Anda di halaman 1dari 89

Volume 1

April 2012

Page

1
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

KATA ALUAN
Sekapur Sireh dari Presiden Alumni Dari Meja Editor 5

INFO ALUMNI
Program Kerjaya Karnival Sukan Ultimate Mind Camp (UMC) 7 . 9 . 12

ISU CINTA
C.I.N.T.A Kemuncak Cinta Tentang Cinta 15 . 19 . 21

KERJAYA
9 Mitos Mengenai Kerjaya .. 25

PENGALAMAN Bingkisan Sebuah Perjalanan TOKOH-TOKOH Tokoh Alumni : Insan Disegani


Tokoh Guru Page

. 27

. 35
.. 38

2
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

SEMBANG SANTAI
Kahwin Awal : MADU ATAU HEMPEDU Take A Nap Wishes Bayang-Bayang Laut Merah Dibelah : Mitos atau Realiti . 40 44

46 48 . 49

ISLAM
Bersediakah Kita Untuk Menerima Jemputan? 7 Rombongan Iblis Menganggu Ketika Sakaratul Maut Solat Tiang Agama Membongkar Rahsia Solat Secara Saintifik 53

. 56 .. 59 .. 62

KESIHATAN
Stress Obesiti Gejala Sakit Kepala 63 67 71

TEKNOLOGI

Mukadimah Teknologi

73

. 75

Terima Kasih Cikgu Hasnizam!!

. 88

Page

3
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

MAJLIS TERTINGGI ALUMNI MRSM KUALA KRAI Presiden: Wan Mohd Hafiz N. Presiden : Wirdiana Setiausaha I : Nik Imana Setiausaha I : Azliza Arias Bendahari I : Wan Mohamad Izwan Bendahari II : Adnin Nabihah AJK: Wan Mohd Afifi Afiq Imran Hawari Nordin Mohd Ariffudin Najmi Ibrahim Nabila Najat Muhamad Syafiq Wan Rosdi Ketua Editor: Wan Mohamad Izwan P.Ketua Editor: Azri Syazwi Kolumnis dan krew majalah: Wan Mohammad Aidan Wan M. Rosdi Wan Mohammad Hafiz Seif Khales Noorfurqan Nur Nabila Najat Najmi Ibrahim Hawari Nordin Siti Zaharah Alia Ajlaa Mohammad Adam Wan Nursoibah Abdul Hilmi Azri Syazwi Nursyahida Muhamad Syafiq Ariff Awang Hasmiera Hashim Nik Nur Imana Hazroy Faizal Izzatul Fahimah Syaza Amalina Fauzi Khairul Fakrullah Afiq Imran

Page

Untuk segala perkembangan semasa tentang program Alumni anda boleh melayari group Facebook Rasmi Alumni MRSM Kuala Krai di https://www.facebook.com/groups/mrsmkualakrai/
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh melayari group facebook alumni seperti diatas.

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Sekapur Sireh
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya berharap agar semua pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dari Tuhan yang Maha Esa hendaknya.Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga pihak krew-krew majalah menyempurnakan Majalah Alumni MRSM Kuala Krai yang buat julung-julung kalinya, iaitu Edisi Pertama April 2012. Idea untuk menghasilkan majalah ini telah dibincangkan bersama pihak sekolah dan juga jawatan kuasa Alumni sendiri. Majalah ini akan diterbitkan secara berkala iaitu setiap dua bulan sekali bermula pada bulan April 2012. Majalah ini akan diterbitkan dalam bentuk E-Majalah dan akan di usahakan untuk diterbitkan dalam bentuk hardcopy. Usaha untuk menghasilkan Majalah Alumni ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara Alumni dan pihak MRSM Kuala Krai amnya, di samping dapat membincangkan isu-isu semasa serta berkongsi informasi serta pendapat. Dengan penghasilan majalah ini, saya amat yakin bahawa, Alumni MRSM Kuala Krai merupakan Alumni yang terbaik dan bersemangat waja untuk menabur bakti kembali kepada MRSM Kuala Krai tercinta disamping dapat berinteraksi sesama Alumni itu sendiri. Dengan kesungguhan, iltizam dan dedikasi yang jitu dari pihak pengarang dan editor maka Majalah Alumni MRSM Kuala Krai Edisi Pertama yang berkisarkan isu cinta ini telah Berjaya disiapkan dengan sepenuhnya walaupun terdapat banyak halangan masa, perhubungan dan sebagainya diantara pihak penulis, editor dan saya sendiri. Penubuhan krew majalah ini bermula pada awal Mac 2012 dan usaha tersebut masih diteruskan sehingga kini. Pihak Alumni telah menghantar emel jemputan sebagai pengarang kepada Alumni-alumni yang mengisi borang kerjaya tempoh hari. Alhamdulillah sambutan dan kerjasama yang diberikan amat memuaskan.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bonda Pengetua MRSM Kuala Krai yang bertindak sebagai Penaung Alumni MRSM Kuala Krai,guru penasihat penerbitan majalah ini iaitu Cikgu Norma dan juga penasihat Alumni MRSM Kuala Krai iaitu Cikgu Hasnizam, Kaunselor MRSM Kuala Krai serta mana-mana pihak yang telah menjayakan penerbitan majalah ini secara langsung atau tidak langsung. Akhir kata dari saya, untuk memastikan Alumni kita terus maju kehadapan kita seharusnya bersama-sama berganding bahu bagi mencapai cita-cita yang murni ini. Bersatu teguh, bercerai roboh. Sekian kata dari saya, Wassalam.

Wan Mohammad Hafiz

5
Page

Presiden Alumni MRSM Kuala Krai Harvard University 2011-2012, UiTM 2007-2011

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Dari Meja Editor...


Alhamdulillahi rabbil alameen, segala pujian bagi Allah atas tulisan ini. Telah lahir sudah majalah sulung alumni MRSM Kuala Krai buat kali pertamanya. Terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi memberikan kerjasama serta komitmen dalam menjayakan majalah ini. Saya ucapkan ribuan penghargaan kepada Wan Mohammad Hafiz Wan Razali yang telah menjadi tunjang utama dan pencetus idea dalam setiap pergerakan kami sehingga lahirnya majalah ini. Tanpa dia, kami tidak mampu melangkau jauh kehadapan seperti ini. Begitu juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Fauzi kerana telah menyokong segala usaha daripada pihak kami dan juga atas tunjuk ajar yang telah beliau berikan. Pada mulanya saya tidak begitu yakin akan keluaran sulung majalah ini memandangkan masing-masing sedang sibuk menjalani proses pembelajaran di universiti mahupun mereka yang telah pun bekerja. Namun, saya begitu terkejut apabila idea yang dicetuskan oleh saudara Hafiz itu mendapat reaksi positif daripada kawan-kawan yang lain dan kebanyakan mereka telah menawar diri untuk menjadi kolumnis (penulis) untuk majalah ini. Jauh dalam hati saya berpendapat amatlah rugi jika peluang ini tidak digunakan sepenuhnya oleh kami. Walaupun ada diantara kami yang tidak berapa mahir dalam menulis artikel, tetapi semangat untuk berkongsi itu sentiasa berkobar-kobar dalam diri kami semua. Saya mengakui mungkin terdapat banyak kelemahan dan kesilapan yang berlaku semasa proses pembacaan saudara saudari sekalian. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas kekurangan itu dan InshaAllah ianya akan sentiasa dipertingkatkan oleh kami dari semasa ke semasa. Saya juga memerlukan bantuan para pembaca agar menegur kesalahan kami dan sentiasa menyokong perjuangan kami ini. Bagi keluaran yang pertama ini, kami telah sependapat untuk merungkaikan isu berkenaan C-I-N-T-A untuk tatapan saudara saudari semua. Kami yakin, pasti ramai orang terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah mahupun universiti ini pernah mengalami perasaan ini. Namun bagaimanakah cara untuk kita menguruskannya? Cinta itu fitrah, jika ia disalahguna boleh menjadi fitnah. Adakah perkataan cinta itu setakat cinta kepada pasangan berlainan jantina? InshaAllah semua jawapan ini akan terjawab apabila saudara saudari
Page

membaca majalah ini. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Akhir kata, salam perkenalan dari meja Editor.

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Program Kerjaya Bersama Alumni Kuala Krai


Oktober 2012 Disediakan oleh: Lonelypria
Oktober 2012, MRSM Kuala Krai akan mengadakan satu program yang dinamakan sebagai Program Kerjaya bersama Alumni MRSM Kuala Krai. Pada kali ini , pihak Alumni akan berusaha untuk memastikan adik-adik di MRSM akan sedikit sebanyak terdedah dengan kerjaya yang bakal mereka capai di masa akan dating serta memberikan impak yang maksima untuk adik-adik supaya terus berusaha gigih untuk mencapai cita-cita yang murni. Seperti pengalaman yang pernah dilalui oleh kebanyakan Alumni, kebanyakan daripada kami terkapai-kapai sewaktu membuat pilihan bidang yang ingin kami ceburi selepas mendapat keputusan SPM. Oleh itu, kami tidak mahu adik-adik menghadapi situasi yang sama dengan kami dengan memberikan pendedahan yang awal kepada adik-adik dan adik-adik akan lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari tersebut nanti dengan tenang.. D Disamping itu, pihak alumni juga merasakan Kerjaya tanpa Islam adalah siasia. Oleh itu, kami akan berusah untuk menjemput salah seorang individu agak terkenal untuk berkongsi idea.Individu tersebut ialah Ustaz Azhar Idrus. Sudah tentu ramai sekali di luar sana yang meminati ceramah yang disampaikan oleh ustaz yang tidak asing lagi di Malaysia ketika ini. Ustaz Azhar Idrus. Sebut saja nama itu pasti ramai yang mengenali beliau meskipun tidak mengikuti siri ceramahnya. Ternyata gaya penyampaian yang mudah dan bersahaja serta ditambah aura tersendiri yang ada pada ustaz Azhar telah berjaya menarik ribuan jemaah sama ada golongan muda, dewasa atau yang sudah berusia untuk bersama- sama dalam majlis kuliah agama yang disampaikan oleh beliau.Beliau dilahirkan pada 12 Febuari 1968 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal dari sekolah-sekolah Inggeris antaranya Sekolah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu. Dikatakan juga beliau pernah menjadi guru muzik sekitar tahun 1985.

Page

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Latar Belakang Pendidikan agama beliau:: Guru pertama: Tuan Guru Hj Syed Mokhtar Tamat lebih kurang 40 buah kitab2 jawi secara talaqi Guru kedua: Al-Fadhil Tuan Guru Mohd Tahir Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim Mula mendalami kitab2 bahasa arab seperti Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh Guru keempat: Tuan Guru Hj Hasyim Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh Guru kelima: Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah Guru keenam: Tuan Guru Hj Muhammad Zubir Mendalami ilmu fiqh & nahwu Guru ketujuh: Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan ) Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh InsyaAllah, pihak Alumni akan berusaha untuk menjemput Ustaz Azhar Idrus untuk turut serta dalam satu slot Islam dan Kerjaya. Doakan agar Ustaz Azhar Idrus mempunyai kelapangan untuk turut serta bersama kita. Yang baik itu dating dari Allah, yang kurang itu adalah kelemahan saya sendiri.

Page

8
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Karnival Sukan Alumni MRSM Kuala Krai Oleh: Mohamad Hawari bin Nordin

Kenangan dan memori indah sewaktu zaman persekolahan tidak mungkin dapat dilupakan oleh setiap pelajar lepasannya. Cuaca, suasana, gelagat rakan-rakan dan guru seakan-akan kembali mengetuk perasaan rindu dan menggerakkan hati ini untuk kembali berbakti kepada sekolah lama yang ditinggalkan. Bagi ahli alumni MRSM Kuala Krai, perasaan rindu terhadap sekolah lama sentiasa terubat dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Alumni di kampus Kuala Krai. Antara aktiviti menarik yang pernah dijalankan oleh pihak alumni ialah karnival sukan yang diadakan pada 10 dan 11 Jun 2010.Karnival sukan ini melibatkan pelajar-pelajar menengah atas dan bekas-bekas pelajar MRSM Kuala Krai. Aktiviti seperti ini bukan hanya sekadar untuk mengisi aktiviti bagi pihak alumni, tetapi juga bermatlamat untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pihak alumni dengan pelajar-pelajar terutama yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Waktu ini juga para pelajar boleh mengambil kesempatan untuk mendengar pengalaman serta mengambil tips yang berguna daripada para senior mengenai kejayaan mereka dan kehidupan yang sedang mereka lalui di universiti sekarang. Pelbagai aktiviti sukan telah dianjurkan pada karnival sukan ini seperti pertandingan khemah tercantik, badminton, ping pong, tenis, bola sepak, bola baling, bola jaring, sukaneka dan lain-lain lagi. Karnival ini berlangsung dengan penuh meriah. Semua yang mengambil bahagian telah bermain dengan penuh bertenaga dan dengan semangat kesukanan yang tinggi. Walaupun karnival ini hanya melibatkan ahli alumni dan pelajar-pelajar MRSM, namun ia seperti tidak menjadi penghalang untuk mereka berganding bahu dan saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Lebih melucukan, hampir kesemua pertandingan yang diadakan telah dimenangi oleh pasukan junior, manakala pasukan yang terdiri daripada bekas pelajar hanya kelihatan termengah-mengah dan mengakui kehebatan adik-adik mereka. Walaupun begitu, hakikatnya semua bakat-bakat ini lahir dari institusi yang sama, iaitu MRSM Kuala Krai.

