Anda di halaman 1dari 5

Tenaga Kerja Yang Beretika

Pengenalan
Selain daripada peraturan dan undang-undang, kehidupan manusia dibendung oleh etika,
terutamanya etika sosial sama ada dalam bentuk bertulis atau tidak bertulis. Etika sosial
dalam bentuk tidak bertulis telah wujud dalam kehidupan manusia yang bertamadun
sejaka dahulu lagi. Etika sosial yang diterima pakai dalam kehidupan sesebuah
masyarakat adalah etika yang pastinya baik dan menjadikan masyarakat tersebut sebagai
masyarakat yang maju serta memiliki nilai-nilai kehidupan yang baik lagi mulia.

Boleh dikatakan bahawa setiap profesyen pekerjaan pula mempunyai etika kerja yang
tersendiri. Etika kerja bagi sesuatu profesyen itu biasanya digubal oleh ahli-ahli di dalam
profesyen tersebut bagi menjadi panduan dan pegangan mereka dalam melaksankan tugas
masing-masing. Setiap profesyen menghendaki ahli-ahli mematuhi etika kerja yang
digubal bagi meningkatkan mutu dan prestasi kerja mereka. Selain daripada itu etika
kerja digubal dengan tujuan untuk meletakkan martabat sesuatu profesyen itu di tahap
yang tinggi sekali gus dapat meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap mutu
perkhidmatan yang diberikan oleh profesyen tersebut kepada masyarakat.

Etika Kerja Islam


Menurut Model Sistem Pengurusan Islam, etika kerja Islam mempunyai ciri-ciri yang
lebih universal yang terdiri daripada 17 perkara iaitu:

Sabar, Amanah, Ikhlas, Jujur, Cekap, Kreatif, Adil, Berdih, Bersyukur, Tidak
putus asa, Berakhlak, Dedikasi, Berdisiplin, Bertanggungjawab, Tekun,
Sederhana dan Telus.
Ciri-ciri etika kerja di atas sangat penting dan amat sesuai diamalkan oleh setiap pekerja
tidak kira dalam apa juga profesyen. Setiap pekerja terutamanya umat Islam perlu
menghayati dan mengamalkan nilai-nilai etika kerja di atas bagi menjadikan dirinya
sebagai insan yanng merupakan Khalifah Allah di muka bumi ini. Sebagai insan yang
dipertanggungjawabkan melaksankan tugas Khalifah Allah, mereka perlu mempunyai
akal, rohani, jasmani, dan emosi yang mantap supaya dapat melaksanakan amanah Allah
dengan sempurna demi memperolehi keredaanNya di dunia dan akhirat.

Umat Islam perlu mengetahu bahawa setiap tugas atau pekerjaan yang dilaksanakan
bukan hanya sekadar mencari reseki untuk hidup tetapi perlu menjadikan sebagai suatu
ibadah. Di dalam Islam ibadat terdiri daripada ibadat umum dan ibadat khusus.
Melakukan pekerjaan yang baik lagi mulia dan tidak bercanggah dengan syariat adalah
tergulung dalam ibadat umum. Jika umat Islam dapat mengahayati perkara tersebut, pasti
mereka dapat melaksanakan apa sahaja tugas yang dipertanggujawabkan kepada mereka
sebagai pekerja dengan jujur, cekap, amanah dan penuh bertanggungjawab. Mereka akan
berasa takut dan gentar kepada Allah jika mereka mengabaikan tanggungjawab dan tidak
melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Etika Kerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia


Bermula di awal tahun 1990-an, Perkhidmatan Awam di negara ini telah mengalami
reformasi secara besar-besaran di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara YB Tan Seri
Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid. Di bawah pimpinan beliau berbagai perubahan dan
pendekatan baru telah diperkenalkan bagi mematapkan khidmat yang diberikan oleh
setiap anggota dalam Perkhidmatan Awam melalui Budaya Kerja Cemerlang.

Salah satu perubahan yang dibawa ialah menerapkan nilai-nilai murni dan etika kerja
yang positif. Pembentukan sikap dan nilai yang positif itu sangat penting bertujuan untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kelebihan bersaing di peringkat antarabangsa.
Selaras dengan itu sebuah buku bejudul "Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam"
telah diterbitkan dalam tahun 1991 untuk dijadikan rujukan oleh semua peringkat dalam
Perkhidmatan Awam Malaysia. Buku ini telah membantu mempertingkatkan kefahaman
semua anggota Pekhidmatan Awam mengenai nilai dan etika yang perlu dihayati dan
diamalkan.

Secara ringkas kandungan buku ini adalah terdiri daripada perkara-perkara berikut:

• Penerapan Nilai-nilai Islam


• Konsep Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam
• Budaya, nilai dan Etika dalam Pengurusan Organisasi Perkhidmatan Awam
• Sistem nilai yang terkandung dalam peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam
• Etika kerja dalam konteks pengurusan organisasi dan
• Penghayatan nilai-nilai murni dalam Perkhidmatan Awam

Pada tahun 1992, sebuah lagi buku diterbitkan berjudul "Tunggak Duabelas, Penerapan
Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan Awam". Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk
memantapkan lagi usaha-usaha penerapan nilai-nilai murni dalam Perkhidmatan Awam di
semua peringkat. Dua belas nilai murni yang menjadi intipati buku tersebut ialah:

• Menghargai Masa

Menghargai masa bermaksud dapat menggunakan masa secara maksimum


dalam melaksanakan sesuatu yang berfaedah. Menepati masa adalah suatu
tabiat yang harus dibiasakan. Tabiat ini wujud hasil dari ketinggian
maruah diri dan adanya rasa hormat kepada orang lain. Ianya dapat
dilaksanakan dengan baik sekiranya seseorang itu mengamalkan catatan
penggunaan masa setiap hari.
• Kekuatan Membawa Kejayaan

Kekuatan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai


dengan sempurna dan membawa kecemerlangan kepada agensi serta
individu. Keazaman dan kegigihan akan menjadikan kerja yang sukar
berjaya dilaksanakan. Kekuatan hanya akan lahir jika terdapat disiplin diri
yang tinggi.

