Anda di halaman 1dari 7

TEKNIK BACAAN SKIMMING

DEFINISI
Skimming merupakan satu bentuk kemahiran

membaca untuk mendapat gambaran keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan . Misalnya, apabila kita membaca surat khabar, tentunya kita tidak akan membaca perkataan demi perkataan, sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapat dalam surat khabar tersebut.

STRATEGI PELAKSANAAN
Pelajar boleh membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah atau carta. Pelajar boleh membaca perenggan pendahuluan dan penutup sesuatu teks. Selain itu, baca juga hanya dilakukan pada ayat pertama setiap perenggan. (Ayat pertama - idea utama)

Cara bacaan ini adalah lebih sesuai sekiranya pelajar ingin mencari maklumat tertentu bukannya untuk pemahaman teks. Paling sesuai sekiranya pelajar ingin mengetahui tentang sesuatu tarikh, nama, tempat dan maklumat-maklumat yang spesifik. Malah skimming boleh digunakan untuk melihat graf, jadual atau carta.

Skimming dilakukan 3 atau 4 kali lebih cepat daripada pembacaan normal. Kebanyakan orang melakukan pembacaan secara skimming apabila mereka mempunyai banyak bahan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad.
Kemahiran skimming wajar dikuasai pelajar supaya pelajar dapat menjimatkan masa ketika mencari maklumat atau informasi tertentu Skimming amat berguna kepada pelajar terutamanya ketika pelajar ingin mencari informasi melalui internet.

AKTIVITI

Anda mungkin juga menyukai