Page

Meskipun program ini hanya berlangsung selama dua hari, pelbagai faedah dan input positif telah diperolehi setiap peserta. Bengitulah adat permainan, ada yang kalah ada yang

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

menang, ada yang menggondol hadiah dan ada yang hanya mendapat penat. Namun misi sebenar program ini adalal untuk merapatkan jurang ukhwah antara bekas pelajar dengan pelajar MRSM telah berjaya dicapai. Kami di pihak Alumni, sentiasa mencari idea yang terbaik bagi membantu dan membimbing adik-adik di MRSM Kuala Krai untuk mencapai kejayaan sebagai tanda membalas jasa-jasa guru yang membentuk kami selama kami menuntut di MRSM Kuala Krai sehingga menjadi insan yang berguna seperti sekarang sungguhpun kami menyedari jasa-jasa tersebut seperti tidak mampu untuk dibalas.

Page

10
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

11
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

U
lain.

LTIMATE MIND CAMP (UMC)


Ibarat sirih pulang ke gagang, itulah peribahasa yang dapat digambarkan mengenai kepulangan kembali sebahagian kecil bekas pelajar ke MRSM Kuala

Krai. Rasa kecintaan yang mendalam terhadap MRSM Kuala Krai akhirnya membawa mereka sekali lagi ke sekolah (MRSM) ini untuk menabur bakti dengan menjalankan beberapa program kecemerlangan dan motivasi bersama pelajar-pelajar lain dalam program Misi Pulang Ke Gagang. Misi ini telah mendapat sambutan yang positif daripada guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah (MRSM). Inisiatif sebegini adalah merupakan satu titik permulaan yang amat baik untuk meneruskan kesinambungan khidmat sosial kepada pelajar

Program Ultimate Mind Camp (UMC), hasil cetusan idea Wan Mohd Hafiz, Presiden Persatuan Alumni MRSM Kuala Krai telah berjaya dilaksanakan pada 14 dan 15 Mei 2010. Perlaksanaan program selama dua hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan kerjaya dan bidang pengajian yang akan ditawarkan selepas tamat persekolahan memandangkan pelajar yang telibat adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. Satu jawatankuasa khas yang diketui oleh Wan Mohd Hafiz telah dibentuk khusus untuk memastikan kelancaran program tersebut. Seramai 60 orang bekas pelajar dari Persatuan Alumni MRSM Kuala Krai yang terdiri daripada bekas pelajar dari tahun 2003 hingga 2008 telah diberi mandat untuk menjalankan tugas sukarela sebagai fasilitator untuk program ini. Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung. Sebagai contoh sesi suai kenal bersama kumpulan, perlaksanaan latihan dalam kumpulan (LDK) oleh fasilitator, aktiviti rekreasi dan

12
Page

pengenalan kerjaya. Melalui perlaksanaan LDK, fasilitator berpeluang untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman di alam universiti bersama para pelajar. Ini secara tidak langsung dapat memupuk perasaan kasih sayang dan keserasian dalam kalangan mereka. MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Untuk mencapai objektif UMC, satu aktiviti berkaitan pengenalan kerjaya telah dijalankan di Dewan Seri Mara. Setiap fasilitator telah dibahagikan mengikut bidang kerjaya masing-masing dan mereka dikehendaki untuk memberikan penerangan dan berkongsi pengalaman berkaitan bidang kerjaya tersebut. Melalui saluran ini, sedikit sebanyak ia dapat memberikan idea kepada para pelajar tentang kerjaya yang bakal mereka ceburi selepas tamat persekolahan. Di akhir program, satu majlis perasmian telah diadakan untuk memperkenalkan laman sesawang rasmi alumni MRSM Kuala Krai. Majlis perasmian penutup dan pelancaran laman sesawang alumni MRSM Kuala Krai telah disempurnakan oleh pengetua MRSM Kuala Krai, ayahanda Ahmad Nazir Lateh. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat membantu pihak sekolah (MRSM) dalam meningkatkan lagi pencapaian para pelajar pada masa hadapan. InshaAllah.

PENULIS: NIK IMANA

Page

13

nana90_starcruises@yahoo.com

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

14
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

C.I.N.T.A.
Ia merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Dari sekecil bayi sehinggalah dewasa, kebanyakannya akan menyamakan cinta dengan bahagia. Oleh: Zaa

Apabila cinta diperkatakan, semestinya kita mempunyai tanggapan ataupun pandangan yang tersendiri tentangnya. Rata-rata mendefinisikan cinta sebagai suatu perkara yang positif dan membahagiakan. Pastinya setiap daripada kita mempunyai definisi yang berbeza mengenai cinta. Adik-adik dan sidang pembaca yang dikasihi, Tak kenal maka tak cinta, itu pepatah orang melayu tentang cinta. Jadi mari kita lihat definisi cinta dari pelbagai sudut. Berikut adalah antara beberapa definisi cinta yang boleh kita rujuk. Menurut bahasa, cinta berasal daripada perkataan al-hubb atau al- hibb yang membawa erti kasih sayang atau cinta manakala menurut istilah pula cinta bermaksud kecenderungan atau ikatan hati yang berlaku antara kedua-dua belah pihak yang mencintai. Ada pelbagai kategori cinta dalam dunia ni untuk pengetahuan adik-adik dan pembaca. Yang pertama dan utama semestinya adalah cinta kepada Pencipta dan rasulNYya, kemudian barulah cinta kepada makhlukNya termasuklah ayah ibu, sahabat, adik beradik dan lain-lain tak lupa juga cinta kepada keinginan atau harta selain daripada Allah. Harus kita ingat cinta yang sebenar adalah cinta yang didasari syariat Allah. Cinta ini adalah cinta yang mahal dan tak semua orang berjaya untuk mengecapinya. Namun tak juga mustahil untuk kita mendapatkannya dengan izin Allah.

Page

15
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Adik-adik dan sidang pembaca. Untuk artikel pada kali ini, suka untuk saya berbicara tentang cinta pada Pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah swt. Saya yakin pembaca sememangnya mencintai Allah bukan? Alhamdulillah. Pernah tak kita terfikir apa yang sudah kita lakukan untuk membuktikan bahawa kita betul-betul cinta dan sayangkan Allah? Adakah kita pasti sudah cukupkah pemberian cinta ini kepada-Nya? Jom, kita sama-sama renungkan. Adik-adik dan pembaca yang dirahmati, Syukur kepada Allah kerana Dia sudah memilih kita untuk menjadi khalifah ataupun pemimpin di dunia ini dan bukan diciptakan sebagai makhluk lain seperti haiwan mahupun tumbuhan. Tetapi Allah yang Maha pengasih itu menciptakan kita sebagai makhlukNya yang paling sempurna. Kita dapt lihat sendiri,Allah telah membuktikannya dalam Al-Quran yang manusia ini adalah sebaik-baik kejadian. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaikbaiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). (at-Tin:4)

Baiknya Allah ini terhadap kita. Oleh itu, sebagai makhluk Allah yang terbaik, kita seharusnya tahu bahawa penciptaan manusia ini bukanlah penciptaan yang sia-sia. Allah tidak akan mencipta sesuatu tanpa tujuan bukan? Mari kita rujuk kembali Kitab Allah, kita tengok salah satu tujuan penciptaan kita di muka bumi ini. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Az-Zariyat : 56)

Page

16
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Lihatlah semua, kita memang diciptakan untuk menyembah dan beribadat kepadaNya. Tidak perlu untuk kita kusutkan pemikiran apabila berbicara soal ibadah. Tidak perlu pun untuk kita bayangkan perbuatan beribadah itu tempatnya hanyalah di masjid ataupun surau. Islam merupakan agama yang fleksibel dan menyenangkan. Adik-adik dan pembaca pasti tahu bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan nama Allah akan dikira sebagai ibadah oleh-Nya. Subhanallah, lihatlah betapa senangnya umat Islam untuk mendapat pahala. Hanya membetulkan niat, amalan kita terus dikira. Ibadah dapat dikelaskan dalam dua bahagian iaitu ibadah khusus dan ibadah am. IBADAH KHUSUS Solat Puasa Zakat Haji IBADAH AM Buat baik pada ibu bapa Belajar zikir Memberi salam Bersedekah Menolong orang yang dalam kesusahan, guru, rakan-rakan Makan, minum, bersukan dan sebagainya

Terlalu banyak ibadah yang boleh kita lakukan sehingga tidak dapat saya senaraikan semua. Dalam seharian kita, apabila sesuatu perbuatan dimulakan dengan menyebut nama Allah, InsyaAllah ianya akan menjadi ibadah. Mesti ada yang tertanya-tanya apa kaitan ibadah dengan cinta? Sebenarnya, apabila cinta itu disalurkan dengan cara yang betul, ianya juga dikira sebagai ibadah.

17
Page

Sebagai contoh, cinta kepada Ayah, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada guru, semuanya ibadah. Namun, apabila cinta itu tidak diuruskan dengan betul seperti cinta
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

kepada rakan berlainan jantina sehingga membawa kepada perkara-perkara yang boleh mendekati zina, ianya bukan ibadah bahkan ianya sesuatu yang boleh menggugat cinta kita kepada pemilik cinta yang asal (Allah). Ianya sudah menjadi maksiat. Cinta itu fitrah, apabila disalah guna boleh menjadi fitnah!

Cinta itu fitrah, apabila disalah guna boleh menjadi fitnah!


Adik-adik dan para pembaca sekalian, Ruginya kalau kita tidak merebut peluang ibadah ini lebih-lebih lagi buat adikadik yang masih muda, banyak sebenarnya perkara yang adik-adik boleh lakukan. Kalau boleh, kita tidak mahu diri kita tergolong dalam golongan yang Allah sebutkan dalam surah yang selalu dibaca ketika pengakhiran majlis iaitu surah Al-Asr dimana Allah berfirman: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(Al-asr: 1-3)

Saya harap sedikit sebanyak penulisan pada kali ini dapat memberi manafaat kepada kita bersama. Ingat, cinta Allah itu cinta yang abadi. Sama-sama kita berdoa agar ditetapkan dalam agama suci ini iaitu agama Islam. Apalah sangat kecintaan kita pada Allah jika hendak. Dibandingkan dengan rahmat-Nya yang tersangatlah luas. Jadi, sama-sama kita top-up iman kita agar kita dapat menjadi hamba yang benarbenar mencintaiNya.

Page

18

Wallahualam.

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Kemuncak Cinta
Oleh :Wan M.Rosdi

Ketahuilah bahawa mahabbah seorang hamba bererti ketaatan dan kepatuhan dirinya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Ada pun mahabbah Allah kepada hamba adalah pemberian nikmatNya berupa keampunan. Jika seseorang hamba mengetahui bahawa kesempurnaan yang hakiki hanyalah milik Allah dan setiap kesempurnaan yang dilihat dari dirinya atau dari orang lain itu adalah berkat pertolongan Allah jua, tentu cintanya hanya akan

menjurus kepada Allah. Pertamanya, dia taat kepada Allah, kemudian barulah mahabbah itu pula akan wujud dalam bentuk taat dan patuh kepada Rasullullah SAW dalam ibadahnya.

Hamba yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah sudah semestinya begitu merindui pertemuan dengan-Nya. Diceritakan bahawa Asiah, isteri Firaun merahsiakan bahawa dia beriman kepada Allah dari Firaun. Setelah Firaun mengetahui keimannya, dia memerintahkan para pengawalnya supaya menyeksa isterinya dengan bermacam-macam seksaan. Lalu Firaun berkata, Murtadlah engkau! Asiah tidak mahu murtad lalu dengan segera tubuhnya diikat pada beberapa pancang kecil dan Firaun mengherdiknya lagi, Murtadlah

Page

19

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

engkau!. Asiah berkata, Engkau tahu jiwa ragaku dalam penjagaan Allah. Kemudian Musa A.S. lalu di hadapannya maka dia berkata, Wahai Musa! Khabarkan kepadaku, apakah Tuhanku rela atau murka padaku? Musa A.S. menjawab.Wahai Asiah, semua Malaikat langit merindukan dan Allah memujimu. Dia berkata, mintalah kepada-Ku akan Kupenuhi! Lalu Asiah berkata yang telah diceritakan dalam Al-Quran: Ya Tuhanku bangunkan aku untukku di sisi-Mu rumah di syurga. Selamatkan aku dari Firaun dan perbuatannya. Dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim. (Q.S.Tahrim:11) Hasan berkata, kemudian Allah SWT menyelamatkan dan mengangkatnya ke syurga. Ia makan dan minum dengan senang lenang. Hal tersebut merupakan dalil bahawa memohon daripada Allah, berlindung kepadaNya, dan memohon pertolongan kepada-Nya daripada segala kesulitan dan bencana adalah perbuatan orang soleh dan adab orang Mukmin.

Betapa golongan terdahulu menjaga iman mereka lantaran cinta kepada Tuhan yang Esa. Semoga Allah S.W.T. meluruskan dan membimbing kita yakni umat akhir zaman ini, menerima amal kita, dan juga

menganugerahkan khusnul khatimah kepada kita. Semoga kita dikurniakan syafaat dariapada baginda Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak nanti. InsyaAllah.

