Anda di halaman 1dari 2

KEHEBATAN TENTERA ISLAM

DIBAWAH RUBAI B AMIR


KEHEBATAN TENTERA ISLAM DIBAWAH RUBAI B AMIR
Assalamualaikum wbt

Untuk renungan kita sekeluarga dan umat muslimin amnya.....
Pada minggu lepas, 19/11/2010, kuliah maghrib di Surau AnNur bersama Ustaz Zulkifli Ahmad yang
menceritakan sirah mengenai perjuangan Islam dimasa yang lampau dan ada satu cebisan kisah yang
mencuit hati saya yang ingin saya kongsi bersama para sahabat sekelian iaitu mengenai kehebatan
tentera Islam dibawah panglimanya Rubai bin Amir .

Semoga dari nukilan kisah ini akan bertambahnya keimanan kita kepada agama ini dan dapat
menyemaikan bibit-bibit perjuangan Islam dari dalam diri kita. Dalam erti kata lain perjuangan bukan
hanya berteraskan perang dan sebagainya tetapi peperangan kita terhadap kemungkaran yang
seringkali berada didepan mata kita....
Diceritakan disatu ketika itu tentera Islam hendak berperang dengan tentera Parsi yang hebat.
Kekuatan tentera Parsi dibawah Rajanya Rustam yang dianggarkan seramai 120,000 125,000 orang
manakala tentera Islam dibawah Rubai bin Amir dianggarkan hanya seramai 20,000 sahaja.

Sebelum perang bermula maka, Rustam pun mengarahkan pengawalnya memanggil Rubai ke istananya
lalu seketika kemudian datanglah Rubai menghadap Rustam;

Dia masuk keistana Rustam dengan menunggang kudanya sehingga mengoyakkan permadani istana itu.
Beliau masuk keistana tanpa tali sandal, membawa pedang atau tombak dengan menunggang kudanya.
Kuda itu masuk istana Rustam dan memijak permadani lantainya maka para pengawal Rustam pun
berdiri untuk menangkapnya. namun Rubai berkata dengan tenang:

Saya bukan diutus untuk menemui kalian, akan tetapi kalianlah yang mengirim utusan untuk
mendatangkan saya. Jika kalian tak menginginkan kehadiran saya, maka saya akan kembali.
Lalu Rustam menegur kpd pengawal-pengawalnya : Biarkanlah dia, kita yang memerlukannya Lantas
Rubai mengikatkan kudanya kepada satu kerusi kebesaran yang ada.

Sementara Rustam berada diatas singgasana emas, sedangkan orang-orang Parsi duduk. Rubai naik dan
kemudian duduk diatas kerusi kebesaran yang ada. Bajunya berlobang , tanah dan debu mengotori
singgasana emas. Lalu Rustam bertanya kepada Rubai:

Apa yang membuatkan engkau berani benar menghadapi kami? lalu dijawab oleh Rubai bin Amir
dengan penuh bermakna,

Kamu datang kesini dengan berharap akan kembali untuk menemui isteri-isteri kamu tetapi kami
datang kesini dengan berharap kami akan mati disini

Kata-kata itu menyentap keegoan Rustam seketika

Lalu ditanya lagi oleh Rustam kepada Rubai bin Amir;

Apa yang kalian bawa?

Maka Rubai menjawab dengan kata-kata yang masyhur yang sering menjadi inspirasi bagi orang-orang
Islam yang inginkan kemenangan Islam;

"Kami adalah kaum yang diutuskan Allah untuk mengeluarkan sesiapa yang berkehendak daripada
penyembahan terhadap hamba kepada Tuhan yang Esa dan mengeluarkan manusia daripada kesempitan
dunia kepada keluasan dunia dan akhirat serta mengeluarkan mereka dari kezaliman agama-agama lain
kepada keadilan Islam.

Begitulah kehebatan tentera Islam dizaman keagungannya satu ketika dahulu dan muhasabahlah pada
diri kita, sejauh manakah sumbangan kita kepada Islam..Subhanallah..

Anda mungkin juga menyukai