Anda di halaman 1dari 12

Terapi Alternatif

Terapi herba Apa itu terapi herba?? -Herba adalah bahan yang mengandungi atau beberapa bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan. -Terapi herba dilakukan secara sinergi iaitu tidak berasingan dan diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza daripada herba yang digunakan. Tujuan sinergi 1. mempercepatkan penyembuhan 2. menambahkan khasiat pada ubat 3. mengurangkan sifat kekuatan ubat 4. menghilangkan kesan sampingan Proses terapi herba a) release -racun dan toksik dikeluarkan dari badan b) relax -badan diletakkan dalam keadaan suhu yang stabil c) regeneration -menggantikan sel-sel yang mati dengan sel-sel yang baru d) refunction -organ kembali berfungsi secara norma Terapi snoozelen Apa itu terapi snoozelen?? -Istilah snoezelen diambil dari perkataan Belanda atau Dutch iaitu snuffelen yang bermaksud mencari atau meneroka dan doezelen yang bermaksud releks. -Snoezeland ialah suatu terapi stimulasi multisensori (visual, auditori, sentuhan, bau) yang digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pada mental, autisma, hiperaktif, lembam, dan lewat perkembangan. -Terapi ini dilakukan kepada kanak-kanak untuk memberi stimulasi atau rangsangan pada kesemua pancaindera mereka dengan menggunakan pelbagai : kesan lampu warna suara muzik bau lain-lain

Objektif terapi snoozeland memberi peluang untuk relaks, eksplorasi dan ekspresi diri. sesuai bagi murid yang kurang kesedaran dalam kelompok rakan. memberi perhatian secara individu. dapat membina kepercayaan antara ahli terapi dan murid. Rangsangan dapat dihasilkan dengan beberapa cara, antaranya : 1. Penglihatan 2. Pendengaran 3. Sentuhan 4. bau Kepentingan terapi snoozelen

Dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Memberi relaksasi kepada fizikal dan mental. Meningkatkan kesedaran dan perhatian. Menunjukkan inisiatif untuk beraktiviti. Membina keyakinan pada diri. Memperkembangkan kemampuan murid.

Terapi aroma Apa itu aroma terapi?? -Aroma terapi merupakan gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir dari pati minyak dan terapi bermaksud bagaimana bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan atau memulihkan simptom-simptom fizikal dan meningkatkan kesihatan mental. -Istilah Aroma terapi terdiri daripada dua patah perkataan iaitu Aroma yang bermakna bau, atau haruman, dan Therapy yang bermakna rawatan. Terapi aroma kepada kanak-kanak pendidikan khas Terapi aroma sangatlah sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas yang mengalami masalah pembelajaran seperti terencat akal hiperaktif autisma lembam sindrom down ceberal palsy -Terapi aroma dapat membantu menenangkan minda dan emosi kanak-kanak khas serta membantu meningkatkan deria rangsangan bau. Jenis bau-bauan yang digunakan dalam aroma terapi

1) lavender

berfungsi untuk menghilangkan stress mengawal emosi yang tidak stabil

2) jasmin

dapat menghilangkan stress

3) ros

dapat menenangkan emosi

4) blossom

dapat meningkatkan tumpuan dapat mengurangkan sakit kepala

Kepentingan terapi aroma membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi merangsang pemikiran dan kreativiti murid memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri meningkatkan kemahiran pengamatan

Terapi haiwan Apa itu terapi haiwan berkuda? -Lisa McCallum seorang terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding Centre dan South African Riding for the Disabled Association (Sarda) mengata bahawa "menunggang kuda adalah satu kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakan orang, tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara penyembuhan Kelebihan Terapi Berkuda Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga manfaat utama olahraga pendidikan pengubatan -Ketiga-tiga hal ini sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak. Terapi berkuda juga :

Mampu memotivasikan kanak-kanak yang memiliki masalah mental dan emosi. Membantu kanak-kanak memupuk sifat sabar, dan berdisiplin.

Apa itu terapi pasir?? -Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hal berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam. -Terapi ini secara tidak langung memberi peluang kepada individu untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan. -Penggunaan terapi permainan pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih rileks. -Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan. -Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya. Tujuan terapi pasir Melatih daya kreativiti kanak-kanak Menghilangkan rasa marah Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu Meningkatkan keyakinan diri Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak Kepentingan terapi pasir i. ii. iii. iv. v. membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi merangsang pemikiran murid menguranan tekanan emosi membantu meningkatkan kemahiran sosial

Terapi hidro Apa itu terapi hidro?? -Hidroterapi bermaksud terapi air atau rawatan air. Rawatan ini bukan sahaja melakukan aktiviti renang malah aktiviti berendam di dalam air juga dilakukan. -Terapi hidro menggunakan air sebagai medium semulajadi untuk meringankan atau mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik. -Terapi ini sangatlah sesuai untuk perkembangkan fizikal pergerakan motor kasar dan halus serta mental. -Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dalam air lebih mudah dan meredakan ketegangan dan rasa sakit Objektif terapi hidro Terapi hidro perlu dilakukan ke atas murid masalah pembelajaran adalah untuk :

membentuk sikap kerjasama memberi keseronokan ketika berada di dalam air

memulihkan keadaan fizikal, emosi dan spiritual. Elemen penting dalam terapi hidro Keselamatan di air