Page

20
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Tentang Cinta
Oleh : Hazroy Faizal

Ramai orang sering bercakap mengenai cinta. Namun adakah mereka faham apa itu cinta? Mungkin apabila disebut cinta, kita akan merasakan bahawa cinta itu adalah hubungan yang terjalin antara lelaki dan perempuan berdasarkan suka sama suka ataupun bertepuk sebelah tangan sahaja. Lebih-lebih lagi pada usia remaja, dimana rasa cinta dan minat terhadap seseorang membuak-buak dari hari ke hari dan cinta tersebut sarat dengan hawa nafsu dan menyimpang jauh dari matlamat yang asal. Malah ramai yang menyalah ertikan makna sebenar cinta sehingga terdorong untuk melampaui batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin. Tetapi, jika kita meneliti makna cinta, pada asalnya ia adalah kasih sayang terhadap sesuatu benda atau perkara. Cinta itu tidak semestinya mencintai seseorang, mungkin sesetengah manusia boleh mencintai perkara lain umpamanya ilmu, kekayaan, pangkat dan pujian. Pada hakikatnya, makna cinta itu terlalu luas dan amat susah untuk diterjemahkan. Namun disini, saya ingin mendefinasikan cinta yang patut ada dalam diri seseorang muslim bila mana seseorang itu mencintai manusia yang lain. Mengapa kita mencintai mencintai mereka? Jika saya bertanya kepada seseorang, mengapa kamu menyayangi emak kamu? Dia mungkin akan menjawab, sebab dia melahirkan saya, menjaga saya dengan penuh kasih sayang ketika saya masih kecil hinggalah sekarang. sesuatu atau seseorang? Apa sebab kita

21
Page

Namun adakah cinta sebegitu yang anda rasakan cinta tulus dan abadi? Ya? Jadi, ini bermakna jika ibu kita tidak menjaga kita dengan baik,adakah kita akan membenci mereka?
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Kalau begitu apakah perbezaan seorang muslim dengan seorang yang bukan muslim jika dia juga mempunyai kefahaman cinta yang sama seperti yang saya nyatakan di atas? Dia pun seorang bukan muslim yang juga menyayangi ibunya kerana jasanya. Perkara ini bukan hanya cinta untuk ahli keluarga sahaja, namun ianya juga boleh diaplikasikan dalam hidup kita sebagai seorang pelajar, guru, ibubapa, pemimpin dan sebagainya. Firman Allah S.W.T: Dan diantara manusia ada yang menyembah tuhan selain Allah sebagai

tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itumelihat, ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah sangat berat azab-Nya (nescaya mereka menyesal)-surah al-Baqarah:165
Rasulullah s.a.w juga bersabda:

Tidaklah seorang hamba beriman hingga aku menjadi orang yang lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya dan manusia semuanya. (HR.
Bukhori) Berdasarkan firman Allah S.W.T dan sabda Rasulullah S.A.W. diatas, cinta yang paling agung adalah mencintai Allah dan rasul lebih daripada mencintai perkara-perkara lain. Justeru itu, cinta yang dicurahkan kepada makhluk hendaklah semata-mata kerana Allah dan rasul-Nya. Oleh yang demikian, ianya memerlukan kita untuk menjadi individu muslim yang sebenar iaitu dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan dan menjadikan kitab Allah iaitu al-Quran dan sunnah rasul sebagai pegangan hidup kita yang paling utama. Bersesuaian dengan hadis ini: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang

22
Page

dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
Hadis ini berkenaan tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di padang mahsyar, dimana tiada tempat berteduh selain bayangan arasy Allah dan matahari boleh diibaratkan jaraknya hanya sejengkal di atas kepala kita. Suka untuk saya mengambil salah satu golongan tersebut iaitu dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dimana kedua-duanya

berkumpul dan berpisah hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Page

23
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Jika kita meneliti hadis ini, Allah telah menekankan bahawa hanya orang yang berkasih sayang dan berjumpa atau berpisah hanyalah untuk mendapatkan redha Allah semata-mata adalah orang yang bakal mendapat lindungan arasy-Nya. Begitulah juga kita, apabila kita mencintai seseorang, ini bermakna kita perlu mencintai dia hanyalah kerana Allah dan mesti dengan harapan untuk mendapatkan redha-Nya. Kita juga perlu menjalankan tugas kita sebagai seorang hamba, mengikut segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Pada masa yang sama, kita mesti menjalankan tugas amal maruf nahi mungkar iaitu mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Oleh itu, jika kita ikhlas mencintai seseorang, secara automatik kita akan memastikan dia dijauhi maksiat dan sentiasa menasihatinya untuk melakukan kebaikan. Pada masa yang sama kita juga perlu mereka memberi yang pertolongan memerlukan. kepada Hal ini

kerana orang muslim itu bersaudara. Umpamanya apabila salah satu bahagian tubuh kita merasai kesakitan, seluruh tubuh kita juga akan merasa sakit. Begitulah juga sikap kita terhadap muslim yang lain, jika mereka mengalami kesusahan, kita juga sepatutnya akan berasa susah. Begitulah indahnya Islam ini yang memberi jalan untuk manusia menguruskan perasaan cinta. Namun kadang-kala manusia banyak menyimpang jauh dari jalan yang benar kerana apa yang difahaminya tentang cinta bercanggah dengan apa yang diajarkan dalam Islam. Wassalam.
Page

24
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

9 MITOS MENGENAI KERJAYA


CIkgu Loh

1.Memilih kerjaya adalah mudahSebenarnya, pemilihan kerjaya adalah suatu proses dan anda perlu memperuntukkan masa untuknya. Perancangan terhadap kerjaya memerlukan beberapa langkah yang perlu anda pertimbangkan dan penilaian terhadap kemampuan anda sebelum sebarang keputusan dibuat. Ia tidaklah semudah yang disangkakan. 2.Orang lain mampu memberitahu kerjaya yang sesuai dengan andaWalaupun mereka seorang kaunselor kerjaya, pembangunan kerjaya atau seorang yang profesional terhadap kerjaya sekalipun, pasti tidak akan mampu untuk memberitahu kerjaya yang sesuai dengan anda. Apa yang orang lain mampu lakukan adalah membantu terhadap memudahkan untuk anda membuat keputusan. Pemilihan kerjaya yang sesuai seharusnya dilakukan oleh anda sendiri.

3.Seseorang tidak mampu hidup dengan hobi- Hasil daripada kajian menunjukkan seseorang yang menjadikan hobi sebagai kerjaya akan mendapat lebih kepuasan terhadap apa yang mereka lakukan dan juga kewangan yang kukuh. 4.Memilih kerjaya berdasarkan senarai kerjaya yang mendapat permintaan yang tinggi- Pada zaman yang serba canggih ini, pasti amat mudah untuk anda mendapatkan senarai kerjaya yang mendapat permintaan tinggi. Senarai tersebut hanya boleh dijadikan sebagai rujukan sahaja. Apa yang lebih penting adalah pemilihan kerjaya yang anda lakukan adalah berdasarkan minat,kemahiran dan kemampuan anda. 5.Mampu membuat wang yang banyak akan menggembirakan anda untuk bekerja- Terlalu ramai yang beralih kerjaya daripada seorang jurutera atau accountant kepada seorang guru. Ini menunjukkan bahawa wang tidak sepatutnya mempengaruhi terhadap pemilihan kerjaya anda. 6.Apabila saya sudah bekerja, saya akan terikat dengannya untuk selama-lamanya- Ia semestinya tidak benar sama sekali. Anda adalah orang yang paling berhak untuk membuat keputusan terhadap pekerjaan pilihan anda.

Page

25

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

7.Apabila saya menukar pekerjaan, kemahiran yang saya miliki sebelum ini tidak akan digunakan- Kemahiran adalah suatu perkara yang bernilai untuk seseorang. Walaupun anda sudah bertukar pekerjaan yang jauh berbeza daripada bidang pekerjaan yang sebelumnya, kemahiran yang anda miliki tidak sesekali akan menjadi sia-sia. Mungkin anda boleh mempraktikkan kemahiran yang anda miliki terhadap pekerjaan yang anda lakukan sekarang tetapi dengan cara yang berlainan. 8.Sekiranya rakan baik, adik beradik atau orang terdekat yang lain seronok terhadap pekerjaan yang mereka lakukan, saya juga akan berasa seronok terhadap pekerjaan itu- Setiap manusia mempunyai citarasa yang tersendiri. Pemilihan kerjaya haruslah didasarkan terhadap diri anda sendiri dan bukannya orang lain. 9.Jangan sesekali menolak kerjaya pilihan anda sebelum anda sendiri melaluinya- Ramai yang menolak untuk tidak melakukan sesuatu pekerjaan kerana mendengar pendapat orang luar atau sebagainya. Mungkin pekerjaan tersebut tidak sesuai dengan mereka tetapi bersesuaian dengan anda. InsyaALLAH moga membantu semua! Untuk rujukan informasi boleh la adikadik semua ke www.lepasanSPM.com

Page

26
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

BINGKISAN SEBUAH PERJALANAN


WAN NORSOIBAH

Tanggal 10 Januari 2009, alhamdulillah buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke bumi Eropah atau lebih tepatnya ke negara Jerman setelah dua tahun setengah mengikuti kursus persediaan yang dikenali sebagai A-Level German (ALG) di Intec, Shah Alam. Dalam tempoh kursus persediaan ini, kami diwajibkan mengambil beberapa peperiksaan dan perlu melepasi tahap kelulusan yang telah ditetapkan. Sekiranya gagal, ia bermakna kami tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke Jerman dan terpaksa menyambung pelajaran di universiti tempatan sahaja. Terdapat banyak halangan yang perlu ditempuhi sebelum ke sana contohnya ialah A-Level, AS English dan DSH Prfung (ujian bahasa Jerman).

kelas bersama pensyarah Jerman di Intec

Selain peperiksaan tersebut, saya juga perlu menjalani latihan pra-praktikal di German Malaysian Institute (GMI) setiap kali cuti semester di Intec. Pada masa itu, kadangkala timbul perasaan cemburu dengan pelajar-pelajar dari tempat lain seperti AUSMAT (Australian Matriculation), ALM (A-Level Medicine) dan lain-lain kerana dikala saya terpaksa menghabiskan sekurang-kurangnya dua minggu di GMI, mereka yang lain sibuk berseronok dirumah.

27

Sepanjang tempoh tersebut, saya diajar subjek-subjek asas kejuruteraan sebelum dibenarkan menjejakkan kaki ke Jerman . Perkara yang paling tidak dapat saya lupakan ialah

Page

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

ketika saya perlu mengikir beberapa millimeter besi untuk memperoleh hasil yang diinginkan. Saya juga perlu memastikan proses pengikiran itu menjadi rata dan licin berkilat. Kerja ini bukanlah memakan sejam ataupun dua, tetapi ia memakan berhari-hari lamanya.

Gambar ketika di GMI

kelas pneumatik di GMI

Alhamdulillah, dengan izin Allah, harapan saya untuk menjejakkan kaki ke Jerman tercapai. Setibanya saya di sana, saya dan rakan-rakan dikehendaki untuk mengikuti kursus interculture dan bridging course sebelum dipisahkan mengikut tempat belajar. Saya ditempatkan di University of Applied Science Reutlingen atau disebut Hochschule Reutlingen dalam jurusan Mekatronik.

Page

28
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

gambar beramai-ramai ketika sampai di Jerman

ketika mendengar ucapan alu-aluan di Radolfzell, Jerman

Mekatronik dan semester pertama Mekatronik, seperti namanya merupakan gabungan daripada Mekanikal dan Elektronik dengan penambahan perisian komputer. Kursus ini lebih kepada kejuruteraan multidisiplin yang berpegang kepada prinsip tidak mengasingkan sesuatu bidang kejuruteraan dari bidang yang lain. Pelajar dalam jurusan ini turut diberi pendedahan dalam robotik bagi membolehkan mereka mencipta sistem yang tidak bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja manusia terutamanya dalam bidang perindustrian. Memasuki kelas pengajian buat kali pertama cukup mengujakan. Saya menoleh ke kiri dan ke kanan cuba untuk mengenali rakan-rakan yang akan bersama-sama dalam perjuangan ini. Tidak lama kemudian saya terkejut dan sedikit rasa kecewa. Rupanya langsung tiada kelibat perempuan di dalam kelas menjadikan saya satu-satunya pelajar perempuan di dalam kelas tersebut. Itulah yang dialami oleh sebahagian besar pelajar-pelajar perempuan Malaysia

Page

29

di sini. Namun, ia tidak menjadi titik noktah untuk saya tidak berjaya di sini.

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Stress! Satu-satunya perkataan yang mampu diungkapkan oleh setiap pelajar di awal semester dek kerana kesusahan memahami apa yang diperkatakan oleh pensyarah. Segalanya dirasakan asing walhal sebelumnya, kami telah diajar dengan begitu baik. Setiap patah perkataan cuba untuk difahami namun ia bukannya semudah yang disangkakan lebih-lebih lagi pertuturan orang disini turut mempunyai loghatnya. Di sinilah saya sedari betapa pentingnya untuk mencari kata kunci ketika mendengar dan membuat kesimpulan sendiri berdasarkan apa yang cuba disampaikan. Lebih menyulitkan lagi apabila ada pelajar dari kalangan Jerman sendiri menanyakan soalan kepada pensyarah. Ucapannya sangatlah laju! Sekurang-kurangnya apa yang disampaikan oleh pensyarah dapat juga difahami walaupun tidak sepenuhnya. Inikan pula soalan yang ditanya oleh pelajar-pelajar lain. Namun ianya tidak mematahkan semangat saya. Alah bisa tegal biasa. Lama kelamaan, perkara itu dapat saya atasi dengan baik. Yang penting, jangan sesekali putus harapan. Mengenali Budaya Budaya mereka boleh dikatakan sangat berbeza daripada budaya kita. Sebagai contoh, mereka akan mengetuk meja sebaik sahaja kelas ditamatkan seolah-olah itu tanda ucapan terima kasih kepada pensyarah atas syarahan yang diberikan. Apa yang lebih menarik ialah budaya bertanya merupakan sesuatu yang normal dan sering diamalkan. Mereka gemar menanyakan soalan jika mereka kurang memahami sesuatu perkara. Kadangkala terjadi perebutan antara para peajar untuk bertanya. Situasi yang lebih mencabar adalah sewaktu sesi perkenalan. Mereka suka bertanyakan soalan yang berbentuk pengetahuan am berkaitan negara asal kepada pelajar asing. Begitu juga saya. Antara soalan yang selalu ditanya ialah berapa ramai penduduk di Malaysia, berapa keluasan negara Malaysia dan peratus kaumkaum yang terdapat di Malaysia. Negara Jerman amat terkenal dengan ketepatan masa seperti yang diamalkan oleh negara Jepun. Menepati masa amatlah penting terutamanya apabila ia melibatkan temujanji ataupun sebarang majlis. Jika masa itu telah dimeterai dalam perjanjian, anda perlu memastikan bahawa anda akan sampai 5 atau 10 minit awal dari masa yang dijanjikan.

