Anda di halaman 1dari 3

Notis SPLG dari Admin Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa aplikasi SPLG akan ditutup sementara waktu bagi tujuan migrasi dan penambahbaikan. Pihak kami sedang berusaha untuk membolehkan aplikasi ini dilayari dan dicapai secara sukses kerana pada masa kini terdapat masalah capaian akibat dari bilangan pengguna yang ramai. Server apps1(server 1) & Server 2 (apps.../sgm/spl) dan server didik(server 3) akan ditutup pada 4 November 2011 sehingga dimaklumkan kemudian. Sebarang maklumat berkenaan hosting yang baru akan dimaklumkan kelak menerusi laman ini. Sehubungan itu tarikh pengemaskinian akan dilanjutkan sehingga 30 Disember 2011 bagi SULDP dan Individu untuk mengemaskini maklumat Kursus LADAP, KKL dan BR. Harap maaf dan sebarang kesulitan amat dikesal. Administrator
Notis Perluasan SPLG

Perluasan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) ke semua Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru telah selesai menjalankan taklimat Sistem Pengurusan Latihan Guru di semua Jabatan Pelajaran Negeri. Oleh yang demikian pihak BPG memohon kerjasama semua JPN menjalankan perluasan SPLG kesemua PPD dan sekolah serta memasukkan maklumat-maklumat latihan dari bulan Januari 2011 sehingga Disember 2011. sebagai persiapan pelaporan yang perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Pihak kami mencadangkan tarikh pengemaskinian dilaksanakan sebelum pada 30 November 2011 bagi memudahkan lagi proses penyediaan pelaporan.

Kerjasama Y.Bhg Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan bagi menjayakan usaha ini didahului dengan ucapan terima kasih .
* Surat Perluasan perlu dibuka menggunakan aplikasi yang menyokong format pdf. Sila gunakan sekurang-kurangnya adobe acrobate reader version 7.0

MAKLUMAT BERKAITAN SPLG

URL aplikasi splg di server (apps.moe.gov.my/splg) telah dipindahkan sementara waktu ke server didik dan server apps1. bagi tujuan penambahbaikan dan pengurusan server dengan pihak pembekal hosting. Sehubungan itu proses pengemaskinian maklumat dan data latihan boleh terus dilaksanakan menerusi url seperti dinytakan dibawah. Pihak kami menyediakan 3 server sementara bagi tujuan pengemaskinian. Diminta pihak sekolah hanya mengisi disalah satu server sahaja. . Sila Klik Salah satu dibawah untuk tujuan Daftar Kursus LDP, Kursus Luar(KKL) dan Book Review(BR) SERVER 1

http://apps1.moe.gov.my/abpg
(Ditutup untuk sementara Waktu)

Atau
SERVER 2

http://apps.moe.gov.my/sgm/spl/index.cfm
(Ditutup untuk sementara Waktu)

Atau
SERVER 3

http://www.didik.my/splg
(Ditutup untuk sementara Waktu)

(SULDP hanya perlu mengisi di salah satu url yang dinyatakan diatas. Pihak Kami akan menggabungkan data-data yang pernah dimasukkan di server apps atau didik.
Pihak kami mencadangkan kepada PPD dan Sekolah-Sekolah yang belum pernah

mengisi maklumat kursus LDP sila gunakan link ke sever sementara di url : http://apps.moe.gov.my/sgm/spl ) Data-data yang pernah dimasukkan dan tidak dipaparkan pada paparan sistem. telah di pindahkan ke server backup oleh administrator. Pihak admin akan menggabungkan semula data-data tersebut ke server utama apabila masalah hosting dapat diatasi. Terima Kasih
Modul Individu ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada SU LDP sekolah untuk memasukkan kursuskursus yang di jalankan di sekolah sebelum 31 November 2011. Namun begitu maklumat-maklumat berkaitan Kursus Luar(KKL) dan Book Review(BR) masih boleh di masukan melalui Modul SU LADAP sekolah. Harap Maklum. .
MAKLUMAT BERKAITAN SPLG- Bagi Tujuan Latihan..

Pihak Administrator telah menyediakan Link ke server latihan. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada Penyelaras PPD/ JPN mengadakan latihan dan taklimat kepada SULDP sekolah. Diharapkan Hosting sementara ini akan mengurangkan trafik ke server splg yang sebenar. Sila Klik Link dibawah untuk tujuan latihan

http://apps.moe.gov.my/sgm/spl
Sebarang kesulitan dan kesukaran semasa menggunakan aplikasi ini amat dikesali. Mohon kerjasama Y.bhg Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dapat bersabar dan melayari semula laman Web ini dari masa kesemasa bagi tujuan mengemaskini maklumat Kursus LADAP/ KKL/ BR Terima Kasih atas sokongan yang diberi ...Administrator...

Anda mungkin juga menyukai