerjasama dalam bidang keusahawanan yang lebih utuh.

Erica Anak Barnabas pelajar Politeknik Kucing sedang berunding dengan peniaga di Di Centre Market

Kepelbagaian hasil produk tekstil kemboja

Pelajar politeknik turut dibawa ke pusat perniagaaan di Phnom Penh dan dalam pada masa yang sama pelajar ini diberi pendedahan peluang hasil produk yang mampu dipasarkan terutamanya hasil produk tekstil yang harganya lebih murah ditawarkan di Malaysia.

Sesi fotografi bersama bekas mangsa kekejaman pemerintahan Pol Pot

Pihak Delegasi dan Pelajar dibawa melawat ke tapak kawasan mangsa kekejaman Pol Pot dibunuh.

Lawatan ke tempat bersejarah turut memenuhi jadual lawatan dalam memberi pendedahkan tentang keadaan sosiologi masyarakat Phnom Penh yang mampu merangsang minda pelajar mengenali masyarakat kemboja dengan lebih dekat serta memberi kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya menjaga keamanan Negara kita.

Pintu sempadan diantara Kemboja dan Vietnam

Kawasan sekitar di Ben Tham Market

Masa yang begitu pantas memaksa kami meninggalkan kemboja dengan seribu ilmu didada dan seterunya penjalanan membawa kami ke Ho Chi Minh City salah sebuah bandar besar di Vietnam. Dalam masa yang sama pelajar dan delegasi dibawa melihat struktur hasil ekonomi masyakat di Ho Chi Min City yang kaya dengan kepelbagaian hasil produk kraftangan dan penghasilan tekstil yang bermutu tinggi.

Salah satu ekonomi masyakat Vietnam dengan membawa pelancong menaiki sampan menyusuri alur sungai

Kunjugan pihak deligasi dan pelajar Politeknik turut di bawa menyusuri sungai Mekong dan dibawa melawat ke Unicorn Island yang kaya dengan hasil produk keusahawanan terutama produk yang berasakan kelapa. Kehadiran pihak delegasi dan pelajar politeknik turut dipersembahkan dengan nyayian oleh penduduk kampung Unicorn Island yang kaya dengan adat seni masyarakat terdahulu yang masih kekal hingga ke hari ini .

Pasar Malam di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Perjalanan pihak delegasi dan pelajar politeknik berakhir dengan melawat ke pasar malam di Ho Chi Minh City yang kebanyakannya memasarkan hasil produk berasaskan tekstil dan kraftangan disamping harga yang ditawarkan agak murah berbanding di Malaysia. Tranformasi Politeknik membuka lembaran baru dalam merintis pelajar yang berkualiti dalam mempelbagaikan sumber mampu direalisasikan dengan adanya program yang berkualiti. Sesunguhnya kunjungan pihak deligasi dan pelajar Politeknik ke Negara kemboja dan Vietnam ini membolehkan ilmu yang dipahat dibawa ke politeknik masing-masing dan menjadi ilmu yang mampu dikongsikan bersama pelajar lain.

Disediakan Oleh Che Muhammad Ridwan Che Noh


Juruaudio Visual Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Anda mungkin juga menyukai