Anda di halaman 1dari 1

LIRIK LAGU BORIA

Pembuka bicara salam diberi,


Boria anti dadah mengorak langkah,
Melayu, Cina dan ndia bersatu hati,
1 Malaysia membenteras dadah.

Dadah musuh Negara nombor satu,
Perosak generasi harapan bangsa,
Andainya kita buat tak tahu,
Musnahlah generasi pembina Negara.

Setiap warga memain peranan,
Menghapus dadah matlamat utama,
Tak kira bangsa harus sehaluan,
Membenteras dadah tanggungjawab (tugas) bersama.

Dadah gejala perlu dicegah,
Jikalau tidak Negara rugi,
Ubahlah sikap tak ambil kisah,
Takut yang jadi mangsa anak sendiri.

Jauhilah sikap diskriminasi,
Dalam memerangi dadah durjana,
Tak kira bangsa harus dilindungi,
Kerana semuanya anak Malaysia.

Perangi dadah tak kira bangsa,
Membasmi dadah pemusnah negara,
Dadah durjana perlu disita,
Menjadi perosak generasi bangsa.

Ayuhlah rakan, ayuh saudara,
Gejala dadah harus dihapuskan,
Marilah kita berpadu tenaga,
Benteras dadah habis-habisan.

Anasir dadah harus dijauhkan,
Agar tidak terus menular,
Dadah durjana harus dihapuskan,
Musnahkan ia hingga ke akar.

Kami memohon mengundur diri,
Boria anti dadah mengundur langkah,
Salah dan silap harap dimaafi,
1 Malaysia membenteras dadah.

Anda mungkin juga menyukai