ِ يق وبي ْ َم ُي ْف ِط ِر ال ِْعي َديْ ِن َوالت ِ َ ض َّرر بِ ِه أَو َف َّو ِ ْ َّه ِي َعن ص وِم ال د
ان َ َ َ َ َّش ِر ْ ت بِ ه َح ًّقا أ َْو ل ْ َ َ ََّه ِر ل َم ْن ت ْ َ ْ ْ اب الن ُ ب- ٣٥
35 – Bab Larangan Berpuasa Sepanjang Masa Bagi Sesiapa Yang Mendapat Mudharat
Dengannya Atau Yang Mengabaikan Tanggungjawab Dengannya Atau Tidak Berbuka
Puasa Pada Dua Hari Raya Dan Tashrik Serta Keterangan Berkenaan Kelebihan Puasa
Sehari, Berbuka Sehari.
[190] – (…)Muhammad bin Rfi’ telah menyampaikan kepadaku, ‘Abd al-Razk telah
menyampaikan kepada kami, Ibn Juraij telah mengkhabarkan kepada kami, ‘Amru bin Dinr
telah mengkhabarkan kepada kami, adapun ‘Amru bin Aus telah mengkhabarkannya, daripada
‘Abdullah bin Amru bin al-‘s r.a : Adapun Nabi (SAW) bersabda : (( Puasa yang paling
disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud. Dia berpuasa selama setengah tahun dan
sembahyang yang palig disukai oleh Allah ‘azza wajalla ialah sembahyang Nabi Daud a.s.
Dia tidur hingga separuh malam, kemudian bangun (untuk beribadah), kemudian dia
tidur kembali. Dia hanya bangun (beribadah) selepas separuh malamnya)). Aku bertanya :
kepada ‘Amru bin Dinr, Adakah ‘Amru bin Aus bangun (beribadah) pada sepertiga malam
setelah tidur selama separuh malam? ‘Amru bin Dinr menjawab : ya.
2
ص ْو ِمي ِ ِ
َ ُص لَّى اللَّه َعلَْي ه َو َس لَّ َم ذُك َر لَ ه
ِ َ َن رس
َ ول اللَّه
ِ ِ َ ت َم َع أَبِي
ُ َ َّ أ:ك َعلَى َعْب د اللَّه بْ ِن َع ْم ٍرو فَ َح َّدثَنَا ُ قَ َال َد َخ ْل
[191] – (…)Yahya bin Yahya telah menyampaikan kepada kami, Khalid bin ‘Abdullah telah
mengkhabarkan kepada kami daripada Khalid daripada Abi Qilbah telah berkata, Abu al-
telah mengkhabarkan kepadaku, dia berkata, Aku telah bertemu ‘Abdullah bin ‘Amru
bersama bapa kamu. Maka dia menyampaikan kepada kami : “Sesungguhnya telah diberitahu
kepada Rasulullah (SAW) tentang puasaku. Maka, Baginda menemuiku. Aku persilakan
Baginda untuk duduk di atasnya bantal. Baginda duduk di atas tanah sahaja. Dan terletak
bantal itu di antara aku dan Baginda. Maka, Baginda bertanya kepadaku (( Apakah tidak
cukup bagimu berpuasa selama tiga hari dalam sebulan?)) Jawabku, “Wahai Rasulullah,
aku mampu melakukan lebih dari itu” Baginda bertanya : ((lima hari)) Jawabku, “Wahai
Rasulullah, aku mampu melakukan lebih dari itu” Baginda bertanya : ((tujuh hari))
Jawabku, “Wahai Rasulullah, aku mampu melakukan lebih dari itu” Baginda bertanya :
((sembilan hari)) Jawabku, “Wahai Rasulullah, aku mampu melakukan lebih dari itu”
Baginda bertanya : ((sebelas hari)) Jawabku, “Wahai Rasulullah, aku mampu melakukan
lebih dari itu”. Maka, Nabi (SAW) bersabda : (( Tiada puasa melebihi puasa Nabi Daud
iaitu puasa setengah tahun bermakna berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari))”
3
Hadith 190
Hadith 191
Hadis 190
Rasulullah SAW
Ibn Juraij
‘Abd al-Razk
Muslim
Hadith 191
Rasulullah SAW
Abu al-
Abi Qilbah
Khalid
Muslim
7
1. Kita hendaklah berpuasa dan beribadah seperti Nabi Daud kerana pada amalannya itu
terdapat istirehat yang dapat menambah kekuatan badan.
2. Kita hendaklah berpuasa dan beribadah seperti Nabi Daud supaya tidak mengabaikan
tanggungjawabnya yang lain.
3. Kita hendaklah berpuasa juga selain dari bulan Ramadan kerana Rasulullah
menyarankan agar berpuasa untuk kesihatan