Anda di halaman 1dari 5

Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Pergerakan Guru (e-Gerak) Sektor Pengurusan Sekolah, JPN. Perak.

1.0

Tujuan :

Tujuan garis panduan ini adalah untuk memaklumkan tatacara pelaksanaan aplikasi pergerakan Pengetua, Guru Besar dan guru-guru (e-Gerak).

2.0

Latarbelakang :

Melalui Mesyuarat Pengurusan KPPM Bilangan 5/2011, pihak JPN setiap negeri diminta melaporkan pergerakan Pengetua, Guru Besar dan guruguru dalam Mesyuarat Pengurusan KPPM.

Kutipan data secara manual dari daerah mengambil masa yang lama dan menghadapi masalah dari segi keselarasan data yang dikutip oleh JPN.

Pihak JPN perlu satu pangkalan data berkaitan dengan pergerakan guruguru di semua sekolah bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan terancang.

Aplikasi e-Gerak akan dilaksanakan di semua sekolah pada 1 April 2012 bagi tujuan memantau pergerakan Pengetua, Guru Besar dan guru-guru di sekolah.

3.0

Punca Kuasa :

Mesyuarat Mingguan Pengurusan JPN bilangan 9/2012 bertarikh 19 Mac 2012 telah meluluskan Aplikasi e-Gerak ke semua sekolah di Negeri Perak mulai 1 April 2012.

4.0

Tempoh Pelaksanaan :

Tarikh pelaksanaan e-Gerak adalah mulai 1 April 2012 (Namun begitu pihak sekolah juga diminta mengisi pergerakan guru-guru di dalam aplikasi e-Gerak dari Januari, Februari, Mac dan berterusan).Data bulanan perlu dilengkapkan sebelum 1 haribulan bulan berikutnya.

5.0

Tatacara Pelaksanaan

5.1

Peringkat Pelaksana

Di peringkat JPN Perak, pihak yang bertanggungjawab bagi aplikasi ini ialah Sektor Pengurusan Sekolah. Seorang pegawai meja dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam aplikasi e-Gerak. Di PPD pegawai yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan e-Gerak ini ialah Unit Pengurusan Sekolah.

Pada peringkat sekolah, pembantu tadbir bertanggungjawab mengisi maklumat pergerakan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan/Guru

Cemerlang dan guru-guru.

5.2

Peranan Pelaksana

Sekolah :

Mengisi maklumat pergerakan guru-guru dengan tepat ,betul dan terkini. Mencetak analisis pergerakan guru untuk difailkan.

PPD : Memastikan semua sekolah di daerah masing-masing mengisi maklumat pergerakan guru-guru. Memastikan proses pengisian maklumat e-Gerak dapat

dilaksanakan dengan lancar. Membuat analisis pergerakan Pengetua/Guru Besar/Guru-Guru dalam Mesyuarat Pengurusan di PPD. Memantau pergerakan Pengetua/Guru Besar/Guru-Guru di sekolah daerah masing-masing.

JPN : Memastikan aplikasi e-Gerak dapat diakses oleh sekolah-sekolah di Negeri Perak. Memastikan semua sekolah memasukkan maklumat pergerakan berdasarkan maklumat dalam aplikasi e-Gerak. Mengumpul dan menganalisis pergerakan Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Cemerlang dan Guru-Guru. Menyebarluaskan data yang diperoleh kepada sektor-sektor di JPN. Menyediakan laporan kepada Pengarah dalam Mesyuarat

Pengurusan KPPM.

CARTA ALIR PELAKSANAAN APLIKASI e-GERAK NEGERI PERAK

Pembinaan Aplikasi e-Gerak ( SPS )

Mesyuarat Pengurusan JPN Bilangan 9/2012 ( SPS )

Memohon Kelulusan dari JK ICT Aplikasi diupload ke server JPN ( SPS )

Taklimat kepada PPD ( SPS )

Taklimat kepada Pengetua / Guru Besar ( PPD )

Pengisian maklumat di pangkalan data oleh pihak sekolah ( Sekolah )

CARTA ALIR KERJA APLIKASI e-GERAK NEGERI PERAK

MULA

Arahan pengisian daripada Portal JPN & Surat.

Sektor Pengurusan Sekolah mengambil maklum pengisian aplikasi e-Gerak.

PPD memantau pengisian data e-Gerak dalam talian dan menghubungi sekolah yang tidak mengisi data.

Pengetua / Guru Besar memastikan Pembantu Tadbir mengisi maklumat pergerakan guru.

TAMAT 5

Anda mungkin juga menyukai