Page

30
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

gambar diambil ketika perayaan Fasnet

Saya juga mengagumi pensyarah-pensyarah di sini yang cukup berdisiplin. Mereka tidak pernah membatalkan kelas walaupun bilangan pelajar yang hadir ketika itu sedikit. Saya masih ingat satu ketika di mana kelas pada hari itu hanya dihadiri oleh empat orang pelajar termasuk saya. Yang mengejutkan, pensyarah tetap meneruskan kelas tersebut dan mengajar kami seperti kelas-kelas yang lain dari awal hingga akhir. Sistem Hochschule Di Jerman, hampir kesemua Hochschule (Universiti) menumpukan 100 peratus markah kepada peperiksaan akhir. Maknanya tiada assignment atau midterm exam yang akan membantu pelajar untuk skor dalam peperiksaan akhir. Selain itu, antara keistimewaan di tempat saya, peperiksaan akan berlangsung selama seminggu tanpa mengira jumlah subjek yang perlu diambil. Kebanyakan Hochschule juga tidak mengadakan Study Leave atau Study Week bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Bayangkan hari ini baru habis silibus, esoknya terus peperiksaan akhir! Penat memang penat, disebabkan itu juga amalan belajar di saat akhir sangat tidak sesuai untuk dipraktikkan. Kalau tidak, terlalu banyak perkara yang harus dihafal dan dibaca. Satu kelebihan bagi saya, apabila selalu sahaja saya dapat bercuti lebih awal berbanding kawan saya yang lain. Di samping itu, belajar di sini banyak memerlukan disiplin diri yang tinggi. Mana tidaknya, tiada tekanan untuk anda pergi ke kelas ataupun tidak kerana kehadiran pelajar tidak direkodkan. Anda bebas untuk hadir ke kelas ataupun menghilangkan diri dan hanya muncul pada waktu peperiksaan akhir. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri untuk membuat pilihan yang terbaik buat dirinya.
Page

31
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Solat dan makanan halal Alhamdulillah, menunaikan solat bukanlah suatu isu yang besar di sini memandangkan Hochschule Reutlingen menyediakan satu bilik khusus bagi pelajar Muslim untuk menunaikan ibadah solat. Jadi, tidak menjadi kesukaran untuk kami bersolat disini. Cuma kami perlu menyegerakan solat kerana jarak masa dari satu kelas ke kelas yang lain hanya sekejap, iaitu 15 minit sahaja. Berada di negara empat musim ini banyak memberi pengajaran kepada saya. Antaranya solat itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan tempat itu bersih. Ketiadaan atau kesusahan mencari surau di sesetengah tempat memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan menunaikan solat di dalam fitting room, di padang, di tangga, di persalinan lampin bayi dan paling kerap di dalam keretapi. Komuniti Islam di Jerman rata-ratanya terdiri daripada bangsa Turki. Di sini, kedai kebab boleh didapati di mana-mana sahaja tetapi itu tidaklah bererti kesemuanya adalah halal. Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, saya dan rakan-rakan akan bertanyakan soalan kepada mereka terlebih dahulu tentang kehalalan produk mereka. Untuk mendapatkan bahan mentah yang halal juga bukanlah menjadi masalah kerana kebiasaannya terdapat kedai runcit turki yang menjual daging dan ayam halal. Jika tiada, ayam halal berjenama Wiesenhof yang tertera logo Halal akan menjadi pilihan setiap kali saya berkunjung ke pasar raya. Berada di negara orang juga membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih makanan kerana kadang-kala, timbul juga kebimbangan dengan apa yang dibeli takut-takut ianya mengandungi sesuatu yang haram. Jauh perjalanan luas pemandangan Fa inna maal usri yusr. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahannya. Walaupun banyak cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuh, tipulah kalau saya katakan tiada pengalaman manis yang diperoleh sepanjang saya belajar di sini. Bilangan kami yang sedikit di setiap tempat menyebabkan kami sangat rapat antara satu sama lain dan membolehkan kami melakukan aktiviti bersama di tempat masing-masing. Tambahan lagi, keseronokan pasti dirasai apabila tibanya musim cuti. Pada musim inilah kami berpeluang untuk meluaskan pemandangan dengan melawat ke negara-negara lain di benua Eropah. Peluang ini juga digunakan untuk bercuti bersama rakan dan taulan yang belajar di tempat

32
Page

berlainan. Bukan senang hendak berjumpa dengan mereka memandangkan batas jarak memisahkan kami dan taburan pelajar di sini sangatlah berselerak.

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Gambar diambil ketika menghadiri AGM Persatuan Pelajar Malaysia Jerman (MGSS)

sambutan tahun baru warga Malaysia di Reutlingen

gambar batch ALG10 sempena perayaan hari raya

Page

33
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

bergambar bersama seorang rakan berlatarkan istana Neuschwanstein Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan bersama. Lumrah kehidupan, bukan semuanya indah. Pengalaman pahit dan manis datang silih berganti untuk mematangkan kita. Dan kadang-kala ianya membuatkan kita lebih menghargai makna kehidupan serta dalam masa yang sama membentuk jati diri. Segala-galanya bermula dengan niat dan apa yang kita fikirkan. Jika kita hanya memikirkan kesusahan, kita tidak akan dapat merasai kesenangan begitulah juga sebaliknya. Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk semua. Ich wnsche euch alles Gute und viel Glck in eurem zuknftigen Leben. Tschss!! (Well, I wish you all the best and good luck in your future. Bye!!) Wallahualam.

WAN NORSOIBAH MERUPAKAN SALAH SEORANG PELAJAR CEMERLANG SPM TAHUN 2005. BELIAU MERUPAKAN SALAH SEORANG BADAN WAKIL PELAJAR YANG TELAH BANYAK MEMBANTU PIHAK MAKTAB DALAM MENJAYAKAN APA JUA PROGRAM DI MAKTAB KETIKA BELIAU MENYANDANG JAWATAN SEBAGAI KETUA BIRO AKADEMIK. KAMI DI PIHAK ALUMNI BERBESAR HATI DAN AMAT BERBANGGA KERANA WAN NORSOIBAH SUDI UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN BELIAU DI LUAR NEGARA. TAHNIAH SEKALI LAGI DAN SELAMAT BERJAYA!

Page

34
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

INSAN DISEGANI
Oleh: Furqan_Chansung

Nama Penuh: Tarikh Lahir: 28 july 1989 Kelakuan: Seorang pendengar yang baik Latar belakang keluarga : Anak sulung dari 8 orang adik beradik Adik-Beradik
o o o o o o o

Nor Syafiqah (20 thn) Norzeti Hanani (18 thn) Muhammad Syarifuddin (14) Noor Syamimi (12) Nor Syahzanani (9) Muhammad Syahim Darwisy (7) Muhammad Syurhabil Rifqi ( 1 bulan 11 hari)

Abah: Mohd Ripin Daud, Pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), umur 50 tahun Mak: Ragayah Yusoff, Surirumah, 42 tahun Alamat: 764, Kampung Tanjung Kuala 16200 Tumpat, Kelantan

LATAR BELAKANG PENGAJIAN :

1. Tadika Perpaduan Tanjung Kuala (1995)

2.Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2 (1996-2001)

3.Mrsm Kuala Krai (2002-2006) 4.Kolej Persediaan INTEC Shah Alam (2007 selama 6 bulan)

5. First Moscow State Medical University, Moscow Russia (20072013)

Page

35

First Moscow State Medical University

UPSR:5A's

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

PMR: 8A's SPM: 9A's 1B

Semasa graduasi mendapat anugerah "pelajar terbaik biology" dan "pelajar aktif kokurikulum"

1) Sekolah Rendah : Penolong ketua kelas, ketua pustakawan, wakil sekolah bola tampar, bola jaring,bola baling, congkak

Terlibat dalam sukan bola tampar daripada darjah 5 sehingga darjah 6 Naib Presiden Puteri Islam Setiausaha kelab bahasa inggeris 2) Sekolah Menengah : Badan Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) ,Pembimbing Rakan Sebaya. (PRS)

Renjer Puteri, Persatuan St.John Pemain bola tampar untuk MRSM dari tingkatan 1-5 3) Universiti: bermain untuk intervarsity games in russia (penglibatan semua pelajar Malaysia di Russia)

Pelajar tahun kelima di First Moscow State Medical University, Moscow, Russia Hobi: membaca dan melayari internet, memasak, Penulis buku yang diminati:- Fatimah Syarha, Habiburrahman El Shirazy, Hilal Asyraf, ustaz Hasrizal

CITA-CITA: Doktor pakar dalam Obstetrics and Gynaecology dan Menyimpan hasrat membuka pusat Qiraati untuk kanak-kanak

Tokoh yang dikagumi : RASULULLAH S.A.W. dan sahabat-sahabat

TIPS BELAJAR/BERJAYA

Kejayaan tidak hanya diukur dengan kecemerlangan dalam akademik semata-mata, tetapi kejayaan itu akan lebih bermakna bila mana disertaikan keberkatan dari ALLAH S.W.T. Kita mahukan agar ilmu yang kita ada sekarang dapat menjadi pemberat

Page

36

timbangan kebaikan di akhirat kelak. Kita juga mahukan ilmu yang kita cari dengan susah

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

payah ini mampu untuk memakmurkan bumi Allah ini. Maka sama ada nak atau tak nak, kita kena berlumba-lumba mencari redha Allah di celah-celah usaha kita menuntut ilmu.

ALLAH suka apabila hamba-Nya bersungguh-sungguh dalam belajar, tidak cepat berputus asa walaupun kerap kali gagal, hormat pada gurunya, selalu membantu kawankawan, tidak bangga diri apabila setiap kali mendapat kejayaan, selalu berdoa kepada ALLAH baik waktu senang mahupun waktu susah, mencegah anggota badan dr segala perbuatan mungkar termasuk sewaktu bersendirian juga (meniru waktu peperiksaan, mencuri, bergaul lain jantina tanpa batas, buli kawan, merosakkan harta benda awam dan sebagainya). Menjadi pelajar muslim yang baik tidak bermakna kita skema. Asalkan ALLAH redha dengan apa yang kita buat, itu sudah mencukupi. Tambahan pula, usahalah sehabis baik kerana usaha itu yang ALLAH pandang dan bukannya hasilnya. Tanamkan rasa cinta kepada ilmu kerana orang yang berilmu sangat tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Tunaikan jugak hak-hak kepada ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan. Sentiasa ikhlaskan niat dan sentiasalah bersyukur sebab dalam ramai-ramai orang, ALLAH telah memilih kita untuk belajar sedangkan di luar sana masih byk insan-insan yang masih dahagakan ilmu tetapi tidak berpeluang.

Insya-Allah saya menyeru diri saya sendiri dan anda semua "Jagalah masa mudamu, kerana engkau akan ditanya tentangnya. Engkau akan ditanya tentang setiap hal yang telah engkau kerjakan pada masa muda. Sebagaimana sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam, Takkan bergeser kedua kaki manusia pada hari kiamat sampai selesai ditanya tentang empat perkara: 1) tentang umurnya, untuk apa ia dihabiskan; 2) tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan; 3) tentang hartanya, dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan; 4) dan tentang ilmunya, apa yang sudah diperbuat dengannya."

Optimumkan segala nikmat yang ALLAH berikan baik kesihatan, kecerdasan ataupun pancaindera untuk membaiki diri kita dimata ALLAH dan untuk mengangkat darjat kita di sisi ALLAH dengan kemuliaan ilmu.

Page

37

wallahualam.barakallah feekum.

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

TOKOH GURU
Oleh: Nabila

Tokoh guru dalam edisi pertama majalah ini bukan calang-calang orangnya. Beliau merupakan seorang tenaga pengajar yang amat dikagumi ramai dengan sikap ramah beliau. Beliau juga adalah seorang guru yang amat cemerlang. Beliau mempunyai sahsiah yang terpuji, berketerampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta sangat peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi contoh teladan kepada warga pendidik yang lain. Selain itu, beliau merupakan guru yang banyak menguasai kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan. Oleh sebab itu, kepakarannya telah menjadi rujukan pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru yang lain. Dalam pengurusan waktu, beliau bijak mengatur masa sehingga dapat mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar dan menyediakan program tindakan susulan kepada mereka yang bermasalah. Beliau juga berpengetahuan serta mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Tambahan pula, beliau berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Beliau memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi. Selain itu, beliau adalah seorang guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Insan yang saya maksudkan di sini adalah Mohd Khaidzir b. Mohd Yusof. Beliau merupakan seorang guru yang amat berdedikasi di MRSM Kuala Krai ketika ini. Beliau mula berkhidmat menjadi seorang guru pada 16/5/1984 hingga 28/2/2002 di MRSM Muar. Pada 1/3/2002 , beliau berpindah ke Kelantan sebagai guru di MRSM Kuala Krai sehinggalah sekarang. Bagi mereka yang sudah mengenalinya, beliau merupakan guru yang sangat disegani ramai kerana mempunyai kredibiliti serta pengalaman yang tinggi.

38

Disamping itu, beliau pernah menjadi warden yang paling cemerlang dan menjadi ketua warden yang paling lama iaitu selama 26 tahun. Semasa tempoh menjadi ketua warden MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

itu, beliau amat menekankan solat berjemaah di surau untuk pelajar-pelajarnya. Lantaran itu, displin para pelajar semakin cemerlang dan sedikit sebanyak masalah dapat dibendung dengan baik. Beliau tidak jemu memberi tazkirah yang berbentuk nasihat kepada para pelajar. Atas usahanya yang gigih itu, beliau tertinggi telah memperolehi laporan markah penilaian

dalam

prestasi tahunan dan beliau juga banyak memberi sumbangan kepada organisasi, sumbangan kepada perkhidmatan awam, sumbangan kepada komuniti dan

sumbangan kepada daerah, negeri dan negara. Dengan itu, terbuktilah beliau telah dianugerahkan Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak 4 kali selain menyandang tokoh guru sebanyak 7 kali. Beliau amat aktif dalam aktiviti luar seperti menjadi Penaung Kelab Kembara. Kelab Kembara merupakan antara kelab yang digemari oleh para pelajar kerana aktivitinya yang menarik dan bersifat lasak. Selain daripada aktiviti lasak, beliau amat aktif bermain tennis. Boleh dikatakan setiap hari beliau akan bermain tenis dan biasanya ditemani oleh isteri tersayang. Tambahan pula,

sekiranya terdapat cuti yang panjang, beliau akan meluangkan masa untuk pergi memancing bersama rakan-rakan sekerja untuk menghilangkan tekanan kerja seharian. Beliau juga pernah melawat beberapa buah negara seperti Mesir, Saudi Arabia, Yaman, India, China, Kemboja, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Page

39
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Kahwin Awal : Madu Atau Hempedu


BY: Abe Awie

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini banyak dihebahkan di majalah remaja mahupun share di Facebook yang membincangkan mengenai KAHWIN AWAL.

Mengapa Perlu Kahwin Awal? Rata-rata yang bersetuju dengan prinsip ini berpendapat, kahwin awal adalah untuk membawa hubungan mereka berdua ke puncak cinta iaitu ke jinjang pelamin. Tidak kurang juga yang mahu berhenti atau mengelak daripada bergelumang dalam perhubungan yang tidak punyai ikatan atau lebih teruk lagi zina. Adakah perkahwinan muda ini seindah yang diimpikan? Saya rasa tidak. .

Page

40
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Masalah Nak kahwin perlukan wang, dan perbelanjaannya bukan sedikit. Paling busuk pun 10k perlu ada dalam simpanan untuk belanja persiapan perkahwin: kursus, kad jemputan, majlis resepsi, baju pengantin, jurugambar, sewa kanopi, catering, mak andam, door gift, dan serba macam lagi. Itu belum sebut nilai hantaran yang diminta keluarga perempuan lagi. Lebih-lebih lagi kalau pasangan anda itu anak orang berada dan berkelulusan tinggi. Pening.

1. Tiada Wang. Katakan anda baru menamatkan pelajaran di IPT. Di mana mahu cekau duit? Pinjam dengan member? Tak mungkin muka anda setebal itu untuk meminta. Akhir sekali, ibu bapa juga yang terpaksa menyalurkan duit untuk anak mereka berkahwin. Alah, mak. Tok sah la nak bazir duit, kita buat kecil-kecilan sudahlah. Asalkan ada akad nikah cukup lah. Itu je yang Islam suruh. Kan? Hah! Mungkin begitulah kata-kata anda yang hanya memikirkan keindahan malam pertama semata-mata. Ibu dan ayah lah yang lebih pening kepala memikirkan persiapan majlin anda nanti. Setiap ibu bapa mengimpikan sebuah majlin persandingan yang gemilang untuk anak-anaknya (bukan mahu menunjuk-nunjuk dengan majlis besar-besaran, cukuplah yang sederhana dan dihadiri semua sanak-saudara dan kenalan)

2. Kaum ibu pula mudah terikut-ikut dengan budaya kampong. Kalau jiran atau saudara mereka buat majlis yang hubat untuk anak-anak mereka, ibu juga tidak mahu kalah. Mungkin anda ketawa sinis dengan cara ibu itu. Nonsense. Ingatkah anda di waktu kecil dahulu, anda merengek kerana mahu dibelikan basikal dan mainan Voltron?? Kerana apa? Anda dengki tengok kawan sebelah rumah ada basikal dan mainan yang sama. Begitu jugalah perasaan ibu anda. 3. Umur belasan tahun dan awal 20-an bukanlah masa yang sesuai untuk mempunyai rumah tangga sendiri. Trend hidup masa kini hanya mengizinkan individu di usia ini untuk meniti kematangan dan mencari identiti diri sendiri.

Page

41

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Ramai yang perkahwinannya rebah di tengah jalan kerana kurang persediaan terutamanya dari segi emosional dan rohani. Dalami dahulu ilmu dunia dan ilmu akhirat agar anda lebih bersedia menghadapi ranjau rumahtangga. Stabilkah kerjaya anda? Cukupkah solat 5 waktu? Pukul berapa anda bangun pagi? Jika diri sendiri masih belum dibetulkan, apatah lagi mahu membimbing orang lain?

Kaum ibu pula mudah terikut-ikut dengan budaya kampung. Kalau jiran atau saudara mereka buat majlis yang hubat untuk anak-anak mereka, ibu juga tidak mahu kalah.

4. Banyak kes yang berlaki, terutamanya dalam kalangan lelaki yang megabaikan tanggungjawab kepada isteri mereka selepas berkahwin. Sebab utmanya kerana tidak cukup enjoy ketika usia muda. Selepas berkahwin, dan mendapat ramai kawan yang pelbagai ragamnya, si lelaki mula kenal dunia dan merasakan diri mereka masih bujang dan melakukan apa yang orang bujang biasa lakukan seperti berfoya-foya dan pulang lewat malam. Isteri dan ank kecil di rumah hanya mampu menangis tak berlagu.

5. Setiap orang memiliki cita-cita. Sebagai seorang pelajar, sudah tentu anda mahu gelaran graduan seterusnya memasuki alam pekerjaan. Jika sudah kemaruk mahu kahwin awal ketika belajar, bagaimana hendak focus dalam kuliah? Katakan anda terlalu berkeinginan mahu membuka sebuah bakery house atau melancong ke luar Negara tapi anda memilih untuk kahwin terlebih dahulu. Secara tidak langsung hasrat anda itu terbantut kerana anda kini terikat dengan suami/ isteri dan anda mula tidak senang duduk kerana hajat anda selama ini tidak dapat ditunaikan. Ya, anda boleh melakukannya bersama pasangan tetapi sudah tentu ia tidak sama seperti pergi dengan kudrat sendiri.
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

42

Ada yang lebih berhak untuk diawalkan Saya sudah habis belajar dan ada duit. Sekarang saya nak kahwin. Ada apa masalah? Tahniah! Anda sudah berjaya dalam hidup dan berhasrat mendirikan rumahtangga selaras dengan tuntutan agama. Ia juga sebagai berkongsi kejayaan anda ini bersama si dia tercinta. Tapi sedarkah anda siapa yang telah membesarkan dan membawa anda ke tahap apa yang anda kecapi hati ini? Ibu dan ayah anda. Merekalah orang yang paling layak diberikan penghargaan. Hatta gaji pertama anda pun sepatutnya diberikan kepada ibu dan ayah (mestilah mereka akan menolaknya, kan) Bahagiakan orang tua anda dahulu sebelum anda mahu membahagiakan orang lain. Memang mereka tidak pernah meminta untuk anda membalas jasa-jasa mereka selama ini, dan anda takkan mungkin mampu menebusnya. Tak usah berfikir mahu belanja ibu bapa anda lepas kahwin nanti kerana selepas ini banyak lagi tanggungjawab yang perlu anda bereskan. Berfikirlah masak-masak sebelum mengambil keputusan untuk kahwin awal. Kahwin itu tidak salah, malahan mendapat pahala. Tapi kadang-kadang jejarum masa tidak mahu bersahabat dengan kita, ketika ini, lain masa belum tentu. Ia pasti tiba jua, dengan izinNya

Page

43
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

TAKE A NAP
By Aidan Nawi You spend the whole day to attend classes. Then, you go straight away to the field and play football. At night, you play futsal and hang out with friends until the dawn take place. It is freaking tired to handle all those activities in a day. Come on, our body needs rest! It is not that hard to relax. Just take a nap. The word here is NAP. Dont oversleep. Studies show that those 20 minutes of sleep in the afternoon provides more rest than 20 minutes more sleep in the morning (though the last two hours of morning sleep have special benefits of their own). The body seems to be designed for this, as most peoples bodies naturally become more tired in the afternoon, about 8 hours after we wake up. Even Nabi Muhammad S.A.W spends some quality time to take a nap before Zuhur.

Page

44
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Why we should take a nap? Firstly because The National Sleep Foundation recommends a short nap of 2030 minutes for improved alertness and performance without leaving you feeling groggy or interfering with nighttime sleep. Secondly, taking a nap is like a system reboot. It relieves stress and gives you a fresh start. Not only that, according to Dr. Sandra C. Mednick, author of Take a Nap, Change Your Life, napping can restore the sensitivity of sight, hearing, and taste. Napping also improves your creativity by relaxing your mind and allowing new associations to form in it. If you want to obtain more sleep, and the health benefits that go with getting enough sleep, here are some tips for more effective napping.

If you dont want to nap a long time, set an alarm. If you dont have time for a power nap, or dont feel comfortable napping during the day, try meditation; it gives your body a rest and produces slower brain waves similar to sleep. So guys, why dont we give it a try and see the fruits of it!

Page

45

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

WISHES
I wish people told me earlier...

by lilac

Twenty-one years and still counting; that is how long I have been living in this blessed life. Life is good; although there were bumpy roads and stormy clouds once in a while but I am still alive arent I? I mean we all still do. I have been thinking these past few day, will life be easier if people had told me about the few things that I found difficult in life. One; life is about making mistakes - I am the kind of person who feared making mistakes a lot. Fear that if I do any mistake, I will be labelled as a failure. I try to avoid doing new things because it might be a mistake where I could hurt myself and my heart would be broken. But what I dont know is life is about making mistakes. Make as how many mistakes as you could and later correct them. Mistakes make us stronger and that is a fact. Why fear mistakes when each and every one of the mistakes should teach us valuable lessons? It is either you succeed or you learn something and if you are lucky, you receive both. Two; do things you love I have found mine and that is blissful. It took me some times to realize that I am good in teaching and that I have passion in it. Try find sometimes you would not mind losing your time over. I dont mind spending half of my teenage life studying on How to be a great teacher. Why? Because I love doing what I am doing. Choose something you love carefully. Ask yourself, in 30 years of time, would you mind waking up and realize that today you are going to do something you love and you have no regrets choosing the paths. Would you?

Page

46
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Three; people cannot read other peoples mind That is another fact I wish everyone knows. It is a fact and facts do not lie. In relationship, being truthfulto each other always helps in keeping a long lasting bond. I wish I have told my friend why I left her alone that one particular night. It was not because I betrayed her as she claimed,but it was because of my duty. I have a duty to fulfil. I wish she could read my mind by not telling herbut that resulting in me losing her as a friend and it was a great loss. So why dont you let people know how you feel about them. They would not know unless you tell them right? Four; do not care how people view you Stop thinking on how people might see you as. It is your life and it is how you control it yourself. Why mind what people think about you. They are simply there looking at you and then left. Your life is still yours and only you throughout your journey of life. They will not be there till the end. So stop to careabout their views and start scripting your life the way you wanted it to be. Five; parents are normal people too Tell them what you think. Tell them what you like. Tell them what you want to be. Fight for it. Each parents wish and dream is to see happiness carved on their children life, indeed, thus tell them what is your choice of happiness. Convince them how worthy is your dream could be. Earn their trust to gamble on your choice of life. Their job is to believe this is true but what you forgot is your job to prove it to them. Prove how undependable, how passionate you are on something. It is the magic act in relieving dream to prove and to convince. There you go; five things I wished people have told me earlier. I wonder what life could be if I managed to apply all these into my life, previously. I thought.

Page

47
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

BAYANG-BAYANG
Oleh : Nur Aliaa Ajlaa Binti Muhammad Cinta itu akan pudar, Saat kau berikan kepercayaan pada mereka, Lalu kau menarik semula tanpa alasan munasabah, Sambil menjeling dengan pandangan menghina, Pada ranjau hijau yang sentiasa bergoncang ditiup angin gunung, Pada sungai merah yang selalu berarusan, berzikir dengan nama Tuhan yang maha agung, Pada birunya langit yang sering tersenyum dalam kepolosan semesta, Dan pada kuningnya butir-butir pasir yang suka berapung pada udara mesra, Aku ukir nama kau dan aku, Nama persahabatan kita, Pada semua itu, aku lakar cerita kita, Cerita yang penuh derita, Aku tidak kekok memeluknya, Aku tidak canggung baring di sisinya, Kerana ia beriku kekuatan, Untuk selalu mengumpul kesabaran, Untuk selalu melihatmu tersenyum. Kawan, Mungkin perjuanganku hanya kilas bayang saja nilainya, Yalah, siapa aku pada matamu yang hinadina dan tidak mulia, Namun kawan, aku tidak tidur apabila mengingatimu bersedih, Jiwaku amarah memandang keparatkeparat itu! Yang beraninya membuatmu menitis air mata, Mungkin aku tidak akan pernah wujud dalam hidupmu, Mungkin aku sekadar pasenjel, Dan ya, aku bayang-bayangmu, Setiap langkahmu aku cermati, Jalan yang terbentang ke infiniti aku perhati, Agar tiada duri, tiada aral, Supaya langkahmu tidak canggung, Dan kau terus kuat untuk hidup. Kawan, Aku sayangkan kau, Aku selalu memikirkan kau, Aku sentiasa suka dengan kau, Dan cinta kita tidak akan pudar, bukan cinta kekasih, bukan cinta Laila dan Majnun, Ini cinta sampai mati.

