Anda di halaman 1dari 2

Doa adalah senjata umat Islam.

Berdasarkan Hadis Nabi SAW Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan nur bagi langit dan bumi. [Hadis Riwayat Hakim] doa adalah perlu dalam menjalani kehidupan dunia dan tentunya untuk menempuh kehidupan di akhirat yang kekal selamanya dan seterusnya menyerah diri dan segala-galanya kepada Allah dengan tetap melakukan kebajikan dan amal ibadat. Ini kerana doa adalah menunjukkan kehambaan kita kepada Allah. Disamping ia mengajar kita untuk bersabar. Namun, sebagai seorang Islam yang percaya dengan ketentuan Allah, kita harus bersifat redha dengan apa sahaja yang Allah berikan kerana Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Contohnya, seorang wanita berdoa dan meminta kepada Allah agar dia ditemukan jodoh dengan kekasih hati, tetapi dia ditinggalkan oleh kekasih hati. Disinilah redha itu perlu kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Mungkin wanita itu inginkan kebahagiaan dan lelaki itu bukanlah orang yang boleh membahagiakannya. Ini sesuai dengan ayat-ayat Allah dalam Al Quran: "hanya Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus., yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukannya jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat" - Al-fatihah: ayat 5,6 dan 7 "Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" -Al-Baqarah: 153 Namun begitu, kita selalu terfikir mengapakah Allah SWT tidak mengabulkan permintaan dan doa kita? Menurut Sheikh Ibrahim Adham, ada 10 sebab mengapa doa kita tidak diterima dan tidak dimakbulkan oleh Allah SWT 1) Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya). 2) Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya. 4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya. 5) Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya. 6) Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa. 7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. 8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri. 9) Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya. 10) Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya. nauzubillah... Tuan tuan puan puan yg dirahmati Allah sekalian, marilah kita sama sama banyakkan berdoa dalam apa jua keadaan sekalipun terutamanya selepas solat lima waktu. Ini kerana doa itu adalah merupakan suatu permintaan daripada kita sebagai hamba kepada Allah. SWT. Namun begitu haruslah diingat bahawa Walaupun kita selalu berdoa tetapi kita masih melakukan 10 perkara yang disebut tadi, maka Allah SWT tidak akan mengabulkan permintaan dan doa kita

Anda mungkin juga menyukai