Apungan Berenang Pernafasan

Faedah terapi hidro i. Air panas meregangkan dan dapat stimulasi sistem pertahankan badan ii. Air sejuk dapat mengurangkan radang iii. Merawat masalah pernafasan iv. Memberikan keyakinan dan motivasi v. Merangsang pergerakan vi. Mengurangkan ketegangan otot vii. Meningkatkan kecergasan kardiovaskular Langkah keselamatan i. Aktiviti regangan sebelum masuk ke air ii. Pastikan paras air sesuai untuk murid iii. Alatan yang sesuai digunakan iv. Pakaian yang sesuai v. Kawalan guru yang lebih Aktiviti yang boleh dilakukan i. Regangan dan pemanasan badan ii. Penyesuaian diri dengan air iii. Membina keyakinan diri iv. Menguatkan motor kasar v. Kawalan pernafasan vi. Kayuhan kaki dan imbangan vii. Berjalan di dalam air dan apungan Berjalan sambil menguak tangan.

DEFINISI AROMA TERAPI Aroma terapi berasal dari kata aroma yang bermaksud bau harum atau bau bauan Terapi pula bermaksud pengubatan atau rawatan. Maka aroma terapi bermaksud penggunaan minyak wangi atau bau bauan semasa rawatan. KONSEP AROMA TERAPI Aroma terapi adalah cara rawatan penyakit menggunakan aroma yang dihasilkan dari tumbuhan herba atau bunga bungaan. Contoh : bunga bungaan yang harum seperti melur, mawar, kenanga, cempaka dan juga daun pandan dapat membangkitkan suasana menyegarkan dan menenangkan. Aroma terapi juga boleh dilakukan dengan membakar lilin yang mempunyai bau harum yang dapat menimbulkan suasana yang tenang dan mendamaikan. Aroma yang terhasil dari pembakaran lilin tersebut dikategorikan sebagai terapi. JENIS-JENIS AROMA TERAPI Terdapat 3 jenis aroma terapi : i) Aroma terapi klinik Aroma terapi ini menggunakan minyak essential yang diberikan sama ada ubat minum (internal) atau ubat sapu (eksternal) seperti mandian, urutan dan sebagainya. Aroma terapi klinik ini dilakukan oleh doktor doktor yang terlatih atau pakar terapi. ii) Aroma terapi holistik Aroma terapi holistik adalah penerapan aroma terapi dengan menggunakan rawatan dari aspek diet, gaya hidup, olahraga. iii) Aroma terapi estetik(kecantikan) Aroma terapi yang digunakan untuk mementingkan kecantikan dan kesegaran tubuh badan seseorang. Contoh : perawatan wajah, rambut, kaki, tangan, kuku dan kulit. Biasanya dilakukan di salon kecantikan yang dikendalikan oleh pakar kecantikan yang terlatih.

Terapi Herba APA ITU TERAPI HERBA? Terapi Herbal atau sering disebut Herbalisme adalah penggunaan tanaman ubat untuk kemampuan terpeutik atas kemampuan untuk menyembuhkan penyakit seseorang. Maksud Herba adalah tanaman atau bahagian tanaman yang memiliki nilai kerana memiliki khasiat dalam perubatan, aromatik atau rasanya, dan orang yang mengamalkan terapi herba dalam merawat pesakitnya disebut Herbalis. Terapi herbal adalah kaedah perubatan yang paling tua sepanjang sejarah kehidupan manusia. Setiap tempat kebudayaan memiliki pengetahuan tentang herba masing-masing. Berdasarkan pengalaman turun-temurun dan cara mereka memerhati haiwan yang memanfaatkan tanaman tersebut dengan kaedah cuba jaya (trial and error). Orang zaman dahulu menggunakan pelbagai tanaman yang ada di sekitarnya untuk digunakan sebagai ubat. Menjelang era moden kini, kaedah perubatan herba mengalami masa kebangkitannya dengan istilah "Back to Nature" kembali ke alam dan mula diterima sebagai komponen untuk perubatan konvensional. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan 4 million atau sekitar 80% dari penduduk dunia pada masa kini menggunakan kaedah perubatan herba untuk beberapa aspek kesihatan dan kehidupan mereka. Sekitar 25% dari ubat-ubatan yang dihasilkan di Amerika Syarikat masa kini mengandungi satu bahan aktif yang berasal dari tanaman. Menurut WHO pula, terdapat 119 jenis ubat-ubatan di farmasi yang berasal dari tanaman. Perusahaan-perusahaan farmasi terkemuka dunia kini sedang giat melakukan kajian intensif mengenai bahan tanaman yang dikumpulkan dari hutan hijau (rainforest) untuk diteliti potensinya dalam perubatan.