Page

48
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

LAUT MERAH DIBELAH: MITOS ATAU REALITI? Oleh:Najmi Ibrahim


Nabi Allah Musa AS dikurniakan Allah sebanyak 9 mukjizat sebagaimana yang direkodkan dalam Al-Qur'an. Antara mukjizat yang dikurniakan itu ialah berupa tongkat yang boleh berubah menjadi ular dan membelah Laut Merah.Adapun bukanlah kuasa tongkat itu yang menyebabkan mukjizat dan bukan juga kuasa Nabi Musa, akan tetapi hakikatnya mukjizat itu didatangkan dari Allah SWT lalu disandarkan ke atas Nabi-Nya sebagai bukti kenabian. Kisah Nabi Musa membelah Laut Merah untuk menyelamatkan kaumnya dari kezaliman Firaun (dikatakan Ramses II) bukan saja dicatatkan di dalam Al-Qur'an bahkan ada disebut di dalam Taurat orang Yahudi dan Perjanjian Lama (Old Testament) orang Kristian. Para saintis Barat sangat berminat untuk mengkaji peristiwa mukjizat ini dan beberapa teori telah dikemukakan sebagai membuktikan kebenaran mukjizat tersebut. Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan." [Al-Baqarah:50]

Jambatan Bawah Laut Ron Wyatt, seorang ahli arkeologi amatur (bermakna beliau tidak menjalani sebarang disiplin ilmu arkeologi) yang telah membuat dakwaan menemukan tempat-tempat dan artifak seperti yang disebutkan di dalam Bible. Salah satu dakwaan beliau ialah tempat sebenar penyeberangan Laut Merah oleh Nabi Musa dan Bani Israel. Beliau membuat kenyataan dengan mengatakan kawasan sebenar
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

49

berlaku peristiwa mukjizat tersebut adalah di Teluk Aqabah dan bukannya di Teluk Suez. Dakwaan ini adalah kesimpulan beliau dari beberapa penemuan yang dilakukan ketika melakukan kajian di Timur Tengah. Antaranya ialah penemuan 'the chariot wheel' yang dikatakan adalah roda kereta kuda tentera Firaun (Ramses II). Beliau juga mendakwa kedudukan Gunung Sinai sebenar adalah di Arab Saudi iaitu di Jabal ALLawz kerana di sana terdapat beberapa penemuan yang selari dengan Bible seperti lukisan lembu Samiri di batu-batu, batu besar yang terbelah dua, dan lain-lain lagi. Wyatt yang mengasaskan Wyatt Archaeological Research (WAR) telah menemukan satu penemuan yang mengejutkan ketika mengkaji Teluk Aqabah, tempat yang didakwanya sebagai tempat peristiwa tersebut. Beliau mendapati bahawa di Teluk Aqabah, terdapat satu kawasan yang airnya jauh lebih cetek dari sekeliling. Kawasan tersebut bermula dari Nuweiba, Mesir. Kelihatan di situ seolah-olah ada jambatan bawah laut yang menghubungkan antara Mesir dan pesisiran Arab Saudi. Kawasan cetek ini lebih kurang 11 hingga 16 km lebar. Di kawasan yang dalam pula kedalamannya sehingga 3000 kaki di sebelah utara dan 5000 kaki di sebelah selatan. Walaubagaimana pun, Wyatt tidak pula memberi keterangan tentang bagaimana Nabi Musa AS membelah air laut. Meskipun berjaya melaksanakan banyak penemuan, idea dan dakwaan beliau tidak diterima ahli arkeologi yang tulen. Dakwaan Wyatt dikatakan skeptikal kerana berat sebelah dengan melebihkan Bible dari kajian sains sebenar. Beliau juga melakukan ekskavasi secara tidak sah kerana disyaratkan seseorang itu mestilah sekurang-kurangnya memiliki BA(ijazah) dalam arkeologi. Hal ini menyebabkan dakwaan beliau langsung tidak diiktiraf. Pergerakan Kerak Bumi Saintis berpendapat mungkin berlakunya pergerakan pada kerak Bumi ketika berlakunya peristiwa Nabi Musa AS membelah Laut Merah. Hal ini berikutan dengan kajian tentang rekahan pada kerak Bumi berhampiran laut di Ethiopia pada September 2005 yang merupakan rekahan yang terbesar sejak satelit digunakan untuk pemerhatian.

Page

50

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Rekahan ini berpunca dari pergerakan plat tektonik Arab dan plat Afrika yang saling menjauhi lalu meregangkan kerak Bumi dan melebarkan lagi hujung selatan Laut Merah. Pemerhatian ini dapat menjelaskan bagaimana plat Bumi terpisah dan bagaimana kerak yang baru terbentuk. Menurut kajian, pemisahan tersebut tidak berpunca dari gempa bumi pada tektonik akan tetapi ia berlaku kerana magma yang berada di bawah tanah mengalir ke tempat rekahan. Tim Wright, saintis dari University of Leeds mengatakan bahawa peningkatan magma pada plat mampu memisahkan benua Arab dan benua Afrika. Sejak 30 juta tahun lalu, benua Afrika dan Arab telah sekian lama mengalami proses rekahan yang kini membentuk Laut Merah. Dalam tempoh yang lama tersebut, 298 km (186) lebar lekukan Afar (Afar depression) terbentuk. Wright mengatakan bahawa pergerakan plat yang sentiasa berlaku ini lebih kerap setelah munculnya rekahan. Secara puratanya, dua plat tersebut bergerak menjauhi satu sama lain kirakira 2 cm setiap tahun. Terumbu Karang Dan Tiupan Angin Naum Volzinger, ahli matematik dari St. Petersburg, Russia dan Alexei Androsov dari Hamburg, Germany telah mengeluarkan kenyataan bahawa peristiwa Nabi Musa AS membelah Laut Merah adalah munasabah menurut sains dan tidak bercanggah dengan hukum fizik. Volzinger yang merupakan penyelidik di St. Petersburg's Institute of Oceanology dan Androsov menggunakan sistem persamaan bezaan (differential equation) untuk menerangkan kemungkinan bagaimana air laut itu terbelah. Teori mereka menyatakan bahawa terdapat terumbu karang di Laut Merah betul-betul pada tempat yang diseberangi Nabi Musa dan Bani Israil. Zaman dahulu kira-kira 1500 BC, terumbu karang ini masih elok dan lebih hampir dengan permukaan laut berbanding sekarang. Bible menyatakan bahawa ketika berlaku peristiwa itu, angin dari timur bertiup dengan kuat sepanjang malam. Berdasarkan kenyataan itu, mereka membuat persamaan yang mengambil kira kelajuan dan kekuatan angin sehingga mendedahkan dan mengeringkan terumbu karang ketika air

Page

51

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

surut serta tempoh masa sebelum air laut kembali ke keadaan asal dan kadar kelajuannya. Menurut pengiraan, Volzinger mengatakan bahawa angin perlu bertiup pada 102 km sejam (63 batu sejam) dengan kelajuan yang sekata membolehkan terumbu karang terdedah di permukaan laut. Beliau menyatakan lagi penyeberangan sepanjang 7 km (4.2 batu) dengan seramai 600,000 orang Bani Israel itu memakan masa selama 4 jam dan setengah jam kemudian air laut kembali ke keadaan asal. Hasil penemuan ini meyakinkan beliau bahawa Tuhan mengatur alam ini tidak lari dari hukum fizik (sunnatullah). Tiada Bukti Penemuan Namun begitu, terdapat juga saintis yang menolak peristiwa terbelahnya Laut Merah. Dr Zahi Hawwas, pakar arkeologi Mesir menyatakan bahawa peristiwa ini cuma mitos semata kerana beliau tidak menemukan sebarang bukti ketika menjalankan ekskavasi di utara Sinai. Menurutnya, meskipun perkara ini boleh mengecewakan orang ramai, sebagai ahli arkeologi beliau perlu menyatakan kebenaran. Beliau juga berteori, sekiranya peristiwa tersebut benar-benar berlaku, maka seharusnya peristiwa Ramses II dan seluruh bala tenteranya ditenggelami Laut Merah direkodkan di dalam dokumen kerajaan Mesir Kuno kerana hal ini merupakan krisis yang besar terhadap kerajaan Mesir. Akan tetapi tiada sebarang dokumen yang ditemui yang merakamkan perkara ini. Penutup Kebenaran itu tidak saling bercanggah: Dengan itu, pastinya tiada sebarang percanggahan antara kebenaran dari Tuhan (Al-Qur'an) dan sains. Justeru, adalah mustahil berlaku percanggahan dan pertentangan antara perkataan Tuhan (Al-Qur'an) dan kerja Tuhan (sains). Wallahua'lam.

Page

52
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

BERSEDIAKAH KITA UNTUK MENERIMA JEMPUTAN? Oleh : Nisa Solehah


Dalam menjalani kehidupan seharian ini, kita sering lalai dan leka. Terlalu cintanya kita pada kehidupan dunia hinggakan tidak sedar bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara. Cuma, yang kekal abadi hanyalah di akhirat kelak. Begitu ramai yang tenggelam dalam menikmati dunia yang sementara ini sehingga tidak pernah sekalipun mereka mengingati kematian yang pasti lantaran ketakutan yang amat. Kita sering membuang masa, menggunakan masa yang Allah kurniakan untuk perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Ini disebabkan oleh kita sentiasa anggap kematian itu masih jauh dengan kita, sentiasa merasakan diri masih muda untuk menerima jemputan dari Allah, berfikir bahawa perjalanan hidup masih jauh dan panjang walhal sebenarnya apa yang telah ditetapkan tidak sama dengan apa yang kita fikirkan. Andai kata kita tahu peperiksaan bakal berlangsung esok, mesti kita tidak akan terfikir untuk membuang masa. Sudah tentunya kita sanggup bersengkang mata sehingga awal pagi, sibuk ke sana ke sini meminjam nota daripada rakan-rakan, mencari soalan peperiksaan yang terdahulu, fokus untuk mendengar tips daripada guru, pensyarah dan sebagainya. Kita tidak akan sesekali berada dalam keadaan relaks melainkan ketika dateline sudah hampir barulah diri akan berasa cemas dan tak cukup itu dan ini. Samalah macam kehidupan kita, setiap yang bernyawa pasti ada tarikh luputnya (tarikh kematian). Pernah tak kita terfikir, bilakah masanya kita akan dijemput oleh sebuah kematian? Kalau hari ini apa yang akan jadi? Takut? Tak bersedia? Sesungguhnya, mati itu itu tidak akan menunggu kita apabila tua kelak, tidak mungkin ianya boleh ditangguh sementara menanti waktu kita selesai bertaubat terlebih dahulu. Tidak semestinya mati itu kerana berpenyakit dan sudah tentu tiada toleransi daripada malaikat maut itu sendiri tatkala berhadapan dengannya kelak. Kematian itu tidak akan terlewat atau tercepat hatta satu saat. Allah berfirman dalam surah AlMunafiquun ;Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang

53
Page

apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Munafiquun : 11)

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Namun, masih ramai yang mengatakan perkataannanti untuk berubah ke arah yang lebih baik. Tidak juga pelbagai alasan yang sentiasa kita dengari, Nanti lepas pergi haji la, nanti lepas kahwin la dan bermacam-macam lagi. Persoalannya, yakinkah kita ada nanti ini untuk kita? Handalnya jika yakin. Namun hakikatnya, tiada sesiapapun yang

boleh menjamin bahawa kita akan masih menghela nafas pada esok hari. Bahkan Sayidina Umar r.a pernah berkata sesungguhnya aku tidak yakin dengan umurku walaupun sesaat . Lihat, sahabat yang dijamin ke syurga pun tidak tahu bila mereka akan dipanggil oleh Allah, apatah lagi kita orang yang biasa-biasa sahaja, penuh dengan dosa dan maksiat. Maka, seharusnya tiada masa untuk kita melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemungkaran kerana tarikh kematian kita tiada siapa yang tahu walaupun sudah ditetapkan di lauhul mahfuz. Oleh sebab itu, hendaklah kita memanfaatkan masa muda ini untuk perkara-perkara kebaikan kerana hakikatnya kita memang tidak tahu sama ada masih ada hari esok untuk kita ataupun tidak. Ketahuilah bahawa setiap hari malaikat maut mengelilingi kita sebanyak 70 pusingan, bersiap sedia menunggu perintah dari Allah S.W.T untuk menunaikan

tanggungjawabnya. Rasulullah S.A.W pernah ditanya siapakah orang yang paling bijak? Jawab Baginda, mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih banyak persediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang lebih bijak. (Hadis riwayat Ibn Majah dan Ibn Umar r.a) Apabila diri mengingati mati, maka kita akan bersiap sedia dengan amal ibadah kita untuk berjumpa dengan Sang Pencipta yakni Allah yang maha Esa. Kita akan sentiasa melakukan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Semakin meningkat umur kita, semakin dekatlah kita dengan kematian dan semakin sedikit waktu untuk kita beramal ibadah kepada Allah S.W.T. Sepatutnya semakin kita tua semakin hebat

54
Page

amalan kita kepada Allah S.W.T supaya kita mampu untuk menghadapi Allah dalam keadaan yang diredhai-Nya.
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (Al-Ankabut : 57) Allah S.W.T. telah mengingatkan kita dalam kitab-Nya bahawa tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Tatkala ayat itu terdengar di telinga atau dibaca oleh lidah kita sendiri, hati yang tunduk pada-Nya pasti akan bergetar hebat. Kematian setiap yang bernyawa adalah sesuatu yang pasti. Ketetapan-Nya yang tidak boleh diganggu atau digugat.Seperti juga berita tentang sakaratulmaut sudah lama kita ketahui. Tetapi masih ramai yang tidak mengendahkannya. Bahkan soalan yang bakal ditanya di alam barzakh sudah lama bocor, namun mampukah kita lulus degan cemerlang? Jika soalan peperiksaan yang bocor, mungkin kita boleh skor atau mendapat markah dengan mudah. Tetapi, asbab yang memungkinkan hal itu terjadi, waktu dan tempat kejadian adalah merupakan misteri abadi milikNya. Ianya memang terjadi tanpa disangka-sangka, tanpa sebarang signal mahupun peringatan dan tanpa khabar berita.

Sungguh betapa kecil dan lemahnya kita di hadapan ALLAH S.W.T. Ketika kita 'dijemput' menemui Pencipta kita, entah tatkala sedang tidur, sedang makan, sedang dalam perjalanan ke kelas, sedang solat, sedang duduk santai, sedang bersukan, sedang memasak atau entah bagaimana keadaan kita ketika itu. Tatkala ALLAH memerintahkan sang malaikat pencabut nyawa melaksanakan tugasnya, detik itu juga ia akan melaksanakan, tidak kira cepat atau lewat walau sedikitpun.

Maka layarilah kehidupan ini dan anggaplah ia sebagai suatu persinggahan menuju ke kehidupan yang kekal abadi iaitu di Akhirat nanti. Sedarlah bahawa kehidupan di dunia hanya sementara cuma. Moga bingkisan kematian yang dicoretkan dapat menyedarkan sanubari kita bahawa mati itu pasti dan sangat hampir.

Page

55

Wallahualam.

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

7Rombongan Iblis Menggangu Ketika SakaratulMaut


Oleh: SeifKhales seifkhales.blogspot.com

blis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut. Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya hanya setitik mani sehinggalah ke akhir hayat mereka. Dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika

saat bersama sakaratulmaut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratulmaut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan pelbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perakdan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratulmaut itu pada masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, pada waktu itu nyawanya sudah terputus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Inilah jenis mati fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang dalam saat sakaratulmaut itu merupakan dirinya sebagai rupa binatang yang ditakuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala Jengking yang berbisa. Maka apabila yang sedang dalam sakaratulmaut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat dengan sekuat hati. Maka ketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya dan matinya itu disebut sebagai mati lalai serta mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT iaitu mati sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

56
Page

Rombongan 3

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang dalam sakaratulmaut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu. Kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati fasik dan munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang dalam sakaratulmaut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang dalam sakaratulmaut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga. Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawabanya kitab-kitab, lalu berkata ia: Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu. Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu,

57
Page

kemudian penyakit itu dating kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: Kali ini kami datang kepadamu untuk member nasihat agar kamu mati di dalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah? Berkata orang yang sedang dalam sakaratulmaut:

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Aku tidak tahu. Berkata ulamak Iblis: Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.

Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami. Ketika itu orang yang dalam sakaratulmaut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratulmaut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratulmaut itu bertanya kepada ulamak palsu: Bagaimanakah Zat Allah? Iblis merasa gembira apabila jeratnya telah mengena. Lalu berkata ulamak palsu: Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratulmaut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satupuak sahaja yang benar (ahlisunnahwaljamaah) 72 lagi masuk keneraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalamwaktu manusia sakaratulmaut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin LaaIlaahaIllallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratulmaut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: LaaIlaahaIllallah. Sekarang mari kita cuba lihat pada diri kita, adakah kita sudah bersedia menghadapi maut? Ya, benar bahawa Maut itu hadiah bagi mukmin.Tapi, setinggi manakah iman kita untuk mendapatkan gelaranmukmin, dan sebanyak mana pula amal kita sewaktu hayat kita di dunia untuk dibawa ke alam sana? Pokoknya, manusia memang tidak lepas daripada berbuat kesalahan dan dosa. Namun, ia bukanlah alasan bagi kita untuk terus melakukan kemungkaran kerana sesungguhnya pintu taubat Allah SWT kepada hambaNya sentiasa terbuka. Dialah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Wallahu alam.

Page

58
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Solat ialah Tiang Agama


Oleh: Zatul Yahya Allah mewajibkan setiap umat Islam menunaikan solat fardhu lima kali sehari semalam dalam waktu yang telah ditetapkan. Ini

berdasarkan firman Allah SWT :

Rasulullah SAW juga bersabda, Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama. Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata. (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya. Jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Sahabat-sahabat, marilah kita sama-sama perbaiki solat kita dan berusaha untuk khusyuk dalam solat. Betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah. Cuba kita renungkan, bagaimanakah kita

59

ketika setiap kali menunaikan solat? Adakah kita seratus peratus memikirkan Allah? Atau

Page

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

adakah hanya jasad yang solat dan sujud, tetapi fikiran melayang entah ke mana? Khusyuk dalam solat adalah sangat dituntut seperti firman Allah SWT :

Yang bermaksud Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Jadi, bagaimana mahu khusyuk dalam solat? Berikut adalah beberapa tipsnya. Mendirikan solat di awal waktu supaya tidak gopoh ketika masa hampir tamat. Membaca dengan baik, berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat dan surah yang dibaca terutama sekali surah Al Fatihah. Berusaha menumpukan perhatian, menyedari bahawa Allah sedang melihat kita solat. Meletakkan rasa malu terhadap Allah dan rasa takut kepada kekuasaan-Nya. Berharap serta yakin bahawa Allah menerima solat dan amal kita. Mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

Page

60
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Ada banyak lagi cara untuk khusyuk dalam solat. Berusahalah ke arah itu. InshaAllah.

Firman Allah lagi:-

Yang bermaksud : Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang lalai dalam solat. Seperti yang kita tahu, antara solat yang paling susah untuk dikerjakan adalah solat subuh sedangkan solat itulah solat yang disaksikan para malaikat. Dan (dirikanlah pula solat Subuh). Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat) -QS Al Isra : 78

Mari kita muhasabah diri kembali. Bagaimana solat Subuh kita? Ketika bilal sedang mengumandangkan azan, di manakah kita ketika itu? Adakah kita sudah bangun dari tidur dan berada di atas tikar sejadah? Jika ya, Alhamdulillah. Atau kita masih lagi berselubung dengan selimut, enak dibuai mimpi sehingga terlepas waktu Subuh? Lalu bagaimana pula dengan waktu solat kita yang lain? Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya. Cuba tengok kembali sejauh mana prestasi solat kita. Adakah kita solat itu berada di awal waktu, atau di akhir waktu kerana sengaja melengah-lengahkan solat? Marilah kita berusaha untuk perbaiki solat serta memahami bacaan dalam solat. Semoga solat dan amalan kita diterima oleh Allah serta beroleh khusyuk. InshaAllah. Banyakkan berselawat ke atas Nabi dan beristighfar. Jaga iman, jaga hati, jaga diri. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tambahan tentang solat : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4404-hebat-sangatkahsolat.html


Page

61
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

MEMBONGKAR RAHSIA IBADAT SOLAT SECARA SAINTIFIK Oleh : Sapik Mache Satu kajian yang telah dijalankan secara saintifik mengenai solat serta kaitannya dengan sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak semasa bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang, kesihatan lelaki dan tenaga batin. Berikut adalah kelebihan-kelebihan solat hasil daripada kajian secara saintifik oleh Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya: Ibadat solat dibuktikan dapat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia manakala menunaikan solat dengan tertib dan sempurna bukan sahaja amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi, malah dapat menguatkan lagi penumpuan dan gaya ingatan seseorang. Mereka yang mengamalkan solat yang sempurna terbukti mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang kurang sempurna. Solat lima kali sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan. Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang yang melintang ketika rukuk dapat melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang. Kedudukan rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat pada jantung. Digalakkan untuk memanjangkan tempoh posisi sujud kerana posisi ini dapat menghasilkan denyutan jantung yang paling rendah. Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah dapat memberikan ketenagan, boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan yang dapat mengekalkan ketsabilan mental dan emosi seseorang. Biasanya, selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan. Terapi senaman melalui pergerakan solat dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang. Pergerakan rukuk juga dapat membantu regangan otot-otot pada bahagian peha dan melatih koordinasi otot-otot belakang kaki. Pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan, seperti solat dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan tenaga batin lelaki.

62
Page

Selamat beramal..

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

STRESS
by Hasmiera Hashim, Volgograd State Medical University
Modern life is full of hassles, deadlines, frustrations, and demands. For many people, stress is so commonplace that it has become a way of life. Stress isnt always bad. In small doses, it can help you perform under pressure and motivate you to do your best. But when youre constantly running in emergency mode, your mind and body pay the price. Stress is a normal physical response to events that make you feel threatened or upset your balance in some way. When you sense danger whether its real or imagined the body's defenses kick into high gear in a rapid, automatic process known as the fight-orflight reaction, or the stress response. The stress response is the bodys way of protecting you. When working properly, it helps you stay focused, energetic, and alert. In emergency situations, stress can save your life giving you extra strength to defend yourself, for example, or spurring you to slam on the brakes to avoid an accident. The stress response also helps you rise to meet challenges. Stress is what keeps you on your toes during a presentation at work, sharpens your concentration and drives you to study for an exam when you'd rather be watching TV. But beyond a certain point, stress stops being helpful and starts causing major damage to your health, your mood, your productivity, your relationships, and your quality of life. PHYSIOLOGY OF STRESS What is the Fight of Flight response? The fight or flight response is a pattern of physiological responses that prepare the organism to emergency. When the external balance is disputed, our body changes its internal balance accordingly. The fact that modern problems do not require such means is exactly the setting of stress-related problems. The manifestations of the FIGHT or FLIGHT are mainly through two channels: the sympathetic branch of the ANS and the Endocrine system - both are closely interconnected. The ANS affect many bodily functions instantly and directly, while hormones have slower yet wider effect on the body. Both hormones and neurons communicate with cells and create the delicate dynamic balance between the body and its surrounding, through paired systems and feedback mechanisms. Events that occurring in our body, preparing it for either FIGHT or FLIGHT response: 1. Increased heart rate, blood pressure and respiration. Pumping more blood to the muscles, supplying more oxygen to the muscles and heart-lung system. 2. Increased sugar rates in the blood. Allowing rapid energy use, and accelerating metabolism for emergency actions. 3. Thickening of the blood - to increase oxygen supply (red cells), enabling better defence from infections (white cells) and to stop bleeding quickly (platelets). 4. Sharpening of senses. The pupils dilate; hearing is better etc., allowing rapid responses.

Page

63

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

5. Prioritizing - increased blood supply to peripheral muscles and heart, to motor and basic-functions regions in the brain; decreased blood supply to digestive system and irrelevant brain regions (such as speech areas), this also causes secretion of body waists, leaving the body lighter. 6. Secretion of Adrenaline and other stress hormones - to further increase the response, and to strengthen relevant systems. 7. Secretion of endorphins - natural painkillers, providing an instant defence against pain. There are further systems involved in the FIGHT or FLIGHT response, and even more consequences to it. It is clear that the FIGHT or FLIGHT response is crucial in dealing with some short-term dangers but it is incapable of dealing with long-term stress. The grave consequences of long-term stress on our body and mind, is a direct result of this inadequacy. What are hormones? Derived from the Greek word for excitation horomao, a hormone is a chemical organic substance. It is produced by a system of ductless glands (the Endocrine system) in small doses, and secreted into the bloodstream thus being targeted to specific parts of the body. The hormones function as communication substances - they regulate and integrate various bodily functions. Hormones are directed to have a specific effect on the target areas. Unlike the nervous system, the glands are distant from the 'target area'; thus the hormones are indirect, slower and their influence is longer-lived than neural messages. Adrenaline There is a good reason why the first discovered hormone was Adrenaline. Produced and secreted by the adrenal gland (that all its hormones are known as 'stress hormones'), adrenaline is secreted as a direct reaction to stressful situations, and its powerful effects are similar to those of the sympathetic branch of the ANS (such as increasing heartbeat, blood pressure, sugar-level, muscle activity etc.). Besides its hormonal functions, adrenaline is also an excitatory neurotransmitter in the CNS (indirectly controlling its own production). It is involved both in neural and hormonal processes and its effective as neurotransmitters are further reinforced by its hormonal function (a positive feedback loop). It is therefore by far the most important single hormone in regarding to stress - taking a major role in the stress reaction (and staying longer in the body than Autonomic Nervous System.

Cortisol Cortisol is an important hormone in the body, secreted by the adrenal glands and involved in the following functions and more: Proper glucose metabolism Regulation of blood pressure Insulin release for blood sugar maintanence Immune function Inflammatory response

Page

64

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Normally, its present in the body at higher levels in the morning, and lowest at night. Although stress isnt the only reason that cortisol is secreted into the bloodstream, it has been termed the stress hormone because its also secreted in higher levels during the bodys fight or flight response to stress, and is responsible for several stressrelated changes in the body. Small increases of cortisol have some positive effects: A quick burst of energy for survival reasons Heightened memory functions A burst of increased immunity Lower sensitivity to pain Helps maintain homeostasis in the body While cortisol is an important and helpful part of the bodys response to stress, its important that the bodys relaxation response to be activated so the bodys functions can return to normal following a stressful event. Unfortunately, in our current high-stress culture, the bodys stress response is activated so often that the body doesnt always have a chance to return to normal, resulting in a state of chronic stress. Higher and more prolonged levels of cortisol in the bloodstream (like those associated with chronic stress) have been shown to have negative effects, such as: Impaired cognitive performance Suppressed thyroid function Blood sugar imbalances such as hyperglycemia Decreased bone density Decrease in muscle tissue Higher blood pressure Lowered immunity and inflammatory responses in the body, slowed wound healing, and other health consequences Increased abdominal fat, which is associated with a greater amount of health problems than fat deposited in other areas of the body. Some of the health problems associated with increased stomach fat are heart attacks, strokes, the development of metabolic syndrome, higher levels of bad cholesterol (LDL) and lower levels of good cholesterol (HDL), which can lead to other health problems!

