Anda di halaman 1dari 7

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 1 15 Nukilan Dr.

Harlina Halizah Siraj ( Naqibah usrah semenjak 1987)


by Harlina Halizah Siraj on Saturday, November 5, 2011 at 12:02am TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 1 - Peliharalah amanah dan kepercayaan organisasi terhadapmu yang bergelar naqib/naqibah. Perbaharui niat dan tekad menggalas tgjwb dan pengabdian kepada Allah SWT. Lontarkan jauh segala kerisauan dan kebimbangan, tingkatkan pasrah untuk meraih bantuan Allah. Selamat datang ke gelanggang dakwah! Moga istiqamah menjadi kekuatanmu.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 2 - Pastikan niat yang ikhlas menjadi sandaran bagi setiap sesi usrahmu. Kejernihan niatmu menjadi nur yang menghiasi setiap patah kata yg keluar dari mulutmu. Ketulusan nawaitu setiap ahli usrahmu yang sudi hadir menjadi obor pembakar semangat dan azam.Layarilah bahtera usrahmu bersama2 dengan keindahan tekad yang tidak mudah cemar!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 3 - Laksanakan sebaiknya tiga rukun usrah (taaruf, tafahum & takaful) sebagaimana yg dinyatakan oleh AsSyahid Imam AlBanna. Pastikan proses taaruf terus berjalan lancar, agar mudah tafahum dicapai. Bila sudah kenal hati & budi, suka & benci - segeralah pula saling lindung-melindungi. Alangkah bahagianya kelompok manusia yg saling mengasihi kerana Allah SWT!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 4 - Pertingkatkan kemahiran memudahcara proses pembelajaran ahli usrah, mengikut kemampuan masing-masing. Ketahuilah keperluan pembelajaran (learning needs), kekuatan, bakat, kelemahan dan kekurangan mereka. Tempoh lama baru menjadi nuqaba' bukan penanda aras keberkesanan mengendali usrah, sebaliknya penguasaanmu dalam aspek komunikasi belajar berkumpulan.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 5 - Mulakan usrahmu dengan meminta setiap ahli menulis di atas sekeping kertas - TIGA Hasil Pembelajaran /HP (learning outcomes - LO) yg ingin dicapainya melalui sesi usrah bersamamu. Tulislah pula TIGA objektif utama mengapa dikau menjadi naqib/naqibah kumpulan usrah tersebut. Bincangkan HP mereka dan objektifmu bersama2. Adakah di sana titik temu antara apa yg diharapkan oleh ahli usrahmu dan apa yg mahu dikau capai?

