Anda di halaman 1dari 2

24 Jalan Serambi U8/27 Bukit Jelutong 40150 Shah Alam Selangor Tn. Hj.

Rosland Bin Hussein Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3, No.2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor

3 Februari 2012

Tuan
Rayuan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (Tingkatan 1) Tahun 2012

Merujuk kepada perkara di atas, saya Sri Rahayu binti Samsudin, mewakili anak saya, Alya Natasha
binti Nor Azman (Angka Giliran : BHl771006) ingin mengemukakan rayuan kemasukan ke Sekolah

Berasrama Penuh (Tingkatan 1) tahun 2012. Anak saya telah membuat permohonan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 4 October 2011 dan telah memilih Kolej Tunku Kurshiah sebagai sekolah pilihannya. Selanjutnya, dia telah berjaya dipilih untuk menghadiri sesi temuduga di sekolah tersebut pada 19 November 2011. Walaubagaimanapun, dia tidak berjaya mendapat tawaran daripada Kementerian Pelajaran untuk ke sekolah tersebut walaupun dia telah membuat rayuan kepada Kementerian Pelajaran melalui e Rayuan pada 14 Disember 2011. Untuk pengetahuan tuan, saya juga ada memohon melalui Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Tunku Kurshiah di mana saya merupakan bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah, tetapi oleh kerana kuota pelajar adalah terhad, permohonan tersebut masih berada di senarai menunggu. Alya Natasha adalah pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong dari tahun 2006-2011. Dia merupakan seorang pelajar cemerlang dalam bidang akademik serta aktif dalam bidang ko kurikulum. Alya sentiasa mendapat tempat kesepuluh teratas dalam aliran secara konsisten semenjak berada di Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Selain mendapat keputusan SA dalam UPSR, Alya juga telah mendapat keputusan SA dalam peperiksaan PKSR, Ujian Bulanan, Gerak Gempur serta Peperiksaan Percubaan UPSR di Tahun 6. Bersama-sama ini, saya lampirkan surat rujukan daripada Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong serta dokumen-dokumen berkenaan untuk rujukan tuan. Dengan ini, saya ingin memohon jasa baik tuan untuk mempertimbangkan semula permohonan anak saya untuk memasuki sekolah berasrama penuh. Sekian, terima kasih. Yang bena'f,

Derigan ini, saya mengesahkan bahawa Alya Natasha binti Nor Azman adalah merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik serta aktif dalam bidang ko-kurikulum. Dari segi akademik,dia sentiasa mendapat tempat kesepuluh teratas dalam aliran secara konsisten semenjak berada di Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Selain mendapat keputusan SA dalam UPSR, Alya juga telah mendapat keputusan SA dalam peperiksaan PKSR, Ujian Bulanan, Gerak Gempur serta Peperiksaan Percubaan UPSR di Tahun 6. Alya juga banyak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum seperti Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas, Persatuan Kelab Seni & Reka Cipta, permainan bola baling serta pernah mewakili sekolah ke beberapa pertandingan me'lukis dan rekacipta, diantaranya pertandingan melukis poster Asean Day for Disaster Management 2010 dan pertandingan rekacipta binaan daripada bahan kitar semula anjuran Dutch Lady pada tahun ini. Selain daripada itu, dia juga memegang jawatan sebagai Setiausaha Kelab Seni & Reka Cipta and Peno'iong Ketua Kelas.

Yang benar,

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JELUTONG

NORMAH 8T OTHMAN

Guru Besur

S . Bukil

Je\utong

,'0. SG Shah ,o..iam

Anda mungkin juga menyukai