Anda di halaman 1dari 1

Suatu hari Ibrahim bin Adham telah berkata: Wahai penduduk Basrah, hati kamu semua telah mati

sebab ditutupi oleh sepuluh perkara. Sebab itulah doa kamu tidak dimakbulkan. 1) Kamu semua telah mengetahui bermakrifat kepada Allah tetapi kamu semua tidak memenuhi hak-hakNya. 2) Kamu semua membaca Al-Quran tetapi kamu semua tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Quran. 3) Kamu semua mengakui mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi kamu semua tidak menunaikan sunnahnya. 4) Kamu semua mengaku bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata tetapi kamu semua mengikutinya dan membantu melakukan pekerjaannya. 5) Kamu semua mengaku hendakkan syurga tetapi kamu tidak melakukan amal dan perbuatan yang boleh membawa kamu kepadanya. 6) Kamu semua mengaku akan terselamat daripada neraka jahannam tetapi kamu semua sering melakukan kerja yang menyebabkan kamu mendekatinya. 7) Kamu semua mengaku bahawa mati itu pasti tetapi kamu semua tidak bersiap-siap untuk menghadapi saat mati itu. 8) Kamu semua sentiasa mencari keburukan saudara-saudaramu tetapi kamu tidak cuba untuk menilai keburukan diri kamu sendiri. 9) Kamu semua telah merasai nikmat pemberian Allah s.w.t. tetapi kamu tidak pernah bersyukur pun atas anugerahNya. 10) Kamu semua telah menguburkan orang-orang yang telah mati tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar dari kematian itu.

Anda mungkin juga menyukai