• Keseronokan Bekerja

Kerja bukanlah suatu yang ringan malah bagi kebanyakan orang ianya
adalah merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun sekiranya kita
mengambil pendirian yang optimis, kita boleh menjadikan kerja itu
sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Untuk itu, kerja harus dianggap dan
dijadikan sebagai ibadah, cabaran atau bidang pengkhususan yang dengan
sendirinya akan menjadikan kita pakar yang diiktiraf.

• Kemuliaan Kesederhanaan

Kesederhanaan adalah sikap menolak keterlaluan sama ada dalam


menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya. Dalam
menjalankan tugas harian, sikap sederhana dalam percakapan, pergaulan,
berpakaian dan lain-lain adalah penting bagi meningkatkan kecekapan
organisasi.

• Ketinggian Peribadi

Peribadi seseorang adalah merupakan "the total personality". Ia


merangkumi perwatakan, sikap, perilaku, gaya dalam pergaulan, baik
dalam organisasi mahupun dalam masyarakat umum. Ketinggian peribadi
seseorang mencerminkan pemiliknya seorang yang berjiwa besar dan
berakhlak tinggi.

• Kekuatan Sifat Baik Hati

Sifat baik hati akan mendorong seseorang itu mengamalkan nilai-nilai


positif yang lain seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbang rasa,
kasih sayang, bersimpati dan suka membantu. Sifat ini akan dapat
menjamin kehormonian sesebuah organisasi. Seorang yang baik hati lebih
mementingkan penyelesaian masalah dari mencari siapa yang bersalah.

• Pengaruh Teladan

Sejarah telah membuktikan tentang betapa banyaknya tamadun yang


membangun lantaran pemimpin yang kuat, berani dan bijaksana.
Pemimpin yang baik akan mempengaruhi pengikutnya dari segi
kepemimpinan, tunjuk ajar, akhlak atau tutur kata yang mendatangkan
kebaikan kepada orang lain. Oleh itu pengaruh teladan yang positif boleh
mendatangkan keuntungan kepada sesebuah organisasi.

• Kewajipan Menjalankan Tugas

Tugas ialah tanggungjawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup


bermasyarakat. Tugas seseorang itu akan terkumpul menjadi hasil yang
besar kepada sesuatu masyarakat yang akan menentukan untung rugi
produktiviti mereka. Tugas mesti dilakukan dengan cekap, cepat, berkesan
dan sempurna. Oleh yang demikian sesuatu tugas itu memerlukan
pengurusan yang baik supaya ianya dapat dikendalikan secara berkesan
dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

• Kebijaksanaan Berhemat

Berhemat adalah suatu sifat yang harus dipupuk sepanjang masa, bukan
sahaja berhemat dari segi wang bahkan dalam perkara-perkara lain seperti
masa, bahan dan penggunaan apa sahaja. Orang yang berhemat bolehlah
dianggap sebagai menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan
itu. Sikap berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu menunjukkan
sesorang itu bertanggungjawab terhadap bahan-bahan yang digunakan.

• Keutamaan Kesabaran

Kesabaran adalah sifat yang dipuji oleh semua agama. Orang yang sabar
menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkannya denga teratur
dan tidak mudah berputus asa. Semangat ketabahan yang ada pada
seseorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaannya dalam
menjalankan tugas.

• Peningkatan Bakat

Bakat adalah sifat yang mendorong ke arah penciptaan, innovasi dan


penyelesaian masalah. Hal ini penting diperhatikan kerana persekitaran
sedia ada sering berubah. Oleh itu sebarang bakat, baik dari segi
pentadbiran, sains dan teknologi, kesenian dan lain-lainnya memberi
manfaat kepada kehidupan manusia.

• Nikmat Mencipta

Kepuasan adalah matlamat akhir bagi setiap usaha yang dilakukan oleh
manusia. Kepuasan yang paling ketara adalah apabila sesuatu ciptaan yang
dihasilkan mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan negara.
Penghayatan terhadap nilai ini akan menggalakkan seseorang sentiasa
mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah.
Ciri-ciri Tenaga Kerja Yang Beretika
Berdisiplin

Ketaatan

Beriltizam

Kecemerlangan

Tanpa Kecacatan

Kualiti

Persaingan di pasaran dunia

Implikasi Tenaga Kerja Yang beretika


Cekap, bersih dan amanah

Hasil kerja yang berkualiti

Menembusi pasaran antarabangsa

Mengekalkan martabat negara

TUGASAN
Jawab Semua Soalan:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan etika kerja? Mengapakah setiap profesyen


pekerjaan mengadakan etika kerja untuk ahli-ahli mereka?
2. Bincangkan kenapakah disiplin penting bagi mencapai tahap kecemerlangan
didalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai