Anda di halaman 1dari 4

Terapi fisio

Apa itu fisio terapi?? -Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola. -Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya -Terapi fisio boleh didefinisikan sebagai rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dgn menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah berikut : mengurut manipulasi latihan teraputik penyejukan dan pemanasan terapi hidro rangsangan menggunakan elektrik rangsangan menggunakan cahaya

-Kesemua kaedah di atas adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit Aktiviti fisio terapi - Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih. Aktiviti terapi fisio yang dilaksanakan di adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu. -Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti : Latihan berpusatkan motor halus memotong menggunting mencabut meramas menguli merenyuk mencubit memicit

Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar Membaling Menolak Memukul Melambung Menyambut

Latihan imbangan Berdiri dengan sebelah kaki Membawa buku di atas kepala Berdiri di atas kerusi Latihan koordinasi -memasukkan jarum ke dalam lubang manik

-melambung dan menyambut bola berbagai saiz

Terapi Fisio DEFINISI


Singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi yang bermaksud penjagaan. Terapi fisio ialah rawatan yang tertumpu kepada penjagaan, pemulihan dan mengembalikan fungsi badan. Terapi ini merupakan rawatan yang dijalankan ke atas ketidakupayaan yang menggunakan alat-alat fizikal. Mossby (2001); terapi fisio merupakan rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan kaedah seperti mengurut, pemanasan dan penyejukan, terapi hidro dan rangsangan menggunakan eletrik dan cahaya. Di Malaysia fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota). Terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak pendidikan khas mengembangkan kemampuan motor kasar (gross motor skill).

KONSEP

Tumpuan kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik. Terbentuk dari berbagai kaedah untuk membantu kanak-kanak pendidikan khas mempelajari kembali cara untuk mengimbang dan bergerak. Kanak-kanak pendidikan khas diajar teknik releksasi dan senaman yang mampu meningkatkan kecergasan fizikal dan mengembalikan jati diri. Mendiagnosis pesakit dan menentukan kaedah rawatan yang bersesuaian. Berbekalkan latihan intensif, ahli fisioterapi dapat memberikan penilaian yang sewajarnya. Merawat keadaan-keadaan yang berbeza menggunakan perawatan moden dan tradisional. Mengajar pesakit kaedah senaman yang sihat. Nasihat tentang pengendalian objek berat dan cara-cara pesakit dapat menangani kekurangan keupayaan mereka dalam jangka masa panjang.

AKTIVITI PSIKOMOTOR HALUS

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Meramas Menggunting Mencubit Mengoyak Mencabut Merenyuk Menguli

8. Memotong 9. Menggenggam

AKTIVITI PSIKOMOTOR KASAR

1. Melambung 2. Menyambut 3. Menarik 4. Menendang 5. Berlari 6. Membaling 7. Menolak 8. Berjalan 9. Melompat 10. Memukul

AKTIVITI IMBANGAN

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Berdiri di atas kerusi Berdiri dengan sebelah kaki Menimbang sesuatu di atas kepala Berjalan di atas garisan lantai jubin atau tali yang diletakkan di atas lantai Membawa bola ping pong dengan sudu Ketinting sebelah kaki

AKTIVITI KOORDINASI

1. Melambung dan menyambut bola berbeza saiz. 2. Memasukkan jarum ke dalam lubang manik. 3. Melihat pergerakan jari.

Anda mungkin juga menyukai