SIGNS AND SYMPTOMS

The following lists are some of the common warning signs and symptoms of stress. The more signs and symptoms you notice in yourself, the closer you may be to stress overload. Stress Warning Signs and Symptoms Cognitive Symptoms Emotional Symptoms

65

Page

Memory problems

Moodiness

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Stress Warning Signs and Symptoms

Inability to concentrate Poor judgment Seeing only the negative Anxious or racing thoughts Constant worrying Physical Symptoms

Irritability or short temper Agitation, inability to relax Feeling overwhelmed Sense of loneliness and isolation Depression or general unhappiness Behavioral Symptoms

Aches and pains Diarrhea or constipation Nausea, dizziness Chest pain, rapid heartbeat Loss of sex drive Frequent colds

Eating more or less Sleeping too much or too little Isolating yourself from others Procrastinating or neglecting responsibilities

Using alcohol, cigarettes, or drugs to relax

DEALING WITH STRESS AND ITS SYMPTOMS

Nervous habits (e.g. nail biting, pacing)

While unchecked stress is undeniably damaging, there are many things you can do to reduce its impact and cope with symptoms.

Learn how to manage stress


You may feel like the stress in your life is out of your control, but you can always control the way you respond. Managing stress is all about taking charge: taking charge of your thoughts, your emotions, your schedule, your environment, and the way you deal with problems. Stress management involves changing the stressful situation when you can, changing your reaction when you cant, taking care of yourself, and making time for rest and relaxation.

Learn how to relax


You cant completely eliminate stress from your life, but you can control how much it affects you.. When practiced regularly, these activities lead to a reduction in your everyday stress levels and a boost in your feelings of joy and serenity. They also increase your ability to stay calm and collected under pressure.

Learn quick stress relief


Everybody has the power to reduce the impact of stress as its happening in that moment. With practice, you can learn to spot stressors and stay in control when the pressure builds. Sensory

Page

66

stress-busting techniques give you a powerful tool for staying clear-headed and in control in the middle of stressful situations. They give you the confidence to face challenges, knowing that you have the ability to rapidly bring yourself back into balance.

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

MASALAH OBESITI

PENULIS : Ariff Awang EMEL : cheariff@gmail.com USM-KLE International Medical Programme, Belgaum

Ape itu obesiti???


Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Obesiti di Malaysia
Obesiti di Malaysia menjadi suatu trend yang membimbangkan dan penyebab kepada banyak penyakit dalam kalangan rakyat tanpa mengira usia. Bekas menteri kesihatan Malaysia, Datuk Chua Jui Meng pernah dalam satu wawancara berkata kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia akan mengalami masalah kegemukan pada tahun 2000. Cuba kita bayangkan sekarang??? Tidak dinafikan Malaysia merupakan salah satu syurga makanan yang menjadi tumpuan pelancong namun apelah yang hendak dibanggakan jika rakyatnya ramai yang sakit. Kadar obesiti MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

67

paling ketara di kalangan kaum India, iaitu sebanyak 25.6 peratus, diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina, 19.5 peratus.

Indeks Jisim Badan(BMI)


Indeks Jisim Badan (BMI) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu. Cara pengiraan adalah seperti berikut:-

BMI =

berat(kg) -----------------------------tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta yang disediakan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

Indeks Jisim Badan Status Kurus Normal Gemuk Obesiti Bahaya BMI Kurang 20.6 20.7 - 26.4 26.5 - 30.9 31.0 - 45.2 Lebih 45.3

Antara Faktor-faktor Penyebab Obesiti 1. Genetik (Gen GAD2)- Gen ini akan meningkatkan selera makan dan akan menyebabkan anda sentiasa berasa lapar. Ia akan meningkatkan stimulus pada otak untuk lebih makan. Namun ini adalah faktor yang tidak boleh diubah jesteru pemakanan yang seimbang mestilah diamalkan. MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

68

2. Makanan ringan dan air bikarbonat- Makanan ini mengandungi kandungan gula yang tinggi dan lemak yang tidak tepu. Jesteru ia akan menyebab lemak banyak terkumpul di dalam badan dan penyebab kepada obesiti. 3. Aktiviti fizikal yang kurang-Kebanyakkan rakyat Malaysia kini tidak gemar bersenam dan hanya berkerja sambil duduk tanpa menggunakan banyak tenaga. Hal ini cenderung untuk menyebabkan lemak terkumpul tanpa dibakar dan diguna. Perkara ini banyak dilihat di universiti dan sekolah dimana pelajar hanya belajar tanpa bersenam. 4. Makan dalam kuantiti yang banyak tetapi kekerapan yang sikit- Sering kali kita gemar memakan nasi dalam kuantiti yang banyak tanpa diet yang seimbang. Hal ini boleh menyebabkan badan tidak sempat untuk membakar kalori yang berlebihan jesteru akan menyebabkan lemak terkumpul. 5. Emosi Di Malaysia terdapat ramai yang tidak stabil dari segi emosi dan cenderung ke arah tekanan yang melampau. Seperti sedia maklum dalam era yang mencabar manusia berlumba-lumba mengejar kejayaan dan akan meningkatkan tekanan. Sesetengah manusia akan makan berlebihan untuk melepaskan tekanan hidup dan akan menyebabkan obesiti. Makanan yang boleh menyebabkan obesiti adalah coklat dan aiskrim.

Risiko Kesihatan Apabila seseorang itu obesiti,ia secara tdak langsung akan meningkatkan risiko penyakit yang bahaya seperti: Penyakit jantung dan komlplikasi Tekanan darah tinggi Kencing manis Masalah pernafasan Batu hempedu Masalah sakit belakang dan kaki yang serius Penyakit hati dan usus Dan yang lain-lain

Cara Mengatasi 1. Pemakanan yang sesuai dan seimbang- Ketika makan,kita hendaklah mengambil berat mengenai keseimbangan dalam setiap hidangan mengikut piramid yang disediakan. Selain itu,jumlah makanan yang sedikit dan kekerapan yang banyak amat digalakkan bagi memberi masa kepada badan untuk membakar kalori sedia ada. Kita juga perlu mengelakkan memakan snek dan fast food,meminum minuman bikarbonat dan pengambilan coklat yang berlebihan

Page

69

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

2. Amalan senaman yang efektif- Kita hendaklah sekurang-kurangnya bersenam 3 kali seminggu bagi membakar kalori yang berlebihan. Ia juga disarankan bagi menguatkan otot-otot jantung bagi berfungsi dengan lebih baik 3. Mengubah tabiat- Tabiat dan cara hidup yang kurang sihat seperti merokok hendaklah dihentikan. Selain itu,pengunaan tangga semasa berkerja atau belajar amatlah digalakkan bagi meningkatkan pengunaan kalori. Selain itu,tabiat memakan makanan seperti burger,ayam KFC hendaklah dikurangkan. 4. Ubat-ubatan Pengunaan ubat-ubatan dalam mengurangkan berat badan telah memberi kesan sebanyak 5%-10%. Namun begitu,nasihat dari pakar pemakan dan doktor mestilah diperolehi sebelum menguna ubat-ubatan kerana setiap ubat mempunyai kesan sampingan. Pengunaan ubat ini mestilah bersama dengan amalan gaya hidup sihat.

Penutup Obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan dan mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing masing. Akhir kata,mecegah itu lebih baik dari mengubati.

Page

70
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

71
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Do visit my website blog for more information about medical and alumni:

72

Page

Wanmohammadhafiz.com

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

TEKNOLOGI
Oleh Adam Zyk

Teknologi, apakah yang sering digambarkan apabila disebut perkataan itu? Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama menjelaskan tentang pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Maksud yang kedua pula digunakan dalam bidang ekonomi, dimana teknologi dilihat sebagai suatu tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita juga berubah. Namun bagi pendapat saya(Zyk), takrifan teknologi yang diguna pakai oleh pendapat orang ramai adalah aplikasi atau kemudahan pengetahuan sains yang boleh memberi keselesaan serta jalan penyelesaian masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.TETAPI, ada juga yang berpendapat teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget moden pada zaman kini. Pencetusan kemajuan teknologi pada zaman dahulu lagi membawa kepada perubahan dari zaman silam mahupun zaman moden. Sumber ilmu teknologi pada zaman silam diguna pakai untuk perkembangan ilmu pengetahuan yang meluas ini. Perkembangan teknologi menyebabkan jarak perhubungan menjadi dekat, masa dapat disingkatkan, tenaga yang diguna dapat dijimatkan serta kos kewangan juga tidak membawa kepada pembaziran.

Page

73
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Namun, bagi abang Zyk. Bukan semua teknologi membawa kepada faedah dan kebaikan Ada juga yang boleh mendatangkan keburukan terhadap seluruh serumpun manusia sejagat. Perlumbaan dalam kalangan negara-negara yang berkuasa Veto dalam mengunakan teknologi untuk memajukan senjata-senjata telah menyebabkan penindasan terhadap negaranegara yang mundur dan miskin. Penjajahan yang berdasarkan teknologi senjata telah menyebabkan ada sekumpulan manusia yang menjadi mangsa akibat kerakusan manusia yang tamak dan gila kuasa. Dikriminasi ini telah menyebabkan kuasa-kuasa besar dunia mengambil kesempatan untuk mengunakan teknologi yang mereka miliki untuk kepentingan sendiri. Kesimpulannya, teknologi ini adalah ibu kepada permodenan dunia pada zaman sekarang. Ianya telah wujud sejak zaman purba kala lagi dan sentiasa dipertingkat dari masa ke masa untuk memudahkan manusia sejagat melalui zaman hidup mereka. Namun, Abang Zyk ingin menegaskan, dalam menikmati kebaikan daripada kemunculan teknologi, ada juga yang membawa kepada bencana. Saranan abang Zyk adalah, teknologi yang diguna pakai ini semuanya bergantung kepada diri seelok-eloknya atau sebaliknya. kita sendiri untuk mengunakan teknologi ini dengan

Page

74
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

75
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

76
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

77
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

78
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

79
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

80
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

81
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

82
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

83
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

84
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

85
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

86
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Page

87
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hasnizam kerana telah banyak berjasa kepada kami dalam mendidik kami menjadi seorang insan yang berguna dan tahniah juga diucapkan diatas kenaikan pangkat sebagai Timbalan Pengetua di MRSM Johor Bahru.

Page

88

Cikgu Hasnizam merupakan salah seorang individu yang sentiasa terlibat dalam menjayakan program-program Alumni di MRSM Kuala Krai. Kami amat menghargai segala bentuk sokongan dan bantuan yang telah cikgu berikan kepada kami, pihak Alumni. Kami berdoa agar Cikgu sentiasa maju jaya di tempat yang baru hendaknya. Amin.

MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Ucapan khas daripada sebahagian Alumni untuk Cikgu: Naqib Faiz


Terima kasih kepada cikgu sebab ajar apa itu erti sejarah dan apa itu erti kehidupan.Denda ketuk ketampi serentak akan saya ingat sebagai satu kenangan yang manis.Selamat berjuang demi anak bangsa.terima kasih cikgu!

Syafiq Fandi
Pertama sekali saya nak mengucapkan tahniah kpd cikgu Hasnizam atas kenaikan pangkat sbg Timbalan Pengetua ko-Q ke mrsmJB. Jasa cikgu sebagai warden selama 2 tahun saya di MRSM Kuala Krai dan pengarah projek SPM 2008 amatlah besar dan sdikit sbanyak dapat menyuntik motivasi saya untuk terus berusaha..saya berharap cikgu terus dapat menabur bakti dan berdedikasi tak kira dimana cikgu berada..terima kasih cikgu...

Anati Balqis
buat Cikgu Nijam yg diingati selalu, rasanya hampir 4 tahun saya meninggalkan maktab, tapi tak pernah sekalipun jenguk cikgu di sana,minta maaf banyak cikgu .Apa-apapun TERIMA KASIH atas tunjuk ajar,ilmu,nasihat2 yang membina diri sampai jadi diri saya sekarang.Jasa cikgu tidak akan saya lupakan.minta maaf banyak2 dekat cikgu seandainya ada salah dan silap.Saya doakan cikgu sihat selalu,dan bahagia disamping keluarga tecinta.kalaulah cikgu baca ni, doakn saya jadi doktor yg hebat,yg membanggakan cikgu dan pastinya saya akan bagi rawatan free ble cikgu datang clinic saya satu hari nanti, hehe.Terima kasihhh cikgu!

Ikhwan Azman
Terima kasih banyak-banyak kepada cikgu kerana banyak mengajar kami apa itu erti ilmu.. Budi, ilmu dan segala bentuk pertolongan mu akan kami sanjung dan ingati sampai bila-bila.. Engkaulah guru kami di dunia dan di akhirat.. Teruskan usahamu sebagai pendidik bangsa kita.. All the my beloved teacher

Shariff Ali
Ribuan terima kasih kepada Cikgu Hasnizam yang telah banyak member dan mengajar saya ilmu dalam subjek Sejarah. Bukan itu sahaja, segala pengalaman dan tunjuk ajar yang diberikan beliau amat membantu saya dalam meneruskan pembelajaran saya sehingga kini.Dalam salah satu tulisan karya Johann Paul Friedrich Richter, iaitu seorang penulis masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa, Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell ,Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.

Page

89
MAJALAH ALUMNI MRSM KUALA KRAI EDISI PERTAMA 2012

Anda mungkin juga menyukai