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 6 - Selami hati setiap ahli usrahmu, baca bahasa badan mereka - adakah mereka gembira hadir di sesi usrahmu kali ini? Ataupun mereka kelihatan resah, gelisah, tidak ceria, bosan dan tidak sabar mahu pulang? Sebelum menyalahkan mereka, apalah salahnya melihat kepada tahap prestasimu sebagai naqib/naqibah. Moga Allah memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 7 - Wujudkan suasana segar, selamat dan penuh keceriaan dalam sesi usrahmu. Segar - lantaran perkongsian ilmu yang menyuluh & memimpin. Selamat - kerana tiada siapa yg akan menghukum dan mencemuh kekurangan diri yg masih perlu diperbaiki bersama. Ceria - dek kehangatan ukhuwah & tautan hati manusia ikhlas yang mahu Allah melihat kesungguhan mereka.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 8 - Permudahkan proses pemahaman ahli2 usrahmu terhadap bahan tarbiyah yg dihadham bersama. Gunakan analogi, perbandingan dan penceritaan. Paling baik sekiranya pengalaman peribadi masing2 menjadi sandaran perbincangan. Tercetuslah usrah interaktif, proaktif dan kreatif! Sesungguhnya engkau memang pemudahcara (fasilitator) yang hebat!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 9 - Hidupkan usrahmu dengan kesungguhan mengislahkan diri bersama-sama. Naqib/naqibah bukan mahaguru atau mursyid yang tak boleh disanggah. Kita hanyalah `first among equals' - menjadi naqib/naqibah hanya kerana kita sudah terlebih dahulu melalui jalan/marhalah dakwah ini. Ayuh, kita bimbing & pimpin ahli2 usrah utk sama2 meniti liku perjuangan yang masih berbaki panjang.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 10 - Luaskan pembacaan utk membuka ufuk pemikiranmu. Peruntukkan sedikit ruang sesi usrahmu utk perbincangan isu2 semasa. Ransang minda ahli2 usrahmu dgn soalan2 quiz yg mudah dicari jawapannya. Pastikan mereka pulang dengan informasi segar,bugar yg bakal membentuk fikrah sejahtera malar!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 11 - Tanamkan kecintaan terhadap Al Quran ke dalam hati ahli2 usrahmu. Berikan giliran utk setiap ahli usrahmu memilih ayat dan surah mana yg ingin dikongsi baca. Perhatikan makhraj dan tajwid, tegur kesilapan dgn penuh kasih sayang. Sebatikan jiwa mereka dgn keindahan Al-Quran - di mana jua mereka berada, pasti sentiasa berdamping dengan Al-Quran!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 12 - Pastikan setiap tuturkata dan perbuatanmu melambangkan akhlaq yang sejahtera untuk dicontohi oleh ahli2 usrahmu. Berusahalah untuk dikenali sebagai seorang yang baik, sopan, tertib dan berbudi bahasa kepada semua, bukan hanya untuk sekelompok sahabat sejamaah denganmu sahaja. Akui segera kesilapan dan kekurangan jika ditegur. Mulakan harimu dengan titipan doa : Ya Rabb, perelokkan akhlaqku sebagaimana indahnya akhlak Nabi-Mu!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 13 - Pastikan ada sesuatu bekalan yg dapat dibuat ibrah dan pengajaran utk diperhalusi ahli2 selesai sesi usrahmu. Peruntukan sedikit masa utk slot `kesimpulan' dgn bertanya setiap seorg ahli mengenai `lessons learnt' @ `take home messages' yg akan dibawanya pulang. Dari jawapan mereka, dapat dibuat penilaian - siapa yg sudah jelas dan siapa yg masih perlu sedikit lagi bantuan. Moga setiap sesi usrah yg mendatang akan bertambah2 lagi keberkesanannya, InsyaAllah.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH - Tip no. 14 : Bayangkan wajah semua ahli usrahmu dalam doa rabitah di waktu pagi dan petang. Moga terpaut hati dalam iman, taqwa dan semangat juang. Keraplah bertanya khabar, berikan bantuan dgn penuh keikhlasan. Bukakan hatimu buat mereka - agar usrah mampu menjana sekelompok insan yg saling mencintai demi meraih kasih Allah SWT.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH - Tip no. 15 - Pelbagaikan aktiviti dalam sesi usrahmu. Pengisian bahan tarbiah lebih berkesan dgn kreativiti naqib/naqibah & pembabitan aktif setiap ahli. Tajuk diskusi boleh dikupas melalui debat, kuiz, role-play & permainan. Sesekali bila ada yg sudah keletihan, berhenti sejenak, gerakkanlah sendi/tulang & hidangkanlah sedikit juadah. Sesungguhnya kita bukan robot mekatronik yg diprogram utk tidak kenal letih, lesu, penat & jemu!

,,,,,? ,?

738aac8eba242ad1784f3d78ce15bfd0 { AQDBMAjc

Share

31 people like this. 35 shares

50

o
Submit

Shafiqah Chocotop rindu dr.har:) November 5 at 1:00am

o
Submit

Asudi Hamdun Dr Har, semua tips untuk Nuqabaa' ini dapat dibukukan boleh jadi panduan Naqib dan Naqibah..Tip dalam FB adalah terambil, ada pula yang tertinggal...Nanti IBook akan cetak bila dah cukup suatu karya lengkap dan hampir lengkap..Mohon mencadang Dr Har..Abu Muhammad ADIS ElMerbawiy, Dgn Trg. November 6 at 12:45am

o
Submit

Zaimah Yaha Perkongsian yang sgt baik.semoga kita dapat menghayatinya dengan kekuatan yang Allah beri. November 6 at 9:44pm

o
Submit

Khatijah Hassan Thank you so much! November 9 at 10:27am

o
Submit

Utin Shafira jazakillah Tuesday at 3:04am

Anda mungkin juga menyukai