SEBAB MENGAPA KAEDAH TERAPI/PERUBATAN HERBA SEMAKIN TERKENAL PADA MASA KINI:

Kos perubatan moden yang tinggi kerana penggunaan alat " High Tech" (teknologi tinggi). Kekurangan doktor untuk merawat dan menjaga pesakit setiap masa. Makin banyak bukti kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik, dan tidak mampu dalam mengatasi penyakit kronik, degeneratif dan yang berhubungan dengan sistem imunitasi/ pertahanan tubuh. Walaupun memiliki berbagai kelebihan dalam terapi herba, secara prinsip asasnya harus diketahui bahawa terapi herba dikhaskan untuk mengembalikan keseimbangan tubuh secara semulajadi, dengan

membiarkan tubuh bekerja sendiri dalam memelihara kesihatannya dalam penggunaan herba. Oleh kerana itu, tidak semestinya ramuan / ubat herba dapat merawat semua gejala penyakit dengan cepat. Kerana kaedah ini lebih kepada membantu sistem tubuh agar berfungsi dengan baik sehingga mampu mengatasi sendiri penyakit yang dialami 1.

JENIS-JENIS HERBA CABAI ATAU CILI


Cabai merangsang metabolisme, bertindak sebagai pelancar darah dan membantu mengeluarkan endorphin (Gunnar Petersen) Cabai juga kaya dengan beta karotin, yang mengubah vitamin A di dalam darah dan melawan infeksi/gejala penyakit. Demikian juga capsaicin yang berfungsi menyingkir neuropeptida (kimia yang menyebabkan peradangan) dalam badan. Cabai pedas juga memiliki kandungan anti-kanser. Amalkanlah pemakanan satu sudu cabai sehari untuk membantu badan agar sentiasa cergas dan segar.

BAWANG PUTIH/ALIUM SATIVUM

Bawang putih atau Alium sativum sudah menjadi bahan dapur wajib ketika memasak kerana aroma dan rasa yang dihasilkan menambah perisa pada setiap hidangan. Lebih-lebih lagi dengan adanya kajian yang mendapati khasiat bawah putih untuk kesihatan. Manfaat bawah putih antara lain sebagai bahan membantu menurunkan kadar kolesterol. Hal ini disebabkan kerana adanya zat yang bersifat anti kolesterol dan membantu mencegah pengumpalan darah dan mencegah sakit jantung. Ianya juga bersifat membantu mengecilkan sumbatan pada arteri jantung sehingga meminimumkan berlakunya serangan. Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dikatakan berkesan untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah. Kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk

membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah),taun.

HALIA

Juga dikenali sebagai Zingiber Officinale Ross dalam bahasa saintifik. Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat- ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

MISAI KUCING

Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang. Nama saintifiknya ialah Orthosiphon Stamineus.

KAYU MANIS

Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi beberapa jenis penyakit disamping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi.

Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Menambahkan rempah kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis. Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu. Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan. Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Di samping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau. Banyak di kalangan pakar pemakanan membicarakan tentang kulit kayu manis yang dikatakan boleh membantu mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol bagi pengidap diabetes.

BAWANG MERAH

Bawang merah (bahasa Inggeris: Shallot) dikelaskan dalam famili Alliaceae dalam order Asparagales. Nama saintifiknya adalah Allium cepa var. aggregatum. Bawang merah adalah lebih kecil dan lebih manis dari bawang besar. Bawang merah merupakan sejenis tanaman semusim, memiliki umbi yang berlapis (bulb), berakar serabut, dengan daun berbentuk silinder berongga. Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang kasiat bawang merah kepada kesihatan. Dari beberapa penyelidikan dan analisa yang telah dijalankan itu, ia mendapati bawang merah mengandungi 2 compound, iaitu sulphur compound seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur antikanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan antiinflammatory

Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa. Bawang merah boleh menolong hati membuang toxins dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menhindar dan membunuh sel kanser. Bawang merah untuk didapati boleh menghindar kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan menujukkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu fungsi otak dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis melalui menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa. Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu tumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

LIMAU NIPIS

Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupkan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika. Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu. Antaranya, buahnya boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kelemumur. Boleh dijadikan sebagai bahan pencuci bagi menghilangkan bau badan. Dalam pada itu, di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C

Minyak yang diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau nipis digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan kain.

SERAI

Bagi yang baru ingin mengenalinya, nama saintifik bagi serai ialah Cymbopogon citratus dan ia adalah daripada Famili Gramineae. Menurut kajian, pokok serai mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Minyak ini mengandungi beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen. Ahli-ahli sains juga telah mengasingkan dua jenis bahan kimia daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogone. Bagi tujuan perubatan tradisional pula, terdapat tiga bahagian utama yang boleh dimanfaatkan iaitu akar, daun dan batangnya. Dipercayai daun yang ditumbuk lumat dan diletak pada dahi mampu meredakan sakit kepala. Air perahan serai pula berkesan mengelak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk mewangikan pakaian. Bagi kegunaan tradisi, serai digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah membuang air kecil serta menyegarkan tubuh badan

JENIS HERBA LAIN:


Beluntas Pandan Lilipan Mengkudu Limau purut Kesum kunyit

Anda mungkin juga menyukai